Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis Novel Disebalik Dinara

Kisah novel ini bermula apabila watak utama Farisha, menaiki kapal terbang daripada Nusa Jaya ke
KLIA. Di dalam penerbangan tersebut, dia berkenalan dengan Aqram yang dalam diam mengambil
DNA Farisha untuk diuji. Farisha yang ingin pulang ke rumah telah dihalang dengan sistem
keselamatan yang baru dipasang oleh abangnya Azraai demi keselamatan Farisha dan Shida rakan
serumahnya.

Farisha dan Rosman telah menghadiri ke sebuah simposium yang dijemput oleh Aqram dan Aqram
menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Selepas beberapa hari, Farisha bersetuju untuk
bekerjasama dalam projek tersebut. Aqram memperkenalkan Dr Maxi kepada Farisha di rumah
kepunyaan Karl, penyelidik di Soft Lab. Karl kini terlantar sakit akibat parah dan projek Dinara
terhenti.

Farisha telah ditugaskan untuk menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Dr. Maxi mempunyai
rancangan untuk menggunakan Farisha dan Shida sebagai rancangan sandaran. Rosman tidak dapat
bersama Farisha kerana menguruskan projek lain di Senawang. Keesokannya, Farisha telah dipukau
oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Alia telah berkomunikasi dengan Karl unuk meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara dalam keadaan bawah sedar. Seorang pekerja di
Soft Lab bernama Medina tiba-tiba menghilangkan diri dan menjadi persoalan kepada Shida. Farisha
pula yang cuba meneliti kontraknya di Soft Lab tiba-tiba mengalami sakit kepala dan memutuskan
untuk pulang ke rumah.

Azraai yang terkena serangan jantung telah berterus terang kepada Farisha bahawa dia merupakan
anak angkat kepada keluarga Azraai. Farisha pengsan di Soft Lab keesokan paginya dan Aqram
bertanyakan kepada Shida tentang penyakit yang dihadapi oleh Farisha. Dua orang pemuda, Farid
dan Amin telah menggunakan peranti ke atas Farisha untuk mendapatkan maklumat dalam fikiran
Farisha di hospital. Aqram menyusul kemudian dan mendapati kesihatan Farisha tidak memuaskan.
Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti
Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl tetapi Dr. Maxi
menghentikan sesi tersebut selepas Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula
dihubungi oleh mummy di bawah sedar. Shida pula kemurungan dan mengurungkan diri di bilik
Farisha. Di hospital, Azraai menceritakan kepad Farisha tentang ibu kandungnya. Selepas Farisha
memberitahu tentang mummy menghubunginya di bawah sedar, Azraai terus membawa Farisha ke
selatan. Di Soft Lab, Shida berhubung dengan Karl di bawah sedar dan Karl mengarahkan Farisha
untuk dibawa ke situ kerana virus yang dimasukkan ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu
memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Farisha yang dalam perjalanan ke Kulai telah diculik.

Rosman dan Azraai tiba di Soft Lab dan keadaan menjadi tegang apabila Karl (Shida) mula menyanyi
dan Aqram merayu kepada Dr. Maxi untuk mengembalikan Shida. Mummy atau Marilyn
menceritakan perkara sebenar kepada Farisha. Karl berusaha untuk menghapuskan virus dalam
Dinara walaupun keadaan Karl semakin merosot. Kedatangan Marilyn di Soft Lab telah
membongkarkan segala persoalan. Karl kemudiannya mati dan mayatnya dibakar tetapi Aqram
mendapati Shida berkelakuan aneh dan berpendapat bahawa Karl masih ada dalam diri Shida.
© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/novel-di-sebalik-dinara/

Anda mungkin juga menyukai