Anda di halaman 1dari 14

PENULISAN BM TAHAP 2-BAHAGIAN C

BAHAGIAN C
-Merupakan salah sebuah karangan yang perlu dijawab oleh murid-murid tahap 2 dalam kertas Penulisan
Bahasa Melayu (012) di mana mereka dikehendaki membuat ulasan tentang petikan atau bahan rangsangan
yang diberi.
-Sebelum membuat ulasan murid perlulah tahu menentukan nilai murni dalam setiap pernyataan yang
terkandung dalam bahan rangsangan tersebut.
-Ulasan yang dibuat mestilah berkisar tentang petikan sahaja.
-Jumlah markah bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60.
A.SENARAI NILAI MURNI

RAJIN

BERTANGGUNGJAWAB

TOLONG-MENOLONG

BERDIKARI

BEKERJASAMA

KEBEBASAN

BAIK HATI

BERSIKAP SEDERHANA

PEMURAH/MURAH HATI

BIJAKSANA / BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN

JUJUR

BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI

AMANAH

DEDIKASI

RELA/SANGGUP BERKORBAN

BERDIKARI

MENGHARGAI MASA

BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR

MENGHARGAI / MEMBALAS JASA

MEMPUNYAI JATI DIRI

PRIHATIN

BERANI

BERDISIPLIN

HORMAT / MENGHORMATI

MENJAGA KEBERSIHAN

PERAMAH/MUDAH MESRA

MENJAGA KESIHATAN

IKHLAS

MENJAGA KESELAMATAN

KASIH SAYANG/ SIMPATI

SEMANGAT PATRIOTIK

RASIONAL

TABAH/SABAR/CEKAL

TAAT / PATUH

BERADAB SOPAN

SEMANGAT BERMASYARAKAT/ KEJIRANAN

B.MODUL JELMAAN
CONTOH MODUL YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MENENTUKAN NILAI MURNI

BIL

PENYATAAN

NILAI

Membawa bekal / menabung

berjimat cermat

Berjalan kaki ke sekolah

menjaga kesihatan

Bangun awal

berdisiplin / menepati masa

Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas

berdisiplin

Menyapu sampah

rajin / mementingkan kebersihan

Bersalam / mencium tangan ibu

menghormati

Membaca buku / mengulang kaji

rajin,

Melaksanakan tugas yang diberi

bertanggungjawab / amanah

Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas

berhati-hati / berwaspada

10

Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih

mementingkan kebersihan / kesihatan

11

Bersarapan bersama keluarga

kasih sayang / mementingkan kesihatan

12

Sembahyang / solat

taat

13

Berdiri tegak semasa lagu Negaraku

patriotisme / menghormati

14

Sayang akan negara

patriotisme / bertanggungjawab

15

Belajar bersungguh-sungguh

tekun / gigih / rajin

16

Memberi salam

menghormati

17

Pergi ke perpustakaan

mencintai ilmu / menghargai masa

18

Menyediakan jadual harian

berdisiplin / menghargai masa

19

Menziarahi kawan sakit / di hospital

prihatin / kasih sayang

20

Bertegur sapa sesama jiran

semangat kejiranan / hemah tinggi

21

Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga

kasih sayang

22

Bergotong- royong

kerjasama

23

Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan

24

Menelefon bomba / ambulans apabila berlaku


kecemasan

semangat kemasyarakatan / kasih


sayang
cepat bertindak / tanggungjawab

25

Menderma / bersedekah /memberi bantuan

baik hati / pemurah

26

Memaafkan kesalahan orang lain

hemah tinggi / baik hati

27

Menolong haiwan

baik hati / kasih sayang / belas kasihan

28

Mengendalikan perlawanan dengan adil

amanah / tanggungjawab

29

Menyelamatkan kawan lemas

setia kawan / kasih sayang / berani

30

Memulangkan barang yang dijumpa

jujur

31

Menjaga adik semasa ketiadaaan ibu bapa

tanggungjawab / kasih sayang

32

Berterima kasih

bersyukur

33

Masak makanaan untuk keluarga / anak

tanggungjawab / kasih sayang / rajin

34

Mengakui kesilapan / menyedari kesilapan

insaf / jujur

35

Makan dengan sopan

hemah tinggi / tertib

36

Bercakap dengan lemah- lembut

Hemah tingggi / sopan / berbudi bahasa

37

Memakai pakaian sekolah / lencana

berdisiplin / patuh

38

Mendengar nasihat

patuh / akur

39

Meminta izin guru / ibu bapa

menghormati

40

Membantu rakan yang bermasalah

baik hati / kasih sayang

41

Menumpukan perhatian semasa guru mengajar

endah / tekun

42

Membeli / memberi cenderahati / hadiah / buah


tangan

baik hati / menghargai / kasih sayang

43

Berdoa kepada tuhan untuk keluarga, rakan

kasih sayang / prihatin

44

Tidak menconteng dinding sekolah

berdisiplin

45

Mempunyai hobi

