Anda di halaman 1dari 38

1.

0 PENDAHULUAN

Pada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke
satu tahap yang lebih kompetitif bertunjangkan sains dan teknologi. Namun, di sebalik
kemodenan ini, mereka telah lupa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari,
terdapat pelbagai laporan tentang pembuangan bayi di merata-rata tempat seperti di dalam
tandas, di tepi longkang, dan sebagainya. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini
membuang bayi secara membuta tuli sahaja tanpa ada sifat dan perasaan
berperikemanusiaan.

Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan
ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana kepada negara. Pembuangan bayi yang
semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat
bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar. Mereka yang melakukan perkara
ini merupakan individu yang tidak ada maruah diri dan tidak bertamadun. Adakah tidak ada
lagi nilai kemanusiaan di dalam diri mereka yang tidak bertanggungjawab ini?

Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dibuat untuk mencari faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya masalah pembuangan bayi di Malaysia terutama sekali melibatkan
golongan remaja. Selain itu, dalam kajian ini juga, saya telah mengenalpasti kesan-kesan
daripada masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Sekiranya
masyarakat ambil tahu serta sedar tentang kesan masalah pembuangan bayi ini, nescaya kes-
kes pembuangan bayi akan berkurangan.

Merujuk kepada tulisan Abdul Halim Abdullah (2010) iaitu mengenai cadangan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk
mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Beliau telah mengarahkan
semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan
bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini.
Namun ia dilihat bukanlah satu langkah yang bijak kerana jika kita ingin meracun sepohon
pokok, racunlah bermula dari akar umbinya dan bukan pada pucuknya.

Mereka yang membuang bayi ini biasanya mereka yang sudah terlanjur melakukan seks
bebas. Mereka sanggup membuang bayi dengan harapan mereka diberi peluang untuk
1|Page
menjalani kehidupan yang baru dan semestinya bagi mengelakkan daripada diejek, dicemuh
dan dicaci oleh masyarakat setempat tentang perlakuan mereka. Mereka ini tidak sepatutnya
dicemuh dan dikeji, sebaliknya diberi bantuan dan sokongan moral dalam mengharungi
kehidupan yang serba mencabar ini.

Selain itu, terdapat juga ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja
apabila berlakunya pembuangan bayi. Pada pandangan mereka, remaja merupakan pencetus
berlakunya pembuangan bayi kerana remaja sering kali mengamalkan pergaulan bebas. Lebih
teruk lagi, masyarakat menganggap remaja yang suka mengamalkan pergaulan bebas ini
sebagai sampah masyarakat dan tidak berguna untuk negara. Persepsi seperti ini sedikit
sebanyak boleh melunturkan keyakinan dan kewibawaan remaja untuk terus berbakti kepada
negara. Masyarakat perlu menukar persepsi mereka supaya remaja seperti ini tidak terus
hanyut dibawa arus pemodenan. Pepatah melayu ada menyebut, “ buang yang keruh, ambil
yang jernih ”.

Secara realitinya, perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang
mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan, tetapi kebanyakannya atas faktor survival
(dijadikan makanan). Tetapi bagi manusia, mereka sudah hilang nilai kemanusiaan kerana
mereka hidup bertuhankan nafsu. Menurut pandangan Amran Kasimin (1945), “kedudukan
manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan
nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan
nafsu”.

2|Page
2.0 DEFINISI

Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar
dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar.
Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi membawa
maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia)
yang mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya
ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap
sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi dari saudari Anitayahya turut memaparkan
kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut
kaedah yang betul.

Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud mencampakkan,
melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil
yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan
mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat
tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini
menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas. Maksud yang
diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui lebih
mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini.

Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak 2001
(Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan Kebajikan Kanak –Kanak.
Seksyen 31 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Di
Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Berikutan itu, Kabinet
Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau
percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima
hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang
membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut
Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini,
semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang
boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali
jika sabit kesalahan.

3|Page
3.0 SEJARAH PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA

Sejak kebelakangan ini, masyarakat kita telah digemparkan dengan isu pembuangan
bayi. Badan yang masih bertali pusat, wajah comel yang dihurung semut, malah cebisan
anggota yang digonggong anjing antara paparan yang digambarkan oleh pihak media tentang
nasib yang menimpa bayi-bayi yang dibuang oleh manusia yang berhati binatang. Ada juga
yang dibuang kemudian dibakar dalam cubaan menghapuskan bahan bukti. Malah ada yang
hancur digilis oleh lori sampah apabila bayi itu dibuang di kawasan pembuangan sampah.
Adakah begitu murah nilai si kecil semurah sampah yang dibuang? Apakah yang ada dalam
fikiran dan hati sipelaku tersebut tatkala melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Isu pembuangan bayi ini bukanlah suatu yang baru berlaku di negara kita. Awal tahun 1990-
an dulu pun kes ini pernah menggemparkan masyarakat kita. Bayangkan, jika bayi yang
dibunuh dan dibuang ketika itu ditakdirkan hidup hingga sekarang, usianya sudah pun
menjangkau 19 atau 20 tahun. Sudah cukup dewasa menjadi aset negara yang berpotensi
dalam membangunkan negara.

Namun jika kita soroti dalam sejarah dan ketamadunan manusia, isu-isu 'pembuangan' atau
pembunuhan bayi-bayi ini sudah pun berlaku sejak sebelum masihi lagi. Ada dua era yang
dicatatkan dalam al-Quran tentang nasib malang yang menimpa para bayi ini. Pertama, pada
era kegemilangan tamadun piramid di Mesir, iaitu semasa pemerintahan Firaun pada masa
kelahiran nabi Musa a.s. Kerana terlalu percaya dengan ramalan ahli sihir yang mengatakan
akan lahir seorang bayi lelaki yang bakal menggoncang kerajaan Firaun apabila ia dewasa
nanti, menyebabkan Firaun bertindak kejam ke atas bayi-bayi lelaki yang dilahirkan oleh
wanita-wanita daripada kalangan kaum bani Israel di Mesir. Digambarkan seramai 12 ribu
bayi-bayi yang telah dilahirkan telah dibunuh oleh askar-askar Firaun atas perintah Firaun.

Firman Allah (maksud):

"Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari (Firaun) dan pengikut-pengikutnya; mereka
menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anakmu yang
lelaki dan membiarkan hidup anakmu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat
cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu."

(al-Baqarah : 49)

4|Page
Bayangkan bagaimana tragisnya kematian para bayi lelaki dalam kalangan bani Israel ketika
itu. Mereka telah disembelih. Yang pasti para bayi ini dibunuh dengan kejam sekali, semata-
mata ingin menjaga dan mengekalkan status quo politik Firaun agar tiada seorangpun berani
mencabarnya nanti. Itulah yang digambarkan dalam al-Quran tentang sejarah kes
pembunuhan bayi.

Kedua, pada zaman masyarakat Arab Jahiliah (sekitar abad ke-7 Masihi). Kali ini, golongan
bayi perempuan pula yang menjadi mangsa kekejaman manusia dewasa. Gambaran ini telah
direkodkan dalam al-Quran dengan firman Allah (maksud);

"Dan apabila seseorang daripada mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan,
hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan dirinya
daripada orang banyak disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah
dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke
dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu."

