Aktiviti seni visual dan seni persembahan dapat meningkatkan kreativiti, imaginasi dan estetika kanak-kanak.
Senaraikan TIGA (3) aktiviti seni visual dan DUA (2) aktiviti seni persembahan serta huraikan secara terperinci bagaimana aktiviti seni dapat meningkatkan kreativiti, imaginasi dan estetika kanak-kanak kepelbagaian di Malaysia
KUMPULAN UPSI06
DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NAWAL BT ABDUL RAHIM D2012061427 0195705613
4 4.0 AKTIVITI SENI VISUAL 4.1 MENGGAMBAR i. LUKISAN ii. CATAN iii. KOLAJ iv. MONTAJ
8 4.2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN i. CAPAN ii. LIPATAN DAN GUNTINGAN iii. RENJISAN DAN PERCIKAN
10 4.3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN i. MOBAIL ii. DIODRAMA iii. BONEKA iv. TOPENG
13 5.0 KONSEP SENI PERSEMBAHAN DALAM PENDIDIKAN
16 6.1 AKTIVITI SENI PERSEMBAHAN 6.1 MUZIK LAGU DAN NYANYIAN 17 6.2 TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF
18 7.0 PENUTUP 19 BIBLIOGRAFI
1
1.0 PENDAHULUAN
Seni adalah sesuatu yang lahir berasaskan pendangan atau perasaan sesorang. Seni itu indah dan halus. Seni terbahagi kepada seni visual dan seni persembahan. Seni visual dan seni persembahan satu bidang yang menarik. Mata pelajaran pendidikan seni sama dan seni visual atau seni persembahan bukanlah bermatlamat untuk melahirkan pelukis, penari atau pemuzik, tetapi lebih menjurus kepada melahirkan model insan yang berfikiran yang kreatif, imaginatif , berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetika,
Kedua-dua bidang seni merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang diselitkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi kesan yang positif untuk seseorang individu.
Mencintai dan menghayati keindahan adalah kehendak naluri semua sama ada dewasa atau kanak-kanak.. Peranan pendidikan seni dan seni persembahan penting untuk pembentukan individu yang seimbang dan bersepadu. Pendidikan seni visual dan seni persembahan bukan hanya untuk murid yang berbakat tetapi untuk semua peringkat kebolehan murid Latihan dan amalan yang disediakan akan dapat menerbitkan rasa kepuasan dan kesedaran tentang pontensi dan kemampuan diri dalam membuat pertimbangan dan ketika mengendalikan kehidupan seharian.
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga unsur penting. Unsur-unsur tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, binaan dan kraf manakala seni persembahan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.
Dalam Pendidikan Seni Visual, warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Dalam pendidikan Muzik, irama merupakan elemen yang menarik dan berupaya mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Kehadiran warna dan irama dalam aktiviti seni yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat.
Melalui mata pelajaran Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik, murid-murid diberi kesedaran dan kefahaman tentang peranan seni visual dan seni persembahan sebagai satu keperluan hidup. Kreativiti dan daya imaginasi serta persepsi estetik yang dipupuk melalui bidan seni ini akan melahirkan insan yang berupaya menyelesaikan masalah dan tabanmenghadapi segala cabaran.
2
2.0 DEFINISI
1. SENI
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244- 45,mendefiniskan seni sebagai halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan. Seni juga boleh diertikan sebagai karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan, dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Seni juga boleh diterjemahkan sebagai kebolehan mencipta sesuatu yang indah seperti lukisan, ukiran, khat dan sebagainya. Ensiklopedia Malaysiana (1996:453),mencatatkan seni ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran. The Oxford Paperback Dictionary, (1989 ) mendefinisikan seni sebagai penghasilan sesuatu yang cantik: kemahiran atau kebolehan diri dalam kerja-kerja seperti lukisan atau ukiran.
