Anda di halaman 1dari 7

1.

1 Pengenalan

Siam ialah empayar terkuat di Indochina dan negara terbesar Thai yang merangkumi negeri
lindungan Kemboja, Lanna, Lous, Pegu dan sebahagian Malaysia. Kerajaan ini dibentuk oleh
Dinasti Phra Raung pada 1238 dan kekal sehingga 1932, apabila kerajaan mutlak ditamatkan
dan digantikan dengan Thailand. Negara Thailand (dulu Siam) pada awal pembentukannya
diwarnai oleh hadirnya kerajaan-kerajaan, seperti Sukhothai, Ayuthaya, Thonburi, dan
Rattanakosin. Hadirnya kerajaan-kerajaan ini banyak menyumbangkan budaya kepada
masyarakat Thai pada masa kini. Periode kerajaan Monarki Absolut pada masa itu
diklasifikasikan sebagai sejarah Thailand pada pra-modern. Pembentukan kerajaan-kerajaan
ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh bangsa-bangsa yang bermigrasi ke Thailand dan
membawa nilai dan ajaran-ajaran sehingga turut mewarnai perkembangan budaya negara ini1

2.1 Pengasas Kerajaan Rattanakosin

Phra Phutthayotfa Chulalok ,yang dilahirkan di Thongduang atau juga dikenali sebagai Rama


I (20 Mac 1737 - 7 September 1809), merupakan pengasas kerajaan Rattanakosin dan raja
pertama yang memerintah Dinasti Chakri Siam atau sekarang dikenali sebagai
Thailand.Baginda menaiki takhta pada tahun 1782, setelah mengalahkan pemberontakan
yang telah menggulingkan Raja Taksin dari Thonburi. Baginda juga dirayakan sebagai
pengasas Rattanakosin iaitu sekarang dikenali sebagai Bangkok sebagai ibu kota kerajaan
baru yang bersatu semula.Rama I diputerakan dari wangsa Mon, serta berkongsi keturunan
dengan Dewan Sisowath di mana ayahandanya berkhidmat di mahkamah kerajaan di
Kerajaan Ayutthaya, dan telah berkhidmat kepada Raja Taksin dalam peperangan menentang
dinasti Burma Konbaung dan membantunya dalam penyatuan semula Siam. Pada masa ini
baginda muncul sebagai pemimpin tentera Siam yang paling berkuasa. Thongduang adalah
Somdet pertama Chao Phraya, pangkat tertinggi bangsawan dapat dicapai, sama dengan
royalti. Pada tahun 1782, baginda menguasai Siam dan memahkotai dirinya sebagai raja.
Peristiwa yang paling terkenal dalam pemerintahannya ialah Perang Burma-Siam 1785,yang
merupakan serangan Burma yang terakhir di Siam2.

Sama seperti tokoh-tokoh tinggi Siam yang lain, nama baginda berubah beberapa kali
sepanjang hayatnya, bergantung pada kedudukannya masing-masing,dan bahkan selepas
dirujuk sebagai perubahan. Nama baginda ketika lahir ialah Thongduang. Apabila
1
Micheal Smithies,’Description Of Old Siam’,1995 hlm 13
2
Ibid 25
Thongduang berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Wilayah Ratchaburi semasa
pemerintahan Raja Ekkathat Ayutthaya, baginda memegang gelaran Luang Yokkrabat.
Selepas kematian Ayutthaya, raja baru Taksin yang menjadi komandan tentera,telah
memenangi gelaran Phra Ratcharin Chao Krom Phra Tamruat (ketua jabatan polis), Phraya
Aphaironnarit, Phraya Yommarat, Phraya Chakri dan Chaophraya Chakri menteri di wilayah
utara). Akhirnya, Taksin mencipta gelaran Somdet Chaophraya Maha Kasatsuek, gelaran
yang mulia setinggi tidak ada pegawai Siam yang dilahirkan sebelum dia, menjadikannya
quasi-royalti.Apabila baginda menaiki takhta pada tahun 1782, baginda menggunakan
gelaran Ramathibodi, seperti pemerintah Kerajaan Ayutthaya yang bertujuan untuk
menunjukkan pengaruh kuasa baginda seperti raja-raja Siam sebelumnya3.

