Anda di halaman 1dari 5

SUMPAHAN SANG KELEMBAI

Sang Kelembai adalah makhluk sakti yang cukup digeruni oleh makhluk-
makhluk lain. Manusia dan haiwan adalah musuhnya. Sehingga hari ini
tiada siapa yang dapat menjawab pertanyaan apakah jenis makhluk Sang
Kelembai itu. Apakah Sang Kelembai makhluk asing? Atau raksaksa
keturunan jin? Atau makhluk hasil kacukan manusia dan jin atau makhluk
dari planet lain? Atau makhluk besar yang menyerupai predator yang
pernah kita saksikan di dalam filem? Tiada siapa yang dapat memberi
jawapan!

Yang diketahui umum, Sang Kelembai adalah bersifat raksaksa, berkesan


sumpah dan tegurannya, mempunyai kekuatan luar biasa, bengis, garang
dan mudah hilang akal serta cepat mengganas. Namun wajahnya tidak
pernah dilihat sesiapa. Tapi kesan sumpahan dan mitos tentangnya
mempunyai bukti sahih sekitar kawasan Sungai Perak.

Mengikut masyarakat persisiran sungai itu, Sang Kelembai adalah makhluk


yang berada di sepanjang Sungai Perak. Sungai itu adalah kediamannya
dan telah menjadi tempat kediaman suku-sakat Kelembai sejak zaman-
berzaman.

Kononnya Sang Kelembai ditugaskan menjaga kesucian Sungai Perak


daripada diceroboh manusia dan haiwan. Tugas itu membuatkan Sang
Kelembai taksub dengan kerjanya. Siapa sahaja yang disaksikan berada di
Sungai Perak akan dihalau dan disumpahnya.

Sekalipun Sang Kelembai adalah ganas dan menakutkan namun cerita


tentang makhluk itu menyeronokkan. Sebabnya keganasan daripada sang
Kelembai tidak banyak melibatkan manusia. Mangsa sumpahan Sang
Kelembai membabitkan haiwan.

Satu perkara yang menjadi buah mulut kalangan penduduk sekitar Sungai
Perak ialah kemujaraban Sumpah Sang Kelembai pada gajah-gajah yang
menceroboh sungai Perak.
Mengikut seorang penduduk Kampung Pulai, Manong, Perak, Sah Ahmad,
Sang Kelembai cukup marah dengan gajah-gajah yang mengharung Sungai
Perak, menurutnya gajah sememangnya banyak terdapat di hutan Pulai
dan Senggang kerana makanan binatang iaitu tebu gajah banyak terdapat
di situ. Ratusan ekor gajah akan menggeledah hutan belantara di dua
kampung itu. Apabila kenyang maka gajah-gajah itu akan turun ke sungai
untuk mencari air bagi tujuan minum dan mandi.

Pada suatu hari Sang Kelembai sedang membuat belat ikan merentangi
Sungai Perak. Sedang ia asyik meletakkan ketul-ketul batu tiba-tiba turun
lima ekor gajah.

Bunyi terjunan gajah ke dalam sungai menyedarkan Sang Kelembai yang


sedang asyik membuat belat. Ia memerhatikan gelagat-gelagat gajah itu.
Setelah gajah-gajah itu selesai minum, maka mereka membuat bising dan
meronta-ronta di dalam air hingga mengganggu ikan yang ingin ditangkap
oleh Sang Kelembai.

Menyaksikan gelagat gajah tersebut, Sang Kelembai hilang sabar, lalu


bertempik. Lima ekor gajah yang mengganas di dalam air sekali gus
menjadi batu. Batu itu masih ada di Kampung Ara Panjang.

Encik Md. Nain pula menceritakan tentang sepasang pengantin yang cuba
untuk berakit melalui Sungai Perak selepas selesai adat persandingan.
Khabarnya pasangan pengantin itu adalah daripada puak Orang Asli yang
kaya. Mereka memakai pakaian pengantin dan dihias penuh dengan barang
emas seperti gelang, subang dan cincin. Bila sahaja mahu menghulur kaki
ke atas rakit, Sang Kelembai menyumpah dan dengan tiba-tiba pengantin
itu bertukar menjadi batu.

Bagaimanapun batu kembar pengantin itu kehilangan barang kemas


hiasannya kerana telah dicungkil oleh manusia. Dan kesan batu sumpah
itu sudah menipis akibat hakisan air.
Walaupun Sang Kelembai adalah makhluk besar dan ganas, namun ia takut
kepada manusia. Dia tidak akan mengapa-apakan manusia yang tidak
mengganggu kawasan kediamannya dan Sungai Perak.