Terdapat beberapa pendapat tentang seni. Menurut buku M.A.J. Beg, Fine Arts in Islamic Civilization (1981:10): menyatakan seorang pemikir Islam iaitu Imam al-Ghazali memperkatakan bahawa, seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan ia lahir daripada diri sendiri dan tidak untuk yang lain. Beliau menjelaskan lagi bahawa terdapat kecantikan dalaman yang diterangkan berdasarkan beberapa penjelasan seperti kefahaman mendalam terhadap seni Islam. Ibnu Khaldun pula mentafsirkan seni sebagai kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika. Berdasarkan pernyataan di atas dapatlah disimpulkan kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan atau kehalusan.
2. KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang bererti maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) menterjemahkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli.
Kreativiti adalah proses yang berterusan dan umumnya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti biasanya bersangkut rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terbabit dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia.
Menurut Pfeiffer (19981) kreativiti didefinisikan sebagai keupayaan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Terdapat banyak teori Ellis Paul Torrance ialah
3
ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti. Ada juga pendapat yang menghuraikan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
Kreativiti adalah sesuatu kemahiran yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk dalam diri kanak-kanak. Kreativiti adalah naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kelebihan yang boleh membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya.
Kreativiti lahir daripada pemikiran yang kreatif.Setiap kanak-kanak mempamerkan pemikiran kreatif mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.Pemikiran kreatif dalam kegiatan seni boleh meransang kanak-kanak untuk mengeluarkan cadangan atau idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktivti seni. Pemikiran kreatif merangkumi empat ciri utama : i. Imaginatif ii. Keberanian iii. Perkembangan idea iv. Merekacipta
Terdapat pelbagai teori berkaitan kreatviti antaranya Teori Belahan Otak, Teori Kreativiti Paul Torrence, Teori Multiple Creative Talent, Teori Lowenfield Stages, Toeri Six Thinking Hat dan Teori Perkembangan Fisher
a. Teori Belahan Otak Otak terbahagi kepada dua bahagian iaiatu hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Hemisfera kanan merupakan bahagian otak yang fokus kepada imaginasi dan kreativiti iaitu melihat sesuatu secara menyeluruh. Hemisfera kiri pula bahagian otak yang fokus kepada pemikiran kritis analisis dan logikal.
b. Teori Kreativiti Paul Torrence Teori ini mengemukan tujuh proses mencungkil kreativiti seseorang iaitu : i. Penyoalan Meransang minda kanak-kanak melalui penyoalan.
ii. Penemuan Ransangan dan motivasi untuk menggalakan penemuan-penemuan baru.
iii. Pemerhatian Galakan untuk kanak-kanak agar membuat pemerhatian mengunakan penglihatan dan pendengaran serta deria rasa dan sentuhan
iv. Percubaan Kanak-kanak didorong membuat uji kaji untuk mendapatkan hasil yang terbaik
4
v. Penerokaan Kanak-kanak diransang untuk meneroka pelbagai bahan di persekitaran.
vi. Manipulasi Kanak-kanak dibimbing untuk menggunakan bahan yang sedia ada untuk mencipta sesuatu.
vii. Aktiviti Kreativiti kanak-kanak dicungkil melalui pelbagai aktiviti
c. Teori Multiple Creative Talent Teori ini diperkenalkan oleh Calwin W Taylor yang menegaskan setiap indidvidu mempunyai bakatnya yang tersendiri. Ransangan dan galakan daripada guru dapat mengembangkan pemikiran kreatif kanak-kanak. Dalam teori initerdapat lima sifat kreativiti : i. Ekspresif Terjadi secara semula jadi. Kanak-kanak dibimbing untuk meluahkan idea untuk menghasilkan karya mengikut kebolehan
ii. Penghasilan Bakat menghasilkan karya. Kanak-kanak dibimbing untuk meningkatkan bakat mereka.
iii. Inovatif Mengubahsuai sesuatu andaian melalui pelbagai pilihan. Kanak- kanak dibimbing untuk mengubah suai konsep asas kepada idea baru.
iv. Inventif Kebolehan menghasilkan sesuatu melalui penerokaan.
v. Emergen Menghasilkan sesuatu karya secara abstrak.
d. Teori Lowenfield Lowenfield memperkenalkan lapan kategori kreatif dalam peringkat perkembangan artistic yang menggalakkan kanak-kanak berfikiran secara kreatif menggunakan pancaindera sebagai proses pemerhatian dan rekod : i. Cabaran Menerima cabaran dan menyesuaikannya dengan keadan persekitaran.