(an-Nahl: 58-59)

Namun, pada era ketinggian tamadun manusia moden hari ini yang mampu menggapai
angkasa raya, nasib malang para bayi ini bertambah tragis. Bukan sahaja bayi lelaki, malah
bayi perempuan pun menjadi mangsa kekejaman manusia. Jika kita kata seorang Firaun yang
gah di atas tahtanya begitu kejam membunuh para bayi ini, namun seorang manusia yang
hanya seorang pelayan kedai makan (merujuk kes yang telah dilaporkan) pun sanggup
bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan ini. Kita kata seorang bangsawan dalam
kalangan kabilah Arab zaman jahiliah itu kejam membunuh zuriatnya sendiri, namun seorang
manusia yang berpendidikan tingggi (juga merujuk kes yang telah dilaporkan) pun sanggup
bertindak kejam membunuh benih zuriatnya sendiri.

5|Page
4.0 PERMASALAHAN PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA

4.1 Faktor-faktor Pembuangan Bayi

Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat
membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan globalisasi. Kini, nama
Malaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini,
masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam
kalangan masyarakat Malaysia, iaitu masalah pembuangan bayi. Biasanya, golongan
remajalah yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Beberapa faktor yang
mendorong kepada masalah pembuangan bayi adalah seperti :

4.1.1 Kurang Didikan dan Kefahaman Agama

Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita.
Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa di rumah serta
impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja tidak mempunyai pegangan agama
yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan hawa nafsu mereka. Tanpa didikan agama
yang teguh, mereka tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan mereka itu betul atau salah
dan tidak dapat membezakan antara hak dengan batil. Hal ini dapat dilihat apabila remaja
perempuan mudah terlibat dalam kancah penzinaan sedangkan berzina itu haram di sisi
agama. Kesannya, banyak anak luar nikah yang lahir dan akhirnya bayi yang tidak berdosa itu
dibuang demi menutup malu perbuatan remaja yang goyah imannya. Jadi, didikan agama
yang kurang mantap menyebabkan masalah ini kian meruncing.

4.1.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi berlaku.
Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka hergaul dengan rakan sebaya
yang negatif. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara
di luar batasan agama dan norma maysarakat, conohnya seperti pergi ke tempat hiburan
seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus
dalam kancah-kancah negatif tersebut akan mudah terdorong untuk melakukan seks rambang
dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam
keadaan yang terdesak, takut, malu dan tertekan, mereka mengambil jalan mudah dengan
membuang bayi mereka.

6|Page
4.1.3 Sikap Masyarakat

Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan
bayi ini berlaku. Kita suka menganggap bahawa wanita yang mengandung tanpa suami ini
sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku.
Mungkin ada antara mereka yang mengandung disebabkan tindakan manusia yang durjana
sehingga sanggup merogol gadis yang tidak berdosa. Dalam hal ini, wajarkah remaja itu
dipersalahkan oleh perbuatan manusia yang tidak berhati perut itu? Sememangnya kita harus
bersimpati terhadap mereka tetapi keadaan menjadi lebih rumit apabila terdapat segelintir
daripada ahli masyarakat kita yang lebih suka menunding jari kepada sesetengah remaja
tanpa meneliti punca yang menjadi permasalahan ini. Malangnya, masih terdapat pemikiran
masyarakat yang kolot lalu menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu
masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka berada di tempat yang tidak
sepatutnya daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Tegasnya, sikap masyarakat seumpama
ini secara tidak langsung menjadi pemangkin gejala ini.

4.1.4 Sikap Ingin Tahu

Sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin
tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba
sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka.
Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang
jarang dilakukan oleh orang lain. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah
mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara terkutuk seperti seks
bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik
dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka
mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal
dikemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

4.1.5 Arus Pemodenan

Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini.
Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja
mudah terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang
bebas. Remaja yang masih mentah dan masih mencari hala tuju dan identiti diri sering dikuasai

7|Page
oleh perasaan ingin mencuba pasti akan meniru aksi-aksi atau adegan-adegan panas yang
terdapat dalam filem Barat bagi memuaskan nafsu mereka. Mereka tidak lagi berasa takut
ketika melakukan perkara yang terkutuk itu asalkan nafsu berahi mereka dapat dipenuhi.
Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah dan menjadi darah
daging dalam hidup mereka. Sebagai akibatnya, lahirlah anak luar nikah dan masalah
pembuangan bayi semakin sukar dikawal lantaran ingin menutup rasa aib atas perbuatan ibu
bapa yang masih remaja itu.

1.4.6 Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai fungsi sebenar
ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anak
tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik. Menurut kajian Jabatan
Kebajikan Masyarakat bahawa 50 peratus masalah sosial remaja berpunca daripada keluarga
yang porak peranda. Ibu atau bapa yang tunggal sering sibuk mencari tuntutan nafkah untuk
menyara kehidupan keluarganya. Lantaran itu, mereka telah mengabaikan tanggungjawab
hakiki mereka dalam mendidik dan memantau setiap perlakuan anak mereka. Pengabaian ini
akhirnya mengundang padah apabila anak mereka terlibat dalam perbuatan yang sumbang.
Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.

8|Page
4.2 Kesan-Kesan Masalah Pembuangan Bayi Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia.

Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi
kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan
penting negara pada masa hadapan yang memainkan peranan yang besar dalam
pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya
remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.
Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti
kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam
pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu sendiri.

4.2.1 Kesan kepada Bayi

Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri
tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur
dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah sewaktu remaja.
Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan
kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu
bapa kandung mereka. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang
hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan lagi,
bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. Apa
yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil dan jauh daripada
pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal
dunia.

Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam keadaan
yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia, Rizanizam
Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan
meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi,
bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun.
Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain
terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas
membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai
pemberian dari Tuhan.

9|Page
4.2.2 Kesan kepada Ibu Bayi

Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi
remaja hamil. Hal ini kerana, sewaktu mereka melahirkan anak, mereka tidak berada dalam
keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, mereka ini
pastinya mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti jangkitan kuman yang serius,
kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya,
mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada
pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, mereka juga sudah semestinya mengalami pelbagai
masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal
ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-
undang, agama, dan negara.

4.2.3 Kesan kepada Institusi Kekeluargaan

Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam
kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu
mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini
telah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran
sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka.
Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja
yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama
sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain
terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anak
mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.

4.2.4 Kesan kepada Masyarakat

Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang
berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan
kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini
kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini.
“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi
yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral

10 | P a g e
ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti
masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.

4.2.5 Kesan kepada Negara

Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar
kepada negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung
sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang
pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk
berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan
turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Hal
ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai
penempatan sementara. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya
tidak menjumpai, rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka.
Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi
kewangan.

11 | P a g e
4.3 Langkah-Langkah Mengatasi

Sebelum kudis menjadi tokak, kemelut remaja ini haruslah diatasi segera. Kita tidak
seharusnya memeluk tubuh dan menuding jari semata mata tetapi semua pihak perlu
berusaha merancang pelbagai pendekatan yang proaktif demi menangani masalah ini kerana
di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

4.3.1 Pendidikan Keibubapaan

Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat
hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan
memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini,
orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang.
Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja.
Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja
tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai
perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.

4.3.2 Kempen Kesedaran

Pihak kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah berganding


bahu mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat
setempat. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan
pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada
pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita
seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti
sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu
dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Kempen murni ini haruslah
dilakukan secara proaktif dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Sesungguhnya, usaha
dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada
di landasan yang betul dalam kehidupan.

4.3.3 Perkhidmatan Kaunseling

Langkah yang seterusnya ialah pihak kebajikan masyarakat perlu menyediakan


perkhidmatan kaunseling. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan
individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami
12 | P a g e
ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai contohnya,
mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar.
Penubuhan Rumah Sri Puteri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memberikan
perlindungan dan khidmat nasihat kepada mereka yang telah terlanjur ini. Oleh hal yang
demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-
mangsa tersebut daripada terus melakukan perkara yang terkutuk.

