Anda di halaman 1dari 5

BUKU PANDUAN

PANEL PENEMU DUGA


MOCK INTERVIEW

MRSM KOTA PUTRA


3 OGOS 2022

DEWAN ULUL ALBAB

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)


MRSM Kota Putra
PANDUAN PENEMUDUGA

Introduction (example)

I would like to welcome you to this interview session. First, I would like to introduce you to the panel of interviewers
for your session. They are (1 st panel’s name), (2nd panel’s name), and myself (your name). Before we begin, let me
inform you about the different parts of our session today.

PART 1 : You will be asked to give your responses individually in 3 minutes.

PART 2 : This section is going to be in group form where all of you will be given an issue to be discussed. Each one of
you will be given a statement on that issue. You will present your argument. At the end of this session a volunteer in
your group will sum up your discussion.

SOALAN PENGENALAN DIRI


1. Sila terangkan mengenai diri anda
2. Apakah pekerjaan Keluarga?
3. Apakah yang anda sertai semasa di sekolah/adakah anda aktif?
4. Boleh sebutkan keputusan peperiksaan anda?
5. Apakah subjek yang paling anda minati dan sebutkan kenapa?
6. Apakah anda gemar melakukan penyelidikan?
7. Apakah perancangan anda untuk melanjutkan pelajaran?
8. Apakah yang anda mahukan dalam kehidupan anda
9. Apakah keputusan yang paling sukar anda pernah buat?
10. Apakah tugasan paling sukar pernah anda buat dan apa peranan anda?

SOALAN KELAYAKAN DAN PENGALAMAN


1. Apakah yang anda rasa yang membuatkan anda lebih layak untuk biasiswa/jawatan ini berbanding calon lain?
2. Apakah kejayaan yang paling membanggakan dalam hidup anda?
3. Apakah pencapaian anda yang dapat menerangkan bahawa anda mempunyai inisiatif dan kesungguhan dalam
pelajaran anda?Memandangkan anda baru sahaja menamatkan pengajian beberapa bulan yang lepas, adakah
anda mempunyai pengalaman bekerja?
4. Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
5. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan
sesuatu aktiviti atau program yang besar dan berjaya?
6. Apa yang kamu lakukan untuk meningkatkan pengetahuan anda dalam setahun terakhir ini?

SOALAN PENGETAHUAN TENTANG JAWATAN


1. …………………terletak di bawah kementerian mana, dan siapakah menterinya?
2. Senaraikan tugas-tugas …………………………..?
3. Berapakah gaji permulaan buat ………………………….?
4. Sekiranya awak seorang …………………….., bagaimanakah awak hendak menerangkan tentang sesuatu ……………
kepada ………………………………?
5. Apa yang anda tahu tentang ………………………………….?
SOALAN KENEGERAAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Rancangan Malaysia Ke-12? Sila terangkan dengan ringkas.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK10) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2021-
2025.
2. Berapa ramaikah bilangan penduduk Malaysia?
32.4 Juta Orang sehingga tarikh 10 mei 2022
3. Cuba anda terangkan secara ringkas apa itu keluarga Malaysia
-gagasan yang diperkenalkan oleh perdana Menteri laysia pada 22 ogos 2021
4. Sebutkan nama penuh Perdana Menteri kita dan juga timbalannya?
Perdana Menteri Malaysia adalah Y.A.B. Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob
5. Anda berasal dari Negeri mana?. Anda pasti tahu siapakah Menteri Besar @ Ketua Menteri
6. Sebutkan berapa banyak jalur dan warna yang ada pada bendera negara kita, dan terangkan maksud setiap
warna tersebut.
Mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah
atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13
buah negeri dan 1 negeri persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, pahang, Pulau
Pinang, Perak, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
7. Apakah nama Yang dipertuan Agong Malaysia?
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah
8. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama? Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
9. Kamu tahu Malaysia ada tanam epal tak?
Malaysia memiliki ladang epal di Sarawak.
10. Sebutkan dan terangkan rukun negara yang ke 4?
Rukun Negara yang ke-4 ialah Kedaulatan Undang-undang. Keadilan diasaskan atas kedaulatan
undangundang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin
bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
11. lambang bulan sabit pada bendera bermaksud?
Lambang bulan sabit pada jalur gemilang bermaksud melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi di
Malaysia.
12. Siapa yang menggunakan YAB?
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar @ Ketua Menteri,