ii. Kelancaran
5
Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk membuat perkaitan idea dalam menghasilkan karya kreatid supaya berjalan lancar.
iii. Kelenturan Boleh menyesuaikan diri dan menerima perubahan.
iv. Keaslian Melahirkan idea yang original tanpa imitasi
v. Pemikiran bercapah Berupaya mengembangkan idea yang sedia ada
vi. Keinginan Mempunyai naluri ingin tahu dan boleh membuat analisi
vii. Kompleks Keupayaan membuat sintesis
viii. Makna baru Menghasilkan sesuatu produk atau idea yang kreatif dan inovatif
e. Toeri Six Thinking Hat Teori ini dikemukakan oleh Edward de Bono yan menegaskan kepentingan emosi semasa berfikir. Enam warna topi untuk dipakai bagi mewakili setiap emosi : i. Putih untuk mendapatkan pengetahuan seperi fakta, figura atau maklumat. ii. Merah - menghadapi situasi yang berkaitan dengan luah perasaan iii. Hitam penilaian negatif terhadap keslahan dan halangan iv. Kuning penilaian positif v. Hijau situasi berkaitan kreatviti vi. Biru situasi metakognitif
f. Teori Perkembangan Fisher Fisher (1943) menerangkan bahawa terdapat lima peringkat dalam pemikiran kreatif: i. Peringkat ransangan Pelbagai teknik penyoalan dikemukakan untuk meransang pemikiran kanak-kanak
6
ii. Peringkat penerokaan Mencari jalan penyelesaian melalui pelbagai cara.
iii. Peringkat perancangan Merancang aktiviti melalui diskusi, pengamatan dan interaksi.
iv. Peringkat aktiviti Menzahirkan tindakan yang kreatif setelah merancang aktiviti.
v. Kajian semula Menilai keberkesanan tindakan dengan memberi pendapatdan komen. Untuk penambahbaikan.
Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan melalui cara-cara berikut: i. Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah.
ii. Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.
iii. Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.
iv. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.
v. Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan t toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.
3. IMAGINASI
Imaginasi merupakan daya khayalan , pemikiran simbolak atau kemampuan untuk menggambarkan sesuatu. Imaginasi boleh dianggap sebagai kreativiti kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling melalui pemerhatian.
Peniruan memainkan peranan penting dalam pembangunan pemikiran simbolik. Biasanya kanak-kanak akan meniru perlakuan role-model mereka dan akan menambah jalan cerita dengan dunia imaginasi mereka. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu perkara dalam kehidupan mereka , ini menunjukkan mereka cuba untuk menyelesaikan masalah mereka. Dari sini, muncullah perlakuan-perlakuan yang lucu atau pelik bagi menggambarkan pemikiran simbolik yang sedang mereka lalui.
7
Pieget (1966) menyatakan pemikiran simbolik merupakan perwakilan realiti melalui penggunaan konsep-konsep abstrak seperti kata-kata gerakan dan nombor.
4. ESTETIKA
Estetika berkaitan dengan keindahan dan menghargai keindahan. Estetika merupakan pecahan ilmu falsafah yang memberikan fokus kepada penggunaan pancaindera dalam mengapreseasi sesuatu karya
Estetika diambil dari bahasa Greek yang bermaksud persepsi atau tanggapan. Estetika bersifat umum dan mengandungi pelbagai maksud. Kanak- kanak menterjemahkan nilai estika secara langsung melalui karya seni seperti lukisan, kraf, muzik, pergerakan kreatif, tarian dan drama
Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu estetika sikap, estetika pengalaman , estetika respon. Ketiga-tiga jenis nilai estetika ini lahir apabila kanak- kanak diberi pengalaman melibatkan diri dalam akttiviti seni sama seni visual atau seni persembahan. Kanak-kanak mempamerkan nilai estetika dengan meluahkan perasaan dan emosi contohnya, sedih, gembira, marah dan sebagainya. Selain itu perkembangan estetika kanak-kanak juga boleh dilihat melalui penguasaan unsur- unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk dan rupa. Perkembangan estetika kanak-kanak juga boleh dilihat melalui hasil karya yang tulen yang mempamerkan keunggulan idea atau gagasan.
