Anda di halaman 1dari 17

Bab 8: Pantun

BAB 8: PANTUN

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:


Menjelaskan tentang definisi pantun.
Mengetahui ciri dan pantun.
Menghuraikan jenis-jenis pantun.

8.1
8.2
8.3
8.4

Pengenalan
Definisi, konsep dan Unsur Pantun
Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi
Jenis-jenis Pantun

RINGKASAN
RUJUKAN

Bab 8: Pantun

8.1 PENGENALAN

Pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam
kehidupan masyarakat di Alam Melayu,
baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun
nilai-nilai moral dan sosialnya. Akal budi
orang Melayu dapat dilihat dalam pantun
yang diungkapkan secara spontan dengan
begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah
kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta
lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam.
Menurut kamus Dewan edisi keempat, pantun merupakan puisi lama yang biasanya
terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan
pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya).
Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun empat
kerat sehingga ke pantun berkait. Genre ini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan
masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan,
upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adat. Pendeknya setiap tahap
kehidupan manusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari
tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun.
Pantun merupakan sastera lisan yang lahir dan berkembang dalam kalangan masyarakat yang
akrab dengan alam, dan diwarisi dari generasi ke genarasi . Apabila muncul teknologi
percetakan pada akhir abad ke-19, koleksi pantun telah diterbitkan dalam pelbagai dialek
Melayu, seperti Betawi, Minangkabau, Peranakan Jakarta dan Melaka, dan bahasa-bahasa
seperti Ambon dan Acheh. Kini terdapat kira-kira seratus buah manuskrip pantun yang
dikumpulkan di perpustakaan seperti di Jakarta, Leiden, Paris, London, dan Berlin.
Kebanyakan pantun tersebut dikutip pada akhir abad ke-19 dan dimuatkan dalam pelbagai
koleksi oleh sarjana dari England, Belanda, dan Jerman.

Bab 8: Pantun

Dapat disebutkan bahawa pantun ialah genre yang tersebar luas dan hampir sarwajagat. Di
Alam Melayu, bentuk ini hidup subur dalam sekitar 30 bahasa dan dalam 35 dialek Melayu.
Orang-orang Melayu diaspora pula telah membawanya hingga ke Sri Langka, Kepulauan
Cocos, Surinam, dan Belanda. Kehadiran pantun di Eropah dan Amerika telah menarik
perhatian penyair-penyair hingga menyebabkan timbulnya genre

pantoum dalam

kesusasteraan Barat mulai abad ke-19.

Kini pantun telah berjaya menambat imaginasi dan kesarjanaan pengkaji di dalam dan di luar
bidang sastera, di Alam Melayu dan juga di luarnya. Pantun terus diajar dan diselidiki di
pusat-pusat Pengajian Melayu; seminar dan bengkel tentangnya juga terus diadakan.
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang
mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini
pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun
yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang
dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri
daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat
adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Jelaskan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan pantun?


Berikan contoh-contoh pantun yang anda ketahui.

3
J

Bab 8: Pantun

8.2

Definisi, Konsep dan Unsur Pantun

8.2.1 Pendahuluan

Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul
(1961). Semenjak orang Melayu belum tahu surat-menyurat pun mereka telah pandai
berpantun dan biasa berbalas-balas pantun antara mereka. Penciptaannya terkandung dalam
dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun
berkait.

Dalam apa juga bentuk fizikalnya pantun merupakan pengungkapan yang

mengandungi unsur pembayang maksud dan maksud.

8.2.2 Penciptaan Pantun

Sastera Melayu di Malaysia dihasilkan oleh


pengarang-pengarang yang kehidupan dan
pemikiran mereka dibentuk dan dipengaruhi
oleh alam sekitar dan kepercayaan yang
dianuti oleh mereka. Dalam konteks orang
Melayu di Malaysia, kepercayaan terhadap
Allah ialah kepercayaan yang mutlak bagi
mereka untuk mengabdikan diri mereka
kepada Allah s.w.t. Kenyataan ini dapat
dilihat daripada penggunaan unsur alam dan
kepercayaan kepada Allah s.w.t di dalam
penyampaian mesej puisi (termasuk pantun). Unsur alam merujuk kepada elemen-elemen
alam fizikal atau alam nyata (inderawi) yang dapat dilihat, didengar, disentuh dan dirasai
melalui pancaindera manusia. Alam fizikal ini merupakan satu lapisan dari seluruh
alam. Lapisan yang lain ialah alam metafizikal yang merupakan lapisan atau bahagian alam
yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia. Fenomena ini biasanya disebut sebagai alam
ghaib, iaitu bahagian alam yang sepenuhnya berada di dalam kelebihan ilmu Allah s.w.t
(2006).