menghargai masa

46

Memuji keindahan

bersyukur, menghargai

47

Tidak terpengaruh hasutan rakan

rasional /

48

Menerima pendapat orang lain

toleransi / rasional

49

Terselamat daripada bencana / kemalangan

bersyukur

50

Menyimpan alatan di tempat asalnya

berdisiplin / tanggungjawab

51

Menyusun buku mengikut jadual waktu sekolah

berdikari / rajin / tanggungjawab

52

Bercita-cita tinggi

berwawasan tinggi

53

Menerima pendapat/cadangan

rasional / toleransi

54

Beratur menunggu giliran

berdisiplin / bertimbang rasa

55

Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan

berwawasan tinggi

56

Menyanjungi guru

mengenang jasa / menghormati

57

Tidak pernah berputus asa

tabah / cekal

58

Melayanan tetamu dengan mesra

kasih sayang / hemah tinggi

59

Bersimpati akan bebanan ayah ibu

prihatin / kasih sayang

60

Membuang sampah ke dalam tong sampah

berdisiplin / mementingkan kebersihan

61

Mengotakan janji

amanah

62

Bersikap tidak keterlaluan / tidak menujuk-nunjuk

63

Berfikir sebelum melaksanakan sesuatu

bersedarhana / rendah diri / hemah


tinggi
rasional

63

Melakukan sesuatu yang tidak melanggar peraturan

patuh

64

Berkongsi masalah sesama rakan

kasih sayang / setia kawan

65

Tidak sombong / meninggi diri

rendah diri /

66

Rela berkorban nyawa

Ikhlas / pqtriotisme

67

Melaksanakan tugas tanpa merungut

dedikasi / ikhlas

68

Membalas budi ibu bapa/ guru/ rakan/jiran

mengenang jasa / menghargai

69

Berucap di hadapan kelas/perhimpunan/majlis

berani

70

Bersedia menghadapi cabaran

berani / yakin

71

Rela mengorbankan masa dan tenaga

dedikasi

72

Melakukan tanpa mengharapkan balasan

ikhlas

73

Bersatu padu dalam hidup bermasyarakat

kerjasama / bermuafakat

74

Percaya akan kebolehan diri sendiri

yakin

75

Menjaga perlakuan / pertuturan

hemah tinggi

76

Bersepakat dalam menjalankan sesuatu pekerjaan

bermuafakat

77

Mengambil berat keperluan dan perasaan orang lain

bertimbang rasa / bertolak ansur

78

Mencipta sesuatu dengan bahan terbuang

kreatif / yakin / berani mencuba

79

Mengutamakan golongan orang tua / kanak-kanak

kasih sayang / baik hati / hemah tinggi

80

Tidak meninggikan suara apabila bercakap

hemah tinggi / sopan

81

Menghadiri kenduri di kawasan tempat tinggal

semangat kejiranan / peka

82

Menolong ibu menghidangkan makanan

rajin / baik hati

83

Membeli barang yang perlu sahaja

berjimat cermat

84

Belajar mengikut jadual yang dibuat sendiri

berdisiplin / menepati masa

85

Datang awal ke sekolah

menepati masa

86

Merawat binatang yang cedera

prihatin / baik hati / cepat bertindak

87

Menolong kawan yang pernah menolong kita

setia kawan

88

Berhenti apabila lampu isyarat merah menyala

patuh

89

Ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading

berwawasan tinggi

90

Minum air lapan gelas sehari

mementingkan kesihatan

91

Memeriksa keadaan kereta sebelum memandu

cermat / teliti / tanggungjawab

92

Membalut buku-buku teks sendiri

berdikari

93

Melakukan kerja tanpa mengharap balasan

ikhlas

94

Memberi baki wang yang terlebih dipulangkan

jujur

95

Menerima kekalahan pasukan

semangat kesukanan

96

Tidak merungut menghadapi dugaan hidup

tabah / cekal

97

Menyesali kesalahan yang pernah dibuat

insaf

98

Menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah

aktif

99

Mengadakan sambutan Hari Guru / Hari Ibu / Hari Bapa

menghargai / mengenang jasa

100

Menanam pokok bunga pada waktu lapang

menghargai masa

101

Menbelek-belek baju yang hendak dibeli

teliti

102

Mengemas tempat tidur apabila bangun

berdikari

103

Merindui keluarga yang jauh di kampung

kasih sayang

104

Mendengar dan mengikuti arahan guru / ibu bapa

patuh / akur

105

Menjalankan tugas mengikut jadual tugasan

amanah / tanggungjawab

106

Hampir terjatuh keran hendak cepat

berhati-hati

107

Memberi perangsang kepada murid-murid

tanggungjawab

108

Segera meminta maaf

hemah tinggi

109

Segera berlari untuk mendapatkan pertolongan

cepat bertindak

110

Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan lagi

insaf

111

Bersalaman dengan datuk dan nenek