3.1.Perkembangan Kerajaan Rattanakosin

Pada 6 April 1782,merupakan tarikh permulaan pemerintahan Chakri. Pada 6 April juga
dirasmikan sebagai tarikh Hari Chakri yang masih kekal sebagai hari kelepasan am Negara
Thai.Ketika menaiki takhta,Chakri berumur empat puluh lima tahun dan berpengalaman
dalam hal ehwal pentadbiran serta peperangan. Chakri membuat keputusan menangguhkan
upacara pertabalannya sehingga 3 tahun kemudian. Dalam pada itu,Raja Chakri pertama
menjalankan rancangan membina istana baru mengikut adat istiadat dan struktur zaman
Ayudhya yang terletak di tebing Sungai Chao Phraya. Dengan siapnya pembinaan isatana
baginda,Chakri memindahkan pusat kerajaan ke Bangkok dan menjalankan upacara
pertabalan baginda pada tahun 1875. Chakri memilih gelaran Ramathibodi4.

Seperi Taksin,Chakri atau Rama menyedari betapa pentignya rancangan-rancangan


pemulihan Siam yang akan menjamin keselamatannya. Walau bagaimanapun Rama 1 melihat
rancangan rancangan memulihkan struktur dan semangat rakyat diperlukan secara mendadak.
Mungkin ini juga disebabkan oleh keadaan yang wujud pada masa Rama 1 menaiki takhta.
Pada masa itu,kepercayaan keagamaan bertambah merosot kerana perpecahan golongan sami
mengikut kelompok pro atau kontra-Taksin. Maka wajarlah bagi Rama 1 melancarkan
rancangan-rancangan memulihkan institusi agama.5

Tujuan rancangan permulihan institusi agama ialah untuk menamatkan krisis kemerosotan
moral dan ilmu sangha yang dipercayai menjadi masalah pokok kemerosotan institusi agama

3
Ibid 32
4
H Warrinton Smyth’Five Years in Siam,1898 hlm17
5
Ibid 22
dalam zaman pemerintahan Rama 1. Rama 1 menjalankan dua rancangan yang memang
berkaitan dengan tujuan tersebut. Pertama ialah rancangan yang memang berkaitan dengan
tujuan tersebut. Pertama rancangan menyemak dan membetulkan semula kitab
Tripitaka.Kedua,ialah rancangan pengisytiharan kod undang-undang sami yang berlaku pada
tahun 1782-1783. Rancangan menyemak semula kitab Tripitaka bertujuan menentukan
ketepatan kitab suci agama yang dihormati sebagai sumber rujukan utama Dharma Buddha.
Dengan rancangan-rancangan ini Rama 1 berharap agama Buddha akan selamat dan moral
serta pengetahuan golongan sami akan mencapai peringkjat yang sewajarnya6.

Satu lagi masalah besar yang wujud sejak tahun 1767 ialah sistem pentadbiran yang tidak
berkesan akibat kekurangan teks-teks panduannya termasuk teks undang-undang. Rama 1
menyelesaikan masalah ini dengan menyemak semula undang-undang yang berkuatkuasa
pada masa itu. Kesannya Rama 1mengisytiharkan Kod Undang-Undang Tiga Tera.Kod itu
menjadi undang-undang induk Siam tradisional sehingga kod undang-undang Barat
diperkenalkan pada abad ke-20. Dengan pengisytiharan Kod Undang-Undang Tiga Tera dan
perlantikan pembesar mengikut susun peringkat tradisional,Rama 1 dapat menyusun sistem
pentadbiran yang teratur dan berkesan.Sistem pentadbiran yang dikermaskinikan oleh Rama
1 sebenarnya merupakan sistem yang digunakan sejak zaman Raja Trilok di Ayudhya(1448-
1488).7

Usaha-usaha Rama 1 merangkumi juga bidang sosial.Tujuan utamanya ialah untuk


menerangkan serta menyebarkan pemikiran dan kefahaman sosiopolitik generasi pemimpin
sesudah kemusnahan Ayudhya supaya dapat diserapkan oleh rakyat Siam tanpa salah faham.
Sastera dan sejarah menjadi aspek pemulihan sosial yang mengambarkan tujuan Rama1 yang
berkesan.Walaupun rakyat Siam tradisional masih buta huruf pada keseluruhannya,tetapi
terdapat bukti yang mengesahkan peranan pengaruh sastera dan sejarah keatas rakyat
amnya,dan pembesar-pembesar khasnya.Contohnya terdapat lukisan-lukisan menceritakan
tentang sejarah riwayat Buddha,cara hidup rakyat jelata,sastera klasik seperti Ramayana,Inao
dan lain-lain yang dilukis di dinding bangunan-bangunan kuil di ibu kota mahupun wilayah.
Ini bererti bahawa pengertian dan tunjuk ajar daripada cerita-cerita itu dapat disampaikan
kepada masyarakat secara menyeluruh.Pada zaman Rama 1 terdapat percubaan kuat oleh raja
dan khunnang untuk mengalakkan penulisan sastera dan sejarah yang disebarkan kepada

