Anda di halaman 1dari 18

Pantun Melayu

Pantun adalah salah satu

bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan
mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa
sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan
bersuka ria.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk
kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama
seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.

Nikmat hidup - Hamka


Perumpamaan dalam pantun
Istilah pantun sendiri bagi orang Melayu seringkali digunakan untuk membawa maksud
umpama atau ibarat (Zaba,1965). Ini dibuktikan melalui ungkapan
kami sepantun telur itik atau
tuan sepantun kilat cermin
yang dijumpai dalam rangkap-rangkap pantun lama Melayu, membawa maksud seperti atau
umpama. Istilah pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. Seperti contoh ayat
yang dipetik dari Hikayat Hang Tuah (1975:182) yang berbunyi:akan sekarang adalah seperti pantun orang pagar makan padi .
Dalam ayat tersebut istilah pantun digunakan sama dengan perumpamaan. Malah mengikut teori
Wilkinson (1923) dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang, mulanya
dua baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris. Contohnya:
Dari bentuk perumpamaan:
Sudah gaharu cendana pula.

Menjadi pantun dua kerat:


Sudah
Sudah tahu bertanya pula.

gaharu

cendana

pula,

cendana
dalam
bertanya

pula,
puan;
pula,

Kemudian menjadi pantun empat kerat:


Sudah
gaharu
Bedak
bertemu
Sudah
tahu
Hendak bertemu gerangan tuan.
Dari bentuk perumpamaan:
Sayangkan kain buangkan baju.
Menjadi pantun dua kerat:
Sayangkan
Sayangkan lain buangkan aku.

kain

buangkan

baju,

buangkan
panjang
buangkan

baju,
lima;
aku,

Kemudian menjadi pantun empat kerat:


Sayangkan
kain
Kerana
baju
Sayangkan
lain
Kerana aku dagang yang hina.

Contoh di atas bukan mencadangkan bahawa semua pantun berkembang secara demikian, tetapi
dasarnya perkembangan tersebut telah memunculkan bentuk-bentuk rangkap pantun yang dapat
dijadikan model kemudiannya.
Perkembangan pantun
Perkembangan bentuk pantun ini tentunya selari pula dengan perkembangan tema dan fungsi
pantun, sehingga akhirnya pantun membentuk satu khazanah puisi lisan yang amat besar
jumlahnya. Namun tanpa kajian filologi serta bukti-bukti yang kukuh, kita masih tidak dapat
berbicara dengan pasti tentang pensejarahannya.
Dendangan rakyat atau lagu kerja
Walaubagaimanapun, pada kurun ke 14, bentuk pantun yang sudah mantap muncul dalam
Hikayat Raja Pasai, karya Melayu tertulis yang dianggap terawal. Namun satu fakta yang tidak
dapat disangkalkan ialah kemungkinannya lama sebelum itu, pantun mungkin sudah tersebar luas
secara lisan di dunia Melayu. Ia menghiasi dunia seni Melayu melalui keindahan bahasa dan