. 3.0 KONSEP SENI VISUALDALAM PENDIDIKAN
Seni visual ialah sesuatu hasil, ciptaan atau karya yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Seni Visual merupakan satu bentuk seni yang memberi fokus kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem.
Dalam konteks pendidikan, mata pelajaran seni visual bukanlah semata-mata bertujuan untuk melahirkan pelukis atau pereka tetapi juga untuk melahirkan model insan yang berbudaya khususnya individ yang imaginatif, kreatif, berdaya reka , berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetika yang dijadikan landasan pembentukan dan perlaksanaan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Dalam konteks bersepadu, objektif mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ialah membolehkan murid menyedari, memahami dan menghargai peranan seni sebagai satu keperluan dalam kehidupan, komunikasi dengan alam dan , perkaitan perkembangan sains dan teknologi dengan kesenian.
4.0 AKTIVITI SENI VISUAL
Bagi kanak-kanak di pra sekolah atau di sekolah rendah, mata pelajaran pendidikan seni lebih menjurus kepada penghasilan produk seni. Seni visual untuk kanak peringkat rendah merangkumi bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan,dan, mengenal kraf tradisional.
8
1. MENGGAMBAR
Menggambar atau lukisan tampak adalah satu persembahan seni hasil daripada pemerhatian sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi ciptaan artistik yang dihasilkan melalui pengunaan warna di atas permukaan rata. Menggambar merupakan satu perkembangan awal grafik bagi kanak terhadap pemerhatian mereka terhadap kehidupan seharian. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Persembahan pemerhatian yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi. Gambar sebagai satu artifak yang mempamerkan satu kecenderungan terhadap sesuatu objek atau imej.Untuk kanak-kanak, bidang menggambar ini meliput aktiviti seperti lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek.
i. LUKISAN
Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti melukis. Lukisan terhasil daripada aktiviti membuat lakaran demi lakaran dengan menggunakan pelbagai alatan atau media seperti pensel kapur atau krayon.Contengan kanak-kanak boleh dianggap sebagai perkembangan awal kreativiti mereka dalam mempersembahkan hasil pemerhatian mereka terhadap persekitaran atau pun imaganisi mereka terhadap sesuatu. Menurut Chapman (1978) terdapat tiga peringkat skemata kanak-kanak semasa melakukan aktiviti melukis iaitu peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol dan peringkat praremaja.
Perkembangan kreativiti kanak-kanak bermula seawal usia dua tahun, ketika ini mereka mempamerkan kreativiti dan daya imaginasi mereka dengan menconteng atau melakar di atas kertas mahu pun di dinding rumah. Apabila usia mereka meningkat, contengan-contengan semakin menunjukkan imej jelas dan beransur menjadi simbol yang mewakili objek sebenar. Apabila mencapai usia sepuluh tahun, kanak-kanak mempamerkan perkembangan kreativiti dengan melukis garisan, mewarna dan membentuk gabungan unsur-unsur seni mebawa kepada kombinasi yang menyeluruh dan menonjolkan objek dengan lebih terperinci.
Melalui lukisan, nilai estetika ditonjolkan apabila kanak-kanak melukis sesuatu yang digemari. Kanak-kanak mempamerkan sikap kagum dan dan gembira semasa menghasilkan lukisan. Nilai estetika ini dizahirkan secara
9
spontan apabila kanak-kanak menggunakan penglihatan , pendengaran sentuhan, perasaan dan penghiduan untuk melukis.
ii. CATAN
Catan merupakan satu aktiviti menggambar dengan menggunakan sapuan- sapuan basah ke atas satu permukaan rata seperti kertas lukisan. Ianya merupakan hasil kerja yang direpresentasi secara dua demansi. Kanak-kanak di prasekolahai bahan untuk mewarnaa atau di sekolah rendah biasanya menggunakan cat air, cat poster atau cat tempera sebagai bahan untuk mewarna.
