Anda di halaman 1dari 8

KURSUS JAYADIRI PENYESUAIAN DIRI

Sesi 1 : Pengenalan

Tujuan : Memperkenalkan Skop dan Tujuan Motivasi Pencapaian Jaya diri MRSM 1993

Objektif : Di akhir sesi pelajaran ini peserta-peserta dapat :-

i) menyatakan tujuan berkursus


ii) menyatakan isi kandungan modul J.D. 1993
iii) menghuraikan asas-asas pemikiran dalam kursus Jayadiri 1993
iv) melihat penggunaan kaedah I.L. dalam kursus Jayadiri

Langkah :

Langkah 1 : Pengenalan setiap peserta 10 minit


Langkah 2 : Puisi skop Motivasi Jayadiri 1993 - tajuk-tajuk utama Modul 15 minit
Langkah 3 : Cerita Konsert Aktif berdasarkan mind mapping Prinsip-prinsip
Jaya Diri 5 minit
Langkah 4 : Pre test 10 minit
Langkah 5 : Kuliah 20 minit
Langkah 6 : Penutup 5 minit

Perlaksanaan :

Langkah 1                          10 minit

1.1 Peserta-peserta  membuat bulatan besar dan pembimbing membaling bola kecil kepada peserta untuk
berkenalan. Peserta  yang  memegang bola  kecil akan menyatakan Nama dan Nombor Maktab serta
menyatakan saya gembira berada di kursus  ini  kerana .................. (seboleh-bolehnya menyatakan
tujuan berkursus).
Bola dilambung  kembali kepada peserta-peserta  lain sehingga setiap peserta selesai memperkenalkan
diri.

1.2 Sebagai 'hadiah’ berkenalan buat dua baris lelaki dan perempuan untuk picit memicit.

Langkah 2 15 minit

2.1 Kumpulan Sokongan ditubuhkan dengan setiap pasukan terdiri daripada 6 orang.

2.2 Setiap  kumpulan  membaca beramai-ramai satu  rangkap puisi yang dibekalkan mengikut lafaz ketua.

2.3 Dalam  kumpulan masing-masing, tuliskan tajuk  utama dalam kursus Jayadiri 1993.

Langkah 3 :

Peserta ditunjukkan peta minda dan satu Pre test dijalankan 10 minit
Soalan Pre test : Tuliskan  sebanyak  mungkin apa yang  anda  dapat  bayangkan kaitan antara prinsip-
prinsip / istilah-istilah yang  ditulis dalam peta minda berkait dengan prinsip-prinsip Jaya
Diri.
Langkah 4 :

Setelah  selesai, bacakan dalam kumpulan esei yang  dibekalkan dengan kuliah pendek tentang prinsip-prinsip
dalam kursus Jaya Diri.

* Visualisasi negatif (Cerita)


* Persepsi negatif (Cerita)

Langkah 5 : Penutup

Dengar musik Kitaro untuk ‘Semangat Jaya Diri’. Motivasi  Pencapaian (Jaya diri) berpegang kepada prinsip 
bahawa seseorang itu dalam perjalanan  mencapai kejayaan  tanpa  merosakkan  dirinya  dan  orang lain.
Tunjuk transparensi Komitmen.

HAJI RUSLAN MOHD SHUKOR


JK JAYADIRI
DIS., '92.