keelokan isinya dan menghibur petani dan nelayan sebagai lirik untuk dendang rakyat atau lagu
kerja.
Secara pragmatiknya, pantun mungkin mula dipopularkan sebagai lirik lagu. Mengikut teori
Fischer (1961) tentang asal-usul seni, puisi yang terawal adalah muncul dari keperluan untuk
membangkitkan semangat kolektif bagi memudahkan dan meringankan sesuatu kerja.
Keperluan kepada bentuk-bentuk puisi yang mudah dihafal, tekanan oleh kesepontanan
penciptaan mungkin melahirkan ungkapan-ungkapan bersukat dan berima seperti pantun, yang
kemudiannya dilagukan untuk mengendur situasi tegang semasa bekerja.
Bentuk pantun yang unik, sifatnya yang profan, bahasanya yang bebas dari pantang-larang,
mungkin menjadikannya mudah dicipta dan kewujudannya yang lebih akrab dengan masyarakat
bawahan, memudahkannya tersebar dengan selesa di kalangan masyarakat.
Sifat Pantun
Alam dan kehidupan
Selaras dengan perkembangan budaya dan tamadun manusia, pantun menjadi lebih bertenaga,
tukang-tukang pantun dapat berpesta dengan bahasa yang kian kaya perbendaharaannya, unsurunsur persekitaran pula menjadi lautan ilham yang tidak pernah kering dan pupus. Sebagai unitunit makna yang dapat wujud kendiri, setiap rangkap pantun boleh membawa satu tema atau
idea yang lengkap. Bayangkan betapa banyak idea dan tema yang dapat digarap oleh pantun
tiada nokhtahnya!
Alam bukan sahaja menjadi sumber ilham pencipta pantun, tetapi juga menjadi cermin untuknya
menatap dan menginsafi diri manusia. Dari imejan sehingga idea atau persoalan, pantun meniru
alam, termasuk segala fenomena dan fielnya, untuk menyindir, memujuk dan mendidik manusia.
Dengan demikian pantun menyentuh semua penjuru kehidupan manusia, memenuhi hampir
keseluruhan hidup dan hayat manusia, ia melingkungi kehidupan kanak-kanak melalui
dendangan dodoinya, meniti bersama kedewasaannya untuk meratapi cinta yang tak berbalas,
rindu yang tak berkesudahan, melangkah bersamanya untuk merintih nasib seorang perantau dan
akhirnya mencecah hari tua untuk menegur dan menasihat.
Rima pantun
Dalam berpandukan hukum-hukum kelisanan, maka pantun dicipta. Bentuk pantun dengan
demikian memanifestasikan seluruh puitika lisan. Barisnya yang bersukat dan seimbang,
dengan pola rima di hujung dan di tengah baris (untuk pantun yang baik), malah pada tahap
bentuknya yang awal setiap perkataan dalam pembayang berima dengan setiap perkataan dalam
maksud. Sebagai contohnya;
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata;

Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih;


yang apabila diucapkan memunculkan rima yang menjadikannya mudah dihafal dan dingatbalik. Contohnya pantun-pantun di bawah dengan rima dalam dan rima hujung pada barisbaris yang berselang-selang, apabila diucapkan akan memunculkan ritma yang menarik:
Limau
Sayang
Angin
Hati
(Wilkinson)

purut/
selasih/
ribut/
kasih/

Nasi
Sayang
Buang
Kerana
(Wilkinson)

lebat

lemak/
selasih/
emak/
kasih/

di
condong
dapat
apa

pangkal
uratnya
ditangkal
ubatnya?

buah
saya
buang
saya

bidara,
lurutkan;
saudara,
turutkan.

Pernyataan padat dan ringkas


Pantun juga perlu patuh kepada satu penjimatan ketat pernyataan-pernyataan linguistik yang
sesuai dan ini dapat dilihat dalam baris-baris pantun yang ringkas tapi padat makna, seperti:
Yang
Yang
Yang
Yang
(Overbeck)

kurik
merah
cantik
indah

kundi,
saga;
budi,
bahasa.

Sekali
Sekali
Sekali
Setahun
(Wilkinson)

pergi
ikan
adik
rindu

menuba,
merimbat;
disapa,
terubat.

Untuk kepadatan juga, pantun mengambil ungkapan-ungkapan perumpamaan untuk mengisi


baris-baris maksudnya. Perumpamaan memang bersifat sarat makna hatta membuka kepada
tafsiran yang jamak. Penggunaan perumpamaan juga memudahkan hafalan, kerana
perumpamaan adalah ungkapan-ungkapan yang dikongsi bersama, yang selalu diguna dan
didengar justeru cepat terakam di minda. Bentuknya sendiri adalah dipolakan untuk mudah
dihafal dan diingat balik. Contohnya:
Tuar
Tuar
Sesal

di

hulu
di

tuar
kuala
dahulu

di
tak

hutan,
mengena;
pendapatan,

Sesal
(Zakaria Hitam)
Buah
Senduduk
Sudah
Tanduk
(Wilkinson)

kemudian
langsat
tidak
dapat
tidak

tak
kuning
berbunga
gading
berguna

berguna.
mencelah,
lagi;
bertuah,
lagi.