4.3.4 Mengetatkan Hukuman

Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu
dikenakan hukuman yang berat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita
merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang
berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan
harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Perkara tersebut juga akan
menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara
perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk
melakukan perkara tersebut yang salah di sisi agama. Sebagai contohnya, hukuman bagi
kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Hal ini secara
tidak langsung dapat mengurangkan jenayah pembuangan bayi yang tidak berdosa itu di
negara kita.

4.3.5 Peranan Ibu Bapa

Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan
anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan
pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan
walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah
penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Albert Einstein pernah berkata
bahawa agama tanpa ilmu adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini
menunjukkan peri pentingnya didikan agama dan moral dalam kehidupan kita supaya
kehidupan tidak menjadi terumbang-ambing seperti kapal tanpa nakhoda. Sebagai contohnya,
anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya
dengan menyuruh anak-anak tidak mengabaikan solat kerana bersolat itu dapat mencegah
daripada melakukan kemungkaran. Cara ini adalah efektif untuk mewujudkan masyarakat
yang bebas daripada kes pembuangan bayi.

13 | P a g e
4.3.6 Pencegahan Sebelum Berlaku

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang


daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan
perempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika
tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan masyarakat
sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang
paling kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam
mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.

Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat
dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap
individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai
peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada
gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi
membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan
bebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran
kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri,
keluarga dan masyarakat.

4.3.7 Peranan Sekolah

Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi
remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut pandangan Karen Yong (2006), dalam
penulisannya yang bertajuk ‘masalah sosial tiada penghujungnya’, pihak pentadbiran sekolah
perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara
komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan
penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan
sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari
gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti,
merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan
pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT
untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan
alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan
mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay
Kim dan Alias Mohammed 1937).

14 | P a g e
4.3.8 Bantuan Kepada Ibu-Ibu Yang Hamil Luar Nikah

Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani
pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang
paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin
kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala
pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Semua pihak
digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam
usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

15 | P a g e
4.4 Statistik Pembuangan Bayi

Statistik pembungan bayi juga menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke
tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara
islam. Statistik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang
setiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itu
mungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada
JKM.

Kemudian, Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula
menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend
peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005,
83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009).
Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga
25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25
tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada
jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan
selebihnya tidak diketahui jantina.

Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula,
257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi
tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah
anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Dalam
perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan
HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit
mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lalu. “Tahun lalu 392 wanita
melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini
terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34 kes bawah
umur 18 tahun,”.

16 | P a g e
4.5 Kesimpulan

Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi dalam


kalangan remaja di Malaysia ini, saya mendapati terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan
dengan masalah ini seperti punca-punca masalah, kesan-kesan daripada masalah, dan
langkah-langkah mengatasi. Antara punca-punca masalah pembuangan bayi dalam kalangan
remaja adalah kurangnya didikan agama dalam diri, terpengaruh dengan rakan sebaya yang
mempunyai moral yang negatif, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum
individu yang terlibat tanpa usul periksa, dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang
baru. Semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan
kehidupan yang penuh cabaran ini.

Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Hal ini kerana,
melihat kepada kesan-kesan yang dikaji, pastinya negara Malaysia tidak mampu untuk terus
bersaing dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut dengan masalah
sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku sekiranya remaja pada hari
ini tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka sendiri. Antara kesan-
kesan pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah seperti kesan kepada bayi yang
dibuang, kesan kepada ibu yang melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, kesan
kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu.

Walaubagaimanapun, saya telah berjaya mencari langkah-langkah terbaik bagi mengatasi


masalah pembuangan bayi ini. Antara langkah-langkahnya adalah peranan ibubapa itu sendiri,
peranan sekolah, pencegahan yang dilakukan sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini,
dan memberi bantuan kepada remaja perempuan yang hamil luar nikah. Saya yakin dengan
langkah-langkah yang diperolehi ini mampu mengurangkan masalah pembuangan bayi dalam
kalangan remaja ini. Justeru itu, semua pihak perlulah berganding bahu dalam membendung
gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak
mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

17 | P a g e
5.0 KAJIAN LEPAS TENTANG MASALAH PEMBUANGAN BAYI.

Mohd Izzuddin Bin Mohd Romli (2011) : Kaedah Penyelesaian Isu Pembuangan Bayi :
Kajian Di Johor Bahru

Kajian dijalankan bagi mengetahui pengetahuan mahasiswa/i berkenaan isu


pembuangan bayi. Selain itu, kajian juga bertujuan mengenalpasti persepsi mahasiswa/i
terhadap peranan pelbagai golongan dalam usaha menangani isu pembuangan bayi serta
langkah-langkah penyelesaian melalui kaedah pencegahan dan kaedah pemulihan bagi
menanganinya. Populasi kajian ini adalah seramai 1,963 orang yang terdiri daripada kalangan
mahasiswa/i yang sedang menuntut di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, Kolej Islam
Johor, dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Manakala sampel bagi kajian ini adalah
seramai 203 orang yang dipilih secara rawak mudah. Kajian dilakukan secara kuantitatif
menerusi borang soal selidik yang mengandungi 44 item. Analisis statistik diskriptif digunakan
untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus, dan min dengan menggunakan perisian
Satistical Package of Social Scienses (SPSS) versi 15.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik
ini ialah α = 0.839. Hasil kajian yang telah dijalankan mencatatkan nilai purata min berkaitan
objektif untuk mengetahui pengetahuan mahasiswa/i ialah 3.26. Ini menunjukkan bahawa
sebahagian responden kurang mengetahui beberapa perkara berkenaan isu pembuangan
bayi terutamanya berkenaan hukuman terhadap pesalah jenayah pembuangan bayi menurut
perundangan sivil dan menurut perundangan Islam. Selain itu, majoriti responden bersetuju
berkenaan betapa pentingnya peranan pelbagai golongan dalam usaha menangani isu
pembuangan bayi kerana berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan purata min
sebanyak 3.72. Seterusnya, majoriti responden juga bersetuju terhadap langkah-langkah
penyelesaian melalui aspek pencegahan bagi mengatasi isu pembuangan bayi kerana
mencatatkan purata min sebanyak 3.64. Kemudian, sebahagian besar responden kurang
bersetuju terhadap sebahagian langkah-langkah penyelesaian melalui aspek pemulihan bagi
mengatasi isu pembuangan bayi kerana nilai purata min mencatatkan sekadar 3.43.

Makiah Tussaripah Jamil (2012) : Pengguguran Bayi Menurut Perspektif Islam dan
Perundangan di Malaysia.

Pengguguran bayi di kalangan wanita Islam adalah fenomena semasa yang menjadi
permasalahan bersifat domestik dan antarabangsa. Artikel ini bertujuan memahami definisi
dan konsep pengguguran secara teknikal dengan merujuk kepada pengertian menurut ilmu
perubatan dan perspektif Islam. Artikel yang dibuat bukan sahaja melihat konsep pengguguran

18 | P a g e
tetapi juga mengkaji dan melihat apakah kaedah yang biasa digunakan bagi menggugurkan
kandungan. Di samping itu juga, perbincangan dibuat bagi menjelaskan secara terperinci akan
sebab dan punca-punca yang menyebabkan pengguguran berlaku di kalangan masyarakat
Malaysia khasnya dan dunia amnya. Artikel ini mendapati bahawa gejala perzinaan dan
persetubuhan haram telah menjadi satu kesalahan jenayah syariah yang mencatatkan angka
tertinggi berbanding kesalahan jenayah yang lain. Kajian ini turut melihat kesan atau akibat
daripada amalan pengguguran janin sama ada dari sudut dan kesihatan si ibu, sosial dan juga
bidang perubatan. Selain itu, kita akan turut melihat sejauh mana peruntukan dan hukuman
berkaitan pengguguran di bawah Kanun Keseksaan Malaysia dan perspektif Islam. Akhirnya,
artikel ini akan membuat analisa secara kritikal melalui metodologi perbandingan dengan
sistem Islam untuk melahirkan beberapa saranan, cadangan serta mekanisme yang difikirkan
paling tepat bagi memperbaiki sistem yang sedia ada agar masalah pengguguran bayi yang
menjadi-jadi dewasa ini dapat dibendung dan diselesaikan.