Kononnya pada zaman itu terdapat beberapa peneroka daripada


Minangkabau, Sumatera yang datamg untuk menakluki Negari Perak
menggunakan rakit. Bila rakit orang-orang Minangkabau cuba memasuki
perairan sungai itu, Sang Kelembai akan mengocakkan air sekuat-kuatnya.
Gelombang air yang kencang itu menyebabkan rakit tidak dapat masuk ke
pedalaman Sungai Perak. Selain mengocakkan air, kata seorang penduduk
Ketior, Razali awang, Sang Kelembai akan menghembus angin dengan
mulutnya yang memutarkan air dan memusingkan perahu dan rakit yang
cuba menjalar masuk ke Sungai Perak.

Mengikut Razali, bencana alam yang ditimbulkan oleh Sang Kelembai


menakutkan manusia yang cuba memasuki Sungai Perak secara haram.
Bagaimanapun, jelas beliau, Sang Kelembai tidak banyak melakukan
musibah kepada penduduk tempatan. Lagipun jelas Razali, waktu itu
bilangan penduduk yang mendiami pinggir sungai Perak tidaklah ramai
seperti sekarang.

Mengikut En. Sah pula, Sang Kelembai adalah makhluk yang sensitif
kepada makhluk lain. Kelembai mahu hidup dengan suku-sakatnya dan
mudah naik angin kalau ada gangguan terhadap diri dan puak-puaknya.

Beliau ingat tentang sebuah cerita daripada orang tuanya betapa pada
suatu hari ketika Sang Kelembai sedang menahan bubu tiba-tiba datang
seekor gajah memberitahunya bahawa anaknya ditimpa pokok bayan
besar.

Sang Kelembai menerima berita itu dengan penuh kemarahan kerana


selama ini dia menyangka alam duniawi simpati dengan suku-sakatnya.
Kelembai tiba-tiba menjadi garang dengan maklumat itu lalu sebuah bubu
yang cuba ditahan dihumban dengan sekuat-kuatnya ke dalam belantara
dan tercampak nun jauh daripada sungai hingga menjadi gunung. Gunung
itu kemudiannya digelar Gunung bubu.
Mengikut En. Sah lagi ikan-ikan besar adalah makanan Sang Kelembai dan
suku-sakatnya di sungai Perak. Hutan belantara adalah kediamannya.
Kelembai akan berada jauh daripada perkampungan manusia. Ketika
menangkap ikan, Kelembai akan mencampak ikan-ikan ke darat. Ikan yang
bersisik tajam dan bersengat tajam yang boleh melukakan tangan dan
jarinya akan dibuang pada pulau kecil dan bila ditegurnya ikan-ikan itu
akan menjadi batu.

Beliau menunjukkan sebuah batu yang hanyir seperti ikan kerana


kononnya batu itu adalah berasal dari ikan yang dibuang oleh Sang
Kelembai. Beberapa ketika apabila penduduk kampung datang untuk
menangkap ikan tetapi tidak berhasil, maka serpihan batu itu akan dibawa
pulang. Batu itu akan dimasak dan masakan tetap rasa seperti masakan
ikan.

Riwayat sang Kelembai di persisiran sungai Perak tidak kekal kerana


pencerobohan manusia. Bila berlaku penghijrahan manusia ke kampung
dan belantara sekitar sungai, banyak kawasan hutan diterokainya.

Sang Kelembai tidak dapat berbuat apa-apa dengan kemasukan manusia


yang dianggap lebih berkuasa daripada dirinya dan suku-sakatnya.

Kelembai merasa bimbang kerana pada suatu hari ketika bersiar-siar di


hutan ia melihat sebuah kawasan telah diteroka oleh manusia. Bila
memerhati perut bumi sang Kelembai melihat ribuan lubang-lubang kecil
di perut bumi.

Lubang-lubang ini adalah daripada tindakan peladang yang cuba untuk


menanam padi dan jagung. Menggunakan buluh tajam manusia membuat
lubang kecil untuk memasukkan benih bijirin itu. Sang Kelembai
memikirkan begitu banyak senjata tajam yang ada pada manusia.
“Tentulah semakin ramai manusia yang sudah berada di daerahnya,” fikir
Kelembai.
Maka makhluk itu menjadi semakin takut dengan senjata tajam yang
mencucuk bumi dan merasakan ramai umat manusia yang sudah mula
menakluki daerahnya.

Dalam pada itu ketika Kelembai sedang berjalan ia terpandang sebatang


buluh tinggi dicantas manusia. Sebenarnya buluh itu tersepit anatara
dahan buluh yang lain. Bila dicantas batangnya melantun ke atas.

Kelembai memikirkan ada makhluk lain yang lebih tinggi dan ragam
daripadanya.

Ketakutannya daripada dua perkara itu membuatkan ia semakin gerun


untuk tinggal di persisiran Sungai Perak. Mengikut En. sah, pada satu
malam Sang Kelembai mengerahkan suku-sakatnya berkampung dan
menceritakan tentang kedudukan mereka yang sudah dicabar oleh
manusia. Seluruh keluarga Kelembai bertindak untuk lari ke kaki langit.
Maka berakhirlah riwayat Sang Kelembai di sungai Perak.

Anda mungkin juga menyukai