Anda di halaman 1dari 3

Bahasa merujuk kepada pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda, yang

membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita dan makna, serta dapat
melaksanakan fungsi bahasa yang lain. Ini menunjukkan bahawa bahasa amat penting bagi
kehidupan di alam ini.

Kehebatan dan ketepatan pantun sebagai satu alat kritik sosial yang digunakan oleh
masyarakat Melayu menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai daya pemikiran yang
begitu halus dan kreatif. Seperti mana Laksamana Hang Tuah pernah berkata tak Melayu hilang
di dunia, pantun juga harus dipelihara agar terus hidup dan diamalkan dalam kehidupan
masyarakat Melayu hari ini. Pantun dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap
sesuatu kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan
disampaikan secara berlapik dan berkias, sesetengahnya dalam nada bergurau.
Melalui pantun terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik
secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan dalam pantun adalah
lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Seperti kebanyakan karya Melayu
tradisi, kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar. Namun daripada pantun yang kita
warisi, terbukti bahawa pengarang pantun adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya
terhadap alam dan masyarakat di sekeliling. Mereka peka terhadap segala yang berlaku lalu
Kmenyampaikan teguran dan kritikan untuk membawa kebaikan. Pengarang pantun
menggunakan perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan
personifikasi yang kaya dengan imej alam. Imej-imej alam ini perlu ditafsir untuk mengetahui
maksud sebenar pantun.

Pantun merupakan khazanah bangsa yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu. Keindahan
pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang ketekalan minda
yang amat kreatif. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara tidak langsung
menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam mengadaptasi alam sekeliling bagi
menyampaikan maksud ataupun meluahkan perasaan menjadi cerminan jiwa dan raga
masyarakat Melayu itu sendiri. Pentingnya menjaga keharmonian diperlihatkan dalam pemilihan
kata setiap pantun yang dicipta. Bukan sahaja maksud yang terhasil dalam pantun menjadi inti,
tetapi juga perkataan yang digunakan sebagai pembayang juga mengandungi makna yang
mendalam.
Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian pemakainya dalam
meluahkan perasaan amat menarik untuk dibincangkan. Jangkauan akal fikiran yang merenung
dan mencerna segala bentuk kehidupan dalam lagu dan irama pantun melambangkan pesona
jiwa dan kehalusan minda masyarakat Melayu dalam menjaga air muka dan juga sebagai satu
senjata untuk menangkis sebarang perbuatan secara lembut dan harmonis. Perkara-perkara
seperti inilah yang perlu dijaga dan dikekalkan dalam jiwa masyarakat Melayu supaya
kesopanan dan kelembutan yang selama ini menjadi amalan akan terus berkekalan dalam jiwa
generasi hari ini.
Sebahagian besar pantun yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah pantun percintaan.
Percintaan merupakan salah satu hubungan yang terjalin sesama manusia. Dalam konteks

kertas kerja ini akan dibicarakan pantun-pantun yang berupa teguran atau kritik tentang tingkah
laku manusia yang menyebabkan hubungan percintaan tidak berjalan dengan baik.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
(Zainal Abidin Abu Bakar,1984: 247)
Pantun ini dipopularkan melalui lagu Gurindam Jiwa nyanyian Rafeah Buang dan
R.Ismail dan dipetik daripada filem yang juga berjudul Gurindam Jiwa( terbitan tahun 1966
lakonan Nordin Ahmad dan Latiffah Omar) . Pantun ini membayangkan suasana percintaan atau
hubungan yang masih erat. Namun begitu si kekasih berpesan kepada pasangannya supaya
intai kami antara nampak supaya esok jangan rindu-rinduan. Dengan pesanan ini si kekasih
sebenarnya memberi peringatan supaya pasangannya selalu mengintai, dalam erti kata selalu
menjengok dan melihat keadaannya. Ini juga membawa maksud mengambil berat untuk
memastikan orang yang dijenguk atau diintai itu masih ada ditempatnya dan berada dalam
keadaan yang baik.
Dalam konteks perhubungan percintaan pantun membawa pesanan supaya jangan
sesekali mengambil ringan dan jangan mengamalkan sikap take for granted bahawa hubungan
yang sedang berjalan dengan baik itu akan terus kekal baik. Hubungan kasih mesti dijaga
dengan sewajarnya. Jangan sampai si kekasih merajuk dan merasa dirinya tidak dipedulikan.
Jika si kekasih pergi membawa diri maka jangan sampai ia dirindu dibiarkan belalu pergi baru
nak menyesal baru nak cari. Jangan take for granted. Hal ini adalah penting demi menjaga
hubungan kasih sayang.
Pembayang pantun menggambarkan keadaan alam iaitu padi dalam keadaan antara
masak, Padi baru mula masak dan ada antaranya yang belum masak. Dalam keadaan inilah
petani mesti bersedia untuk menuai padinya kerana jika ditunggu ada padi yang akan layu dan
tidak sempat dituai. Padi mesti dituai semasa antara masak, iaitu dalam keadaan antara masak
dan tidak masak. Jangan biar atau tunggu kerana esok padi akan masak. Jika ditunggu
sehingga semuanya masak, kemungkinan tidak sempat mengetam atau menuai. Sebahagiannya
akan layu ditangkai. Dari segi falsafahnya pantun ini memberi penekanan kepada faktor masa
dan peluang. Sesuatu yang berharga (iaitu hubungan percintaan) mestilah dihargai sebelum
ianya hilang atau sebelum terlambat.