Budaya penyampaian
Penggunaan perumpamaan dalam semua bentuk komunikasi verbal, adalah sebahagian daripada
etos budaya lisan. Bentuk komunikasi yang berbentuk oral-aural atau face to face menjadikan
komuniti lisan wujud dalam situasi yang rapat dan dekat. Contoh seperti upacara adat meminang.
Dalam komuniti yang demikian, sesuatu maksud yang hendak disampaikan perlu
disampaikan dalam bentuk halus, berlapik dan bijaksana kerana penerima mesej berada
di depan muka. Kelangsungan bicara akan dianggap biadap, bebal, atau menyentuh perasaan si
penerima, sehingga mengguggat kesepaduan kolektif.
Dari keperluan inilah ungkapan-ungkapan kias-ibarat, perumpamaan dan bidalan muncul.
Melaluinya sindiran, teguran, kritikan di sampaikan secara tersirat dan halus, tetapi tepat dan
menghiris. Pantun memanfaatkan alat bahasa yang demikian, kerana pantun sentiasa diucapkan
dalam konteks sesuatu situasi.
Perbandingan dalam pantun
Apa yang tidak dapat diperikan atau didefinisikan dengan perkataan, maka dirujuk kepada benda
sebagai bandingan. Contohnya dalam lipur-lara, pencerita sering mengambil sifat-sifat benda
atau objek untuk memerikan sesuatu yang payah didefinisi. Pemerian tentang konsep seperti
kecantikan seorang puteri contohnya sentiasa dilakukan dalam bentuk simile dan metafora.
Bentuk kening yang cantik, melengkung halus disamakan dengan taji dibentuk, matanya
yang bercahaya di samakan dengan bintang timur, dahinya yang sempit, melengkung
disamakan dengan sehari bulan, rambutnya yang lebat panjang dan berombak disamakan
dengan mayang mengurai, hatta seluruh anggota badannya didefinisi melalui metafora.
Perumpamaan lahir dari kecenderungan yang demikian. Kemiskinan contohnya diumpamakan
dengan kehidupan ayam yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Persahabatan
yang akrab disamakan dengan isi yang bertaut pada kuku.
Ciri budaya lisan pantun
1. Unsur berulang dalam pantun
Satu ciri gaya bahasa lisan yang disebut di awal tadi ialah adanya unsur perulangan (anafora,
epifora) pada ungkapan dan perkataan. Dalam budaya lisan perulangan adalah salah satu

mekanisme mnemonik yang penting. Perulangan dari sudut stailistik adalah teknik penggunaan
perkataan yang dianggap berlebih-lebihan dan boros, justeru dilihat sebagai satu kelemahan.
Namun dalam budaya lisan perulangan adalah teknik bijak bukan sahaja untuk membantu
ingatan tetapi membangkitkan ritma yang juga penting untuk hafalan. Kerana itu mengikut Ong
(1982) budaya lisan itu bersifat redundant atau copious. Walaupun perulangan menyarankan
adanya pemborosan kata-kata yang seolah-olah bertentang dengan keperluan bentuk pantun
kepada penjimatan bahasa, tetapi dalam pantun perulangan tidak menjejaskan kepadatan
bentuknya. Kerana yang diulang adalah perkataan yang sama, dan kemunculannya berlaku dalam
kawalan sukatan baris pantun contohnya:
Kalau
Jangan
Kalau
Jangan
(Hamilton)

padi

katakan
saya

jadi

Kalau
subang
Kalau
sanggul
Kalau
hilang
Kalau
timbul
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda)

katakan
saya
sama
sama
sama
sama

padi
tertampi-tampi,
jadi
ternanti-nanti.
subang
sanggul,
hilang
timbul.

