Anda di halaman 1dari 3

Pada era modenisasi ini, perancangan kewangan yang efektif amat

penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Namun, masalah


kewangan serta perbelanjaan sering menghimpit kehidupan remaja.
Sikap remaja yang terpengaruh dengan trend fesyen seperti membeli
produk yang berjenama adalah antara punca berlakunya masalah
tersebut. Sikap berbelanja yang kurang berhemat ini mungkin
disebabkan oleh kekurangan didikan daripada ibu bapa, bak kata
peribahasa, kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Oleh itu,
masyarakat madani khususnya remaja seharusnya berjimat cermat bagi
mengelakkan perkara ini terjadi. Persoalannya ialah apakah langkah-
langkah yang perlu saya ambil dalam melaksanakan perbelanjaan yang
berhemat dan berjimat cermat? Terdapat beberapa langkah yang boleh
kita ketahui.

Salah satu langkah yang perlu saya ambil sebagai seorang remaja
adalah dengan mengisi tabung peribadi saya. Hal ini dikatakan demikian
kerana, wang simpanan yang secukupnya penting untuk digunakan pada
waktu kecemasan, bak kata pepatah, malang tidak berbau. Sebagai
contoh, sekiranya saya mengalami masalah kewangan dan dimasukkan
ke dalam wad kecemasan, sudah pasti saya memerlukan kos rawatan
yang tinggi. Oleh itu, saya perlu mendisiplinkan diri untuk menyimpan
separuh daripada wang perbelanjaan saya setiap hari kerana sikit-sikit
lama-lama jadi bukit. Sekiranya wang simpanan tabung peribadi saya
sudah penuh, saya boleh membuka akaun simpanan peribadi di
Maybank, CIMB ataupun Bank Islam. Hal ini dapat mengelakkan saya
daripada mengalami masalah kewangan sekiranya ditimpa musibah pada
masa yang akan datang, justeru amalan menabung perlulah dipupuk
sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jelaslah
bahawa, langkah yang perlu saya ambil untuk melaksanakan
perbelanjaan berhemat adalah dengan mengisi tabung peribadi.

Selain itu, saya juga perlu bijak merancang perbelanjaan. Perbelanjaan


harian yang diterima daripada ibu bapa saya seharusnya dibelanjakan
secara bijak dan berhemat. Oleh itu, saya akan menyenaraikan segala
barangan yang hendak dibeli mengikut kategori, iaitu antara keperluan
dan kehendak. Saya akan membeli barangan keperluan terlebih dahulu
dan hanya akan membeli barangan kehendak saya sekiranya mempunyai
lebihan wang. Tambahan lagi, saya akan mengambil peluang semasa
jualan gudang, jualan penghabisan stok ataupun pada musim perayaan
untuk menjimatkan wang. Hal ini dikatakan demikan kerana, pada waktu-
waktu tersebut, lazimnya terdapat pelbagai potongan harga, promosi
dan baucar, justeru harga barangan akan menjadi lebih murah. Oleh itu,
perancangan perbelanjaan yang bijak dan tersusun adalah amat penting
seperti mutiara kata, sekiranya kita gagal merancang, bermakna kita
merancang untuk gagal.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
dalam mengurus dan mengawal perbelanjaan anak remaja. Oleh itu,
saya akan mentaati segala nasihat dan galakan daripada ibu bapa saya
agar masalah kewangan dapat dielakkan. Menurut hadis nabi, anak-anak
diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapa yang mencorakkanya sama ada
menjadi Nasrani ataupun Majusi. Sekiranya saya menghadapi dilema
apabila membeli sesuatu barangan yang menjadi trend, tetapi saya
menghadapi masalah untuk membeli barangan tersebut, saya perlu
mendapatkan nasihat daripada ibu bapa saya terlebih dahulu untuk
mengelakkan pembaziran. Sebagai seorang remaja, tidak dinafikan
bahawa ibu bapa dapat mengawal perbelanjaan saya kerana peribahasa
Melayu ada mengatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jelaslah
bahawa nasihat dan pandangan daripada ibu bapa dapat mengawal
perbelanjaan saya supaya lebih berhemat.

Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa perbelanjaan berhemat


amat penting untuk saya amalkan. Sebagai seorang remaja, sikap
tersebut dapat memupuk sikap tidak boros dalam diri saya. Tambahan
pula, perbelanjaan berhemat dapat membentuk nilai disiplin bukan
sahaja dalam hal perbelanjaan tetapi juga dalam konteks pelajaran. Saya
berjanji kepada diri saya agar sentiasa berusaha untuk mengamalkan
sikap berjimat cermat, bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Oleh itu, saya haruslah tidak mudah
terpengaruh dengan sikap rakan-rakan yang berbelanja tanpa berfikir
secara rasional. Jelaslah bahawa, saya harus mengamalkan perbelanjaan
berhemat sebelum sudah terhantuk baru tengadah. Deduksinya,
perbelanjaan yang terancang dan berhemat dapat melahirkan generasi
muda yang berminda kelas pertama seiring dengan hasrat negara untuk
membentuk masyarakat Malaysia Madani sebagaimana yang digagaskan
oleh Perdana Menteri ke-10, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(500 patah perkataan)

Ahli Kumpulan:
1. Safiya Nabihah
2. Larissa Anne
3. Arianna Saira
4. Amily Zahra
5. Almira
6. Ryan Soh
7. Chichi
8. Praavin

Anda mungkin juga menyukai