Anda di halaman 1dari 4

AMIRAH Melati kuntum tumbuh melata,

Sayap merbau di pohon cemara;


Assalamualaikum pembuka kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Saya, (AMIRAH, AMALIA, ASMA, ATHILA & ATHIRAH) – 5 kali


ATHIRAH Kami dari kelas F2D, kumpulan 1.

AMALIA Pantun adalah salah satu cabang puisi tradisional Melayu, dicipta oleh


masyarakat Melayu pada zaman dahulu, iaitu satu perkara yang tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas yg bermaksud sesuatu adat yang tidak berubah, tetap dan
kukuh. Pantun bertujuan untuk menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan juga
boleh jadi luahan perasaan. Disebabkan bahasa yang digunakan sangat teliti dan
puitis, teguran dan nasihat lebih mudah diterima pakai.
ASMA Pantun pada zaman dahulu juga merupakan ‘bahasa basahan’, ataupun
cara masyarakat Melayu pada zaman tu berkomunikasi. Namun begitu, kemajuan
teknologi semasa telah menyebabkan pantun semakin kurang mendapat perhatian
dalam kalangan masyarakat hari ini. Oleh itu, dokumentari ini telah dilaksanakan
bagi menelusuri pemikiran dalam pembayang pantun tradisional.

ATHIRAH Pembayang, fungsinya adalah membayangkan apa yang akan berlaku


pada dua baris akhir. Apabila dua baris pembayang ada maksud yang sesuai
dengan dua baris maksud, ia akan jadi sebuah pantun yang baik dan sempurna. Jika
pantun tersebut tidak dapat membayangkan maksudnya, ia bukanlah pantun yang
sempurna. Pembayang maksud juga sering dituangkan dalam metafora atau kiasan
alam dan sebagainya yang dapat mewakili makna maksud pantun tersebut. Mari
dengarkan pantun ini:

ATHILA Berpada-pada menanam padi,


Jangan pula ditebas orang;
Berpada-pada menanam budi,
Kerana mata di anak orang.

AMIRAH Pantun tadi memiliki pembayang maksud yang berbunyi “berpada-pada


menanam padi, jangan pula ditebas orang”. Erti dari kata “berpada-pada” adalah
melakukan sesuatu secara tidak berlebihan. Sementara kata “padi” dari pembayang
maksud diambil menjadi simbol alam yang akan menggambarkan maksud pantun itu
nantinya. Padi bagi orang Melayu bukan sahaja sebagai bahan makanan utama,
malah telah menjadi sebahagian daripada kehidupan yang merupakan ciri nyata
dalam kebudayaan masyarakat Melayu. Kata “padi’ adalah perkataan asli dalam
bahasa Melayu yang dapat ditemukan dalam pepatah yang berbunyi “ada padi
semua kerja boleh jadi, ada beras semua kerja menjadi deras, kalau tiada padi
semua kerja tak jadi dan bukan tanah menjadi padi”. Maka dengan demikian, begitu
pentingnya padi bagi kehidupan masyarakat Melayu.

ATHIRAH Disebabkan begitu pentingnya padi, maka kita harus menanamnya pada
tempat yang tepat dan tidak berlebih-lebihan. Misalnya, usaha penanaman yang
dilakukan dengan mengambil tanah orang lain akan mengakibatkan padi yang begitu
penting itu akan dirosakkan orang, diambil orang atau bahkan ditebas orang.

ASMA Pembayang maksud di dalam pantun ini bertindak sebagai “pendahulu niat”
yang akan “tertuang” dalam maksud pantun dengan menggambarkan suatu makna
peringatan dari penutur pantun kepada khalayak yang mendengar atau membaca
pantunnya. Sehinggakan maksud pantun juga memiliki makna yang serupa dengan
pembayang maksud, iaitu berbunyi “berpada-pada menanam budi, kerana mata di
anak orang”. Bunyi persajakan “padi” dan “budi” menjadi persamaan ritma pada
baris pertama dan ketiga yang memiliki makna yang hampir serupa.