Kreativiti kanak-kanak terpamer berdasarkan keupayaan mengawal kepekatan apabila mencampur air dan warna dan pemilihan berus yang sesuai. Pemikiran kreatif dan nilai estetika kanak-kanak juga boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka mencampurkan warna-warna primer untuk menghasilkan warna-warna sekunder.
iii. KOLAJ
Kolaj merupakan satu penghasilan artistik yang mengandungi pelbagai imej dengan menggunakan potongan,koyakan, tampalan atau tindihan bahan di atas
10
permukaan rata. Sebelum mengolah kolaj, tema, bahan dan media yang ingin digunakan perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
Kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak terpamer dengan keupayaan mereka memilih teknik dan bahan-bahan yang sesuai untuk mengolah kolaj untuk menghasilkan kesan yang berlainan. Persepsi estetika kanak-kanak dikembangkan dengan mengenal rupa, jalinan pelbagai bahan dan warna-warna kontra.
iv. MONTAJ
Montaj adalah satu aktiviti menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. Teknik memotong, menampal, mencantum, tindihan dan susunan digunakan dalam aktiviti montaj. Daya imaginasi digunakan untuk mencantum gambar-gambar bagi menghasilkan satu imej baru. Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada. Kanak-kanak yang kreatif akan berupaya menggabungkan aktiviti montaj dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek.
Melalui montaj persepsi estetik kanak-kanak dikembangkan dengan memahami konsep ilusi ruang dan bentuk serta memahami prinsip rekaan iaitu kepelbagaian imej dan komposisi kesatuan.
2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Mencorak dan membuat rekaan adalah salah satu bidang seni. Bidang ini secara umumnya memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak mengenal dan memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan yang berlainan. Mencorak pula ialah proses menghasilkan struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terancang atau bebas.
Corak boleh dihasilkan dengan teknik capan, lipatan dan guntingan, renjisan dan percikan. Bidang membuat corak dan rekaan memerlukan kreativiti dalam menghasilkan karya. Kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak terpamer melalui pengamatan yang tinggi ke atas aspek seperti garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Kesan
11
jalinan secara sentuh dan tampak pada permukaan objek yang dihasilkan memperlihatkan persepsi estetika ke atas hasil seni. Dari segi rupa cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan dapat membentuk rupa jenis objek khusus seperti bulat, empat segi, piramid dan sebagainya.
Dalam bidang seni visual, membuat corak dan rekaan penting dalam memupuk kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak.Secara dasarnya, kepentingan aspek ini adalah berlandaskan citarasa dan keinginan manusia ingin melihat hasil seninya cantik dan menarik. Sebagai seorang manusia biasa kanak-kanak mahu dewasa, kita menyukai akan sesuatu yang cantik, menarik dan mengiburkan. Begitu jugalah hakikatnya dengan hasil seni yang akan bakal kita hasilkan. Menurut Mohd. Zaihidee (2007) kepentingan membuat corak dan rekaan adalah bertujuan memperindah bahagian atau permukaan luar sesuatu objek. Kedua, corak yang dihasilkan turut bertindak sebagai unsur hiasan yang menarik. Ketiga, corak disifatkan sebagai nilai estetik yang tidak ada tolok bandingnya dalam hasil karya seni.
i. Capan
Capan adalah satu teknik membuat corak secara mengecap dengan menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan dengan cetakan kerana ia tidak memerlukan blok cetakan. Contoh bahan yang boleh digunakan adalah seperti cap jari atau kaki, cap tangan atau tapak kaki, batang pisang dan daun.
Melalui capan, kreativiti dan daya imaginasi murid terpamer semasa membuat corak. Estetika murid juga berkembang apabila dapat menghasilkan karya yang harmoni dari segi warna dan dan rupa dan susunan motif yang indah.
12
ii. LIPATAN DAN GUNTINGAN
Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas sama ada kertas lukisan, kertas warna dan majalah dan menggunting mengikut corak yang dikendaki seperti corak geometri atau organik. Kertas dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat bagi mendapatkan corak atau imej yang berulang.
