Anda di halaman 1dari 10

MITOS BUAYA KUALA LINGGI

Sungai Linggi merupakan saluran darah utama bagi negeri-negeri kecil yang berada di
daerah pendalaman dan hulunya. Pada zaman Majapahit, terdapat petempatan awal di sekitar
Sungai Linggi tersebut. Hal ini adalah kerana kemasukan orang Sumatera ke pendalaman
seterusnya membuka penematan baharu. Orang kampung mempercayai bahawa ada satu
perjanjian antara manusia dengan buaya di Sungai Linggi.
Orang kampung berpendapat, sekiranya tidak diganggu gugat ketenteraman buaya
tersebut, maka buaya tersebut tidak akan menganggu orang yang tinggal di kampong tersebut.
Berkemungkinan hal ini ada kebenarannya kerana sehingga ke hari ini tidak ada seorang antara
penduduk mati dibaham oleh buaya yang ada di Sungai Linggi.
Mengikut penceritaan orang kampung, ada sepasang suami isteri tinggal berhampiran
dengan Sungai Linggi. Pada awal perkahwinan, mereka tinggal bersama-sama dengan emak
tok dan ayah tok. Ayah tok bekerja di suatu projek ternakan udang galah di muara Sungai
Linggi. Ayah tok tidak bekerja secara berseorang malah dibantu oleh seorang bapa saudara
kepada emak tok. Bapa saudara mak tok merupakan seorang yang taksub kepada perkara-perkara
pembomohan terutamanya yang melibatkan air. Sungguhpun sedemikian, dia bukan seorang
bomoh, dia hanya suka-suka mengikut aksi bomoh-bomoh akan tetapi tidak menuntut ilmu
bersungguh-sungguh.
Dalam kawasan penternakan udang galah tersebut, perahu akan diatur merintasi Sungai
Linggi dan di tengah-tengah deretan perahu ini terdapat sangkar-sangkar udang galah ternakan.
Menurut penceritaan, seekor anak buaya berwarna putih telah terperangkap di dalam sangkar
udang galah mak tok dan ayah tok. Oleh sebab rasa prihatin kepada anak buaya ini, bapa saudara
mak tok telah membawa balik anak buaya tersebut ke rumahnya.
Akibat sikap berani bapa saudara mak tok ini, membangkitkan kerisauan kepada
penduduk kampung. Orang kampung menasihatinya agar memulangkan segera anak buaya
tersebut ke sungai. Hal ini sedemikian mengikut kepercayaan orang kampung, buaya putih bukan
buaya yang sembarangan, akan tetapi segala nasihat yang diberikan tidak diendahkan. Genap

tujuh hari dia memelihara, anak buaya tersebut telah mati. Jadi untuk yang kesekiankalinya,
orang kampung menasihati agar memanggil bomoh untuk memulangkan ke sungai dengan ilmu
perbomohan. Tetapi beliau tetap berdegil kerana ingin menguruskan sendiri dengan caranya.
Pada hari kematian anak buaya itu, kawasan penternakan udang galah dilanda hujan yang
lebat dan rebut petir. Dalam masa yang sama, mak tok, ayah tok dan bapa saudara mak tok dalam
perjalanan balik. Jalan balik hanya bergantung kepada jalan yang mesti merentasi deretan
perahu. Bapa tok di hadapan, bapa saudara mak tok berada di tengah-tengah dan ada beberapa
orang lain di belakang. Bapa tok menyedari bahawa air sungai di bawah perahu seperti mendidih.
Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, bapa tok meminta segera
merentasi perahu tersebut. Tiba-tiba dengan sekelip mata, keluar seekor buaya putih yang besar
melibaskan ekornya ke arah bapa saudara mak tok ni sehingga menyebabkan beliau terjatuh ke
air. Dalam amsa yang singkat sahaja buaya tersebut menyambarnya dan hilang di dalam air.
Orang kampong melaporkan kejadian tersebut kepada pihak untuk mencari mayat
berkenaan. Akan tetapi tidak berjaya ditemui. Oleh hal yang sedemikian, orang kampong
mengambil ikhtiar lain dengan cara memanggil bomoh buaya yang handal pada masa tersebut
untuk menyiasat perkara yang terjadi. Antara maklumat yang diperoleh daripda bomoh tersebut
adalah dengan mengatakan bahawa buaya putih tersebut marah kerana bapa saudara mak tok
telah mengambil anaknya dan buaya tersebut tidak ingin memulangkan mayat beliau. Setelah
berikhtiar selama beberapa jam bomoh tersebut mengatakan mayat mangsa akan timbul pada
waktu senja di tempat mangsa disambar. Menurut penceritaan orang kampong lagi sememangnya
benar, dimana mangsa timbul pada tempat dan masa yang dikatakan.