ATHILA Budi merupakan sikap yang dapat diertikan sebagai perbuatan berbuat baik
kepada orang lain. Budi juga salah satu daripada norma hidup yang begitu
dipentingkan dalam budaya masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu melihat rupa
dan paras jiwa seseorang itu sebagai bentuk budi, iaitu suatu peribadi yang
mengandungi akal dan rasa. Budi juga dipandang sebagai sikap rendah hati
seseorang kepada orang lain.

AMIRAH Maka dengan demikian, budi sama pentingnya dengan padi sehingga di
dalam pantun ini, pembayang maksud dan maksudnya menggunakan metafora padi
yang menjadi pembayang makna atau pendahulu niat untuk menyampaikan sesuatu
yang berguna dan penting seperti “budi”.

AMALIA Kata yang tertuang di dalam maksud pantus ini juga menggunakan kata
“berpada-pada” yang membawa makna bahawa dalam menebar budi atau kebaikan
ataupun kerendahan hati haruslah juga dilakukan secara tidak berlebih-lebihan,
ibarat dalam sebuah pepatah Melayu “jangan diberi lebih nasi daripada sudu” kerana
sesuatu yang berlebihan akan menimbulkan suatu perkara yang tidak baik.
ASMA Sehinggakan di dalam pantun ini berbunyi “kerana mata di anak orang”, iaitu
apa yang kita lakukan sewajarnya berpada-pada kerana boleh jadi penilaian orang
lain berbeza-beza, ada yang menilai baik atas perbuatan baik kita atau akan ada
orang lain yang akan menilai sebaliknya atas kebaikan kita tersebut, maka
lakukanlah kebaikan dengan berpada-pada, iaitu tidak berlebih-lebihan.

ATHILA Inilah salah satu pantun tradisional yang pembayang maksudnya betul-
betul menjadi pendahulu niat atas niat yang dicurahkan di dalam maksud pantun
sebagaimana yang telah dijelaskan kami tadi. Di situlah salah satu letak keelokkan
dan keindahan pantun kerana pembayang maksudnya mengandungi maksud pantun
ini dengan nada yang seolah terang namun sengaja disembunyikan. Seterusnya,
mari kita dengarkan pula pantun yang kedua:

AMALIA Ku timang-timang si anak kucing,


Rupanya mencakar ketika besar;
Ku sayang-sayang bunga disunting,
Rupanya pagar memakan akar.

AMIRAH Berdasarkan pantun yang dibacakan sebentar tadi, dalam pembayang


pantun tersebut menggunakan metafora “anak kucing” yang dapat diertikan sebagai
haiwan yang comel dan diminati oleh ramai orang. Pada masa yang sama, maksud
pantun tersebut juga menggunakan metafora “bunga” yang bermaksud sesuatu yang
cenderung indah dan harum serta diminati oleh orang ramai khususnya kaum hawa.

ATHIRAH Selain itu, dalam pembayang mengandungi makna bahawa penutur


pantun melakukan perbuatan yang sangat baik seperti “menimang-nimang” namun
balasan yang diperolehnya tidak setimpal. Begitu juga makna dalam maksud pantun
tersebut yang juga mempunyai makana telah melakukan perbuatan “menyayangi”
bunga, namun hasilnya juga tidak setimpal kerana akar bunga rosak terkena pagar.

AMALIA Pembayang maksud memang menjadi pembayang makna kepada maksud


pantun yang sama-sama menggambarkan sesuatu perbuatan baik yang telah lama
dan susah payah dilakukan tetapi pada akhirnya mendapat balasan yang tidak
setimpal. Metafora dalam pantun ini sama dengan apa yang ingin disampaikan oleh
Za’ba, iaitu metafora dalam bangsa Melayu selalu dikiaskan dengan perkara lain
yang memiliki makna yang bukan makna sebenarnya kerana disitulah terletak
keelokan sebuah pantun. Itu sahaja dari kumpulan kami.

Anda mungkin juga menyukai