Anda di halaman 1dari 2

Inflasi di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan mengurangkan pemberian subsidi.

Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini. Hutang negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan. Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas yang

mengakibatkan peningkatan tarif elektrik, kenaikan kadar tol, caj hospital awam dinaikkan dan sebagainya. Kerajaan juga mencadangkan agar langkah

mengurangkan subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan sehingga mencecah RM3.1 bilion. Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013 (Siti, 2011).

Langkah ini sebahagian pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 rasionalisasi subsidi adalah satu daripada beberapa langkah dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10. Dengan melaksanakan langkah ini yang mana seperti dikatakan Perdana Menteri aka n memperbaiki tahap kompetitif dan kebolehan pasaran... dan akan memastikan penggunaan sumber yang optimum, Malaysia sudah mengambil langkah konkrit terhadap pelaksanaan inisiatif pembaharuan ini. Ini adalah langkah bersama yang diputuskan kerajaan dan rakyat langkah ini dipersetujui Kabinet sebulat suara, tetapi ia tidak dilakukan

kerajaan secara bersendirian. Melalui proses Makmal dan Hari Terbuka, ribuan rakyat Malaysia memberikan input terhadap keputusan ini, selepas mereka mengikuti lain-lain inisiatif, termasuk Program Transformasi Kerajaan dan sekarang Bidang Keberhasilan Utama yang mana makmal sedang berlangsung (1Klik, 2010).

2.1

PERMASALAHAN KAJIAN

Kebaikan Subsidi Dalam Memajukan Ekonomi Negara Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi. Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang. Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu. Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan, ia menambah kepada nilai ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.

Anda mungkin juga menyukai