Melalui aktiviti lipatan dan guntingan, kreativti dan persepsi estetika kanak- kanak terpamer dengan pemilihan dan manupulasi bahan secara kreatif dan pengolahan karya dari segi rupa, jalinan, imbangan, kontra dan harmoni.
iii. RENJISAN DAN PERCIKAN
Renjisan didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Aktiviti ini memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Reka corak terancang dan tidak terancang hasil daripada renjisan mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
13
Mencipta reka corak renjis melibatkan fikiran kreatif yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Persepsi estetika kanak-kanak diterap dengan pemilihan warna primer dan sekunder serta perinsip rekaan yang harmoni antara warna dan jalinan.
3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Membentuk dan membuat binaan adalah satu persembahan seni yang berkaitan dengan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Melalui aktiviti membentuk dan membuat binaan, kanak-kanak didedahkan dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Kanak-kanak berpeluang untuk berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Aktiviti membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Bidang aktiviti membentuk dan membuat binaan tiga dimensi untuk kanak-kanak meliputi aktiviti-aktviti seperti mobail, diorama, boneka, topeng dan origami.
i. MOBAIL
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai acra bergerak atau arca kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Melalui aktiviti membuat mobail kreatviti dan daya imaginasi kanak-kanak dikembangkan apabila berupaya menghubungkaitkan antara bentuk, ruang, imbangan serta ritma dalam penghasilan karya. Persepsi estetik kanak-kanak dapat dinilai melalui penghasilan karya yang menepati prinsip rekaan kepelbagaian bentuk, imbangan semetri atau semetri atau gabungan imbangan serta susun atur objek pada mobail.
14
ii. DIODRAMA
Diorama adalah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Ciptaan gambaran tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh dilekat, digantung, atau didirikan pada tapak dan dinding kotak atau bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan gambaran yang sama seperti tema diorama.
Melalui pengolahan diorama, kreativiti dan daya imaginasi kanak- kanak dapat dipupuk dan dikembangkan semasa mencipta objek dan mewujudkan situasi atau gambaran berkaitan dengan tema yang diberi. Susun atur objek-objek meningkat persepsi estetika yang berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak.
iii. BONEKA
Boneka ialah benda atau barang yang menyerupai patung yang biasanya dijadikan sebagai alat permainan untuk kanak-kanak dan dijadikan perhiasan
15
bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan. Boneka merupakan sebagai benda atau objek yang digerak, dan dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang dengan tujuan menyampaikan pesanan atau nasihat. Pemain akan menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang atau aksi boneka.Ada beberapa jenis boneka seperti boneka sarung, lidi , tangan atau jari ,boneka shadow tangan dan boneka tali.
Melalui pengolahan boneka, perkembangan kreativiti kanak-kanak terpamer semasa memilih bahan yang sesuai untuk membuat boneka. Daya imaginasi kanak-kanak berkembang apabila berupaya mengolah boneka yang kreatif dari segi bentuk, jalinan dan imbangan.
iv. TOPENG
Kanak-kanak sangat gemar untuk membuat topeng. Haiwan atau watak- watak kartun sering menjadi bahan untuk membuat topeng. Topeng adalah sejenis hasil kraf yang dibuat untuk menggambarkan rupa manusia,haiwan atau watak-watak fantasi.Topeng direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan kepala Terdapat beberapa jenis topeng yang sesuai untuk kanak-kanak seperti topeng mata, topeng muka dan topeng serkup.
Melalui pengolahan topeng, kreativiti dan daya iamginasi kanak-kanak berkembang. Kanak-kanak menggunakan pemikiran kreatif mereka untuk memilih bahan yang sesuai untuk dibuat topeng. Kreativiti dan daya imaginasi mereka juga terpamer semasa mengaplikasi unsur rupa, bentuk, imbangan dan penegasan dalam penghasilan topeng. Persepsi estetika kanak-kanak dipupuk melalui penghasilan topeng yang cantik.
16
v. ORIGAMI
Origami merupakan satu teknik lipatan sama ada dengan menggunakan kain ataupun kertas Origami berasal dari negara Jepun. Perkataan ori bermaksud "melipat", dan gami yangbermaksud kertas . Ia merupa seni rakyat tradisional Jepun dalam lipatan kertas, yang bermula pada abad ke-17 Masihi dan dipopularkan pada pertengahan 1900-an. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.Seni ini adalah untuk melipat lembaran kertas menjadi patung melalui ganda dan teknik mematung, dan dengan demikian penggunaan lem luka atau tidak dianggap origami. Jumlah lipatan dasar origami kecil, tetapi mereka boleh digabungkan dalam pelbagai cara untuk membuat reka bentuk yang rumit. Model origami yang paling terkenal mungkin adalah bangau kertas Jepun. Secara umum, bentuk ini bermula dengan sehelai kertas segi empat sama yang berbeza warna.