19 | P a g e
6.0 RINGKASAN KAJIAN TERDAHULU

BIL. PENYELIDIK/PENULIS KAJIAN TAHUN


1 Mohd Izzuddin Bin Mohd Kaedah Penyelesaian Isu Pembuangan Bayi : 2011
Romli Kajian Di Johor Bahru
2 Makiah Tussaripah Jamil Pengguguran Bayi Menurut Perspektif Islam 2012
Dan Perundangan Di Malaysia.
3 Mohammad Ismail Hj Yunus “The Concept, Application And Development In 2006
Law Relating To Concent And Accountability In
Sexual Crimes: A Comparative Legal Appraisal”
4 Sohaimi Daud “Proses Dan Prosedur Sistem Pengadilan 2004
Jenayah Di Malaysia Terhadap Jenayah Rogol”
5 Zulfakar Ramlee “Incest: Its Legal Implication From Islamic 2004
Perspective”
6 Jas Laile Suzana Jaafar “The Relationship Religiosity And Youth Culture 2004
To Premarital Sex Among Malaysian And
Indonesian Adolescents”
7 Ahmad Hassan “Wanita Kelantan Dan Pelacuran: Satu Kes 2004
Kajian Di Kota Bharu, 1950an-1970an”
8 Manique Apsara Ephranella “Child Pornography On The Internet” 2006
9 Husin Bin Junoh “Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Di 2011
Luar Bandar Di Daerah Kota Tinggi Johor”
10 Hans Abd. Wahab Penerimaan Keluarga Dan Masyarakat
Terhadap Mangsa Rogol
11 Azizah Othman Fenomena Sumbang Mahram Di Kalangan
Azelin Aziz Masyarakat Islam Di Malaysia.
12 Mohd Dahlan A. Malek, Phd Jenayah Dan Masalah Sosial Di Kalangan
Ida Shafinaz Mohamed Kamil, Remaja: Cabaran Dan Realiti Dunia Siber
MA
13 Fizwani Binti M Sarkawi, Mengenal Pasti Puncapunca Dan Kaedah 2008
Suhana Binti Sarmadan, Menangani
Mohammed Sharif Bin
Mustaffa,
Sulaiman Shakib Bin Mohd
Noor

20 | P a g e
14 Farahwahida Mohd. Yusof, Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi 2011
Norazila Binti Sugiman Awam Terhadap Amalan Seks
15 Zainudin Sharif & Norazmah Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja 2011
Mohamad Roslan Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah
Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka
16 Surammah Ramanaidoo Sikap Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Balan Rathakrishnan Terhadap Hubungan Seks Sebelum Kahwin:
Satu Tinjauan Di Sabah.
17 Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Kajian Kes Inses Bapa-Anak Perempuan: 2012
Suzana Mohd Hoesni & Zaizul Memahami Pengalaman Dari Perspektif Mangsa
Abdul Rahman
18 Sarnon, N., Mohamad, M. S, Hamil Luar Nikah: Memahami Remaja Sebagai 2012
Fauziah, I, Alavi, K., Nen, S., Asas Intervensi Keluarga
Hoesni, S.M, Zaizul, R., Wan
Azreena, J.

21 | P a g e
7.0 ANALISIS ISU

7.1 Kaitan Isu Dengan Teori Keperibadian Mulia

Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral.
Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut saya jadi?" dan bukan "Apakah yang
patut saya lakukan?" Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada
abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan
sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu
keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia moral. Aristotle berpendapat
keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan
memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual
ini boleh dipelajari daripada seorang guru.

Aristotle juga menganggap, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu
secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut
Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sfat ini tidak dipelajari
melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang
sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.Oleh itu seseorang
dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:
 Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan
 Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai
 Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan
mengelakkan keburukan
 Berpegang kepada prinsip
 Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan
 Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan
kesengsaraan

Teori yang dianjurkan oleh Aristotle (384 BC – 322 BC) ini telah meletakkan moral sebagai
sesuatu yang sederhana. Ini bermakna sesuatu yang bermoral adalah sesuatu yang tidak
keterlaluan dan mengambil jalan tengah. Bagi pandangan Aristotle, melakukan sesuatu
dengan berlebihan atau berkurangan adalah jahat dan tercela. Islam dalam pada masa yang
sama juga telah menegaskan bahawa umat Islam yang baik adalah umat Islam yang
sederhana. Seperti firman Allah:

22 | P a g e
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu
melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.
(al-Baqarah:190).

Selain itu, firmanNya lagi :

“Dan demikianlah (seperti mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan
kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan (pilihan lagi adil), supaya kamu layak
menjadi saksi kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan Rasul itu (Muhammad)
pula akan menjadi saksi ke atas kamu.
(al-Baqarah:143).

Dalam isu-isu berkaitan dengan akal dan wahyu, dunia dan akhirat, material dan spiritual atau
individu dan masyarakat, Islam telah menggariskan sesuatu yang sederhana dan hikmah.
Walau bagaimanapun, Islam tetap menyokong kritikan terhadap teori ini yang menyatakan
bahawa kadar sederhana itu tidak boleh diaplikasikan dalam semua keadaan terutama sekali
bagi kelakuan yang memang jelas tidak baik dan tercela.

Kajian menunjukkan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati kehidupan


beragama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan resepi
kepada kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya. Kemunculan
tamadun Islam yang telah mencapai tahap ‘golden age’nya itu misalnya adalah dipengaruhi
oleh ransangan nilai dan penghayatan cara hidup Islam bersumberkan risalah wahyu. Dengan
berasaskan prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu tersebut, sesebuah masyarakat akan mampu
melahirkan sebuah tamadun atau peradaban oleh kerana penghayatan moral dan akhlak yang
terpuji yang termasuk di dalamnya kecintaan kepada ilmu, ketekunan, kerajinan, semangat
disiplin dan kekreatifan.

Nilai yang mana teori kajian nilai atau aksiologi ialah satu cabangan dalam ilmu falsafah yang
meneliti, menganalisis dan menghuraikan prinsip dan kaedah pengukuran segala ilmu
pengetahuan serta segala objek yang didukungi oleh ilmu pengetahuan dari segi harga,
kegunaan dan manfaatnya. Segala sesuatu yang dianggap benar, patut, baik dan indah
adalah amat diingini dan disanjung tinggi oleh masyarakat dan dengan demikian memperolehi
nilai dan harga yang tinggi. Sebaliknya perkara dan benda yang palsu, tidak berguna, buruk
dan merosakkan akan dibenci, disisih dan dibuang oleh masyarakat dan dengan demikian
mempunyai nilai yang rendah ataupun tidak ada nilai langsung. Tindakan dan amalan yang

23 | P a g e
berkaitan dengan nilai ini sama ada nilai tinggi dan disanjung ataupun rendah dan dibenci,
dijelmakan dalam tingkah laku, tindak-tanduk, percakapan dan perbuatan yang dicakupi oleh
konsep moral, etika dan akhlak.

