Anda di halaman 1dari 4

DASAR PENGGUNAAN INTERNET DI SEKOLAH

Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI SALLEH MASRI


Alamat Sekolah : Km 10, Jalan Kuala Kedah, 06600 Kuala Kedah, Kedah Darulaman.

1. VISI
Memastikan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dapat meningkatkan potensi
murid agar mereka dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.

2. MISI

 Memberi peluang kepada murid menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap
aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran.
 Memberi peluang murid mengembangkan potensi diri secara optimum untuk
menghadapi cabaran masa depan.

3. MATLAMAT
 Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastuktur ICT dan internet di
sekolah.
 Mewujudkan suasana pembelajaran di sekolah melalui program-program ICT.
 Meningkatkan mutu pembelajaran murid melalui penggunaan google classroom.

4. KUMPULAN SASARAN
 Murid

5. STRATEGI PELAKSANAAN
Sekolah telah melaksanakan beberapa strategi untuk memberi peluang kepada murid untuk
belajar dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan internet. Strategi ini merangkumi:
 ETIKA UMUM
 Murid hanya dibenarkan masuk ke makmal komputer dengan seliaan guru sahaja.
 Setiap kelas yang masuk ke makmal komputer dikehendaki mengisi buku log kawalan
keluar masuk.
 Pastikan punca kuasa elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan
makmal komputer.
 Setiap murid akan diberi identiti pengguna dan kata laluan sendiri oleh penyelaras
ICT.
 Identiti pengguna dan kata laluan tidak boleh dikongsi.
 Internet hanya boleh dicapai apabila murid memasukkan akaun pengguna yang telah
didaftar.
 Semua komputer perlu dipasang perlindungan virus dan dikemaskini secara berkala
untuk mengelakkan jangkitan.
 Perisian penapisan atau sistem yang setara akan digunakan untuk mengurangkan
risiko pendedahan kepada bahan yang tidak sesuai.
 Murid akan diberi latihan dalam bidang penggunaan internet dan keselamatan.
 Murid tidak dibenarkan memuat naik dan memasang perisian yang tidak diluluskan.

 INTERNET
 Murid tidak dibenarkan mengunjungi laman internet yang menyalurkan sebarang
bahan haram, cabul, lucah, mengancam, mengugut, memfitnah dan menghina.
 Murid perlu melaporkan penggunaan bahan yang tidak sesuai secara tidak
sengaja.
 Murid perlu menggunakan internet untuk tujuan pendidikan sahaja.
 Memuat turun bahan atau gambar yang tidak berkaitan dengan tugasan adalah
melanggar AUP sekolah.
 Murid tidak dibenarkan mendedahkan atau menghebahkan maklumat peribadi
dalam internet.
 Sebarang penyebaran atau penggunaan maklumat berkaitan dengan sekolah atau
peribadi akan dipantau oleh guru dari segi keselamatan.
 E-MAIL DAN KOMUNIKASI
 Murid tidak dibenarkan menggunakan e-mel untuk alasan peribadi.
 E-mel yang digunakan adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.
 Murid hanya dibenarkan menggunakan alamat e-mel yang dibenarkan oleh guru
sahaja.
 Murid tidak boleh menghantar atau menerima bahan yang haram, cabul atau
fitnah yang bertujuan untuk mengganggu atau menakut-nakutkan orang lain.
 Murid tidak dibenarkan mendedahkan maklumat peribadi mereka sendiri atau
orang lain seperti alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon atau gambar.
 Pelajar tidak dibenar berkomunikasi secara bersemuka dengan seseorang yang
mereka tidak kenal melalui e-mel atau dalam talian.
 Murid hanya dibenarkan akses ke ruang sembang dalam forum, perbincangan,
pesanan atau bentuk komunikasi elektronik lain yang hanya dibenarkan oleh pihak
sekolah sahaja.
 Nama pengguna akan digunakan untuk mengelakkan pendedahan identiti.

6. PEMBATALAN
Penyalahgunaan sumber ICT dan internet boleh diambil tindakan disiplin, termasuk secara
amaran bertulis dan penarikan hak akses. Pihak sekolah juga berhak melaporkan kegiatan
haram yang dilakuan kepada pihak berkuasa.

7. UNDANG-UNDANG
Pihak sekolah akan menyediakan maklumat mengenai undang-undang yang berkaitan dengan
penggunaan internet seperti :-
 Akta Perlindungan Data (Pindaan) 2003
 Akta Pemerdagangan Kanak-kanak dan Pornografi 1998
 Akta Penyekatan 1993
 Akta Rakaman Video 1989
 Akta Perlindungan Data 1988

8. STRUKTUR SOKONGAN
Pihak sekolah akan memberitahu ibu bapa, waris atau penjaga jika murid terlibat dalam
menyalurkan bahan haram atau penggunaan internet yang berbahaya.
BORANG KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI SALLEH MASRI


Nama Murid : __________________________________________
Kelas : __________________________________________

Pengakuan Murid
Saya bersetuju untuk mematuhi dasar penggunaan internet di sekolah. Saya akan
menggunakan internet dengan bertanggungjawab dan mematuhi semua peraturan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah.

Tandatangan murid : Tarikh :


____________________________ _________________________

Pengakuan Ibu bapa / Penjaga


Saya ibu bapa/penjaga murid di atas telah membaca dasar penggunaan internet di sekolah
dengan ini memberi kebenaran / tidak memberi kebenaran (potong yang mana tidak
berkenaan) kepada anak saya untuk mengakses internet. Saya memahami bahawa akses
internet ini bertujuan untuk pendidikan. Saya juga faham bahawa pihak sekolah telah
mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjamin keselamatan dalam talian. Pihak sekolah
tidak akan bertanggungjawab sekiranya murid mengakses laman web yang tidak sesuai.

Tandatangan ibu bapa/penjaga: Tarikh :


____________________________ _________________________

Kelulusan
Dasar ini telah diluluskan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Haji Salleh Masri.

Tandatangan Tarikh :
____________________________ _________________________

*Sila semak dasar penggunaan internet sekolah yang dilampirkan dan tandatangani serta kembalikan borang kebenaran ini
kepada Guru Besar.

Anda mungkin juga menyukai