Anda di halaman 1dari 8

KURSUS JAYADIRI PENYESUAIAN DIRI

Sesi 4 : MATLAMAT SAYA– ‘Garis Panduan Matlamat’

Tujuan : Mengajar peserta  cara-cara menentukan matlamat untuk membolehkannya mencatatkan matlamat


jangka panjang dan berusaha mencapainya.

Objektif : Pada akhir sesi pelajaran ini, peserta-peserta dapat :-

(i) menyenaraikan kepentingan menyediakan matlamat.


(ii) mencatatkan matlamat jangka panjang
(iii) menuliskan panduan-panduan matlamat
(iv) menghasilkan satu perancangan matlamat yang lengkap
(v) menyenaraikan semua halangan yang dihadapi
(vi) membuat satu ketetapan untuk mengatasi halangan

Langkah:

Langkah 1 : Keterangan 3 minit


Langkah 2 : Pentingnya Matlamat 27 minit
Langkah 3 : Penyediaan Dan Perancangan Matlamat 20 minit
Langkah 4 : Panduan-Panduan Tentang Penyediaan Matlamat 30 minit
Langkah 5 : Mengenal pasti Halangan Dan Cara-cara Mengatasinya 35 minit
Langkah 6 : Penutup 5 minit

Bahan : (i) Kepingan kad-kad manila (berwarna)


(ii) kertas-kertas catatan - (a) resume dua tahun
(b) Be SMART about goals
(c) Ya, tetapi ........
(iii) Dadu kertas
(iv) Transparensi-transparensi

Rujukan :

1. S.R. Covey (1989). The Seven Habits of Highly Effective People. Simon & Schuster Inc. : 96 - 182.

2. F. Siccone & J.Canfield (1993). “101 ways to develop Student Self-Esteem and Responsibility”, Vol. II.
Allyn and Bacon, 50-84.

3. B. Proctor : “You Were Born Rich”. Bab 5 - 8.


Proses Pelaksanaan:

Langkah 1 : Tujuan (3 Minit)


1.1 Peserta ditunjukkan dua alat iaitu lampu suluh dan teropong. Peserta diminta menerangkan apakah
persamaan kedua-dua  alat tersebut terutama dalam aspek kegunaannya.  (Dapatkan jawapan bahawa alat-
alat ini membantu kita melihat jauh ke hadapan dan tegaskan bahawa sifat inilah yang perlu wujud dalam
diri individu untuk memastikan kejayaannya).

1.2  Peserta diterangkan bahawa dalam sesi ini, peserta akan memahami pengertian matlamat serta
bagaimana menyediakan satu perancangan matlamat yang lengkap untuk dijadikan sebagai panduan.

Langkah 2 : Pentingnya Matlamat

2.1   Peserta diminta berada dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diberikan sekeping kad manila
bertajuk ‘Permainan Hidup’ dan buah dadu kertas.   Setiap peserta diberikan kertas catatan ‘Kehidupan
Saya’.   Peserta diminta membayangkan bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menentukan
personaliti dan cara hidup mereka. Permainan ini menyenaraikan beberapa pilihan di bawah tajuk-tajuk
berikut: moto, kualiti personal, jenis rumah, binatang peliharaan, cuti, kerjaya, kereta, riadah, kesihatan,
pasangan hidup dan matlamat hidup.  Peserta diminta mencatatkan pilihan mereka dalam kertas catatan
yang disediakan.

2.2  Permainan dimulakan dengan setiap peserta menentukan giliran dengan membaling buah dadu.
Peserta yang mendapat angka paling besar memulakan permainan. Peserta pertama memilih
matlamat hidupnya dan memulakan permainan.   Pada petak terakhir dalam pusingannya, dia mesti
menentukan pilihannya (contohnya jenis rumah, kerjaya dsb). Sekiranya pusingannya berakhir dalam
petak Bebas, beliau boleh memilih apa sahaja pilihan. Setiap kali peserta melalui titik permulaan, dia
mesti mengambil satu matlamat hidup. (Jangkamasa permainan ialah lebih kurang 20 minit).
     