Bab 8: Pantun

8.2.3 Unsur Alam dalam Pantun

Sebagaimana

yang

dijelaskan

dalam

perenggan terdahulu, unsur alam ialah


segala-gala yang boleh (berupaya) dilihat,
didengar, dan dirasai (dengan deria sentuh
dan perasaan) oleh insan dan makhluk yang
lain. Maksud boleh pula ialah, manusia
boleh membuat sesuatu berdasarkan kudrat
dan kerelevanan pancaindera yang dimiliki
oleh manusia. Mereka yang cacat, mungkin
tidak boleh mendengar, melihat, dan merasai seperti mereka yang normal. Namun, kita
jangan lupa, bahawa mereka yang cacat [penglihatan] mungkin lebih tajam daya imiginasi
mereka berbanding dengan kita yang normal.

Hal inilah yang dikatakan bahawa mata hati mereka (yang cacat penglihatan) lebih tajam
derianya (perasaan) daripada manusia yang normal. Mereka dapat bermonolog dan
bermeditasi dengan daya imiginasi yang lebih ampuh jika dibandingkan dengan mereka yang
normal penglihatannya. Begitu juga yang cacat pendengaran, mungkin daya agakan mereka
lebih tajam, iaitu seumpama lintah di dalam air yang tajam pendengaran lalu hanya dengan
melalui riak dan getaran air, si lintah akan datang kepada objek yang menyebabkan kocakan
atau riakan air itu. Demikian juga rasa sentuhan, deria sentuh dan rasa (perasaan). Yang
cacat pendengaran dan penglihatan mungkin lebih tajam daya rasa dan perasaan berbanding
dengan insan yang normal.

Selaku manusia yang normal, kita amat bertuah kerana dengan kenormalan itu kita dapat
mencetuskan idea bagi menghasilkan puisi yang baik. Oleh itu, penggunaan unsur alam akan
dilihat lebih membawa makna yang lebih dari sekadar maknanya yang harfiah. Unsur ini
perlu ditafsir bagi menghayati makna yang sebenar. Tuntutan untuk melaksanakan tafsiran
bagi menemukan makna ini memberi implikasi bahawa kesusasteraan memiliki sifat zahir
dan batin atau yang tersurat dan yang tersirat (Hashim Awang, 2002). Muhamad Haji Salleh
(1999), memberi pandangan bahawa manusia Melayu membaca dan mentafsir kejadian alam
untuk memahami sesuatu yang telah berlaku atau sesuatu yang akan berlaku (ramalan). Alam
sering dilihat seperti mengetahui perasaan manusia dan menyebelahinya dalam menyediakan
5

Bab 8: Pantun

tanda, memberi peringatan atau pun merayakan sesuatu peristiwa dan keadaan. Alam
membayangkan kebenaran. Maka bayangan ini selalu dicari oleh pemikir dan pengarang
untuk dipindahkan ke dalam karya mereka. Misalnya, unggas atau ayam akan berbunyi
menandakan sesuatu (seperti manusia dan bukan manusia) akan datang dan terbit waktu
fajar pada waktu subuh.
Mengikut Zaba (1934) perlambangan atau teknik yang sengaja menyamarkan citra dan
makna adalah salah satu teknik utama sastera Melayu yang bukan sahaja digunakan dalam
pantun tetapi juga dalam naratif yang lain. Menurut pendapat Pendeta ini, hal ini demikian
kerana dalam pemikiran sastera, sekurang-kurangnya pantun, hikayat dan beberapa bentuk
yang berkaitan, sesuatu yang lebih misterius. Oleh itu, segala-galanya akan lebih mencabar
akal fikiran khalayaknya.

