Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU

Peti Surat 11, 89107 Kota Marudu, Sabah.


Jabatan Hal Ehwal Pelajar
(Pusat Tingkatan Enam SMK Kota Marudu)

SURAT KEBENARAN MEMBAWA LAPTOP


Kepada Sesiapa yang berkenaan:
Nama Pelajar
: ________________________________________________________
No Kad Pengenalan : ________________________________________________________
Adalah dimaklumkan bahawa penama di atas dibenarkan untuk membawa laptop di
asrama/sekolah untuk tujuan pembelajaran dan membuat Kerja Kursus.
Surat Kebenaran ini tidak menjamin bahawa pelajar ini tidak boleh diambil tindakan
jika sekiranya berlaku penyalahgunaan laptop.
Pelajar ini tertakluk kepada peraturan-peraturan penggunaan laptop yang telah
ditetapkan iaitu;
1. Laptop hanya digunakan untuk menyiapkan Kerja Kursus
2. Tempat khas dan waktu yang dibenarkan;
(Hari Isnin hingga Jumaat)
a. Bilik belajar Asrama (Jam 2:00 5:00 pm)
b. Bilik Darjah (Jam 2:00 5:00 pm; dengan pemantauan/surat kebenaran
guru)
c. Makmal Komputer (Tertakluk kepada Jadual Waktu)
d. Tempat-tempat lain adalah tidak dibenarkan.
(Hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am)
a. Bilik belajar Asrama (Jam 8:00 12:00 tengahari dan Jam 2:00 5:00 pm)
b. Bilik Darjah (Tidak dibenarkan kecuali dengan pemantauan guru)
c. Makmal Komputer (Tidak dibenarkan kecuali dengan pemantauan guru)
d. Tempat-tempat lain adalah tidak dibenarkan.
3. Laptop tidak boleh diberi pinjam kepada pelajar-pelajar lain.
4. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan laptop.
Tandatangan;
1. Guru Mata Pelajaran
:
2. Ketua Jabatan HEP Pra-U

3. Penolong Kanan Tingkatan 6

4. Pengetua

: ...

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU


Peti Surat 11, 89107 Kota Marudu, Sabah.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
(Pusat Tingkatan Enam SMK Kota Marudu)

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan

Melalui,
Pengetua,
SMK Kota Marudu.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN KOMPUTER DI MAKMAL
KOMPUTER UNTUK MEMBUAT KERJA KURSUS (PBS)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Pihak pengurusan Tingkatan Enam SMK Kota Marudu, ingin memohon kebenaran
untuk menggunakan komputer di Makmal Komputer untuk menyiapkan kerja-kerja kursus
(Pentaksiran Berasaskan Sekolah).
3.
Permohonan ini dibuat berdasarkan kepada keperluan yang sangat mendesak bagi
beberapa orang pelajar tingkatan enam atas kerana tidak memiliki komputer/laptop. Untuk
pengetahuan tuan/puan, kerja kursus (PBS) perlu ditaip menggunakan komputer dan
disiapkan sebelum 1 Mac 2017.
4.
Keprihatinan tuan/puan untuk meluluskan permohonan ini didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

Yang Benar,
..
(LARRY ANDANG)

Anda mungkin juga menyukai