SOALAN PENGETAHUAN AM
1. Penggunaan Bahasa Inggeris amat dititikberatkan oleh Kerajaan Malaysia pada masa sekarang. Jadi,
bagaimanakah anda buat untuk memperbaiki mutu penguasaan Bahasa Inggeris anda?
2. Baru-baru ini dalam minggu ini ada berita mengenai Palestin dalam akhbar. Boleh anda ceritakannya?
3. Pada pendapat anda, mengapakah Barrack Obama mampu menjadi Presiden Amerika Syarikat berkulit hitam
yang pertama?
4. Apakah isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang ni dalam media massa?
5. Apa pendapat anda tentang kenaikan harga barang?
6. Apakah isu yang hangat diperkatakan dalam Negara masa kini?/ Nyatakan apa-apa sahaja isu semasa yang
anda tahu?
7. Masalah penceraian di Negara kita begitu tinggi dan ianya meningkat dari hari ke hari. Apakah puncanya?
8. Berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
9. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, Tema sambutan kemerdekaan, dan siapa wakil 3 kaum semasa
perjanjian Suruhanjaya Reid di London. wakil 3 kaum yang terbesar di tanah melayu, iaitu wakil berbangsa
Melayu, Cina, dan India.
10. Apa yang anda tahu mengenai MAHA?

SOALAN INTEGRITI
1. Apakah yang anda tahu mengenai Integriti? Sila ceritakannya.
Integriti adalah sifat jatidiri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar,
berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya
2. Isu rasuah begitu hebat diperkatakan baru-baru ini di akhbar-akhbar. Apa yang boleh anda ceritakan
mengenai rasuah di dalam sektor awam?
3. Apakah sumbangan anda dalam memerangi jenayah dalam Negara kita?
4. Apakah maksud PIN?
PIN adalah Pelan Integriti Nasional
5. Berdikari merupakan salah satu criteria diperlukan bagi jawatan ini. Beri contoh sifat anda yang demikian.
6. Sebutkan rukun Islam satu per satu. (bagi yang Islam)
a. Mengucapduakalimah syahadah
b. Menunaikan solat fardu lima waktu
c. Berpuasa padabulan Ramadan
d. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
e. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
7. Sebutkan rukun Iman satu per satu. (bagi yang Islam)?
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Malaikat
3. Percaya kepada Rasul
4. Percaya kepada kitab
5. Percaya kepada hari kiamat
6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar

8. Apakah maksud Integriti dan Akauntabiliti?


Akauntabiliti secara umumnya, bermaksud menjalankan apa jua aktiviti yang diamanahkan yang
ditentukan mahupun ditetapkan secara bertanggungjawab ke atas atau di atas segala kejayaan mahupun
kegagalannya.

9. Boleh baca doa Qunut? (bagi yang Islam)

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH


1. Sebagai seorang yang aktif bersukan, apakah pandangan dan nasihat anda bagi melahirkan kakitangan yang
cergas dan tinggi produktivitinya?
2. Apa pandangan anda jika saya katakan bahawa seseorang pegawai yang berkualiti adalah mereka yang beriman
dan berpandukan ajaran agama?
3. Bagaimanakah anda menyerap tekanan semasa bekerja?
4. Yang mana satu lebih penting, kreativiti atau kecekapan?
5. Anda telah menyediakan satu laporan untuk pegawai atasan anda. Semua fakta telah didokumentasikan dan
disemak oleh anda beberapa kali akan tetapi pegawai atas tersebut memberikan komen bahawa laporan anda
salah. Apakah yang anda akan lakukan?
6. Anda dapati seorang kakitangan bawahan anda yang senior membawa peralatan dari pejabat ke dalam
keretanya. Apakah tindakan anda?
7. Sekiranya kawan awak keluar minum jam 10 pagi, bagaimana awak hendak tegur?
8. Jika kamu hendak luluskan tuntutan perjalanan org bawahan kamu, bagaimanakamu hendak tahu sama ada dia
menipu atau tidak?
9. Sekiranya staf kita bertolak dari Perlis ke Pulau pinang jam 7 pagi dan sampai Pulau Pinang jam 5 petang,
adakah kamu akan meluluskan tuntutan staf tersebut?
10. Sila pilih satu daripa 5 rukunegara tu dan kaitkan dgn tugas jawatan anda?

SOALAN PSIKOLOGI
1. Adakah anda sanggup berkhidmat di pedalaman?
2. Pukul berapa anda sampai ke tempat temuduga ini?
3. Mengapakah anda fikir kami patut mengambil anda ?
4. Sebelum saya mengakhiri sesi temuduga ini, adakah anda memiliki sebarang pertanyaan?
5. Kami dah ada calon sendiri. Jadi anda jangan buang masa teruskanlah dengan pekerjaan anda sekarang. Apa
keistimewaan anda?
6. Dari cara awak bercakap, awak adalah seorang yang nampak kesungguhannya, nampak ciri-ciri kepimpinan?
7. Ceritakn 1 story yang menunjukkan anda amanah?
8. Sanggupkah anda ditempatkan di tempat-tempat terpencil seperti di Bario (tempat Nuri terhempas)?
9. What are the biggest misperceptions people have about you?
10. If I was to call your boss, and asked them about you, what would he or she say?

** Ini adalah hanya contoh soalan, Soalan adalah bergantung sepenuhnya kepada kepakaran
panel penemuduga.

Anda mungkin juga menyukai