Nilai ialah standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan
harga (worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkah laku, kejadian dan keadaan sama
ada benar, baik, berguna, diingini, ataupun sebaliknya palsu, buruk, tidak diingini, tidak
berguna dan dibenci. Nilai dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, nilai estetik yang
berkaitan dengan ukuran rasa keindahan dan kecantikan. Manakala nilai instrumental pula
yang secara tersendiri tidak penting tetapi membantu dalam pencapaian sesuatu matlamat
tertentu. Contohnya nilai-nilai “diam dalam kelas” membantu pencapaian matlamat belajar
dengan berkesan. Oleh itu “diam” secara tersendiri tidak ada nilai, tetapi ianya bernilai apabila
dikaitkan keperluan belajar dalam kelas.

Moral dan etika boleh dikaitkan dengan istilah akhlak tetapi terdapat perbezaan yang nyata.
Istilah “akhlak” daripada bahasa Arab ada kaitan dengan dua istilah yang lain iaitu istilah
“Khalik” (Tuhan Pencipta) dan “makhluk” (ciptaan) daripada kata akar yang sama iaitu
“khalaka” (mencipta). (Hashim Musa, 2001: 61)

Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan
patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan juga kepada
orang lain. Tetapi konsep akhlak melebihi makna moral dan etika dalam ertikata bahawa
segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan tujuan untuk
mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan, pujian dan
pengiktirafan daripada manusia. Akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkah laku
yang baik adalah untuk memanfaatkan makhluk tetapi bertujuan semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta segala makhluk. Oleh itu konsep akhlak
mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Khalik Pencipta segala
makhluk.Untuk memperolehi akhlak mulia, Miskawayh menegaskan kita mesti terlebih dahulu
mengetahui hakikat diri insan sebagai makhluk yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani.
Tempat bagi terbentuk dan tersemainya etika ialah dalam unsur rohani yang membuahkannya
dalam pelakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani.

24 | P a g e
Miskawayh membahagikan fakulti atau anggota rohani kepada tiga aspek yang berkaitan
dengan sifat insan yang membuahkan akhlak yang mulia, iaitu fakulti akal yang boleh
membuahkan sifat ilmu dan bijaksana, fakulti syahwah yang boleh membuahkan sifat
kemurahan hati (dermawan) dan fakulti kebengisan (irascible) yang boleh membuahkan sifat
keberanian dan ketabahan.Namun ketiga-tiga fakulti itu hanya boleh membuahkan akhlak
yang mulia apabila tercapainya keadaan keseimbangan (i’tidal) antara ketiga-tiga yang
dengan itu akan menzahirkan keadaan keadilan/justice. Miskawayh mentakrifkan keadilan
sebagai pencapaian keseimbangan (i’tidal) yang sempurna antara ketiga-tiga akhlak mulia itu
sehingga terbitlah adil dalam pelakuan manusia itu. (Hashim Musa, 2005: hal 73)

Pembangunan insan ini juga merujuk kepada akhlak atau peribadi seseorang, akhlak adalah
sifat yang sebati dalam diri yang mengarah seseorang menzahirkannya melalui perbuatan,
sama ada kelakuan baik atau kelakuan buruk. Ia juga disebut sebagai tingkah laku yang
menjadi adat kebiasaan pada seseorang. Akhlak yang mulia sebagai buah kepada usaha
pembangunan insan keseluruhannya. Akhlak yang mulia adalah perhiasan diri dan pandangan
luar Islam pada seseorang, kerana ia dapat dilihat secara jelas. Ia menjadi matlamat yang
penting kepada pembangunan insan.

Mengikut agama Islam, akhlak sangat penting dalam agama Islam, kerana Islam
mementingkan kelakuan yang baik yang terpancar dari keimanan seseorang. Akhlak dan iman
seperti pokok dan buah. Antara kedua-duanya selaras. Akhlak yang baik menunjukkan iman
yang baik manakala akhlak yang buruk menunjukkan iman yang buruk. Antara Islam dan
akhlak tiada pemisahan. Kedua-duanya menunjukkan antara satu sama lain.Akhlak boleh
dibangunkan melalui cara-cara seperti melalui latihan, iaitu latihan melakukan kebaikan dan
meninggalkan keburukan. Penambahan ilmu dan kefahaman, iaitu untuk menambah dan
memantapkan ilmu supaya dapat dibezakan antara baik dan buruk dan kesan melakukan
kedua-duanya. Pembinaan akidah, iaitu membina akidah supaya lebih mantap sehingga ia
meninggalkan kesan pada seseorang.

Kawalan masyarakat, iaitu peranan masyarakat mengawal anggotanya supaya melakukan


kebaikan dan tertegah melakukan keburukan. Melalui pendedahan kepada suasana yang
baik, iaitu mendedahkan seseorang kepada keadaan-keadaan yang baik untuk membentuk
akhlak baik. Penutupan pintu-pintu dan dorongan-dorongan keburukan, iaitu supaya tiada
peluang kearah itu. Pemberian nilai baik dan galakan kepada orang yang melakukan

25 | P a g e
kebaikan.Melalui hukuman yang sesuai dan cukup iaitu mengenakan hukuman yang sesuai
sebagai halangan. (Ab. Aziz Mohd Zain, t.t: 62)

Selain itu juga terdapat dua perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam pembinaan akhlak;
menjaga kepentingan akidah, terutamanya yang berkait dengan Allah, yang melihat segala
sesuatu, manusia dibawah pengawasan para malaikat manusia akan dibalas di akhirat nanti
dan dunia tempat ujian manusia. Membina fitrah supaya kekal semula jadi seseorang. Namun
begitu perlu dihindari tentang masalah pembangunan akhlak iaitu pendidikan dari rumah atau
keluarga yang tidak mengambil berat tentang perihal anak-anak ia menjurus kepada ibubapa
yang tidak membimbing anak-anak mereka dengan sepatutnya. (Ab. Aziz Mohd Zain, t.t: 62)
Meluasnya pusat-pusat hiburan yang boleh menjejaskan akhlak orang ramai. Pusat-pusat
hiburan yang melekakan telah menjadi suatu tempat pilihan ramai untuk berhibur sehingga
melupakan adat resam, agama dan budaya dengan senang dilanggari etika moral tersebut.

Nilai-nilai baik yang kurang diberikan perhatian oleh masyarakat. Masyarakat kurang
mengambil peranan dalam membangunkan akhlak insan persekitaran mereka dan lebih
bersifat individualistik dalam menjalani kehidupan harian ini kerana sibuk dengan kerja rutin
harian dan lupa tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling.Semangat kebendaan yang
kuat. Dorongan untuk mendapatkan sesuatu benda dan sanggup berbuat apa sahaja
walaupun bertentangan dengan perintah agama. Akhlak yang baik dilupakan dan material
yang dikejar adalah menjadi matlamat utama. Akhlak sangat penting untuk dibangunkan
kerana ia menjadi fokus kepada pembangunan insan. Kejayaan pembangunan akhlak menjadi
kejayaan terbesar kepada pembangunan insan. Akhlak mercu kepada kelahiran manusia
untuk menjadi khalifah di bumi ini dan seterusnya membina tamadun manusia.

