Anda di halaman 1dari 3

SOALAN DAN JAWAPAN BMM3117 SOALAN: Guru Bahasa Melayu perlu menguasai teori linguistik dan prinsip-prinsip pengajaran

bahasa .Huraikan keempat-empat teori linguistik dan prinsip-prinsip pengajaran bahasa.

Guru bahasa perlu mempunyai prinsip mengenai bagaimana cara bahasa itu boleh diajar atau dipelajari.Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan. Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran,kajian,tindakan sesuatu teori.Dengan itu sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-teori pemerolehan bahasa.Selain itu,terdapat prinsipprinsip umum supaya pengajaran guru itu lebih menunjukkan keberkesanan. Prinsip-prinsip yang berfalsafah aliran behaviorisme.Teori ini dipelopori oleh Bloomfield.Menurut teori ini proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan.Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola amatlah penting dalam menguasai bahasa.Prinsip-prinsip yang berfalsafah aliran behaviorisme juga, menekankan pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta-merta bagi mengelakkan lebih banyak kesilapan dalam pembelajaran bahasa. Ahli-ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting.Ahli-ahli behaviorisme menegaskan pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan.setelah menguasai lisan barulah menitik beratkan tentang bahasa tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian barulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Kedua, bahasa adalah satu tabiat.Untuk membentuk kebiasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa diutamakan.Guru-guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.

Ketiga,pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki.Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuhanpengukuhannya adalah pujian,keistemewaan,pengiktirafan,maklum balas,galakkan dan sebagainya. Keempat,latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan.Ia merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan .Latihan tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna.Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut berasa bosan. Dalam hal ini satu model pembelajaran telah dikemulakan oleh Behaviorisme seperti: Latihan yang dikukuhkan pembelajaran perubahan tingkah laku.

Berdasarkan teori ini pendekatan induktif dapat diaplikasikan yang mana dengan memberi contoh-contoh terlebih dahulu barulah diterangkan(generalisasi) Prinsip-prinsip yang berfalsafahkan Aliran Mentalisme Teori ini dipelopori oleh Chomsky.Teori mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental.Melalui proses ini,pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.Teori ini juga mengutamakan kemahiran membaca dan menulis. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa,kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan.Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif dan pengajaran tatabahasa diajar secara formal.Pendekatan deduktif memulakan pengajaran terus mengenai rumusrumus atau konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah contohcontoh.(model :generalisasi---contoh) Prinsip-prinsip yang berfalsafah Aliran Interaksionalisme. Teori ini memandangkan pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia merupakan satu proses melibatkan mental dan linguistik.Menurut teori ini penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa.Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang penting ialah belajar untuk interaksi.Interaksionalisme mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan struktur bahasa.

Prinsip-prinsip yang berfalsafahkan Aliran Fungsionalis. Teori ini dipelopori oleh Halliday.Menurut ahli-ahli bahasa menganut fahaman ini bukan sahaja menkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu.Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikas.Berikut antara pandangan ahli-ahli fungsionalis. Pertama,sistem tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diutamakan.Sesuatu pengajaran haruslah memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang sistem tatabahasa atau prinsip-prinsip struktur bahasa yang dipelajari. Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi sesuatu objek. Kesimpulannya,terdapat empat prinsip pengajaran yang mengikut aliran falsafah masing-masing.Seseorang guru tidak sepatutunya berpegang hanya pada satu prinsip sahaja.Ini kerana cara pembelajaran seseorang pelajar dengan pelajar yang lain adalah tidak sama.Prinsip-prinsip setiap aliran falsafah ini boleh digabungkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru kerana prinsip-prinsip setiap aliran falsafah saling melengkapi.Prinsip=prinsip daripada setiap aliran ini sebagai landasan untuk seseorang guru mengajar bahasa dengan lebih berkesan dan efisen.

Anda mungkin juga menyukai