2.3 Peserta  kemudiannya diminta berpasangan dan  membincangkan kertas catatan sendiri dan menyedari
bahawa kita mempunyai keinginan dalam hidup yang perlu dipenuhi.   Peserta diminta menyatakan
apakah langkah yang akan diambil untuk mencapai keinginan tersebut.

2.4  Dalam kumpulan besar, bincangkan :

      - apakah yang telah dipelajari dari permainan ini?


- apakah yang tercatat dalam kertas catatan peserta?
- dapatkah keinginan ini dipenuhi? Bagaimana memulakannya?
- sejauhmana telah tercapai?

2.5 Peserta diterangkan bahawa setiap keinginan atas harapan mestilah dimulakan dengan niat.

Langkah 3: Penyediaan Dan Perancangan Matlamat

3.1 Peserta diberikan kertas kosong dan diminta mengisikannya dengan satu resume tentang diri peserta
dua tahun dari sekarang.   Walaupun perkara ini belum berlaku, peserta diminta menuliskan hal-hal yang
mereka ingin berlaku dan yakin akan berlaku antara masa kini dan 2 tahun lagi.

- nama
- alamat
- telefon
- kerjaya pilihan
- bilangan tahun belajar
- keputusan SPM
- aktiviti kokurikulum
- bakat dan kemahiran
- minat
- jurusan pilihan
- orang-orang yang boleh dijadikan rujukan
     setelah selesai  diisi,  peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berlima dan bermain peranan temuduga
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Beri mereka masa 5 minit dan kemudian tukar peranan.

     Setelah selesaa aktiviti, bincangkan bagaimana perasaan peserta setelah berjaya mendapatkan semua yang
telah dicatatkan dalam kertas catatan.  Apakah bayangan ini menjadi semakin nyata semasa melalui
temuduga?.  Gembirakah peserta dengan pencapaian?.  Apakah langkah pertama yang akan dilakukan
untuk mencapai matlamat tersebut dalam jangkamasa 24 jam akan datang?

Langkah 4: Panduan Tentang Penyediaan Matlamat

4.1  Peserta diminta memilih satu matlamat dari permainan yang telah mereka lalui. Matlamat yang dipilih
mestilah satu yang amat penting kepada mereka dan yang mereka fikir mereka boleh capai.

4.2  Minta peserta catatkan ayat berikut pada kertas catatan "BE SMART ABOUT GOALS". Mulakan
perbincangan dengaa meminta peserta membayangkan yang mereka sedang berada di sebuah restoran.
Apabila ditanya apa yang ingin dimakan,  peserta menjawab “Apa-apa sahajalah!".  Tanya peserta
samada jawapan ini akan mendapatkan mereka makanan.  Mengapa?  (Seeloknya peserta masih dalam
kumpulan kecil.  Dapatkan jawapan bahawa permintaan atau pesanan yang dibuat tidak jelas.  Tegaskan
kepada peserta bahawa mereka telah berjaya mendapatkan panduan pertama tentang matlamat.  S
maknanya 'specific'- tepat, khusus dan jitu.  Terangkan kepada peserta bahawa ketika mencatatkan
matlamat,   kita mesti mencatatkannya dengan tepat dan memberi gambaran yang paling jelas tentang apa
yang diingini.

      Contoh : dapatkan daripada peserta.


(a) Saya mahu berjaya dengan cemerlang dalam SPM.
(b Saya akan mendapat kepujian dalam geografi dan cemerlang dalam matematik, sains dan bahasa.

S maknanya SPECIFIC

Minta peserta bincangkan dalam kumpulan,  matlamat pilihan mereka.  Kertas catatan diedarkan kepada
ahli kumpulan dan ahli kumpulan mencatatkan samada matlamat telah ditulis dengan tepat.  Sekiranya
tidak, ahli boleh menuliskan cadangan.   Sebagai panduan, peserta boleh menggunakan senarai soalan
dalam Lampiran.

