Anda di halaman 1dari 4

St.

John’s Institution
JALAN BUKIT NANAS
50250 KUALA LUMPUR Tel. Pejabat : 03-20782846
Faks : 03-20311443
Email : la.web0223@btpnkl.edu.my

Ruj. Kami : SJI.700-2/1/1( )


Tarikh : 9 Februari 2020

Kepada :
Ibu/Bapa/Penjaga,
Ketua Kelas dan Pengerusi Kelas,
Tingkatan 1 - 6
St. John’s Institution,
Kuala Lumpur

Tuan / Puan,

KBENARAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan memberi kebenaran


kepada anak tuan/puan membawa telefon bimbit ke sekolah untuk tujuan pengisian
maklumat Program Jam Emas dan Laporan Disiplin Kelas menerusi “Google Form”.
Walaubagaimanapun, anak tuan/puan dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

3. Bersama-sama surat ini disertakan 2 lampiran untuk perhatian dan tindakan


pihak tuan/puan.
i. Syarat membawa dan menggunakan telefon bimbit seperti di
Lampiran A.
ii. Borang Permohonan Membawa Telefon Bimbit seperti di Lampiran B.

4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului


dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………………
(MANMOHAN SINGH A/L KARTAR SINGH)
Pengetua
St. John’s Institution, Kuala Lumpur.
LAMPIRAN A

SYARAT MEMBAWA DAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT

1. Ketua Kelas atau Pengerusi Kelas dikehendaki mengisi maklumat Program Jam
Emas dan Laporan Disiplin Kelas di dalam “Google Form” melalui laman
sesawang yang diberikan.

2. Masa yang dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit untuk mengisi dua
laporan ini adalah pada waktu kelas gantian atau pada bila-bila masa sepanjang
sesi persekolahan apabila berlakunya salah laku disiplin.

3. Ketua Kelas dan Pengerusi Kelas tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit
untuk tujuan selain yang dinyatakan pada Perkara 1 seperti :

i. membenarkan / menyerahkan telefon bimbit untuk kegunaan pihak lain


semasa sesi persekolahan.
ii. menyalahgunakan kemudahan yang diberi dengan melayari laman
sesawang seperti media sosial (Facebook, Instagram dll) atau laman
yang mengandungi bahan-bahan yang tidak bermoral.
iii. memuat turun bahan atau maklumat yang boleh mencemarkan nama
baik St. John’s Institution dan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).

4. Telefon bimbit ini sama ada disimpan bersama Ketua Kelas atau Pengerusi
Kelas atau di dalam kabinet simpanan yang disewa dari pihak sekolah.

5. Telefon bimbit tersebut adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab Ketua


Kelas dan Pengerusi Kelas dan pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab
diatas sebarang kerosakan dan kehilangan. Pihak sekolah juga tidak akan
melayan sebarang aduan kerosakan dan tuntutan daripada ibu/bapa/penjaga
sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan telefon bimbit tersebut.

6. Pihak sekolah berhak mengambil tindakan disiplin ke atas anak / anak jagaan
tuan / puan sekiranya didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
LAMPIRAN B

BORANG KEBENARAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT

NAMA IBU / BAPA /


PENJAGA

NO. KAD
NO. TELEFON
PENGENALAN

ALAMAT

NAMA MURID

KELAS

JENIS
*Sila nyatakan jenama, model dan warna

TUJUAN

AKUR JANJI
Saya bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya bersetuju bahawa
pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya barang tersebut hilang semasa di
bawah jagaan anak saya. Saya bersetuju sekiranya anak / anak jagaan saya melanggar
perjanjian, barang tersebut akan dirampas dan anak / anak jagaan saya akan dikenakan
tindakan disiplin. Saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak
sekolah sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan telefon bimbit anak / anak
jagaan saya.
Tandatangan Bapa / Penjaga 1 : Tandatangan Saksi Ibu / Penjaga 2 :

____________________________ ____________________________
( ) ( )

Tarikh : __________________ Tarikh : __________________

DENGAN KEBENARAN
Tandatangan Pengetua :

____________________________
( MANMOHAN SINGH A/L KARTAR SINGH )

Tarikh : __________________
LAMPIRAN A

Anda mungkin juga menyukai