Lampiran

Cerita Konsert Aktif

Prinsip-Prinsip Jaya Diri

Tanggal  2¸  Disember 1993, berhimpunlah 40 orang pendidik  dan 5 orang  penceramah dengan NIAT yang
satu.  Mereka  ingin  mencari satu jawapan ‘Bagaimanakah KITA BOLEH BERJAYA?’. Mudah sahaja untuk
dijawab  soalan itu.  Tapi kata En. Duga, "Kalaulah telah dijawab oleh penceramah-penceramah yang berlima
itu  sudah pasti mereka kini  orang  yang paling bahagia,  kaya raya dan tak  perlu  pergi berkursus dan
memberi kursus lagi". En.  Duga  adalah salah seorang peserta kursus dari  utara yang  selalu merasa seram-
seram sejuk apabila menghadiri  kursus-kursus yang sedemikian rupa. Maklumlah bila balik nanti kena
mengajar pula. Di sebelah En.  Duga ialah En. Sabar. En.  Sabar  mencelah khayalan En. Duga dengan
berkata: "Aku  rasa  empat hari di sini, kita hanya dapat mengetahui asas-asas untuk mencapai kejayaan. 
Lepas tu kita belajar  lagi, baca lagi dan latih memberi kursus barulah akan faham. .."

Pn.  Seronok yang mendengar tak sabar-sabar nak menyampok. Dia berkata dengan penuh keriangan: “Ee  
seronok  ya dengan penceramah-penceramah ini  dan buat kursus Integrative Learning( IL). Jadi kursus ini
pun ala-ala ILlah. Banyak aktiviti, eee, bestlah...". Kini En. Pandai pula tak sabar nak bertanya: "Kalau
asyik main-main saje, macam mana kita nak pandai?". Semua  orang naik cemas mendengar soalan itu. 
Sudahlah  ceramah belum mula lagi, ada orang dah nak buat kecoh.

En.  Sabar  dengan selamba dan tenang  merenung  wajah  En. Pandai dan berkata: “Macam  ni  En.  Pandai,
apa yang perlu kita lakukan ialah memberi  perhatian kepada apa yang diperkatakan dan  ikut  segala arahan 
aktiviti-aktiviti  yang dilakukan, Insyaallah,  kita  akan FAHAM DAN JADI PANDAI".

Kata En. Pandai pula: "Aku bukan ada apa-apa cuma kalau ada ringkasan  tentang apa yang akan dialami, aku
akan senanglah ikut aktiviti-aktiviti itu". Pn. Seronok menyampuk: "Oh ya tak ya, engkau ini memang orang
analitik.  Kalau tak  tahu  susunan  sesuatu perkara susahlah engkau”.

Pn. Seni yang sudah lama membelek-belek fail kursus, dengan tiba-tiba bersuara: "Hei, member sekalian. 
Kau tengok ni.  Ini,  apa benda  tu, alah  yang selalu kita dengar sekarang ini.  Cara belajar dengan awan-
awan dan garisan-garisan ikut sukahati tu." En. Pandai berkata : "Alah. Mind Maplah. Peta minda”.

"Hai itulah.  Inilah dia mind mapping Pengenalan kepada kursus Motivasi Jayadiri 1993". Kata Pn. Seni.

Semua orang merenung dengan tajam peta minda yang ditunjukkan oleh  Pn.  Seni. Berawan-awan dan
berombaknya sekali peta itu. Kelihatan di atas peta minda itu unkapan-ungkapan seperti:

I.L.S., MINDA POSITIF,  MINDA SEDAR, MINDA SEPARA SEDAR, TUJUH  TABIAT / RESAM


BERKESAN,  NILAI DAN SIKAP dan beberapa butiran maklumat lagi.

Sekarang mereka merenung diri mereka dan bertanya dalam hati apakah gerangan ini semua?,  Macam mana
ia berkait dengan Jayadiri?

Lampiran
JAYADIRI 1993

SAYA, ANDA DAN KITA

1. SAYA PERCAYA,
ANDA PERCAYA
KITA PERCAYA
BAHAWA DENGAN AKAL
KITA MEMBUAT PILIHAN YANG TERBAIK
UNTUK DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT,
DAN MAMPU MELAKSANAKANNYA.