Kematian Buaya

Mengikut kronologi seorang nelayan penduduk kampung pada Januari 2014 terdapat
bangkai seekor buaya tembaga dipercayai berusia hampir 100 tahun yang digelar sebagai
Pengawal Pintu Sempadan Sungai. Buaya tersebut dipercayai ditemui terdampar di tebing
sungai Kuala Linggi di Kota Simpang, Lubok Cina dalam keadaan kepala menghala ke tebing

sungai seluruh badannya dipenuhi lumpur yang dipercayai tidak berupaya bergerak kerana sudah
tua.
Buaya tembaga tersebut dengan ukur lilit dan hampir mencecah tiga meter manakala
berat mencapai tiga tan itu. Oleh hal yang sedemikian berkemungkinan buaya tersebut digelar
pengawal pintu sempadan Negeri Sembilan. Dipercayai buaya tersebut sering menonjolkan diri
setiap kali nelayan turun ke sungai untuk menjaring udang galah dan ikan.

Pantang Larang di Sungai Linggi

Penceritaan orang kampung dari segi pantang larang di sungai Linggi merupakan perkara
yang pantas meniti bibir kr bibir masyarakat. Terdapat beberapa pantang yang perlu dipatuhi
khususnya orang luar yang datang untuk memancing udang galah.
Sekiranya ingin ke sungai Linggi, jangan membawa telur ayam rebus ke sungai. Hal ini adalah
kerana, buaya di Sungai Linggi cukup pantang jika telur ayam rebus dibawa ke sungai dan
jangan sekali-kali membasuh kelambu di sungai.
Disamping itu juga sekiranya mahu turun menjala udang, perlu diingatkan bahawa
jangan gunakan pancang umpan daripada pucuk nipah. Selain itu juga, periuk belanga dan
pinggan mangkuk juga dilarang dicuci di dalam sungai. Manakala sekiranya anak dara
membasuh kain, jangan menghempas kain basuhan ke batu. Hal ini akan mendatangkan
kemarahan buaya tersebut.
Ringkasnya kepada yang melanggar pantang larang tersebut akan terjadi perkara yang
tidak diingini. Selain itu juga, perkara ini adalah untuk memastikan keharmonian sungai. Oleh
hal yang sedemikian, orang kampung Sungai Linggi masih berpegang teguh dengan pantang
larang tersebut untu k memastikan kaharmonian dan kedamaian di Sungai Linggi.

Mitos Nama Sungai Linggi


Barangkali nama Sungai Ujung itu mengambil sempena hujung atau hulu Sungai Linggi, sungai
yang menjadi nadi atau laluan terpenting bagi para pedagang di zaman dahulu.Melalui sungai
inilah dibawa keluar segala macam hasil seperti bijih timah dan juga hasil-hasil daripada hutan,
sama ada gading gajah, kayu gaharu, damar, barang-barang pertanian dan sebagainya. Kira-kira
10 kilometer dari kuala Sungai Linggi terdapat sebuah sungai iaitu Sungai Rembau. Di
pertemuan kuala Sungai Rembau dengan Sungai Linggi itu terdapat bekas sebuah kota Melayu
yang dibina oleh seorang ketua orang Melayu bernama Lebai Kulub. Kota tersebut dibina pada
tahun 1850. Tujuan pembinaan kota tersebut ialah sebagai pusat memungut cukai bagi segala
kapal-kapal dan perahu yang membawa barang dagangan dari arah hulu ke kuala Sungai Linggi.