2. Pembayang dan maksud, membayang maksud melalui bunyi


Budaya lisan wujud dalam suatu ruang yang didominasikan oleh bunyi (sound dominated
world). Keadaan ini mempunyai kesan ke atas bentuk pantun. Pantun mempunyai dua baris awal
yang disebut pembayang maksud, sampiran. Baris pembayang maksud bukan berdiri seperti
perumpamaan yang membayang maksud melalui alusi kepada perlakuan, sifat, fiel, alam,
walaupun pembayang maksud dalam pantun juga menggunakan alam sebagai objek peniruannya.
Contohnya makna perumpamaan
embun di hujung rumput
merujuk kepada sifat embun yang tidak kekal contohnya. Tetapi pembayang maksud pantun
menyampirkan makna melalui bunyi perkataan. Contohnya ungkapan
selasih dalam padi
bukan mendapat maknanya dari sifat selasih atau padi tetapi dari bunyi kedua-dua perkataan
yang secara berurutan merujuk kepada
kasih dalam hati.

Pembayang maksud dengan demikian membayangkan maksud melalui bunyi. Contoh yang
mudah:
Pinggan
tak
retak
nasi
Engkau tak hendak aku tak ingin (maksud)

tak

dingin

(pembayang)

Dalam pantun dua baris di atas, maksud pantun muncul dari padanan bunyi perkataan di
baris pembayang, bukan dari sifat-sifat perkataan tersebut.
Ini yang dimaksudkan oleh Wilkinson (1923) sebagai suggestion through sound atau proverb
by sound suggestion. Kerana baris pembayang masih boleh berdiri sebagai umpama, tetapi
umpama melalui bunyi bukan sifat. Dalam proses penciptaan pantun cadangan makna melalui
bunyi ini memudahkan tukang pantun mencipta atau mengingat baris maksud sekiranya beliau
terlupa atau perlu mencipta dengan cepat.
Di tahap awal penciptaan pantun mungkin seseorang itu hanya diberi pembayang maksud dan
diminta mencari maksud melalui cadangan bunyi. Contohnya jika diberi pembayang:
Siakap senohong gelama ikan duri
Maka respons yang cepat mengikut bunyi ialah:
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Atau mungkin juga seseorang itu dikemukakan dengan maksud pantun dan dikehendaki mencari
pembayang, maka proses yang sama juga berlangsung.
3. Pemikiran lisan dalam pantun
Respon berkait fenomena alam dan kehidupan manusia
Pemikiran lisan seperti yang disebut oleh Ong (1982) di atas adalah bersifat situational, dan
close to the human life world. Pemikiran situational mengikut Ong develops around the
action of human. Pantun dengan demikian bersifat situational dalam ertikata juga ia mungkin
dicipta sebagai respons kepada sesuatu fenomena alam, sesuatu peristiwa atau pengalaman
manusia yang signifikan.
Idea dalam pantun, baik yang termuncul melalui pembayang maksud atau maksud menunjukkan
pantun amat akrab dengan lived experience sama ada yang dihayati atau diamati. Manusia
lisan, pra-modern adalah manusia yang hidup akrab bukan sahaja dengan komuniti manusia
tetapi juga dengan komuniti bukan manusia. Persekitaran wujud sebagai satu masyarakat yang
besar; objek dan fenomena alam ditafsir sebagai ahli kepada masyarakat tersebut yang
berinteraksi di antara satu sama lain sama seperti masyarakat manusia.
Kalau perumpamaan mengambil alam sebagai cermin untuk manusia menatap dirinya, dan
membaiki dirinya maka pantun menggunakan alam sebagai cermin untuk membayang

maksudnya. Kecenderungan pantun untuk mengeksploitasi seluruh fenomena alam sebagai


pembayang maksudnya adalah kecenderungan seni yang dipengaruhi oleh konvensi
perumpamaan. Perumpamaan sendiri adalah bersifat amat akrab dengan alam. Sesuatu sifat, fiel,
kelakuan makhluk alam yang diamatinya, disimpulkannya menjadi ibarat kepada manusia.
Respon berkait kepada situasi
Ciri pantun yang dikatakan bersifat situational dapat dibuktikan contohnya daripada teks
Sejarah Melayu. Pembunuhan Tun Jana Khatib mendorong orang membuat pantun mungkin
untuk mengabadikannya atau untuk moral di sebaliknya:
Telur
itik
Pandan
terletak
Darahnya
titik
Badannya terhantar di Langkawi.

di
di
di

Senggora,
langkahi;
Singapura,

Demikian juga peristiwa kematian Chau Pandan yang dipanah secara ghaib oleh seorang Sidi
Arab dibuatkan orang pantun:
Cau
Pandan
Hendak
pergi
Ada
cincin
Bunga berladung si air mata.

anak
menyerang
berisi

Bubunnya
Melaka
bunga

Peristiwa kota yang terbakar di Pahang memunculkan pantun berikut:


Kota
Antara
Bukan
Bukan begitu perjanjian.