8.2.4 Unsur-unsur Lain dalam Pantun

Menurut kajian, selain pencernaan pemikiran melalui alam sekitar dan persekitaran, penyair
Melayu Islam yang lama (2006) menggunakan sumber yang lebih autentik dan jelas, iaitu
melalui pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam al-Quran. Karangan mereka lebih
bersifat falsafah dan pemikiran. Salah satu contoh yang baik ialah Syair Marifat karya
Syeikh Abdul Rauf al-Singkel, seperti contoh yang berikut:

Baik-baik tuan menerima


Kepada pohon ialah seumpama
Daun dan buah tiada sama
Masing-masing berlain-lain nama
Sebiji kelapa ibarat sama
Lafaznya empat suatu makna
Di situlah banyak orang terkena
Sebab pendapat kurang sempurna

Kulitnya itu ibarat syariat


Tempurungnya itu ibarat tarekat
Isinya itu ibarat hakikat
6

Bab 8: Pantun

Minyaknya itu ibarat makrifat


Jikalau kita amat-amati syair Marifat baris demi baris, unsur alam, iaitu pokok kelapa
digunakan secara terperinci untuk menggambarkan konsepsi agama seperti tarekat
dan makrifat.

1. Jelaskan bagaimana penciptaan dilakukan dan berikan contoh-contoh tersebut.


2. Bagaimanakah unsur alam dapat diterapkan di dalam pantun? Berikan pendapat
anda mengenai perkara tersebut.

8.3

Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi

8.3.1 Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi


a. Milik melayu asli. Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis
yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya.
b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu.
c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan
seterusnya.
d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang
muda dan kanak-kanak.
e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat,
budi,cinta, cinta, dan sebagainya.

Bab 8: Pantun

f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dgn jiwa
masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus.
g. Mudah dicipta secara spontan.
h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu

8.3.2 Ciri-ciri Pantun

a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. Ciri ini tidak terdapat dalam
puisi yang lain.
b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang
lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap2
berikutnya.
c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam
puisi lain.
d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya,
jumlah perkataan dan sukukata.

8.3.3 Kepentingan Pantun


a. Pantun dapat disulami dalam puisi melayu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan.
Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dan lain-lain.
b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.
c.Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis.
d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.

8.3.4 Pantun Nasihat


Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi,
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati.
8

Bab 8: Pantun

Pergi mendaki Gunung Daik,


Hendak menjerat kancil dan rusa,
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.

Air melurut ke tepian mandi,


Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Daun sirih ulam Cik Da,


Makan sekapur lalu mati,
Walaupun banyak ilmu di dada,
Biar merunduk resmi padi.
Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu.

Tulis surat di dalam gelap,


Ayatnya banyak yang tidak kena,
Jagalah diri jangan tersilap,
Jikalau silap awak yang bencana.

Hendak belayar ke Teluk Betong,


Sambil mencuba labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
9

Bab 8: Pantun

8.3.5 Pantun Melayu Klasik


Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Tetak buluh panjang suluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat doa jari sepuluh ,
Doa minta biar selamat.

Tuailah padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Hendak dulang diberi dulang,


Dulang berisi sagu mentah,
Hendak pulang ku beri pulang,
Tinggalkan pantun barang sepatah.

Lancang kuning lancang pusaka,


Nampak dari Tanjung Puan,
Kalau kering laut Melaka,
Barulah saya lupakan tuan.

Asam kandis mari dihiris,


10

Bab 8: Pantun

Manis sekali rasa isinya,


Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.

Ayam hutan terbang ke hutan,


Tali tersangkut pagar berduri,
Adik bukan saudara bukan,
Hati tersangkut kerana budi.

Ayam rintik di pinggir hutan,


Nampak dari tepi telaga,
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.
Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu,
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Burung Serindit terbang melayang,


Mari hinggap di ranting mati,
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.

Bukan lebah sebarang lebah,


Lebah bersarang di pohon kayu,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah adat pusaka Melayu.

11

Bab 8: Pantun

Bukan lebah sebarang lebah,


Lebah bersarang di rumpun buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.

Laksamana berempat di atas pentas,


Cukup berlima dengan gurunya,
Bagaikan dakwat dengan kertas,
Sudah berjumpa dengan jodohnya.

8.4

Jenis-jenis Pantun

Jenis-jenis Pantun
1. Dua Kerat
Buahbeluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.
2. Empat Kerat - Teka-teki
Kelip-kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya?
3. Empat Kerat - Jenaka
Orang Rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang.
4. Empat Kerat - Kasih Sayang
Burung merbuk membuat sarang,
Anak enggang meniti di paya;
Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.

