Anda di halaman 1dari 1

Pada pendapat saya, seorang wartawan yang baik perlulah berpegang kepada 5 prinsip asas

yang perlu ada pada seorang wartawan. Prinsip-prinsip asas yang perlu ada pada seorang
wartawan adalah Accuracy, Independence, impartiality, humanity dan accountability.
Accuracy ataupun ketepatan adalah ketepatan penggunaan perkataan dalam menulis
ataupun membuat suatu berita. Independence pula bermaksud membuat kerja sendiri atau
pun lagi tepat lagi tidak meniru hasil kerja orang lain dan memastikan kerja tersebut asli
kerja hasil kita sendiri. Impartiality pula adalah sifat untuk tidak memihak kepada mana-
mana pihak. Dalam hal ini, setiap cerita kebiasaannya mempunyai 2 pihak dan sebagai
wartawan yang baik, kita digalakkan untuk tidak menyebelahi ataupun memihak dengan
mana-mana pihak. Humanity adalah perikemanusiaan di mana sebagai wartawan, kita
perlulah membuat berita dengan kemanusiaan. Dalam hal ini, kita seharusnya tidak
membuat berita berunsur kebencian, fitnah, palsu, perkauman mahupun menyebelahi
mana-mana pihak. Dan akhir sekali, accountability adalah sifat bertanggungjawab atas kerja
yang telah dibuat di mana kita seharusnya tidak takut untuk mengaku kesalahan dan
meminta maaf sekiranya kita melakukan kesalahan dalam pekerjaan. Sebagai wartawan
yang baik juga, kita hendaklah sentiasa menulis ataupun membuat berita dengan sifat
berani, professional dan sentiasa menulis perkara yang benar dan berbukti sahaja.

Anda mungkin juga menyukai