KEKREATIFAN MASYARAKAT MELAYU DAHULU


Segala emosi dan pemikiran masyarakat zaman dahulu akan dicurahkan secara tidak
berterus terang kerana mereka menggunakan unsur-unsur alam sebagai perlambangan.
Bahkan, pengunaan unsur alam inilah yang memberi keindahan atau keestetikaan dalam
sesebuah karya yang dihasilkan. Unsur-unsur alam yang digunakan sebagai perlambangan
bermakna penyamaan sesuatu perkara dengan alam.

Penggunaan unsur-unsur alam lebih banyak ditemui di dalam pantun khususnya kerana
pantun menggunakan alam sebagai pembayang sebelum pentafsiran makna tersirat.

Sudah puas kutanam ubi,


Nenas juga dipandang orang;
Sudah puas kutanam budi,
Emas juga dipandang orang.
(Bingkisan permata (2001:xlvii)

Secara lahiriahnya, ubi dan nenas sangat berbeza kerana ubi merupakan tanaman yang
tersembunyi di dalam tanah berbanding nenas yang memang nampak berbuah di permukaan
tanah. Ubi disamakan dengan sikap manusia yang selalu berbudi kepada orang lain, manakala
nenas disamakan pula dengan emas yang lebih bernilai di mata masyarakat. Bahkan, ubi
merupakan tanaman dominan masyarakat Melayu yang sudah sebati dengan kehidupan mereka
malahan tidak sukar mendapatkannya berbanding nenas. Oleh sebab itulah, masyarakat
Melayu yang mencipta pantun sangat kreatif membandingkan sikap manusia yang lebih
memandang kekayaan berbanding mengenang budi.
Harapkan pagar, pagar makan padi (Kumpulan Pantun Melayu (1983:4)
Berdasarkan peribahasa tersebut, terdapat dua unsur alam yang digunakan atau
diterapkan di dalamnya, iaitu pagar dan padi. Kedua-dua kata tersebut adalah bersifat kontra
kerana para pesawah akan memastikan padi yang ditanam mereka dijaga rapi dengan membina
pagar di sekelilingnya bagi mengelak ancaman binatang lain yang boleh merosakkan kesuburan
padi.
Ringkasnya. Kita boleh memahami secara terus atau langsung makna tersurat
berdasarkan unsur alam yang dipililh dalam peribahasa itu.
Dari konteks kehidupan manusia pula, kata pagar itu sebenarnya merujuk kepada
seseorang yang diberikan amanah untuk menjaga atau melaksanakan sesuatu pekerjaan
mengikut etika-etika tertentu. Kata padi pula merujuk kepada perkara atau sesuatu yang
dipertanggungjawabkan kepadanya. Misalnya, seseorang yang diamanahkan untuk memimpin
negara dengan adil, tetapi pemimpin itu telamelakukan korupsi secara sulit. Inilah yang
dikatakan mengharap seseorang yang sudah diyakini kebertanggungjawabannya, tetapi
meyalah gunakan kuasa atau tanggungjawabnya itu untuk tujuan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai