Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal : Ke- 1
Minggu Praktikum : Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 2 April 2013
Tajuk Jurnal : Pengurusan masa yang tidak teratur

1. Isu / Masalah
Pada minggu kelima ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak
dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya
untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan
semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak
dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini
juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah
mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah
dirancangkan.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki
a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan
lebih sempurna.

b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama
pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan .

c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi
masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa
yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang
telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan
memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan .


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH


d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di
samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.
4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin . Pengurusan masa yang
baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.





Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................













INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal : Ke- 2
Minggu Praktikum : PERTAMA
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 4 APRIL 2013
Tajuk Jurnal : Mengatasi masalah mengekalkan fokus murid

1. Masalah /Peristiwa:

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini iaitu pada hari Jumaat bersamaan 4
April 2013, saya telah mengenal pasti satu masalah yang perlu saya tangani segera.
Ketika pengajaran berlangsung, saya dapati murid-murid Tahun 4 A hanya fokus dan
mengekalkan konsentrasi di dalam kelas pada awal pengajaran sahaja iaitu 30 minit
pertama. Selepas itu, mereka mula mengusik kawan, dan mula berani untuk bangun
daripada kerusi. Mereka tidak boleh duduk diam dalam waktu yang lama kerana mereka
memang aktif.
2. Analisis

Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati masalah ini timbul apabila proses
pembelajaran bermula. Mereka hanya dapat bertahan selama 30 minit sahaja. Saya
dapati mereka memerlukan satu aktiviti yang tidak membosankan seperti melibatkan
mereka dalam aktiviti seperti menyuruh mereka berlakon.
3. Cadangan Tindakan Susulan
1. Saya akan memberi amaran jika ada yang cuba berbuat bising.
2. Saya perlu lebih tegas memberi arahan.
3. Ketika melakukan aktiviti, saya akan menetapkan beberapa peraturan dan memberi
ganjaran kepada yang memberi kerjasama kepada guru.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Murid dapat mengikut arahan dalam minggu akan datang semasa saya mengajar iaitu
setiap hari Jumaat untuk Tahun 4 A

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................



INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal : Ke- 3
Minggu Praktikum : KEDUA
Tarikh Peristiwa / Kejadian : APRIL 2013
Tajuk Jurnal :

1. Masalah /Peristiwa:

2. Analisis

3. Cadangan Tindakan Susulan

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................

Anda mungkin juga menyukai