12

Bab 8: Pantun

5. Empat Kerat - Nasihat


Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
6. Empat Kerat - Budi
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
7. Empat Kerat - Nasib
Payang retak tali bersimpul,
Kendi lokan airnya tumpah;
Hidup tidak kerana kaul,
Mati bukan kerana sumpah.
8. Empat Kerat - Perantau
Pungut teritip di tiang batu,
Batu pecah dilanda karang;
Beginilah nasib dagang piatu,
Kain basah kering di pinggang.
9. Empat Kerat - Adat
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.
10. Empat Kerat - Kepahlawanan
Patah rotan tali bersilang,
Batang meranti rimbun berjejal;
Langkah pahlawan di tengah gelanggang,
Berpantang mati sebelum ajal.
11. Empat Kerat - Peribahasa
Punggur rebah puyuh mendengut,
Dengut melata di tengah padang;
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang.
12. Empat Kerat - Kias dan Ibarat
Gesek biola tiup serunai,
Sayu dara berhati walang;
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.

13

Bab 8: Pantun
13. Empat Kerat - Agama
Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.
14. Empat Kerat - Kanak-kanak
Anak rusa nani,
Baru kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.

Jenis-jenis Pantun Lain

Pantun Enam Kerat


Belayar perahu membawa kuini,
Ke tanjung Jati mengadap Paduka,
Bunga kemboja sembah berkarang;
Kalaulah tahu jadi begini,
Tidaklah hati dibawa berduka,
Ku pilih saja orang lain.
Lapan Kerat
Dini hari melawat pusara,
Bawa merbah bersama emas,
Nenas terletak tepi belana,
Belanga China bersalut arang;
Benihku cari disemai mesra,
Semaian bercambah menjelma tunas,
Kemudian subur indah berbunga,
Malangnya bunga di getu orang.
Sepuluh Kerat
Baju dastar kesumba,
Seluar gunting petani,
Jahitan nyonya kampung Erah,
Di hilir pasar Kampung Melaka,
Singgah di rumah nahkodanya;
Batang emas dahan suasa,
Buahnya intan dengan padi,
Bunga diisap burung merak,
Pipit hendak hinggap di rantingnya,
Adakah boleh oleh yang punya.

14

Bab 8: Pantun
Dua Belas Kerat
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa sultan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi;
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasululah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.

Nyatakan jenis-jenis pantun yang anda tahu berserta dengan contohcontoh yang berkaitan.

15

Bab 8: Pantun

Pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik.

Pantun merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu,


baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dan sosialnya.

Akal budi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara
spontan dengan begitu ringkas dan padat.

Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun
empat kerat sehingga ke pantun berkait.

Genre ini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu,
justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, upacara
peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adat.

Pantun merupakan sastera lisan yang lahir dan berkembang dalam kalangan
masyarakat yang akrab dengan alam, dan diwarisi dari generasi ke generasi.

Apabila muncul teknologi percetakan pada akhir abad ke-19, koleksi pantun telah
diterbitkan dalam pelbagai dialek Melayu, seperti Betawi, Minangkabau, Peranakan
Jakarta dan Melaka, dan bahasa-bahasa seperti Ambon dan Acheh.

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua

baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama
dihujungnya.

Sastera Melayu di Malaysia dihasilkan oleh pengarang-pengarang yang kehidupan


dan pemikiran mereka dibentuk dan dipengaruhi oleh alam sekitar dan kepercayaan
yang dianuti oleh mereka.

Unsur alam ialah segala-gala yang boleh (berupaya) dilihat, didengar, dan dirasai
(dengan deria sentuh dan perasaan) oleh insan dan makhluk yang lain.

Menurut kajian, selain pencernaan pemikiran melalui alam sekitar dan persekitaran,
penyair Melayu Islam yang lama (2006) menggunakan sumber yang lebih autentik
dan jelas, iaitu melalui pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam al-Quran.

Karangan mereka lebih bersifat falsafah dan pemikiran.

16

Bab 8: Pantun

Arbaie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn
Bhd.
Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan (1986). Kesinambungan Bahasa dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baha Zain. 1991. Penyair, Puisi dan Kemanusiaan. Dewan Sastera. Jld.21(1):18-21.

Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Henry Guntur Tarigan (1985). Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Penerbit Angkasa.
Keris Mas (1988). Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. 2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wong Soak Koon, 2010. Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wellek, Rene. 1990. Teori Kesusastraan. Jakarta: Gramedia.

17

Anda mungkin juga menyukai