Anda di halaman 1dari 4

Peribahasa Sama Maksud

Peribahasa sama maksud tentang sikap manusia yang pelbagai ragam


walaupun dari kumpulan yang sama.

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.


Lain orang, lain hatinya.
Lain orang, lain pendapat.
Lain mangkuk, lain cawan.
Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya.
Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Peribahasa untuk menggambarkan maksud orang yang kembali ke tempat


asalnya.

Belut pulang ke lumpur.


Haruan pulang ke lubuk.
Ikan pulang ke lubuk.
Sirih pulang ke gagang.
Setinggi-tinggi terbang bangau hinggap di belakang kerbau juga.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Peribahasa bagi menceritakan keadaan siap sedia untuk mengecap sesuatu


hasil yang belum tentu lagi menjadi kenyataan.

Dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Burung terbang dipipiskan lada.

Peribahasa yang menggambarkan hubungan persaudaraan atau persahabatan


yang erat dan tak akan terpisah oleh perselisihan faham.

Air dicencang takkan putus. Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua.

Peribahasa sama maksud untuk menggambarkan satu pihak berbuat angkara


semua yang lain turut menerima akibatnya.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.


Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
Ikan seekor rosakkan ikan setajau.
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Peribahasa membawa maksud sama mengenai pendedahan aib orang lain tapi
tempiasnya turut membuka keaiban diri sendiri.

Buka pekung di dada. Menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri juga.

Peribahasa tentang orang yang rapat dengan kita tapi melakukan khianat.

Api dalam sekam.


Gunting dalam lipatan.
Musuh dalam selimut.

Peribahasa mengenai sikap tak kenang jasa iaitu apabila mendapat sesuatu
yang lebih baik, yang kurang baik terus dilupakan atau dibuang.

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.


Habis manis sepah dibuang.
Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang.
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan.
Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati.

Peribahasa sama maksud menggambarkan padanan yang sesuai, sama cantik


sama lawa.

Bagai pinang dibelah dua.


Salin tak tumpah.
Seperti cincin dengan permata.
Seperti peluru dua setuangan.
Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin.

Peribahasa mengisahkan hubungan ikhlas berkumpulan, susah senang


dihadapi bersama.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Berat sepikul, ringan sejinjing.
Ringan sama menjinjing, berat sama memikul.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek.
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.

Peribahasa tentang sifat atau perangai anak yang lazimnya ikut perangai
bapanya.

Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.


Bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana contoh begitulah gubahannya.
Bagaimana rupa begitulah bayangnya.
Bapa borek, anak rintik.
Bapa burik anaknya tentu rintik.
Rebung tidak jauh dari rumpun.

Peribahasa yang memberi peringatan supaya jangan mencari pasal dengan


orang yang tak mencari pasal dengan kita.

Sarang tabuhan jangan dijolok.


Mengusik anjing tidur.
Menjolok sarang tabuan.
Lembu dogol jangan dibalun.

Peribahasa sama maksud bagi mencerminkan hubungan yang sangat mesra dan
akrab.

Bagai inai dengan kuku.


Bagai kuku dengan isi.
Bagai aur dengan tebing.
Bagai dakwat dengan kertas.
Bagai empedu lekat di hati.

Peribahasa tentang keadaan bahaya dan genting.

Telur dihujung tanduk.


Retak menanti belah.
Raga menanti pecah.

Peribahasa tentang memberi nasihat yang tidak diambil peduli.

Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.


Mencurah air di daun keladi.
Longar sendat, lapang bertukul.
Membuang garam ke laut.

Peribahasa berkenaan kerja atau usaha yang dibuat perlu penuh


kesungguhan.

Genggam bara api biar sampai jadi arang.


Alang-alang berdakwat, biarlah hitam.
Alang-alang berminyak, biar licin.
Mati-mati mandi biar basah.
Sepala-pala mandi, biarlah basah.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Kalau alang-kepalang biarlah jangan.

Anda mungkin juga menyukai