7.2 Kaitan Isu Pembuangan Bayi Dengan Teori Moral Dan Agama

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan kewajaran sikap pembuangan bayi dari
sudut teori moral dan agama. Kita juga akan mengaitan pembuangan bayi dengan punca
utamanya iaitu kebebasan seks dan berzina. Dari sudut teori eksistensialisme, di mana
manusia dipandang sebagai suatu makluk bereksistensi yang mengkaji situasi sekeliling
dengan kesadaran tersendiri. Oleh itu, isu tersebut merupakan sesuatu yang wajar. Tindakan
seks ini merupakan keinginan remaja atau sesiapa golongan masyarakat untuk mencapai
kepuasan hidup. Kelakuan penguguran dan pembuangan bayi juga merupakan suatu langkah
bagi meneruskan hidup remaja yang tidak berkemampuan. Dengan adanya situasi yang

26 | P a g e
menjadikan pihak pertama mengalami masalah, alternatif yang terbaik adalah mengurangkan
tekanan secara menghapuskan kandungan mereka. Seseorang remaja itu bertanggungjawab
memilih cara penyelesaian masalah kerana mengetahui cara menempatkan dirinya. Peraturan
dan hukum agama tidak boleh menjadi halangan kebebasan pilihan remaja sekira pilihan itu
pilihan remaja sendiri. Perbuatan seperti yang berada pada isu tersebut dikatakan bermoral
sekiranya waktu itu adalah sesuai di mana ia tidak menyusahkan remaja. Teori
eksitensialisme mengatakan remaja itu ketua kepada pilihannya sendiri di mana pilihannya
haruslah berdasarkan situasi mereka sendiri dan moral itu ditetapkan sendiri.

Selain daripada teori-teori tersebut, kes pembuangan bayi juga dikatakan wajar dari sudut teori
moral, egoisme. Teori egoisme ini membawa maksud seseorang itu mestilah melakukan
sesuatu perbuatan yang bermatlamat memberikan faedah kepada diri sendiri. Setiap
perbuatan yang berkesannya memberi keuntungan dan faedah kepada diri sendiri adalah satu
perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk jika merugikan diri sendiri. Oleh itu, seseorang
itu yang membuang bayinya adalah cara yang mudah dan dapat menghilangkan bebannya
dengan cepat. Mereka tidak lagi memikirkan bagaimana untuk menyayangi anak mereka tetapi
hanya mahu dapat melarikan diri daripada pandangan masyarakat yang suka mengkritik dan
menghukum mereka.

Sebaliknya, dari sudut teori kemoralan sosial, kelakuan pembuangan bayi adalah tidak wajar.
Teori kemoralan sosial ini dipengaruhi oleh pegangan agama masyarakat tersebut. Teori ini
merupakan suatu teori etika yang berkaitan dengan apa-apa peraturan dalam sesuatu
masyarakat, bangsa atau kaum. Peraturan ini pula biasanya merujuk kepada agama, adab
sopan, adat tradisi, susila, undang-undang dan apa jua perbuatan yang dianggap baik oleh
kumpulan masyarakat tersebut. Maksudnya, dalam sesebuah masyarakat akan ada perkara
yang diizinkan dan dilarang perbuatan yang betul dan salah, baik dan buruk dan sebagainya.
Oleh itu, pembuangan bayi akan menjejaskan masyarakat sekeliling. Mereka pasti berasa
malu dan kecewa dengan apa yang telah berlaku. Masyarakat memandangkan pembuangan
bayi sebagai satu kelakuan yang keji dan perbuatan ini telah melanggar undang-undang
masyarakat.

Lebih-lebih lagi, kes pembuangan bayi adalah tidak wajar dari pandangan teori moral
kategorikal imperatif. Teori ini memperkatakan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap sebagai
tidak bermoral sekiranya peraturan yang membenarkan itu tidak dapat digunakan secara

27 | P a g e
umum sebagai satu peraturan universal kepada semua manusia untuk munuruti atau
mematuhi. Jikalau kelakuan remaja atau golongan lain mengatakan pembuangan bayi
tersebut adalah perbuatan yang bermoral dan diterima, apakah yang akan terjadi kepada
masyarakat kita pada masa akn datang. Akibatnya kes pembuangan bayi akan meningkat
secara tiba-tiba dan remaja dapat mencari alasan dengan mengatakan bahawa bayi tersebut
bukan tanggungjawab mereka dan menolak tanggungjawab tersebut.

Dari pandangan agama iaitu agam Islam, pembuangan bayi dan perbuatan seks bebas adalah
diharamkan. Menurut ajaran agama Islam, salah satu asas utama agama Islam ialah Akhlak
yang bermaksud tingkah laku. Akhlak yang baik akan lahir apabila kita melakukan sesuatu
perbuatan seolah-olah Tuhan melihat dan mengawasi setiap perbuatan, maka akhlak yang
baik mestilah dipupuk dan dipelihara oleh setiap insan. Salah satu ciri akhlak seorang muslim
adalah mencontohi akhlak yang baik dan meninggalkan akhlak yang tercela atau keji. Oleh
sebab itu, perbuatan seks bebas dan pembuangan bayi jelas bertentangan dengan ajaran
Islam.

Dalam isu yang dibincangkan ini, salah satu punca kepada berlakunya gejala sosial ini
mungkin bersangkut paut dengan kegagalan golongan remaja dalam mengawal hawa nafsu
dan godaan. Dalam ajaran Islam, bagi mereka yang tidak dapat menahan keinginan
syahwatnya, Islam menggalakkan umatnya menggunakan saluran lain seperti berkahwin atau
berpuasa. Hubungan seks bebas tanpa perlindungan membawa kepada peningkatan risiko
pengguguran di kalangan remaja yang masih mentah dan juga kes pembuangan bayi.
Pengguguran mengakibatkan kematian janin. Peringkat terakhir iaitu sesudah ditiup roh ke
dalamnya. Pada peringkat ini, pengguguran kandungan adalah haram dan berdosa besar
kerana pengguguran dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh iaitu
sebagai makhluk bernyawa. Walaubagaimanapun, pengguguran adalah dibenarkan pada
pandangan agama Islam dalam keadaan tertentu. Contohnya untuk menyelamatkan nyawa
ibu atas sebab-sebab yang bersangatan.

Sebaliknya, bagi agama Buddha, perlakuan seks bebas iaitu segala hubungan antara lelaki
dan perpuan yang tidak diakui oleh undang-undang negara dan kemoralan social, kecuali
hubungan isteri dan suami adalah perbuatan yang tidak dibenarkan. Peraturan ini dipercayai
dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat dan amat membantu dalam
budinya sendiri. Mengikuti konsep Karma, perbuatan yang baik akan membawa kesan baik

28 | P a g e
manakala perbuatan yang jahat akan membawa padah. Sekiranya hendak mendapat karma
yang baik, maka perlulah mematuhi 5 rukun moral agama Buddha iaitu jangan membunuh,
mencuri, berzina, berbohong dan mengambil dadah atau arak yang boleh mengelirukan akal.
Perlakuan seks dengan sesiapa yang bukan isteri atau suami juga tidak dibenarkan kerana
itulah bersamaan dengan perbuatan berzina. Penganut agama Buddha mempercayai patuh
kepada rukun jangan berzina akan membawa keteteraman minda dan menjernihkan hati, jika
selalu mematuhi rukun ini akan mendapat Bodhi yang benar dan akhirnya individu tersebut
tiada hubungan lagi dengan dunia ini dan mencapai nirvana. Terdapat juga empat kebenaran
mulia dalam ajaran Buddha, iaitu Dukkha, Dukkha-Samudaya, Nirodha dan Dukkha-Nirodha.
Antaranya Dukkha-Samudaya bermaksud punca penderitaan adalah keinginan dan nafsu
yang kuat. Keinginan dan nafsu ini akan didorong oleh kejahilan. Nafsu adalah salah satu
punca penderitaan manusia untuk memperolehi kekayaan dan keseronokan yang tiada
penghujungnya, manakala Dukkha-Nirodha bermaksud apabila keinginan dan hawa nafsu
dihapuskan maka penderitaan dapat diatasikan. Manusia haruslah menghapuskan atau
mengatasi nafsunya untuk mengelakkan penderitaan. Perlakuan seks bebas adalah berpunca
daripada hawa nafsu yang tidak terkawal, maka penganutnya hendaklah mengatasi nafsu
untuk mengelakkan penderitaan seperti pengguguran atau pembuangan bayi.