4.3  Teruskan perbincangan dalam kumpulan.  Tuliskan matlamat berikut di pada transparensi "Saya ingin
kuruskan badan”. Minta peserta bincangkan apa silapnya matlamat ini.  Sekiranya peserta dapat
menyatakan bahawa matlamat ini tidak dapat menunjukkan bahawa ianya telah dicapai, peserta telah
berjaya mendapat panduan kedua iaitu kualiti "measurable".  Terangkan bahawa dalam menentukan
matlamat, kita mesti tahu titik permulaan dan titik pencapaian supaya kita sedar bila matlamat telah
dicapai.

M maknanya MEASURABLE

4.4  Jalankan aktiviti dalam kumpulan seperti pada langkah 4.2.   Teruskan cerita restoran tadi dan katakan
pesanan kita kali ini ialah burger berbentuk bintang dan kentang permata.  Sudah tentu pihak restoran
tidak dapat menyediakan pesanan kerana pesanan tersebut tiada dalam menu.  Peserta perlu sedar bahawa
sesuatu matlamat mestilah sesuatu yang nyata dan boleh dicapai.

Panduan ketiga A maknanya ACHIEVABLE

4.5 Panduan seterusnya…  Cita-cita peserta ialah untuk menjadi seorang doktor kerana ibunya inginkan dia
menjadi doktor. Kekurangan matlamat ini ialah peserta sendiri tidak bercita-cita menjadi doktor kerana
tidak sanggup melihat darah dan peserta mudah pitam.  Oleh itu, peserta perlu sedar bahawa sesuatu itu
adalah pilihan sendiri dan peserta bertanggunjawab untuk memenuhinya.   Sekiranya matlamat yang
dipilih pada awal latihan sesuatu yang silap, bincangkanlah dalam kumpulan.

      R maknanya RESPONSIBLE


4.6  Peserta diterangkan bahawa panduan terakhir tentang matlamat ada kaitan dengan masa.   Sekiranya
matlamat peserta ialah mencapai kebahagiaan pada masa akan datang,  peserta mungkin
tidak dapat mencapainya walaupun telah berumur 80 tahun. Minta peserta menyemak semula matlamat
yang mereka catatkan dengan masa yang mereka ingin capai matlamat tersebut. Peserta mesti juga
mencatatkan langkah-langkah yang akan mereka ambil dan masa yang diperuntukkan untuk
mencapainya.

T bermakna TIME FRAME

4.7  Setelah selesai membetulkan matlamat mereka,  peserta diberi peluang menunjukkan matlamat jangka
panjang yang lengkap kepada kelas.

Langkah 5: Mengenalpasti Halangan Dan Cara-Cara Mengatasinya

5.1 Peserta ditunjukkan transparensi bisikan negatif yang merupakan halangan kepada sesuatu kejayaan. 
Apabila kita mula merancang sesuatu matlamat, biasanya yang turut timbul dalam pemikiran kita ialah
bisikan-bisikan yang menghalang perancangan kita. Bisikan-bisikan ini sebenarnya merupakan satu jalan
keluar apabila kita tidak berjaya dalam sesuatu tindakan.  Bisikan-bisikan ini adalah pernyataan alasan-
alasan mengapa kita tidak berjaya atau tidak mahu berusaha.  Tetapi pepatah Melayu ada menyebutkan
‘Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih’.  Latihan seterusnya akan membantu peserta menyedari
sejauhmana mereka sebenarnya ingin mencapai matlamat mereka.

5.2  Peserta akan menjalani aktiviti seterusnya dalam pasangan.  Mereka diminta menyoal pasangan mereka
apakah halangan-halangan yang telah dihadapi dalam usaha mencapai matlamat hidup.  Peserta diminta
menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 halangan yang telah ditemui dalam sepuluh keping kertas
berwarna yang telah diedarkan. Peserta kemudiannya diminta berada dalam satu bulatan dan menyebutkan
seorang demi seorang halangan yang disenaraikan.  Setelah semua selesai, peserta diminta memikirkan
samada matlamat atau halangan yang akan berjaya. Bagaimana kita boleh menentukannya?

