Anda di halaman 1dari 2

Syair Bidasari - Jamilah Hj Ahmad

Rangkap 1- Raja Kembayat dan permaisurinya telah sampai ke sebuah hutan kerana melarikan
diri, tubuh baginda dipenuhi luka akibat terkena duri rotan. Permaisurinya pula sedang sarat
mengandung.
Rangkap 2 - Baginda terasa begitu sakit apabila melihat permaisuri yang tidak mampu berjalan
lagi. Baginda terpaksa memimpin permaisuri agar dapat terus berjalan.
Rangkap 3 - Baginda akan menuruti kehendak permaisuri kerana baginda terlalu sayang
ditambah dengan keadaan permaisuri yang sedang mengandung.
Rangkap 4 -Setelah dua bulan dua hari lamanya perjalanan. Baginda sudah tidak berupaya
untuk berjalan lagi kerana terlalu lemah dan lesu. Baginda berhenti di sebuah desa.
Rangkap 5 - Baginda meneruskan perjalanan yang sukar dan tiba di sebuah kampung
kepunyaan seorang saudagar. Baginda hanya berhenti di luar kampung untuk menghilangkan
rasa letihnya.
Rangkap 6 - Baginda berkata baginda tidak berani untuk masuk ke kampung kerana tidak tahu
siapa pemiliknya lebih baik baginda tinggal di situ sahaja.
Rangkap 7 -Permaisuri menangis lalu mengatakan bahawa sakit perutnya tanda hampir untuk
bersalin.
Rangkap 8 - Baginda terlalu susah hati kerana permaisuri hendak bersalin sehingga tiada lagi
kata-kata yang dapat baginda ucapkan.
Rangkap 9 - Baginda memujuk permaisuri agar terus berjalan mencari perhentian yang
berhampiran dengan sungai.
Rangkap 10 - Baginda memimpin permaisuri berjalan beberapa langkah sahaja mereka
berhenti. Mereka mencari perhentian yang berhampiran sungai.

TEMA
Menceritakan Raja Kembayat Negara dan Permaisurinya yang sedang melarikan diri telah tiba di
sebuah hutan. Mereka telah tiba di sebuah kampung dan permaisuri yang sarat mengandung
telah tiba waktu untuk bersalin. Mereka mencari tempat persinggahan yang sesuai yang
berhampiran dengan sungai.

PERSOALAN
1. Persoalan perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha mencari kehidupan yang lebih
terjamin.
2. Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang tersayang.
3. Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.

BENTUK
1. Terdiri daripada 10 rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah kata.
4. Gagahilah sedikit perlahan-lahan (3 perkataan)
5. Teruslah ke kampung seorang saudagar (5 perkataan)
6. Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata.
7. Oleh baginda pimpin jari (9 suku kata)
8. Sampailah baginda ke dalam hutan (13 suku kata)
9. Rima akhir syair ini ialah aaaa
10. Syair ini adalah puisi terikat.

GAYA BAHASA
1. Asonansi -Pengulangan huruf vokal - masyghul baginda tiada terkira-kira vokal (a)
2. Aliterasi - sambil baginda memimpin puteri konsonan (m)
3. Kata ganda - berkerat-keratan, perlahan-lahan, terkira-kira
4. Bahasa klasik- durah, lesuh, masyghul
5. Peribahasa- hilanglah budi

NILAI
1. Nilai kesabaran. Setiap insan harus bersabar dalam mengharungi rintangan kehidupan.
2. Nilai pengorbanan. Dalam usaha mencapai kebahagiaan seseorang perlu berkorban
untuk orang yang dikasihi.
3. Nilai keprihatinan. Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh
orang lain.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan agar hidup lebih
bermakna.
2. Kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka beroleh bahagia.
3. Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain.

Anda mungkin juga menyukai