Pengguguran bayi merupakan salah satu kesalahan yang serius dalam peraturan atau rukun
agama Buddha, kerana salah satu nilai dari 5 rukun agama Buddha adalah jangan membunuh,
dan dalam agama Buddha, pengguguran adalah sama dengan membunuh. Hal ini disebabkan
dosa menggugur bayi setimpal dengan dosa membunuh. Selain itu, pengguguran adalah
salah satu dosa dalam 5 dosa yang paling berat, iaitu membunuh ibu bapa, membunuh arahar,
menggugur bayi, membunuh suami, dan menghina atau merosakan patung Buddha. Dosa ini
akan mengakibatkan mereka jatuh ke dalam neraka “wu jian”. Neraka ini dikelilingi dengan
tembok besi yang setinggi 10000 kilometer dan penuh dengan bara api yang sangat panas.
Bagi sesiapa yang jatuh ke dalam neraka ini, mereka akan mengalami derita yang paling berat
dan tiada peluang untuk lahir ke dunia manusia atau dunia lain lagi.

Di samping itu, salah satu nilai dalam nilai moral agama Buddha ialah baik hati kepada semua
makhluk iaitu menyayangi dan menghormati makhluk lain kerana semuanya juga mempunyai
hak untuk hidup, maka pengguguran juga bermaksud telah merampaskan hak bayi itu untuk
lahir atau hidup di dalam dunia ini. Walaupun dosa membuang bayi tidak seberat dengan
mengguguran bayi, tetapi pembuangan bayi tetap membawa penderitaan kepada bayi itu
sama ada bayi itu masih kecil atau masa hadapannya, maka mengikut prinsip karma,

29 | P a g e
pembuang bayi juga akan menerima karma yang tidak baik. Perbuatan ini akan meninggalkan
kesan yang buruk kepada pelaku, ianya akan mencorakkan perwatakan atau mengubahkan
nasib orang tersebut sama ada dalam hayat ini atau hayat yang berikutnya. Contoh adalah
seperti sering sakit, menghadapi penyakit aneh, berjumpa dengan perkara yang aneh.

30 | P a g e
8.0 RUMUSAN

Melihat kepada permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang melanda remaja
pada hari ini sememangnya amat mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai
ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi
Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap
dan tingkah laku remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada
punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang
berlaku, tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan
mengenai cara untuk mengatasi masalah ini, namun, semuanya berakhir di meja
perbincangan, forum atau seminar sahaja.

Memang ada program yang dirangka untuk remaja tetapi ianya tidak memberi kesan yang
sepenuhnya. Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting
dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak
di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia
yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Justeru itu, setiap warga masyarakat
tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan
membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Bak kata pepatah,
“ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat ”.

Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih peka dan
menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih
informasi tentang gejala ini dan sedar mengenai kesan dan bahaya daripada perbuatan tidak
bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia
sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit
berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain,
kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat.

31 | P a g e
8.0 REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi dan Alhamdulillah kerana akhirnya dengan berkat daripada Allah
S.W.T akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ELM 3104 Isu-isu Moral dan Cabaran
Penghayatan Nilai-nilai Murni ini. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah untuk subjek ini
kerana banyak membantu saya sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini. Tidak lupa
juga kepada kawan-kawan yang banyak memberi pandangan dan perkongsian idea yang
bernas dalam memastikan kerja kursus yang baik dapat dihasilkan.

Pada mulanya, tugasan ini diterima pada 1 Julai 201. Pensyarah bagi subjek ini iaitu Encik
Ahmad Shidki bin Mat Yusoff telah memberikan taklimat serta pencerahan mengenai apa yang
perlu kami buat bagi menyelesaikan tugasan ini. Pada awalnya agak sukar bagi saya untuk
memahami apa yang tugasan ini kehendaki. Namun, setelah beberapa kali kolaborasi
bersama pensyarah, saya dapat membayangkan apa yang akan saya lakukan bagi memenuhi
kehendak tugasan ini. Seterusnya, bagi memulakan tugasan ini, saya cuba mencari tesis-tesis
yang telah dibuat oleh individu-individu. Namun, saya menghadapi masalah apabila saya tidak
berjaya menjumpai tesis yang saya perlukan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk bertanya
kepada pensyarah saya mengenai tesis yang perlu saya cari.

Selepas itu, saya cuba memperluaskan pencarian dengan mencari dengan lebih teliti dan
menggunakan kata kunci yang lebih spesifik dan berkaitan dengan masalah pembuanagan
bayi seperti seks bebas,rogol dan sumbang mahra.. Akhirnya saya berjaya menjumpai
beberapa tesis yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Namun, permasalahannya
sekarang ialah tiada tesis yang berkaitan dengan Pendidikan Moral. Tesis yang telah saya
jumpai membincangkan secara umum dan memberi tumpuan kepada sesetengah tempat
kajian sahaja. Jadi, saya mengambil keputusan untuk cuba mengaitkan tesis yang sedia ada
dengan Pendidikan Moral. Oleh itu, saya mengambil sedikit masa untuk membaca tesis yang
telah saya jumpai.

Seterusnya, bermula 14 Julai 2013 saya menjalani program praktikum fasa 2. Pada tempoh
masa saya menjalani praktikum ini, saya mengalami masalah bebanan kerja. Kerja ini
bertindih antara tugasan kerja kursus, tugasan praktikum dan tugasan yang telah diberikan
oleh pihak sekolah seperti mengemas bengkel dan menyiapkan mural sekolah sempena
pertandingan yang telah disertai. Perkara ini secara tidak langsung memberikan bebanan

32 | P a g e
kepada saya memandangkan praktikum fasa 2 kali ini adalah pada bulan Ramadhan. Selain
mengejar urusan dunia semata-mata, kiata sebagai hamba perlu dan ingin mengecapi
kemanisan Ramadhan itu sendiri. Selesai cuti hati raya pula, saya dan pasangan praktikum
saya sibuk dengan persiapan untuk majlis sambutan hari raya peringkat sekolah
memandangkan kami telah diberikan beberapa tanggungjawab. Oleh itu pada pendapat saya
yang naif ini, sebagai seorang yang memegang status pensyarah di sebuah institut pendidikan
guru yang merupakan guru kepada guru tidak seharusnya menekan dan membebankan
pelajar dengan kehendak kerja kursus yang agak keterlaluan disamping menetapkan tarikh
penghantaran kerja kursus adalah semasa proses praktikum masih berjalan. Tidak terfikirkah
nasib guru pelatih yang berpraktikum jauh dari Institut, tidak terfikirkah bebanan kerja yang
terpaksa ditanggung oleh guru pelatih. Jika ada yang mengatakan mengapa tidak
menggunakan masa cuti untuk menyiapkan kerja?, itu adalah sebodoh-bodoh percakapan
kerana masa cuti adalah untuk kita semua cuti dan berehat. Jika masa cuti pun kita masih
bekarja, bilakah pula masa rehat untuk kita.