5.3 Peserta diminta menyenaraikan cara-cara yang boleh digunakan ketika menghadapi halangan dan
bagaimana menggunakannya.  Antara lain ialah’ TERUSKAN USAHA, DAPATKAN BANTUAN,
UBAH MATLAMAT ATAU TUKAR MATLAMAT’.

Langkah 6: Penutup

6.1 Peserta diberikan ingatan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita mestilah terlebih dahulu
menyatakan kejayaan sebagai satu matlamat dan berusaha ke arah pencapaiannya dengan menyenaraikan
langkah-langkah yang perlu dilakukan.  Setiap matlamat mempunyai ciri-ciri tertentu dan peserta perlu
menyedari hakikat ini.

6.2 Peserta juga diminta sentiasa peka kepada halangan-halangan yang mungkin timbul dari dalam diri
sendiri dan berusaha mengatasinya.

AMNAH MOHD. SHARIFF


JK JAYADIRI BPM
DIS., '92.
Lampiran

BE SMART ABOUT GOALS

Matlamat Hidup Saya :

_________________________________________________________________________________________

Specific - Tepat : Apa Sebenarnya Yang Ingin Dicapai?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-

Measurable - Boleh Diukur : Bagaimana Tahu Telah Mencapainya?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-

Achievable - Boleh Dicapai : Realistikkah?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Responsible - Pilihan Sendiri : Adakah Benar-Benar Diingini?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-

Time Frame - Masa : Bilakah Akan Dicapai?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Lampiran

Senarai Soalan Yang Boleh Digunakan Dalam Penyediaan Matlamat

1. Apakah sebenarnya yang ingin dinyatakan?

2. Apakah maksud anda secara tepat?

3. Setelah berjaya mendapatnya, bagaimana rupanya/rasanya?

4. Bagaimana anda tahu matlamat telah tercapai

5. Dalam skala 10, dimanakah anda sekarang?  Setelah tercapai matlamat anda, di mana kedudukan
anda?

6. Realistikkah matlamat anda?

7. Bagaimana anda tahu ia boleh dilakukan?

8. Apakah kemahiran dan kepakaran yang diperlukan?

9. Apakah yang menarik tentan matlamat ini?

10. Setelah tercapai apakah faedah yang akan didapati?

11. Apakah tujuan sebenarnya pencapaian matlamat ini?

12. Bilakah matlamat ini mesti dicapai?

13. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan matlamat tercapai dalam jangka masa
yang ditetapkan?

14. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk mencapainya?

15. Adakah perkara-perkara lain yang tidak dapat dilakukan dalam jangka masa tersebut?
Lampiran

LANGKAH-LANGKAH PENCAPAIAN MATLAMAT

NAMA:............................................................................................................... DATE:........................

MATLAMAT JANGKA PANJANG


Modul Variasi Sesi 4

Modul : MATLAMAT SAYA - Pentingnya Matlamat

1. Peserta diminta berada dalam kumpulan. Setiap kumpulan, seorang diberikan sekeping kertas kosong.
Pada kertas tersebut, satu garisan pendek telah dilukiskan.

2. Setiap peserta diminta menyambungkan garis tersebut sehingga membentuk sesuatu objek / gambar.  Masa
yang diberikan adalah selama 10 minit.

3. Setiap peserta diminta menilai hasil kerjanya dan nyatakan adakah matlamatnya jelas dan tercapai ?

4. Peserta menyatakan matlamatnya.

5. Kali ini, guru memberikan sekeping lagi kertas kosong. Kali ini ditambahkan arahan iaitu pelajar
dikehendaki menyambungkan garisan ini untuk membina sebuah rumah.

6. Guru bertanya lagi,

"Apakah  matlamat anda?"

"Adakah anda jelas dengan apa yang akan direka @ tidak ?"

Disediakan oleh:

Mat Daud Harun (MRSM Jasin)


                 Abdullah Kamaruddin (MRSM K.Berang)
                 Niryati Khalid (MRSM Terendak)
                 Jaizah Yahya (MRSM Perlis)
                 Halijah Shahabuddin (MRSM Kulim)

DIS. 1992

Anda mungkin juga menyukai