Melalui pengolahan origami, kreativiti dan dayang imaginasi kanak- kanak berkembang melalui pengaplikasian unsur rupa dan bentuk semasa melipat dalam menghasilkan sesuatu objek. Kreativiti kanak-kanak terpamer apabila mereka dapat membuat lipatan-lipatan yang betul untuk membentuk objek- objek di samping penggabungjalinan warna yang kontra untuk menampak hasil origami yang cantik. Persepsi estetika kanak-kanak dapat dipupuk dengan menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan yang ada pada origami.
5.0 KONSEP SENI PERSEMBAHAN DALAM PENDIDIKAN
Seni persembahan merangkumi muzik , lagu dan nyanyian, tarian dan pergerakan kreatif, drama. Aktiviti-aktiviti seni persembahan memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi kanak-kanak supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan kanak-kanak yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam
17
kehidupan. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktivti seni persembahan menggalakkan kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak.
Pengalaman muzik dan gerakan kanak-kanak bermula dari sejak mereka bayi . Biasanya bayi yang normal akan memberikan gerakan yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik bergantung kepada tahap umur, keadaan dan emosi mereka pada waktu itu. Oleh itu, penggunaan muzik tidak hanya ditetapkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada. Bayi biasanya gemar berbaring, penggunaan alat muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka dan menjadikan mereka bergerak lebih aktif.
Apabila mereka memasuki alam kanak-kanak, mereka menikmati lagu dan boleh mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh penyanyi serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka. Bagi stimulasi pendengaran bayi, sejak lahir hingga satu tahun, kebanyakan bayi mula memperbaiki keupayaan mereka untuk mendengar bunyi atau suara yang berbeza di persekitaran mereka. Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar pelbagai bunyi dan belajar untuk menumpukan perhatian mereka. Muzik merupakan pengalaman yang tidak ternilai sebagai seorang bayi untuk meningkatkan kemahiran mendengar. Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu melakukan pergerakan apabila mendengar muzik.
Apabila bayi mula menginjak sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh mengikut rentak muzik dengan bergoyang, bergerak dan menari. Kanak-kanak pada usia setahun telah boleh bermain dengan alat- alat perkusi seperti kastenat, kerincing, tamburin dan sebagainya. Pada usia dua tahun, Kanak-kanak sudah pandai membuat imitasi terhadap gaya atau pergerakan spontan apabila mendengar lagu yang digemari. Mereka sudah pandai mengikut dan menghafal bait- bait lagu kegemaran mereka di samping bermain alat perkusi seperti gendang dan zilifon. Kreativiti dan persepsi estetika mereka terpamer apabila melakukan gerakan- gerakan yang sesuai mengikut tempo dan mud lagu. Tahap tumpuan kanak-kanak ini sudah mula berkembang apabila boleh duduk dengan tenang dan mematuhi arahan apabila muzik dimainkan.
6.0 AKIVITI SENI PERSEMBAHAN
Bagi kanak-kanak di pra sekolah atau di sekolah rendah, aktiviti seni persembahan menjurus kepada pembelajaran yang berkaitan dengan muzik, nyanyian dan lagu, drama, taria dan gerakan kreatif.
1. MUZIK, LAGU DAN NYANYIAN Champbell (1995) mendefinisikan muzik sebagai satu kesenian yang memberi fokus kepada aspek pendengaran atau aural. Oleh itu, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak dalam bentuk elemen bunyi. Dalam pendidikan muzik, penekanan diberi kepada kemahiran nyanyian dan bermain alat-alat muzik. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman nyanyian, pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seni berdasarkan kebolehan dan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak
18
dibimbing menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo. Kanak-kanak juga mempelajari cara memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo. Selain itu mereka juga dibimbing untuk memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik. Pergerakan-pergerakan yang terhasil secara spontan adalah luahan rasa kanak-kanak terhadap estetika muzik.