Kota yang terletak di persimpangan antara kuala Sungai Rembau dengan Sungai Linggi itu
dikenali dalam sejarah sebagai Kota Simpang. Ini mengambil sempena letaknya di persimpangan
antara dua buah sungai. Kota Simpang sukar dilawati dengan menggunakan jalan darat dan ia
memerlukan seorang pemandu daripada penduduk tempatan yang mahir. Lebih baik kota ini
dilawati dengan menggunakan perahu melalui Sungai Linggi. Perahu-perahu mudah didapati di
kuala Sungai Linggi. Lebih kurang lima ribu tahun lampau orang-orang dari Pulau Sumatera
telah mula berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu.

Tempat yang awal mereka pilih ialah di Lembangan Sungai Linggi di Pangkalan Kempas, iaitu
sebuah tempat kira-kira 8 kilometer jaraknya dari kuala Sungai Linggi.

Terdapat sebuah kompleks sejarah di situ yang dikenali sebagai Kompleks Sejarah Batu
Hidup.Di situ anda dapat melihat tugu-tugu batu hidup peninggalan orang-orang Melayu dari
Sumatera yang berusia kira-kira 5,000 tahun lampau. Ada tiga buah tugu batu hidup yang
terkenal dengan nama-nama yang disebut Batu Pedang, Batu Sudu dan Batu Kemudi. Batu-batu
hidup tersebut merupakan semacam tugu yang dipuja dengan satu kepercayaan yang disebut

'anamesme' iaitu kepercayaan bahawa roh-roh daripada ketua atau Tok Batin yang dihormati
akan menjelma semula kepada tugu-tugu batu yang mereka bina.

Begitulah kepercayaan tradisi yang dianut oleh manusia-manusia awal di dunia Melayu ini
setelah mereka mula meninggalkan zaman pra-sejarah. Sungai Linggi juga merupakan alat
perhubungan yang penting di zaman kerajaan Melayu sebelum kedatangan penjajah barat.
Melalui sungai inilah orang-orang Melayu dari Sumatera, terutama orang Melayu minangkabau,
datang membuka perkampungan di sepanjang lembah sungai tersebut.

Belanda, iaitu penjajah barat yang menguasai Melaka sejak tahun 1641 juga tertarik dengan
lembangan Sungai Linggi kerana mereka mengetahui banyak hasil bijih timah yang dibawa
melalui Sungai Linggi. Lalu dengan muslihat yang begitu pintar, Belanda dapat memujuk Daeng
Kemboja, iaitu ketua masyarakat orang-orang bugis yang menguasai lembah Sungai Linggi,
supaya berbaik-baik dengan Belanda. Dengan itu Belanda mula membina sebuah kota di Kuala
Linggi. Kota tersebut adalah merupakan pusat pertahanan dan juga tempat mengutip cukai segala
macam barangan, terutama bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi.

Kota tersebut yang dibina di atas bukit di tebing kanan mudik Sungai Linggi di tepi laut
dinamakan kota Filipina iaitu mengambil sempena dengan nama anak perempuan Jacob Mussel,
Gabenor Jeneral Belanda di Batavia (Jakarta 1750-1761). Di dalam kota inilah pada 1 Januari
1758 satu perjanjian persahabatan telah diadakan dengan ketua masyarakat orang bugis iaitu
Daeng Kemboja dengan Belanda. Nampaknya selepas perjanjian itu orang-orang Bugis tidak lagi
menguasai lembangan Sungai Linggi yang terkenal banyak mengeluarkan bijih timah yang
terdapat di Sungai Ujung, Rembau dan juga dari Selangor dan Klang.