2. MATLAMAT SAYA
MATLAMAT ANDA
MATLAMAT KITA
IALAH UNTUK MENJADI ORANG
YANG BERJAYA DALAM SETIAP
LAPANGAN YANG DICEBURI
DENGAN CEMERLANG

3. PERSEPSI SAYA
PERSEPSI ANDA
PERSEPSI KITA
MESTI LUAS, POSITIF DAN
KREATIF (UNTUK BERTINDAK) 2X
DENGAN BERKESAN

4. SAYA MENANG
ANDA MENANG
KITA MENANG
INILAH PRINSIP PENCAPAIAN
MATLAMAT YANG DIAMALKAN
DALAM KELOMPAK YANG BERJAYA

6. SINERGI YANG, SAYA SUMBANGKAN


SINERGI YANG, ANDA SUMBANGKAN
SINERGI YANG, KITA SUMBANGKAN
MENYEMPURNAKAN SEGALA
HAJAT KITA KEARAH KEJAYAAN

7. SAYA BOLEH
ANDA BOLEH
KITA BOLEH
MENCAPAI SEGALA YANG DICITA-CITAKAN
DENGAN USAHA YANG
GIGIH
JAYADIRI - MOTIVASI PENCAPAIAN DIRI & KELOMPOK YANG BERJAYA

Pengenalan

Mulai  1993, MRSM di seluruh Negara akan menerapkan sistem 'Integrative Learning’(IL). Kursus
penyesuaian diri adalah kursus pertama pelajan Tingkatan 4 sesi 1993/94 akan mengikut corak pemelajaran-
pengajaran IL. Kursus  Jayadiri  menjadi asas kepada pelajar-pelajar  dalam mengejar kecemerlangan semasa
berada dalam alam persekolahan setiap MRSM.

Pemusatan Berprinsip

Kejayaan MRSM bergantung kepada beberapa pegangan iaitu:

(i) Kepercayaan kepada sistem IL;


(ii) Minda positif membawa kejayaan;
(iii) Usaha dan Komitmen anak tangga kejayaan;
(iv) Pengetahuan, keinginan dan kemahiran adalah asas tabiat / resam yang berkesan.

Oleh itu, setiap pelajar semasa dalam kursus orientasi akan diberi pendedahan berkaitan perkara di atas supaya
mereka bersedia secara mental dan fizikal untuk menerima pemelajaran-pengajaran di MRSM dengan
cemerlang.

(i) Sistem Integratif Learning

Setiap pelajar MRSM dipandang dengan penuh hormat sebagai insan-insan berwibawa dan


bertanggungjawab (integriti), mempunyai kelebihan masing-masing (pelbagai kekuatan) dan mempunyai
potensi untuk mencapai kejayaan yang tidak terbatas. Pelajar MRSM akan didedahkan kepada
budaya sekolah yang dipenuhi oleh rasa kasih sayang dan mengiktiraf bahawa semua orang mempunyai
kekuatan (kuasa) untuk mencorakkan kehidupan mereka dengan jayanya.  Guru-guru dan pelajar-pelajar akan
saling belajar dan  mengajar dalam  setiap  keadaan  dengan bahagia dan seronok  tanpa tekanan-tekanan yang
negatif.

(ii) Minda Positif

Pelajar-pelajar disedarkan dengan hakikat bahawa persediaan minda yang positif yang digerakkan oleh guru-
guru sebagai permulaan  akan membawa mereka kepada pencapaian matlamat MRSM.  Mereka akan dididik
supaya dapat mengarahkan minda separa sedar supaya sentiasa berada dalam alam proaktif.  Dengan ini, 
setiap kali satu ransangan atau cabaran yang dikemukakan kepada pelajar, mereka akan menerimanya dengan
baik dan yakin boleh mencapai kejayaan.   Walaupun minda 'sedar’ sentiasa menimbang dan menilai
setiap cabaran dan dugaan, namun akhirnya pelajar akan sentiasa membuat keputusan yang positif.

(iii) Usaha dan Komitmen

Guru dan pelajar  perlu berusaha untuk menimbulkan keghairahan dalam menghadapi setiap cabaran. 