menghormati

112

Makan makanan yang tidak berkhasiat

mementingkan kesihatan

113

Berazam untuk mengubah kehidupan keluarga

berwawasan tinggi

114

Sanggup mengajar dengan percuma

ikhlas

115

Menegur rakan yang berbuat salah

berani

116

Berjumpa guru jika ada masalah dalam pelajaran

berani

117

Berdoa agar rakan cepat sembuh

setia kawan / kasih sayang / prihatin

118

Memberi cenderamata kepada penceramah

menghargai

119

Kagum akan keindahan alam

cinta akan alam sekitar / bersyukur

120

Memberi tempat duduk kepada wanita mengandung

baik hati / bertimbang rasa

121

Merayau-rayau di pusat membeli-belah

menghargai masa

122

Memandu tanpa lesen

patuh

123

Membuang sampah ke dalam sungai

tanggungjawab

124

Membaca novel sementara menunggu ibu bapa

rajin / menghargai masa

125

Menolong ayah berkebun pada hujung minggu

rajin / kasih sayang

126

Menyusun buku-buku di rak yang telah disediakan

berdisiplin

127

Membeli buku di pameran buku

mencintai ilmu

128

Berhati-hati semasa menggunting kertas

teliti

129

Membeli barang dengan wang simpanan sendiri

berdikari

130

Menyertai perarakan Hari Kebangsaan

patriotisme

131

Tidak melayari laman web yang tidak beretika

rasional

132

Bersama-sama melakukan kerja

kerjasama

133

Jangan cepat memberi hukuman

adil / rasional

134

Hidup sepakat membawa berkat

bermuafakat / toleransi

135

Tidak memilih rupa atau pangkat

rasional / adil

136

Bersaing-saing ketika berbasikal di jalan raya

berhati-hati / patuh

137

Berderma kepada mereka yang memerlukan

baik hati

138

Menutup suis lampu bilik ketika keluar

berjimat cermat

139

Ketua kampung juga turut membantu kami

tanggungjawab

140

Berebut-rebut menaiki bas

berdisiplin

141

Menghisap rokok hingga menyebabkan rakan terbatuk

bertimbang rasa / peka

142

Leka menonton televisyen dan tidak menyiapkan kerja


sekolah

menghargai masa

143

Bangun lewat kerana mononton televisyen hingga larut


malam

menghargai masa / menepati masa

144

Terima kasih cikgu, kerana membimbing saya selama

bersyukur / mengenang jasa

ini
145

Berlatih bersungguh-sungguh sebelum menyertai acara


larian

tekun / tanggungjawab

146

Memberi kata-kata semangat kepada rakan yang


menyertai pertandingan

setia kawan

147

Bergotong-royong membersihkan kawasan rekreasi

kerjasama / mementingkan kebersihan

148

Memastikan pintu dan tingkap sudah dikunci sebelum


meninggalkan rumah

berhati-hati

149

Sekolah kami telah mengadakan sambutan Bulan


Kemerdekaan

semangat patriotisme

150

Kami bertafakur untuk mengingati para pejuang negara


yang telah terkorban

mengenang jasa

C. CONTOH PETIKAN BAHAGIAN C

PETIKAN 1
Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana
hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi
walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil
supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan
pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu
tidak makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu hari,
ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami
gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan
bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
PETIKAN 2
Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk tidur kerana
hari sudah lewat malam. Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah. Azim segera mematikan suis
televisyen. Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim secara senyap-senyap kembali
menonton televisyen. Azim tidak mahu terlepas peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang
menjadi kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun. Sudah dua kali ibu Azim
mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut. Azim tersentak apabila matanya terpandang
jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa bersiap.
Dia hampir-hampir tersungkur apabila kakinya terlanggar bucu katil.Sampai di sekolah, loceng sudah
lama berbunyi. Azim ternampak seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim
memasamkan mukanya apabila pengawas mencatat namanya. Kali ini tentu dia akan didenda lagi.