Penguasaan Belanda terhadap lembah Sungai Linggi bukanlah suatu yang baru. Pada tahun 1643,
iaitu selepas menakluki Melaka daripada tangan Portugis, Belanda juga pernah menyerang

Rembau dan Naning, dan memaksa kedua negeri Melayu tersebut membayar sebanyak 200
gantang padi pada Belanda.

MITOS TENTANG RAJA MALEWAR MENYEBERANGI SUNGAI KUALA LINGGI


KE SIAK

Satu hari tanpa memberitahu ahli keluarganya, Shaykh bersama beberapa orang anak muridnya
telah menyeberang Kuala Linggi menuju ke Siak. Dikatakan orang-orang Kuala Linggi selalu ke
Siak khususnya ke Pulau Bengkalis untuk berniaga, menjaring ikan dan sebagainya. Dalam
perjalanan itu, dikatakan tekong perahu meminta air kopi kerana kehausan. Minta bir, aku
dahaga ni, kata tekong tersebut. Mendengar kata tekong itu, Shaykh langsung mencurah air kopi
tersebut ke dalam laut kerana marah dengan kata-kata tekong itu yang memanggil kopi sebagai
minuman keras. Tidak lama kemudian, perahu mereka dikejar oleh kapal penjajah Belanda yang
pada masa itu menguasai perairan Indonesia. Shaykh mengangkat sarbannya seolah-olah
memberi isyarat tertentu. Dengan tiba-tiba turun hujan ribut di sebelah kapal penjajah Belanda
sedangkan perahu yang dinaiki Shaykh berada dalam keadaan cuaca sangat yang baik dengan
angin semakin kencang mempercepatkan perjalanan mereka menuju ke Selat Bengkalis.
Walaupun baru kali pertama pergi ke sana, Shaykh pula seolah-olah yang menjadi jurupandu
kepada tekong perahu tersebut yang jauh lebih berpengalaman darinya, mungkin kerana kalut
dan gementar setelah melalui beberapa peristiwa yang berlaku secara mendadak itu.
Perahu berkenaan berlabuh di sebuah tempat bernama Buruk Bakul. Shaykh kemudiannya
mencari tokoh setempat yang bernama Haji Mohd Nor yang dikatakan berasal dari Kampung
Astana Raja, Rembau. Haji Mohd Nor menjadi imam di kawasan itu manakala anaknya yang
bernama Husin berpangkat besar. Perkenalan Shaykh dengan dua beranak itu secara tidak
langsung mempercepatkan usaha Shaykh mengembangkan tariqat Ahmadiyyah di Siak. Kata
Shaykh ketika mula-mula ditanya orang tentang tujuannya ke Siak, Di Negeri Sembilan lampu
sudah terang, kalau pasang pelita tidak nampak cahayanya. Adapun di sini (Siak), suasana masih
gelap, kalau pasang pelita masih nampak cahayanya. Shaykh mengumpamakan dirinya seperti
pelita yang diharapkan dapat memberi sinar kepada masyarakat Siak.

Di Buruk Bakul, nama Shaykh cepat sungguh masyhur. Anak muridnya datang dari merata
daerah. Ada yang datang dari Kampar, Rokan, Batu Bara malah ada juga dari Tanah
Minangkabau Sumatera Barat. Walaupun sibuk dengan urusan di Buruk Bakul, Shaykh tetap
pulang ke kampung halamannya selang beberapa bulan sekali menjenguk anak isterinya. Dua
tahun selepas itu, Shaykh berpindah ke Teluk Air, menghala ke selatan Buruk Bakul. Tempat itu
dikatakan lebih strategik. Sebelum berpindah, Shaykh pergi menghadap Yang Di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan dengan tujuan untuk mendapat surat akuan daripada baginda. Selain mendapat
surat akuan, Shaykh juga telah menerima surat sokongan dari Haji Ipap yang merupakan Undang
Rembau pada masa itu. Surat-surat itu kemudiannya dipersembahkan kepada pemerintah Siak
pada masa itu iaitu Sultan Sharif Kassim. Baginda dengan sukacitanya memperkenan permintaan
Shaykh malah membenarkan Shaykh meneroka tanah ikut kemahuannya sendiri. Shaykh turut
diberi penghormatan menjadi imam solat di Masjid Besar Siak. Pada mulanya ia enggan namun
setelah sultan sendiri menyarungkan jubah imam, tidak dapat pula ia menolaknya.
Di Teluk Air, Shaykh membina sebuah surau yang agak besar. Beliau mengupah tukang-tukang
kayu yang mahir dari Kampar dan Minangkabau. Selain itu, ia membuka tanah pertanian seluas
500 ekar. Anak-anak muridnya menanam rumbia, pinang, padi huma dan kelapa. Selain menjadi
pembimbing tariqat, Shaykh telah menjemput beberapa orang alim ulama untuk mengajar anak
muridnya. Antaranya ialah seperti Tuan Guru Haji Khusai dan Haji Nawawi dari Payakumbuh
dan Bukit Tinggi, Tuan Guru Haji Abdul Salam dari Bengkalis dan Tuan Guru Haji Abdul Ghani
Haji Bakar.
Shaykh mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Bahkan Shaykh sangat rapat dengan Sultan Siak.
Tambahan pula, Sultan Siak sendiri menjadi anak murid Shaykh kerana melazimi amalan tariqat
Ahmadiyyah. Shaykh sering diundang ke istana untuk mendapatkan khidmat nasihat. Manakala
keberadaan Shaykh di Siak telah mewujudkan hubungan erat dua hala antara Siak dan Rembau.
Setiap kali Shaykh berulang-alik ke Seremban untuk bertemu gurunya, beliau akan membawa
beberapa orang anak muridnya mengaji pondok kepada Shaykh Ahmad bin Shaykh Muhammad
Said al-Linggi di Rasah. Begitu juga apabila ia pulang ke kampung halamannya di Rembau, ia
akan membawa bersama anak-anak muda dari Rembau untuk belajar di Siak. Keluarga Shaykh
di Rembau menjadi keluarga angkat anak-anak muridnya yang berasal dari Siak yang menimba
ilmu di Negeri Sembilan. Diriwayatkan apabila ada hari kelepasan, mereka akan berkumpul di

rumah Shaykh di Rembau untuk bertemu sesama mereka bertanya khabar. Sebelum Perang
Dunia ke-2 meletus, Shaykh membawa anak isterinya berpindah ke Siak. Apabila perang tamat,
isteri dan anak-anaknya, pulang semula ke Rembau untuk menyambung persekolahan. Hanya
anaknya yang bernama (Haji) Ismail tidak turut serta sebaliknya tinggal bersama Shaykh menjadi
pembantunya. Bersama-sama dengan anaknya, Shaykh telah mengembangkan tariqat
Ahmadiyyah sehingga ke Pekan Baru yang menjadi ibu negeri Siak yang baru. Mereka telah
membeli sebuah istana lama untuk dijadikan rumah persinggahan untuk membincangkan urusan
perniagaan dan bertemu dengan orang-orang kenamaan Siak. Selain Haji Ismail yang diharapkan
Shaykh untuk menguruskan hal-ehwal keluarga dan perniagaan, serang lagi individu yang
menjadi orang kepercayaan Shaykh ialah (Haji) Ahmad bin Abdul Hamid. Beliau diamanahkan
Shaykh untuk membantunya dalam urusan tariqat dan hal-hal peribadi yang bersangkutan. Haji
Ahmad mempunyai kebolehan dalam ilmu gagah. Ketika hasil tanaman Shaykh dirosakkan
sekumpulan beruang, Haji Ahmad telah memburu beruang-beruang tersebut dengan tulang empat
keratnya tanpa menggunakan apa-apa senjata. Haji Ahmad juga menerima wasiat Shaykh agar
mengebumikan jenazahnya dibawah mihrab masjid yang didirikannya.
Peristiwa Mencarik Adat
Shaykh dikatakan telah dianugerah beberapa kelebihan luar biasa seperti yang diriwayat oleh
mereka yang rapat dengannya. Antara kisahnya adalah seperti berikut;
Ketika beliau sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya di pondok sawah di kampungnya, salah
seorang sahabatnya bersungut tentang kitab dan kain pelikat yang dipinjamkan kepada seseorang
masih belum dipulangkan. Sebaik mendengar sungutan itu, Shaykh pun berkata kepada
sahabatnya bahawa orang itu akan menghantar barang-barang yang dipinjamnya itu tidak lama
lagi. Tidak lama selepas itu, sampailah orang yang dimaksudkan dan kesemua barang yang
dipinjamnya telah pun dipulangkan semula.
Pada satu hari, ramai orang mandi-manda di Sungai Penajis. Salah seorang dari mereka
kehilangan gigi palsu. Kebetulan Shaykh lalu di kawasan itu. Orang ramai yang melihat kelibat
Shaykh terus meminta bantuan darinya kalau-kalau ia tahu kedudukan gigi palsu itu. Shaykh pun
berjalan ke tepi sungai kemudian menunjuk ke satu tempat. Orang ramai pun menyelam di
kawasan yang ditunjuk Shaykh itu dan akhirnya berjaya menemui gigi palsu tersebut.

Dalam satu kejadian, Shaykh kehilangan sejumlah wang dan wang itu dijumpai oleh seseorang.
Shaykh kemudiannya mendapat ilham dan mengetahui orang yang menjumpai wang tersebut lalu
ia bertanya kepada orang itu tentang wang yang dijumpainya. Orang itu pun kemudian
menyerahkan wang yang dijumpainya kepada Shaykh.
Pernah satu ketika diriwayatkan Shaykh hendak berbasikal ke rumah gurunya di Seremban.
Dengan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Secara spontan terpacul dari mulut Shaykh
mengharapkan agar hujan yang turun itu tidak menghalang niatnya hendak pergi ke rumah
gurunya. Seketika itu juga, hujan pun berhenti dan Shaykh meneruskan perjalanan ke rumah
gurunya.
Shaykh mendapat ilham tentang besar kemungkinan akan berlaku revolusi di Siak. Pada tahun
1939, ketika ia menghadap Sultan Siak bersama-sama anaknya, Haji Ismail, Shaykh menasihati
baginda tentang revolusi yang bakal terjadi. Ternyata, beberapa tahun selepas itu revolusi yang
dimaksudkan Shaykh benar-benar berlaku.
Ketika dalam keadaan tenat kesan dari penyakit raja[1] yang ditanggungnya, Shaykh sempat
memberitahu anaknya, Haji Ismail agar beri sedikit hasil jualan tanamannya kepada isterinya,
Hajjah Mariam untuk dijadikan duit lauk. Haji Ismail pada masa itu berhajat hendak pulang
belayar ke Rembau untuk menguruskan jualan tanamannya. Haji Ismail tidak begitu mengerti
maksud duit lauk seperti yang diungkap oleh bapanya itu. Ketika dalam perjalanan pulang, ribut
besar berlaku sehingga beliau terdampar di pantai Morib. Setelah itu, ia berkemas menuju ke
Rembau dan didapatinya, ibunya sedang sibuk hendak menguruskan pernikahan adik susuannya
yang bernama Rubiah. Pada masa itu, barulah Haji Ismail mengerti bahawa duit lauk yang
dimaksudkan bapanya itu adalah wang untuk menguruskan kenduri perkahwinan.
Meninggal Dunia
Sekitar bulan Disember 1947, Shaykh menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan
ratusan orang muridnya. Jenazahnya telah dikebumikan betul-betul di hadapan mihrab masjidnya
seperti yang diwasiat kepada anak muridnya.

Daftar Pustaka
Yaakub bin Idrus. 1988. Tuan Lebai Aris Pengembang Tariqat di kedua-dua Pantai Selat Melaka.
Warisan Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Sembilan bil. 13 1988/1989

Anda mungkin juga menyukai