Melalui muzik, kreativiti kanak-kanak dapat dicungkil apabila mereka boleh menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi penerokaan suara, perkusi badan dan perkusi mulut serta menerusi aktiviti muzikal. Menerusi penerokaan suara, perkusi badan dan perkusi mulut, kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak berkembang apabila mereka berupaya meniru suara haiwan , bunyi kenderaan dan alam semula, bertepuk tangan, menepuk peha, memetik jari dan mengklik lidah mengikut tempo lagu. Menerusi aktiviti muzikal, kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak berkembang apabila mencipta melodi mudah menggunakan vokal, mengajuk melodi dan mengimprovisasi melodi atau lirik yang diberikan.
Melalui lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak, memberi ruang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi. Terdapat pelbagai jenis lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak antaranya lagu permainan seperti Enjit-enjit Semut dan Nenek Si Bongkok Tiga , lagu rakyat seperti Anak Itik Tok dan Jong-jong Inai, dan lagu- lagu aksi seperti Tanya Sama Pokok dan Pak Mamat Ada Kebun. Keupayaan kanak-kanak membuat inovasi terhadap lirik lagu dan membuat gerakan-gerakan yang sesuai semasa menyanyi menonjolkan estetika mereka. Daya imaginasi kanak-kanak dapat dikembangkan apabila mereka melakukan gerakan-gerakan atau lakaran-lakaran yang sesuai mengikut tempo atau mud lagu. Gerakan-gerakan yang terhadap rentak irama yang diperdengar atau dinyanyikan menonjolkan estetika respon.
2. TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF Tarian adalah gerak tubuh manusia. Melalui gerak tubuh, manusia mampu untuk meluahkan perasaan dan pengalaman kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat dilihat pada pergerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain.
Menurut C.Sachs yang merupakan ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, beliau mendefinisikan seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden.
Kanak-kanak mempunyai keinginan semua jadi terhadap rentak dan irama, penghargaan estetika terhadap pergerakan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai lebihan tenaga untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk
19
memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian.
Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif melibatkan pemikiran dan gerak geri kreatif. Aktiviti- aktiviti yang dijalankankan melibatkan pergerakan fizikal untuk perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Gerakan kreatif dalam tarian dan pergerakan mebabitkan koordinasi dan kepantasan fizikal kanak- kanak. Ia melatih kanak-kanak menginterpretasikan pergerakan anggota atau tubuh dengan pantas dan cekap. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif yang dilaksanakan oleh guru dapat mendorongkan kanak-kanak menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Hasilnya, kanak-kanak dapat bergerak mengikut melodi, sensitif dengan mud lagu serta meningkatkan persepsi estetika terhadap seni
Tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkarya secara kreatif. Aktiviti tarian memberi peluang kepada kanak- kanak untuk mengenali dan mengambil bahagian dalam tarian yang terdiri daripada pelbagai budaya Malaysia. Aktiviti pergerakan kreatif pula memberi peluang kepada kanak-kanak bergerak secara kreatif untuk menunjukkan pergerakan badan, ruang, masa dan tenaga dalam persembahan. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam pergerakan dan mencari kepuasan dalam persembahan.
7.0 PENUTUP
Seni visual dan seni persembahan memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi menzahirkan idea-idea kreatif para pelajar.Penggunaan elemen seni dalam pengajaran menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada kanak-kanak menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Kanak-kanak yang berpeluang menjalankan kegiatan seni ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan semasa aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik di sekolah. Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu mendorong minda kanak- kanak agar lebih kreatif, lebih imaginantif, berkeyakinan dan berdaya maju.
20
BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Perak: Quantum Books.
Dokumen Standard KSSR Dunia Seni Visual Tahun 1 , Tahun 2, Tahun 3 Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2013)
Ee Ah Meng, Murid dan Proses Pembelajaran ( Asas Pendidikan 2 ) ( 1995 ), Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.
Hasan Langgulung. 1997. Kreativiti & Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi & Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI
Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan PustakaMubin