Pahang
Jati
kularang

dimakan
dengan
kamu

api,
Bentan;
berlaki,

Penangkapan Raja Abdullah yang berpaling tadah kepada Melaka untuk menyebelahi Feringgi
disindirkan melalui pantun berikut:
Ketua-ketua
Jangan
Diketahui
Apakah sebab maka dimakan.

raja
ditimpa
ganja

itu

duduk
papan;
mabuk,

4. Budaya lisan yang bersifat agonistik


Satu ciri budaya lisan yang juga menarik mengikut Ong (1982) ialah bahawa budaya lisan itu
bersifat agonistik berlawan, bersaing, baik dalam gaya hidup maupun dalam berbicara.
Masyarakat lisan yang sering juga diassosiasikan dengan pra-moden atau istilah kasarnya
primitif, wujud dalam konteks pergelutan untuk survival. Mereka sentiasa bergelut untuk

mendapat makanan, bergelut dengan unsur-unsur alam yang kadangkala dirasa menindasnya,
bergelut dengan penyakit, musuh, dan sebagainya.
Dan lagi pula dalam konteks pemikiran animistik, seringkali penyakit atau malapetaka yang
menimpa diri dihubungkan dengan buatan sihir manusia lain dan ini membangkitkan rasa
curiga, syak-wasangka terhadap satu sama lain. Semua keadaan ini mencengkam jiwa dan
menegangkan kehidupan. Secara psikologikal keadaan yang berlarutan beginiini akan
melahirkan rasa antagonism yang dimanifestasikan melalui sifat-sifat yang agresif dan
agonistik.
Komunikasi secara lisan memang merapatkan dalam erti mendekatkan jarak fisikal di antara
manusia, tetapi secara paradoks juga ia meninggikan antagonisme atau sikap agonistik ini.
Mengikut Ong (1982:45):
When all verbal communications must be by direct word
involved
in
the
give
and
take
dynamics
of
sound,
relations are kept high both attractions and even more, antagonisms.

of mouth,
interpersonal

5. Lisan dan tulisan


Dalam komunikasi lisan bukan sahaja perkataan tampil secara berdepan, tetapi aspek-aspek lain
yang terlibat dalam komunikasi seperti nada suara, riak muka dan gerak-geri badan turut
dipamerkan dan ini semua membantu penyampaian mesej dan dapat ditafsirkan secara negatif
atau positif. Ini berbeza dengan budaya tulisan di mana komunikasi di antara manusia dijarakkan
oleh teks bertulis; pertembungan secara langsung dapat dielakkan, justeru ketegangan yang
bersifat fisikal sentiasa dapat dikendurkan.
6. Pengunaan kata-kata
Dalam budaya lisan persaingan dalam penggunaan kata-kata adalah amat penting. Seseorang
dihormati kerana keupayaannya menjatuhkan lawan melalui verbal combat pertarungan lidah
yakni a series of verbal manoeuvres, a polite duel, a contest of wits, an operation in oral
agonistic (Ong, 1982:68) melalui penggunaan teka-teki, perumpamaan, puisi, muslihat bahasa
yang banyak berlaku dalam masyarakat pra-modern.
Kelisanan meletakkan pengetahuan dalam satu perebutan. Perumpamaan, teka-teki dan
terutamanya pantun bukan hanya dicipta untuk menyimpan pengetahuan bangsa tetapi juga
merangsang ahli masyarakat untuk terlibat dalam satu pertarungan lidah dan kebijaksanaan.
Penyebutan satu perumpamaan, atau teka teki, akan mengundang pendengar untuk membalasnya
dengan perumpamaan atau teka teki yang lain. Maier (1985) menggelar budaya yang begini
sebagai rhetorical culture seiras apa yang disebut Ong (1982) sebagai verbomotor cultures.
Budaya tersebut dicirikan oleh life that depends on the effectiveness of words (Ong, 1982:68).
Dalam budaya yang demikian akan sentiasa wujud persaingan dan cabar-mencabar yang
kadangkala membangkitkan ketegangan.