Seterusnya saya menghadapi masalah dengan rangka bentuk kerja yang perlu saya buat bagi
memenuhi kehendak tugasan. Memandangkan jarak sekolah yang jauh dari institut, saya tidak
dapat melakukan perjumpaan dengan pensyarah. Seterusnya saya telah membuat sedikit
pembacaan untuk menambah isi disamping memperluaskan sumber pencarian iaitu
kenyataan daripada penulis-penulis ilmiah.

Seterusnya saya menghadapi masalah apabila antara bahan yang saya gunakan sebagai
sumber adalah dalam bahasa inggeris. Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini, saya
menggunakan “Google Translator” untuk menterjemahkan artikel bahasa inggeris kepada
bahasa melayu. Selepas itu barulah saya meneruskan penulisan tugasan. Namun begitu, saya
menghadapi pula masalah tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan kerana saya
mempunyai tugasan lain yang telah diarahkan oleh pihak sekolah disamping membuat
persiapan untuk dinilai oleh pensyarah penilai. Oleh itu, saya mengambil langkah untuk
menyediakan jadual langkah kerja bagi menguruskan masa dengan lebih baik.

Bagi memastikan kerja projek ini berjalan dengan lancar, saya telah membuat banyak rujukan
selaras dengan tajuk yang diber. Secara tidak langsung, saya telah membina sifat tidak
berputus asa semasa mencari tesis yang saya perlukan bagi melengkapkan tugasan ini.
Melalui tugasan ini juga, saya telah didedahkan dengan pembelajaran kendiri. Kaedah ini

33 | P a g e
sangat berkesan untuk mempelajari ilmu yang baru kerana melalui usaha yang kuat,
seseorang itu akan dapat memahami dengan lebih baik apa yang dipelajarinya. Malahan,
melalui tugasan ini juga, saya secara tidak langsung telah mengulangkaji pelajaran bagi tajuk-
tajuk didalam subjek ini semasa tugasan ini dilakukan. Jadi ini akan membantu saya
meningkatkan pengetahuan tentang subjek ini dan seterusnya membuatkan saya lebih
bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Selain itu, dengan membuat kerja kursus ini, saya
juga secara tidak langsung mempelajari pengalaman cara-cara membuat tesis yang akan saya
lalui pada semester akhir di institut ini kelak.

Akhir sekali. Sebagai kesimpulan, perjalanan tugasan ini memang banyak memberi
pengalaman baru kepada saya. Walaupun terdapat beberapa masalah atau kekangan yang
mengganggu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini, namun, ianya tidak sama sekali
mengganggu fokus saya dalam menghasilkan kerja yang bermutu. Di harap agar kerja kursus
ini akan memberi manfaat kepada sesiap yang membaca serta memberikan saya
pengetahuan yang amat berguna untuk digunakan apabila bergelar pendidik di masa hadapan
terutama sebagai seorang guru pendidikan moral. Saya juga berharap agar segala usaha yang
telah saya lakukan bagi memenuhi kehendak tugasan berhasil mendapatkan markah dan hasil
ilmiah yang memberangsangkan. Saya akhiri penulisan refleksi ini dengan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek ini yang telah banyak memberikan ilmu serta
bimbingan yang sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan lain.

34 | P a g e
10.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Md. Aroff. 1999.Pendidikan Moral : Teori Etika Dan Amalan Moral.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ahmad Azam Abdul Rahman. Media Massa Barat Dan Penghinaan Terhadap Islam.:
Bengkel Peranan Media Massa dan Sastera Untuk Pembangunan Ummah (28
Jan 2003 : Kuala Lumpur) : Paper 2 (6p.)

Ahmad Adnan Mohammad. 1986. Masalah Sosial Belia Bandar. Kuala Lumpur.

Akim Buntat. 1984. Masalah Sosial dan Latihan Dalam Perniagaan Orang Asli di
Malaysia. Kuala Lumpur.

Amran Kasimin. 1993. Masalah Sosial dan Hubungannya dengan Didikan Agama.
Kuala Lumpur : Dinie Publishers.

Arumugam. 2004. Pendidikan Moral : Tingkatan 5 : Buku Teks Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Bertens, K. (Kees), 1936-, (2003).Etika Dan Moral : Untuk Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Charles H. McCaghy et. al. 7th ed. 2003. Deviant Behavior : Crime, Conflict, And
Interest Groups. United States of America.

Choong Lean Keow PhD (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala

Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Christina K. C. Lee and Sharon E. Beatty. 2002. Family Structure and Influece In
Family Decision Making. Journal Of Consumer Marketing, Vol 19, No. 1. United
States of America.

Dr. Tam Yeow Kwai. (2006). Pendidikan Moral, Konsep dan Pedagogi Pendidikan

Moral untuk Pelajar-Pelajar KPLI,LBPS dan PISMP Maktab-maktab

Perguruan. Selangor : Kumpulan Budiman SDN BHD.

Ibrahim Mamat. 1997. Memimpin Remaja Sekolah: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

35 | P a g e
Ishak Isjoni. 2002. Masalah Sosial Masyarakat. Indonesia : Unri Press.

Khoo Kay Khim. 1937. Masalah Sosial dan Politik di Malaysia : Kumpulan Esei
Mengenai Isu Semasa. Kuala Lumpur : Gateway Publishing House.

Laurence Steinberg. 1999. Adolescence, Fifth Edition. The McGraw-Hill Companies,


Inc.United States.

Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas kaunseling keluarga. Shah

Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.


Mc Whirter. 1998. At – Risk Youth: A Comprehensive Response, Second Edition. The
Mc Whirters. California.

Mohamed Hatta Shaharom. 2003. Psikologi dan Kaunseling Remaja: Panduan


Remaja Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Nur Munirah Teoh Abdullah. 2002. Pendidikan Moral:Tingkatan 4 : buku teks. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahimin Affandi Abd. Rahim. Krisis Remaja dan Media Massa di Malaysia:Suatu
Tinjauan Dari Perspektif Islam .Jurnal Usuluddin. 1999: 10: 125-134.

Robiah Kulop. 2002. Panduan Membimbing Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Rosmani Binti Ibrahim. (1998). Masalah Amalan Lepak di Kalangan Remaja Melayu:

Kajian Kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Latihan Ilmiah, Fakulti

Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.


Sayed Abd. Rahman Sayed Mohd. 1996. Masalah Sosial Di Kalangan Remaja dan
Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Pelbagai Pihak. Majalah Malaysiana.
Kuala Lumpur.

Siti Hajar Abu Bakar Ah. 2006. Kebajikan Sosial : Aplikasi Dalam Perkhidmatan
Manusia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

36 | P a g e
Vishalache Balakrishnan. (2009).Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej.

Selangor : Arah Pendidikan SDN BHD.

Sumber dari Internet :

http://id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Media_massa_Malaysia Diambil pada 1 Ogos


2013

http://ms.wikipedia.org/wiki/Black_Metal Diambil pada 15 Ogos 2013

www.zappafly.com/kesan+budaya+barat+di+malaysia.html Diambil pada 16 Ogos


2013

www.scribd.com/doc/.../Pengertian-Masalah-Sosial-Remaja diambil pada 18 Ogos


2013

asnahhamid.blogspot.com/ diambil pada 18 Ogos 2013

www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2079 diambil pada 20 September 2010

www.mbnk.org/download/masalah.pdf diambil pada 1 Ogos 2013

mutiaraislam.wordpress.com/.../masalah-sosial-di-kalangan-remaja-punca-dan-
penyelesaian/ - diambil pada 1 Ogos 201

digg.com/news/offbeat/Masalah_Sosial_Remaja_Malaysia diambil pada 1 Ogos 2013

37 | P a g e
11.0 LAMPIRAN

38 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai