Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

SEMESTER 2 SESI 2012/2013



PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ)

K
KPD 3026:
PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN




DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
NAWAL BINTI ABDUL RAHIM D2012061427

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-W01
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ZAHARIN B HASHIM
TARIKH SERAH: 1 MEI 2013

KAJIAN TINDAKAN
KEMAHIRAN PROSES SAINS
PEMBOLEHUBAH DIMANIPULASI, PEMBOLEHUBAH BERGERAKBALAS
DAN PEMBOLEHUBAH DIMALARKAN

PEMARKAHAN



Kajian Tindakan : Teknik Ultraman dan ABAKIKA
Kemahiran Proses Sains Pembolehubah dimanipulasi, Pembolehubah bergerakbalas
dan pembolehubah dimalarkan



ABSTRAK
Kajian Tindakan ini telah dibuat untuk membantu murid-murid yang masih lemah dalam
pembelajaran Kemahiran Proses Sains. Kajian Tindakan ini melibatkan murid-murid yang gagal
untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan pembolehubah-pembolehubah dimanipulasikan,
bergerakbalas dan dimalarkan. Sasaran kajian ini dilakukan ke atas 10 orang murid yang begitu
lemah dalam topik yang dibincangkan ini. Tinjauan awal mendapati murid-murid seramai 10
orang ini amat lemah untuk membezakan pembolehubah-pembolehubah . 20% daripada murid
yang dinilai mendapat julat markah 5-9, 80% mendapat julat markah di antara 0-4. Ini amat
membimbangkan saya untuk mencapai target 100% kelulusan dalam subjek sains. Tujuan
kajian ini adalah untuk membantu murid-murid supaya lebih mudah membezakan setiap
pembolehubah dengan teknik-teknik pengajaran yang disampaikan oleh guru seperti watak
Ultramen Fire dan formula ABAKIKA. Dengan cara ini, dapat memberi pengetahuan sambil
berhibur bagi memudahkan murid-murid membezakan setiap pembolehubah. Dengan teknik-
teknik yang telah diguna dan diajar kepada murid-murid tersebut, pencapaian mereka amat
memberangsangkan dan menepati sasaran . Ujian pra dan ujian post yang telah dilaksanakan
telah menunjukkan peningkatan 100% murid sasaran dari gred D ke C. Selepas mempelajari
teknik Ultramen Fire dan ABAKIKA , murid-murd lebih mengingati , menguasai dan
memahami serta meningkatkan minat terhadap pelajaran Sains.


1.0 PENGENALAN

Pada tahun 2012 saya telah diberi amanah untuk mengajar kelas 4 Gigih iaitu kelas
pertengahan yang murid-murid boleh mendapat keputusan yang cemerlang jika dibimbang
dengan baik . Namun begitu dalam ujian pertama yang telah dijalankan saya dapati ramai di
kalagna murid saya gagal menjawab kertas Sains bahagian B dengan baik. Apabila diteliti,
sebahagian murid kelas saya tidak dapat membezakan kemahiran proses Sains yang
dipelajari. Oleh itu saya berasa perlu mengambil satu tindakan untuk mengatasi masalah ini.k




2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU

Saya telah mengajar matapelajaran Sains selama 6 tahun. Pada Januari 2012 saya mula
mengajar mata pelajaran Sains Tahun 4. Saya dapati perbezaan sukatan yang amat ketara dari
segi kemahiran proses Sains yang murid-murid perlu pelajari. Pada mulanya saya
beranggapan mata pelajaran Sains ini amat mudah dan senang untuk diajar memandangkan ia
berkaitan dengan kehidupan yang kita jalani sehari-hari. Ketidakmampuan murid untuk
menjawab soalan Bahagian B sangat ketara di mana ia memerlukan murid memahami situasi
eksperimen sepenuhnya .

Saya mendapati sebahagian besar murid sukar mengenalpasti pembolehubah-
pembolehubah yang terdapat di dalam setiap eksperimen, dengan itu sukar menjawab soalan
berkaitan tujuan, perhubungan dan kesimpulan yang ditanyakan.

Berdasarkan isu di atas saya merasa amat perlu mencari penyelesaian terbaik dan juga
ianya boleh dijadikan suatu perintis kepada pengajaran dan pembelajaran Sains tahap 2.
Teknik ini yang dikenali sebagai Teknik Ultraman dan ABAKIKA telah dipilih dan
dilakukan ke atas 10 orang murid yang saya kenal pasti sebagai sasaran kali ini.


