Anda di halaman 1dari 4

i.

DEFINISIKAN TGFU


ii. KEPENTINGAN TGFU

Model TGFU dianggap sebagai alternatif memajukan bidang sukan di kalangan murid. TGFU
memberi fokus kepada konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran
taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa bermain. Murid digalakkan untuk melibatkan
diri dalam pelbagai permainan dengan memberi ruang dan peluang meneroka dan pengalaman
belajar dalam pergerakan kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks aktiviti fizikal di samping
mengekalkan minat untuk belajar serta membangkit perasaan seronok semasa bermain.
Menurut Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983) dalam sesuatu permainan, kanak-kanak
haruslah diberi kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan
dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Oleh itu, kanak-kanak akan
memberi respon yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau
kemahiran harus dilakukan.
TGFU akan menyediakan persekitaran pembelajaran secara menyeluruh dan teratur
melalui beberapa soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Selain itu,
TGFU mementingkan peningkatan aras domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan
permasalahan taktikal dan cara penyelesaian yang masalah serta pendekatan yang patut
diambil. Menurut Hopper, model TGFU yang menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah
lebih menyeluruh bagi mewujudkan pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalam pelbagai
kumpulan kemahiran, dapat menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bijak membuat
keputusan tentang pemilihan taktik, bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai
kemahiran sukan. Dalam situasi ini murid perlu mengetahui kenapa dan bila kecekapan itu
diperlukan dalam konteks permainan, pelaksanaan taktikal dalam kecekapan dihasilkan.
Pendekatan TGFU yang diterapkan dalam pengajaran jasmani dapat meningkatkan motivasi
murid dan kesihatan psikologi dan fizikal mereka.
Selain itu, TGfU memfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar dan pendekatan ini dapat membantu pelajar perkembangkan dan mempamerkan bakat
dan kemahiran yang betul dan akhirnya mereka dipilih untuk mengambil bahagian dalam
sukan tertentu. TGfU juga memberi peluang kepada murid untuk bertanggungjawab ke atas
pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran sosial, bersikap
positif dan nilai. TGFU jugsa membenarkan murid mendapat pengalaman belajar melalui alam
penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang perkembangan
pergerakan kognitif.

iii. Menyatakan komponen TGFU.
a. Komponen menyerang dan bertahan
b. Komponen sasaran
c. Komponen jaring dan dinding
d. Komponen memadang


iv. KEPENTINGAN PENGAJARAN PJ MENGGUNAKAN KAEDAH TGFU.

Menurut Pettitor (n.d), Pendidikan Jasmani adalah proses pembelajaran dan pengajaran
menyeluruh merangkumi aspek domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Murid-
murid diberi peluang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman aktiviti fizikal.
Penggunaan model TGFU telah memberi kesan yang positif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Tumpuan model TGFU ialah
membentuk permainan kecil sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan
kemahiran melalui permainan yang menyeronokkan dan menggalakkan interaksi dan
komunikasi sesama murid. Melalui permainan, murid-murid mendapat tingkah laku yang baru
berbanding dengan sebelum itu. Murid-murid seronok untuk bermain dan melibatkan diri dalam
permainan secara aktif.
Melalui model TGFU, pembentukan kemahiran secara menyeluruh dan bebas yang
boleh dipindah ke dalam pelbagai sukan. Jadi, TGFU sesuai dengan pembentukan pemahaman
pengajaran kepada sesuatu permainan yang ingin diterapkan kepada mereka. Taktikal yang
dikuasai sesuai dengan beberapa permainan yang sama kemahirannya.
Dari aspek psikologi, Thorpe menganalisis bahawa meletakkan psikologi dalam TGFU
sebagai kerangka kerja pendorong. TGFU menekankan pada permainan dan mengarahkan
pelajar untuk menemukan cara permainan semasa bermain .Kemampuan melatih diri secara
individual ataupun dalam kelompok kecil, sebagai pemangkin pelajar dapat bekerjasama
dengan pelajar-pelajar yang lain dalam usaha membantu perkembangan pemikiran. Melalui
model TGFU, pelajar dapat menghalusi dan mengembangkan penampilan mereka sendiri
dalam situasi permainan yang secara berperingkat iaitu dari tahap senang ke tahap yang
susah. Semasa permainan yang dijalankan, pelajar boleh dirangsang untuk memikirkan secara
kritis untuk menangani cabaran yang dihadapinya. Di samping itu, TGFU ini dapat menerapkan
nilai-nilai seperti sikap bekerjasama,bertolak ansur dan semangat bersatu padu dalam sesuatu
permainan . Selain itu, target games merupakan permainan yang mengandungi konsentrasi,
ketenangan, fokus, dan ketelitian yang tinggi dalam sesuatu permainan. Semasa aktiviti target
games dilakukan, maka akan terbentuk sifat-sifat yang terdapat dalam target games. Selepas
konsep diri pelajar terbentuk dari aktiviti target games akan memberikan kekuatan mental
yang mendorong terjadinya proses pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat.
Guru Pendidikan Jasmani berperanan sebagai fasilitor akan mengembangkan TGFU ke arah
yang lebih canggih. Pembelajaran kendiri akan berterusan apabila seseorang memiliki
pemahaman yang positif terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi. Dalam model
TGFU, pelajar- pelajar didorong mengembangkan kesedaran taktikal dan kemampuan dalam
pembuatan keputusan manakala hal ini menjadi orientasi utama dalam pengajaran. Walaupun
begitu, secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam
permainan bola iaitu sasaran, jaring dan dinding, memadang dan menyerang. Semua
permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi masalah taktikal yang perlu
diselesaikan dan menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentas permainan.

v. Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan kaedah
TGFU.

Aspek penting pengajaran Pendidikan Jasmani ialah penglibatan murid secara aktif dan
selamat; interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan serta penyimpanan rekod kegiatan
murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku. Secara umumnya, tiga tunjang utama
kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani ialah kecergasan, kemahiran dan
kesukanan. Ini bermaksud dalam proses pengajaran Pendidikan Jasmani, guru merancang apa
yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar. Kaedah yang berkesan dapat membantu
pelajar mencapai kemahiran, perubahan sikap yang positif, mendalami serta meluaskan
kefahaman tentang diri sendiri dan orang lain, serta dapat mempraktikkan dalam kehidupan
sebenar.
Jadual di bawah ialah banding beza pengajaran tradisional dengan kaedah TGFU:
Pengajaran Tradisional
a Pengajaran berpusatkan guru
b Mengaplikasikan prinsip pengajaran
tradisional
c Guru PJ memberi arahan atau tunjuk cara,
pelajar mengikut arahan sahaja


Guru menunjukkan semula gerak kerja
Sekiranya ada kesalahan yang dilakukan.
Pelajar melakukan berulang-ulang sehingga
menguasai






Guru mengukur pengajaran mengikut f gred






Kaedah kuliah Mempraktikan kemahiran yang
mudah dan yang telah dikuasai
Kaedah TGFU
a Pengajaran berpusatkan pelajar
b Kaedah Permainan diadaptasikan dan
diubahsuai daripada permainan sebenar
c Guru menentukan kemahiran dan piawaian,
pelajar melakukan kemahiran secara kelas,
kumpulan atau individu

Peraturan permainan diubahsuai dan diberi
variasi untuk menarik minat pelajar bermain
Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa
proses permainan dalam usaha untuk
mengatasi pihak lawan





Membimbing pemain ke arah kemahiran
membuat keputusan seperti: Menilai situasi
untuk menentukan apa yang perlu dilakukan.
Mengenal pasti dan menjangkakan
kemungkinan serta membuat tindakan yang
sesuai.

Kaedah penemuan, kaedah perbincagan dan
kaedah dapatan



a.
b. Menjelaskan kepentingan pengajaran PJ menggunakan kaedah TGFU.
c.
d. Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan
kaedah TGFU.
e.
f. Menyediakan EMPAT modifikasi permainan bagi setiap kategori dalam komponen
TGFU dengan pecahan seperti berikut:
Komponen menyerang dan bertahan SATU modifikasi permainan
Komponen sasaran SATU modifikasi permainan
Komponen jaring dan dinding SATU modifikasi permainan
Komponen memadang SATU modifikasi permainan
Modifikasi permainan yang dibina hendaklah lengkap dengan maklumat berikut:
Lakaran
Huraian penjelasan
Peraturan
Borang skor
a. Untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti, pelajar dikehendaki:
i. Menyediakan bukti sokongan dalam perbincangan tersebut dengan
menggunakan bahan seperti dapatan kajian, gambarajah, carta, statistik dan
sebagainya yang diperoleh sumbernya selain daripada buku teks.

Anda mungkin juga menyukai