Anda di halaman 1dari 1

 Disiplin pelajar pada masa sekarang jauh lebih membimbangkan daripada dahulu.

Contohnya, pada tahun 2003 sahaja


terdapat 4998 kes yang direkodkan di mahkamah juvana dan pada tahun 2004 pula bertambah menjadi 6056 kes.
 Secara keseluruhannya, dapat dilihat disiplin pelajar kita semakin hari semakin membimbangkan.
 Pelajar-pelajar di kawasan bandar dan sekitarnya menunjukkan peningkatan kadar jenayah yang lebih ketara berbanding
dengan pelajar di kawasan luar bandar.
 Perlanggaran disiplin ini telah sampai ke tahap yang serius seperti merompak, memukul pelajar atau guru, peras ugut,
merogol, dan sebagainya.
 Perkara ini memerlukan perhatian yang lebih serius daripada ibu bapa, guru, masyarakat, dan pemimpin negara kerana
mereka inilah generasi yang menentukan masa depan negara.
 Perlakuan-perlakuan buruk ini tidak terbatas kepada pelajar lelaki sahaja malah juga melibatkan pelajar perempuan.
 Rasa hormat mereka terhadap guru sudah berkurangan, malah rasa kasih sayang kepada ibu bapa juga hampir hilang.
 Terdapat pelbagai sebab yang menimbulkan masalah disiplin ini dan banyak pihak yang menuding jari menyalahkan
sesama sendiri.
 Namun, perkara yang penting, iaitu menyelesaikan masalah yang timbul dahulu sebelum kita menyalahkan pihak lain.
 Satu daripada punca kemerosotan disiplin ini adalah kurangnya pengawasan dan perhatian daripada ibu bapa yang
saban hari terlalu sibuk mencari rezeki untuk keluarga dan tiada masa untuk bersama anak-anak.
 Masalah disiplin berpunca juga daripada tekanan yang dihadapi oleh pelajar daripada keluarga dan sekolah yang
mengharapkan sesuatu yang mustahil bagi pelajar mencapainya.
 Kurangnya didikan agama menyebabkan remaja mudah dipengaruhi oleh budaya-budaya luar yang terpesong daripada
ajaran agama.
 Pengaruh media massa amat besar terhadap pemikiran remaja yang tentunya mengingini sesuatu yang mengikut
peredaran zaman.

Anda mungkin juga menyukai