6
Kobkua Suwannathat’Sejarah Thai Zaman Bangkok’1991 hlm 12
7
Ibid 20
golongan masyarakat berkenaanMaklumat itu kemudiannya disampaikan kepada masyarkat
supaya nilai soiopolitik dan moral pemimpin baru dapat diserapkan oleh masyarakat.8

4.1 Kegemilangan Kerajaan Rattanakosin

Pada tahun 1782 serangan dari Myanmar semakin kurang. Ini kerana dari tahun 1775 apabila
kempen menentang kuasa Myanmar di Chiangmai berakhir dengan kemenangan Taksin
keatas pencerobohan Ava itu. Dengan kejayaan ini dan juga berlakunya keadaan kacau bilau
di Myanmar,telah melemahkan keupayaan Burma meneruskan dasar agresif terhadap
Siam.Kesannya kira-kira sepuluh tahun berikutnya Siam dapat menjalankan dasar perluasan
kuasa ke atas negeri-negeri jirean terlebih dahulu mengakui taraf negeri nayngan kepada
Siam.Asas dasar perluasan kuasa yang dipegang kuat oleh Rama 1 berkait rapat dengan
konsep pengesahan seseorang raja yang bergantung kepada moral,jasa baik,dan kebolehan
peribadi raja itu.9

Rama 1 perlu menonjolkan dirinya sebagai dharma-raja,yang mana jasa baiknya menjamin
kedudukan raja pemerintahnnya mahupun jatuh bangun rakyat. Selain tiga peperangan dalam
tahun 1785-1787,semasa itu Siam sedang mempertahankan kedaulatnnya daripada serangan
Myanmar,perang Siam Myanmar sepanjang pemerintahan Rama 1 mencerminkan persaingan
yang hebat di antara dua orang raja yang ingin menonjolkan diri masing-masing sebagai
dharma raja yang paling dihormati di rantau ini.Rama 1 berjaya menakluki Myamar empat
tahun kemudian apabila Tavoy,Mergui dan Tenasserim mengangkat sumpah menjadi negeri
naungan Bangkok pada tahun 1791.10

Kuasa dan pengaruh Siam keatas negeri-negeri Lao iaitu Vientiane,Luang Prabang dan
Champasak semakin kuat.Vientiane dan Champasak telah menerima taraf naungan mereka
dalam tahun 1778.Dalam zaman pemerintahan Rama 1,sungghpun negeri-negeri itu masih
kekal sebagai negeri satelit Siam,tetapi terdapat juga percubaan-percubaan daripada raja-raja
mereka untuk membebaskan diri daripada lingkungan penagruh Siam. Misalnya,Raja
Nanthasen di Vientiane dipanggil balik ke Bangkok kerana penglibatanya dalam komplot
menentang Bangkok pada tahun 1794. Rama 1 juga telah berjaya menewaskan Luang
Prabang pada tahun 179111.

8
Ibid 24
9
Wan Azaham Wan Mohamad’Sejarah Revolusi Thai’1987 hlm 18
10
Ibid 25
11
Ibid 43
Perang Thai Myanmar yang berlaku pada tahun 1785 merupakan serangan Burma yang
terbesar dan paling menyeluruh dalam sejarah peperangan tradisional mereka,dan
memperlihatkan betapa pentingnya negeri-negeri Melayu yang terletak berdekatan dengan
Siam bagi keselamatan dan kekuasaan Siam. Selepas kejayaan Rama 1 dan tenteranya dalam
usaha mematahkan serangan Myanmar tersebut,tenteraPutera Wang Na Surasi dihnatar ke
kawasan selatan Siam untuk menewaskan tentera Myanmar di situ. Surasi juga
bertanggungjawab menjalankan rancangan untuk menndukkan negeri-negeri Melayu yang
dahulunya mengakui taraf kepada Siam.Apabila menghadapi penentangan kuat dari
Pattani,Surasi mengambil keputusan bertindak tegas keatas semua negeri Melayu yang
berdekatan dengan Siam.Akhirnya semua negeri Melayu seperti Kedah
KelantandanTerengganu menghantar bunga emas dan perak ke Siam setiap tiga tahun sekali
sebagai taraf negeri naungan.12