Dalam sastera rakyat seperti lipur lara contohnya, sifat agonistik yang sudah lama tertanam ini
muncul bukan sahaja melalui pertarungan bahasa (verbal combat) seperti cabar-mencabar di
antara wira dan penjarah, berbalas pantun di antara wira dan puteri, antara musuh dan musuh (lih
contohnya dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Seri Rama versi lisan) tetapi
diterjemahkan juga, mungkin tanpa sedar oleh pencerita melalui pola perwatakan dalam plot
cerita.
Dalam pola tersebut, watak-watak selalu dimunculkan dalam bentuk kontras baik dari sudut
fisikal, nilai, maupun peranan supaya sentiasa berlaku pertembungan dan pertentangan. Motif
persaingan (untuk merebut puteri atau objek-objek sakti) selalu diketengahkan untuk
membangkitkan antigonisme di antara watak. Konflik sering bersifat fisikal dan diselesaikan
secara fisikal melalui pertarungan atau peperangan.
Pantun lahir dalam budaya yang agonistik ini. Pantun dua kerat contohnya lebih bersifat teka-teki
yang berdasarkan bunyi (sound riddles). Contohnya:
Pinggan tak retak nasi tak dingin atau mengata dulang paku serpih
adalah sekaligus teka teki dan pembayang maksud . Ia menguji kebijaksanaan, mencabar respons
lawannya untuk memenuhi baris maksud sebagai jawapan satu peperangan kecerdasan.

Pantun sendiri dihidupkan dalam suasana yang agonistik. Ia digunakan dalam upacara yang
melibatkan balas-membalas pantun contohnya seperti dalam istiadat meminang, buka pelamin,
bertandang; dalam usik-mengusik dan uji- menguji di antara kekasih atau sindir-menyindir dan
cabar-mencabar di antara musuh. Contoh pantun-pantun yang digunakan untuk mencabar lawan

seperti yang terdapat dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Pantun Tuan Puteri dayang
Seri Jawa kepada Tuan Puteri Dayang Nurumah:
Rumah
gadang
Cukup
tiang
Tuan
puteri
Sirih ditanam belum tumbuh.

di

baruh
tiga
memakan

rambai,
puluh;
cabai,

Dijawab oleh Tuan Puteri Dayang Nurumah:


Sahaya
Dapat
Saya
tidak
Sirih diberi saya makan.

tidak

tahu
setindih
tahu

senda

rebana,
tekan-menekan;
makna,

Pantun Tuan Puteri Dayang Seri Jawa:


Batang
padi
Batang
bemban
Kehendak
hati
Badan siapa yang menanggung?

segeralah

tercuat-cuat,
terpanggung-panggung;
buat,

Dijawab oleh Puteri Dayang Nurumah:


Kenapa
Kalau
Kenapa
Kalau tidak berani mati?

kepuk
tidak

di
berisi
rambutnya

ladang,
padi?
panjang,

Dan berbalas pantun di dalam Hikayat Seri Rama: Maka sahut Maharaja Dewana:
Berapa
Tinggi
Berapa
Tinggi lagi harap kami.

tinggi
lagi
tinggi

pucuk
asap
Gunung

pisang,
api;
Ledang,

Maka sahut Tuan Puteri:


Kalau
begitu
Ikan
masuk
Kalau
begitu
Cuba berserah beradu untung.
Maka sahut Maharaja Dewana:

kembang
ke
rembang

jalannya,
berombong;
katanya,

Meranti
Ditarah
Sedang
Inikan pula beradu untung.

cabangan
buat
mati

lagi

dua,
kerentung;
dicuba,

Dipetik dari PANTUN DAN PSIKODINAMIKA KELISANAN, Noriah Taslim, PPIK, Universiti
Sains Malaysia, melalui web pantun USM.
Nota: Artikel yang panjang tetapi menarik. Mengungkap sejarah, sifat dan ciri pantun serta
penghuraian yang jelas pada setiap keterangan. Syabas diucapkan kepada penulis Noriah Taslim.
Artikel sama yang berkaitan:
1. Pantun Di Manakah Keindahannya? Banyak pantun Melayu dahulu dikarang dengan penuh
makna tersirat. Dewasa ini pantun tidak lagi mantap dan seringkali...