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

PETIKAN 3

Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang adiknya
bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa
tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara
kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya
menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan
pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa
cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima
pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan
persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid
cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikan bimbingan kepada adikadiknya dalam pelajaran. Saiful mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.

PETIKAN 4
Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas
jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya Amin.Amin
berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang
motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid. Kakinya yang patah
terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke
sekolah.Hamid menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya
menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian pada
hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Dia tidak mahu kemalangan
yang menimpanya berulang.

PETIKAN 5
Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia, beliau terkenal
sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang olahraga.
Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi. Beliau mendapat galakan daripada
guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak.Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di
Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak. Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau

mempunyai keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan. Kegigihan
beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau telah dipilih mewakili negara ke
Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang olahraga telah mengharumkan nama
negara di seluruh Asia. Kejayaan yang diperoleh tidak menjadikan Nordin
Beliau masih tekun berlatih dan sentiasa

jadi lupa daratan.

mendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar

juara

PETIKAN 6
Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada rakan mereka.
Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di pondok itu telah
rosak. Di dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesan contengan. Mereka dapat
mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak bertanggungjawab.
Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main di situ ketika
mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada pihak
berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan
yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang
disediakan oleh pihak kerajaan sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua
penduduk
PETIKAN 7
Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini. Taman ini terkenal kerana
kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang
kaum namun mereka sentiasa bersatu padu. Mereka hidup dengan harmoni.
Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu.
Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak tersekat. Air yang tersekat
boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi masalah
kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman.
Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad. Dengan senaman ini kesihatan penduduk terjamin.
Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai
klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada
penduduk setempat

PETIKAN 8
Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak. Dia pulang dengan menaiki
kereta. Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir memeriksa keadaan keretanya.
Setelah pasti semuanya berada dalam keadaan selamat, mereka pun memulakan perjalanan.
Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir terpukau melihat keindahan
Banjaran Titiwangsa yang melatari pemandangan. Selepas lebih tiga jam di perjalanan, merekapun
sampai di kampung mereka. Izmir bersalaman dengan neneknya sambil menghulurkan buah tangan
yang dibawanya

PETIKAN 9
Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja . Peperiksaan dah semakin hampir.
Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu, rungut Puan Swee Mooi pada
anaknya.Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca buku. Saban hari begitulah sikap Ah Long.
Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama kawan-kawannya. Senja baru dia pulang.
Nasihat ibu langsung tidak dihiraukannya.
Suatu petang, Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut ajakan kawannya
itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya. Malang tidak berbau. Ah Long hilang kawalan apabila
terlanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba.
Makkkk ........!
Anak encik perlu menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami sedikit gegaran akibat
terhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu. Dia akan sedar sedikit hari lagi. Sama-samalah
kita berdoa, pujuk doktor muda itu kepada Puan Swee Mooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi
mengalir laju.

PETIKAN 10
Pergi ke pasar bersama Cik Zaitun,
Hendak membeli si ikan parang;
Hidup mesti bersopan santun,
Supaya kita tidak dibenci orang.

Dayung sampan ke Tasik Cini ,


Peluh mengalir nampak di dahi;
Perkara baik kita teladani,
Yang buruk kita jauhi.

Nanas ditanam di tepi paya,


Lalu dijual di pinggir kota;
Rajin berusaha pasti berjaya,
Malas bekerja membawa derita.

Bunga kiambang sungguh menawan,


Kembang mekar di pagi hari;
Kalau dapat mengapai awan,
Jangan pula meninggi diri.

Buah labu si buah kundur,


Banyak tumbuh di Pulau;
Perahu terlajak boleh diundur
Terlajak kata membawa padah.

Anda mungkin juga menyukai