Keghairahan tidak akan berterusan sekiranya komitmen tidak ditunjukkan.  Oleh itu, dalam setiap hal, guru
dan pelajar akan membuat janji-janji dan melaksanakannya.  Apabila sesuatu itu dilaksanakan, setiap orang
akan belajar dari kejayaan dan kegagalan yang ditempuhi. Mereka tidak berputus asa,  malah akan
menyambung perjuangan dan membuat komitmen yang baru dan berusaha dengan lebih  bersemangat  lagi. 
Proses  ini  diulangi  berterusan  sehingga usaha yang berkesan menghasilkan apa yang dihajati.   Kemudian,
komitmen baru pula dibuat dan proses ini berulang lagi ...

(iv) Tabiat / Resam Yang Berkesan

Mengikut S. R. Covey dalam bukunya berjudul 'The 7 Habits of Highly Effective People’, manusia yang


inginkan perubahan diri yang cemerlang perlu mempunyai tiga perkara berikut:

(i) Pengetahuan (Apa dan Mengapa)


(ii) Keinginan (Kehendak)
(iii) Kemahiran (Bagaimana)

Daripada gabungan ketiga-tiga ciri ini, maka terhasillah satu tabiat / resam.   Resam membawa maksud jika
terdapat pada seseorang suatu kebiasaan yang man mereka sentiasa mengetahui keinginan (matlamat) dan
mempunyai ilmu tentang apa dan mengapa yang hendak dicapai serta bagaimana matlamat itu boleh dicapai,
maka kejayaan senantiasa menunggu mereka.

Berdasarkan pradigma resam ini, maka timbul persoalan bagaimana seseorang individu perlu memimpin


dirinya supaya matlamat hidupnya tercapai.  Asas kepimpinan yang berjaya ialah memimpin diri sendiri dari
keadaan bergantung kepada orang lain kepada tidak bergantung kepada orang lain. Pada tahap yang paling
berjaya ialah apabila seseorang itu memimpin diri dalam kelompok (masyarakat) yang mana wujud 'co-
existence’ yang saling bergantung antara satu sama lain yang 'mutual'.   Inilah keadaan kelompok yang saling
menghormati, belajar dan mengajar serta sama-sama berjaya.

Satu model peranan individu yang ingin mencapai tahap kepimpinan interpersonal yang jati diutarakan oleh 
S.R.Ť Covey yang menetapkan 7 langkah yang harus dipatuhi untuk mencapai tujuan tersebut. Langkah-
langkah yang membawa kejayaan kepimpinan interpersonal dalam kelompok adalah seperti berikut:

(i) Jadi Proaktif


(ii) Mula dengan hasil yang dikehendaki
(iii) Beri keutamaan
(iv) Berfikir menang / menang (kita menang)
(v) Cuba memahami dahulu ... kemudian untuk difahami.
(vi) Sinergi dalam Kumpulan.
(vii) Tajamkan  Gergaji (Memberi tumpuan kepada  aset yang ada).

Dalam kursus Jaya diri, segala langkah-langkah ini akan dijelaskan kepada pelajar dalam pelbagai aktiviti
yang menyeronokkan.  Semoga usaha yang sedikit ini diberkati Allah dan kita semua mendapat manafaat
daripadanya.

Susunan:

RUSLAN B. ABDUL SHUKOR


Bahagian Pelajaran Menengah
b.p: Komiti Jayadiri.
Lampiran

MOTIVASI PENCAPAIAN DIRI DAN KELOMPOK

HARAPAN

INTEGRITI

FALSAFAH BUDAYA SEKOLAH BAHAGIA

SERONOK
I.L.

NILAI UNIVERSAL

KEPELBAGAIAN

SIKAP PRINSIP

KECERDASAN

KEJAYAAN KASIH SAYANG

KUASA
PROAKTIF

7 RESAM
REAKTIF BERKESAN
MOTIVASI
JAYADIRI

SEPARA SEDAR

PENGETAHUAN
MINDA -----------
POSITIF KEINGINAN
-----------
KEMAHIRAN
SEDAR USAHA P + PC

KEMATANGAN
MEMBESARKAN BULATAN
PENGARUH
MODEL 7RB

KOMITMEN

Anda mungkin juga menyukai