Pada umumnya,rancangan-rancangan perluasan kuasa Rama 1 dapat mencapai


matlamatnya.Bukti yang jelas menunjukkan pencapaian itu ialah kemunculan semula
empayar Thai yang lebih luas berbanding dengan empayar Ayudhya. Walaupun asas empayar
ini ditubuhkan oleh Taksin,tetapi tidak dapat dinafikan bahawa kebolehan Rama 1 dan
jeneral-jeneralnya terutama Putera Surasi merupakan faktor utama yang membolehkan Siam
mencapai semula kekuasaannya. Dalam jangka masa dua puluh tujuh tahun,Rama 1
membentuk untung nasib rakyat Thai yang dapat menolong Siam menghadapi
ancamanpancaman akan datang dengan kedudukan yang kuat dan kukuh.13

5.1 Kelemahan Pewaris Rama 1

Sebelum Rama 1 magkat baginda telah telah menamakan putera baginda Raja Loetla sebagai
peganti takhta. Raja Loetla atau dikenali sebagai Rama II menaiki takhta kerajaan Siam
semasa berumur empat puluh dua tahun dan telah berpengalaman dalam hal ehwal
negara..Loetla diterima sebagai waris takhta yang sah kerana baginda memgang jawatan
Putera Wang Na,iaitu jawatan pewaris raja mengikut adat istiadat raja Siam.Loetla
memerintah Siam selama lima belas tahun.14

Zaman pemerintahan Raja Loetla bukan sahaja memperlihatkan kelemahan institusi diraja
berdepan dengan Khunnang bahkan juga keruntuhan kuasa dan pengaruh Siam keatas negeri

12
Adam Jamaluddin’Gejolak Patani dalam Pemerintahan Thailand’2014 hlm 7
13
Ibrahim Syukri ‘Sejarah Kerajaan Melayu Patani’ 2002 hlm 32
14
John Villiers’Natural and Political History Of The Kingdom’1998 hlm 67
satelit Siam.Dapat dirumuskan bahawa kepentingan Loetla yang kurang penglihatannya dan
suasana politik dalam negeri yang memperlihatkan golongan bangsawan Thai yang
melakukan kegiatan menambabkan kuasa politik,ekonomi dan sosial mereka menyebabkan
siam kehilangan peluang untuk mempertahankan kedudukannya di sebelah Timur.15

6.1 Kesimpulan

Rama I memainkan peranan yang penting dalam penubuhan kerajaan Rattanakosin. Hal ini
dapat dibuktikan apabila Rama I meninggalkan warisan seperti ibu kota Bangkok,Patung
Budha Zamrud,kebebasan Siam daripada ancaman Burma selepas kemenangan baginda
dalam tahun 1785,kesucian agama selepas zaman kemerosotan dan kesesatannya,kod
undang-undang yang menjadi panduan rakyat sepanjang zaman tradisional Bangkok,dan yang
terpenting sekali ialah dinasti Chakri yang memeritah dengan penh keadilan.Mungkin
sumbangan warisan inilah yang meningkatkan tuntutan agar Rama I diberikan gelaran
Maharaja dalam tahun 1985 bersempena dengan perayaan ulang tahun ke-200 Bangkok,iaitu
176 tahun selepas kemangkatan baginda.

RUJUKAN

Micheal Smithies(1995)’Description Of Old Siam’Oxford University Press

Kobkua Suwannathat-Pian(1991)’Sejarah Thai Zaman Bangkok’ Dewan Bahasa dan Pusaka

H.Warington Smyth(1994)’Five Years In Siam’White Lotus

15
Ibid70
John Villiers(1998)’Natural and Political History Of The Kingdom Of Siam’Thailand White
Lotus

Ibrahim Syukri (2002) ‘Sejarah Kerajaan Melayu Patani’ Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia Bangi

Adam Jamaluddin(2014)’Gejolak Patani Dalam Pemerintahan Thailand’Penerbit Universiti


Pendidikan Indonesia

Wan Azaham Wan Mohamad(1987)’Sejarah Revolusi Thai’ Dewan Bahasa Pusataka Kuala
Lumpur

Anda mungkin juga menyukai