2. Pantun Melayu Ringkasannya Berapa ramaikah masyarakat Melayu tahu mengenai Pantun? Ratarata masyarakat Melayu mengetahui bahawa Pantun adalah salah satu puisi...

3. Agama dan Pantun Melayu Persoalan agama diungkapkan dalam pantun yang bertemakan hukumhakam, tauhid, amalan syariat, rukun iman dan rukun islam yang...

Sub topik: Pantun


Artikel ini telah dibaca sebanyak: 30,094 kali
Artikel sebelum: Koleksi Video Terpilih Lagu Rakyat, Kebudayaan, Silat dan Sastera Melayu
Tradisional
Artikel selepas: Teater Muzikal Ibu Zain

14 Respon untuk Pantun Melayu

1.
AaM on January 18, 2010 at 12:14 am
Menarik tuan satu pendedahan yang semakin kurang diketahui umum. teruskan usaha
murni ini
Reply

Anak Waris on January 20, 2010 at 7:02 pm


Terima kasih. Resam Melayu akan bertambah aktif selepas ini dengan artikel
semasa dan rujukan.
Reply

2.
nur ain@nurlida bt yusof on April 11, 2010 at 11:49 am
Sy tcari2 bhn utk krts krja btjuk pantun.alhamdulillah,kini sy smkin mcntai seni
warisan bzaman ini.t.ksh byk2
Reply

3.
dayana on May 10, 2010 at 9:09 pm
ader pantun seni tak????
Reply

o
Anak Waris on May 11, 2010 at 8:25 am
Apakah maksud saudari Dayana? Rangkap pantun yang menyentuh kesenian
irama muzik?
Reply

4.
teroallogefly on August 14, 2010 at 3:02 pm
hello

Just saying hello while I read through the posts


hopefully this is just what im looking for, looks like i have a lot to read.
Reply

5.
amna on April 2, 2011 at 12:46 pm
bgos..smoga pntun wrisan mlatu xkn hlang
Reply

6.
d'leeya purple gurlz on April 2, 2011 at 8:30 pm
suke suke suke
Reply

o
Norhanim Ahmad Rafaai on April 8, 2011 at 10:58 am
suke sebab ape????
Reply

7.
Norhanim Ahmad Rafaai on April 8, 2011 at 10:57 am
Terima kasih kerana telah memaparkan site untuk pantun. Saya sedang tercari-cari contoh
pantun yang berkaitan dengan pakaian tradisional, bangunan warisan, kerjasama,
perubatan tradisional, dan amanah. Harap tuan dapat bagi sedikit informasi lagi.. saya
tengah urjent nak cari contoh pantun untuk pertandingan berbalas pantun isnin depan..

Reply

8.
nor fadzilah mohd ismail on July 4, 2011 at 6:12 pm
saya suka pantu ini memang best
Reply

9.
ROSALINA BINTI ALI on September 5, 2011 at 3:46 pm
BOLE TAHAN LA !
Reply

10.
ROSALINA BINTI ALI on September 5, 2011 at 3:47 pm
BOLE LARHH TAHAN JHUA !
Reply

11.
jusoh hamid on October 7, 2011 at 1:10 am
saya suka dengan pantun-pantu itu,terima kasih.
buat lagi yang terbaik
Reply

Pendapat anda

Name(required)

email (tidak didedahkan)(required)

Laman web

Carian Anda

Langgan Percuma Artikel Terkini


Masukkan alamat email anda:

Dibawa oleh FeedBurner

Iklan

Hakcipta 2012 RESAM MELAYU. Hakcipta terpelihara.


Dijana oleh Magazine Basic & WordPress.

Anda mungkin juga menyukai