FOKUS KAJIAN

Mengenalpasti pemboleubah- pembolehubah iaitu pembolehubah dimanipulasi ,pemboleubah
bergerakbalas dan pembolehubah dimalarkan adalah nadi kepada Sains tahap 2 dimana
kebolehan mengenal pastinya akan memudahkan murid-murid menjawab soalan lain yang
berkaitan. Saya telah mengenalpasti punca mereka tidak dapat menjawab dengan baik,maka saya
mengambil pendekatan Teknik ultraman dan ABAKIKA ini untuk dijalankan. Sasaran ini saya
fokuskan kepada 10 orang murid Tahun 4 sebagai sampel. Pemilihan saya rasa bersesuaian
kerana dari pencapaian dan soalselidik dan perbincangan dengan rakan guru yang telah dibuat
sebelum ini memberi maklumbalas yang sama .Saya juga memberikan ujian sebelum dan
selepas untuk memastikan teknik yang digunakan berkesan kepada mereka.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang
murid Tahun 5 Gigih dalam menguasai teknik menjawab soalan kemahiran proses sains.
Diharapkan dengan teknik yang diperkenalkan kepada murid murid tersebut dapat
murid murid aplikasikan semasa menjawab soalan kemahiran proses sains iaitu soalan
berbentuk pembolehubah yang diperhatikan, pembolehubah yang dimalarkan dan
pembolehubah yang bergerak balas dengan baik serta akan lebih meminati mata pelajaran
sains. Seterusnya diharapkan mereka akan dapat mendapat pencapaian yang cemerlang
dalam peperiksaan UPSR yang akan mereka jalani kelak.

3.2 Objektif Khusus

i. Untuk memastikan 100% murid Tahun 4 Gigih lulus ujian formatif dan PKSR setelah
diberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan pembolehubah yang diperhatikan,
pembolehubah yang dimalarkan dan pemboleh ubah yang dimanipulasikan.

ii. Untuk memastikan 100% murid Tahun 4 Gigih dapat mengenalpasti perbezaan antara
ketiga tiga pembolehubah tersebut dan kaedah mencari maklumat berdasarkan
gambar rajah, jadual atau graf yang terdapat dalam soalan.

iii. Untuk memastikan murid sentiasa meletakkan parameter pada setiap pembolehubah
bagi mengelakkan murid kehilangan markah.

iv. Untuk meningkatkan minat 10 orang murid tahun 4 Gigih terhadap mata pelajaran
sains setelah menguasai teknik menjawab soalan pembolehubah.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid Tahun 4 Gigih di SBT SK
Setiawangsa yang menghadapi masalah dalam menjawab soalan pembolehubah.
Daripada pemerhatian, mereka dalam kumpulan murid yang paling memerlukan bantuan
untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan pembolehubah. Saya mengambil
keputusan untuk menjalankan kajian ke atas murid murid ini untuk mengenal pasti
keberkesanan intervensi dalam membantu murid murid yang tidak dapat mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah tradisional yang dijalankan selama
ini.


5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN AWAL

Sepuluh orang murid telah dipilih sebagai sasaran kajian hasil daripada pemerhatian
semasa pengajaran sains. Ujian pra turut dijalankan untuk mengenalpasti tahap
kemahiran murid untuk menguasai pembolehubah-pembolehubah. Setelah siap
merekabentuk soalan ujian, saya menjalankan ujian pra terhadap murid. Soalan pra
merangkumi format soalan UPSR Bahagian B tetapi mengkhususkan kepada kemahiran
proses sains yang melibatkan pembolehubah sahaja. Setelah murid selesai
menjawab,kertas jawapan dikutip dan jawapan murid dianalisis. Jawapan murid tidak
dibincangkan kerana soalan yang sama akan digunakan untuk ujian pos.


5.2 Analisis Keputusan Ujian Pra

Julat
Markah
Gred Mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah

Bilangan murid Peratus
20 A 0 0
15-19 B 0 0
10-14 C 0 0
5-9 D 2 20
0-4 E 8 80

Berdasarkan dapatan dari analisis keputusan ujian pra, tiada seorang murid yang
mencapai gred A,B dan C. Dua orang murid mencapai gred D (20%) manakala lapan
orang murid lagi mencapai gred E (80%).

Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang menjadi sasaran kajian
sememangnya mempunyai masalah dalam menguasai soalan pembolehubah. Daripada
pemerhatian juga, didapati kebanyakan murid-murid menunjukkan sikap yang pasif
semasa pelaksanaan P&P di dalam kelas.

5.3 PENGENALAN TEKNIK ULTRAMAN FIRE DAN TEKNIK ABAKIKA

5. 3.1 Aktiviti 1
Saya memperkenalan teknik ultarman fire dan teknik abakika untuk mencari
pembolehubah dimanipulasi ( WTC) dan apa yang diperhatikan (WTO) di dalam soalan
yang mempunyai graf atau jadual. Cara ini diguna pakai bagi menjawab soalan
seterusnya.

Pemerhatian:
Ada murid yang membuat aksi Utraman fire seperti yang telah diajarkan. Mereka
kelihatan bersungguh-sungguh ketika menjawab soalan yang diberikan. Mereka juga
memberi respon kepada setiap soalan yang saya berikan.

5.3.2 Aktiviti 3

Soalan bahagian B yang hanya melibatkan pembolehubah diberikan kepada murid dan
murid menjawab dalam masa yang ditetapkan.

Pemerhatian:
Murid dapat menjawab soalan yang dikemukan secara lisan dengan betul dan tetap.
Saya merasa sangat gembira kerana mereka menggunakan kaedah yang sangat mudah
untuk mengingati 2 pembolehubah tersebut.

5.4 UJIAN POS

Untuk mengesan keberkesanan Teknik Ultraman & ABAKIKA yang digunakan, saya
menjalankan ujian pos. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan.

5. 3 SOAL SELIDIK
Saya juga mengedarkan soal selidik berkenaan minat murid di dalam matapelajaran sains.
untuk mendapat maklum balas murid mengenai tanggapan mereka terhadap Sains serta
perubahan sikap dan tingkahlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran selepas
diperkenalkan Teknik Ultraman & ABAKIKA




5.5 ANALISA UJIAN POS

Jadual Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik
Ultraman & ABAKIKA dan Selepas Teknik Ultraman & ABAKIKA.

Ujian Pra Ujian Pos
Gagal Lulus Gagal Lulus
100% 0% 0% 100%

Jadual menunjukkan semua murid yang gagal semasa ujian pra telah lulus dalam ujian
pos. Ini menunjukkan Teknik Ultraman & ABAKIKA telah dapat meningkatkan
kemahiran 10 orang murid Tahun 4 Gigih mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah.
Dapatan ini juga menunjukkan objektif menjalankan kajian ini iaitu untuk memastikan
100% murid lulus dalam ujian setelah menggunakan teknik ini.


6.0 REFLEKSI SELEPAS KAJIAN

Semasa ujian pos dilakukan, saya berasa amat berbangga dan gembira melihat murid murid
yang sebelum ini tidak mahir dalam menjawab soalan pemboleh ubah mampu melakukannya
dengan penuh keyakinan tanpa ragu ragu. Saya berharap, kemahiran menjawab soalan
pemboleh ubah dapat diaplikasikan semasa menjawab soalan peperiksaan.

Kesimpulannya, saya berpuas hati kerana kajian ini dapat membantu murid
meningkatkan pencapaiannya dalam menjawab soalan soalan pemboleh ubah dalam
matapelajaran Sains bahagian B. Penulisan Kajian Tindakan ini juga banyak membuka
dimensi pemikiran baru saya dalam bidang pendidikan. Saya dapat mencungkil kekuatan dan
kelemahan diri sendiri, bukan sahaja kelemahan pada diri murid.





RUJUKAN

1. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku Manual Kajian
Tindakan. Putrajaya:Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku Panduan Kursus Pemantapan
pelaksanaan Kurikulum Sains KBSR 2008. Putrajaya:Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Musa Sulaiman. (2000). Kepengetuaan:Kepimpinan, Tugas dan Hubungannya dengan
Falsafah Pendidikan, Satu Penjelasan. Jurnal Pendidikan Guru:13:1-10.

Anda mungkin juga menyukai