Anda di halaman 1dari 42

1.

PENDAHULUAN
Pada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya

menuju ke satu tahap yang lebih kompetitif bertunjangkan sains dan teknologi.
Namun, di sebalik kemodenan ini, mereka telah lupa dengan perkembangan
sosial di negara ini. Saban hari, terdapat pelbagai laporan tentang pembuangan
bayi di merata-rata tempat seperti di dalam tandas, di tepi longkang, dan
sebagainya. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini membuang bayi secara
membuta tuli sahaja tanpa ada sifat dan perasaan berperikemanusiaan.

Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan sejak beberapa tahun
kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana kepada negara.
Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar
dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang,
malah dibakar. Mereka yang melakukan perkara ini merupakan individu yang
tidak ada maruah diri dan tidak bertamadun. Adakah tidak ada lagi nilai
kemanusiaan di dalam diri mereka yang tidak bertanggungjawab ini?

Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dibuat untuk mencari faktor-faktor
yang menyebabkan berlakunya masalah pembuangan bayi di Malaysia terutama
sekali melibatkan golongan remaja. Selain itu, dalam kajian ini juga, saya telah
mengenalpasti kesan-kesan daripada masalah pembuangan bayi dalam kalangan
remaja di Malaysia. Sekiranya masyarakat ambil tahu serta sedar tentang kesan
masalah pembuangan bayi ini, nescaya kes-kes pembuangan bayi akan
berkurangan.

Merujuk kepada tulisan Abdul Halim Abdullah (2010) iaitu mengenai cadangan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat
Abdul Jalil untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja
ini. Beliau telah mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes
pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini. Namun ia dilihat bukanlah satu
langkah yang bijak kerana jika kita ingin meracun sepohon pokok, racunlah
bermula dari akar umbinya dan bukan pada pucuknya.
1 | Page

Mereka yang membuang bayi ini biasanya mereka yang sudah terlanjur
melakukan seks bebas. Mereka sanggup membuang bayi dengan harapan
mereka diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang baru dan semestinya
bagi mengelakkan daripada diejek, dicemuh dan dicaci oleh masyarakat
setempat tentang perlakuan mereka. Mereka ini tidak sepatutnya dicemuh dan
dikeji, sebaliknya diberi bantuan dan sokongan moral dalam mengharungi
kehidupan yang serba mencabar ini.

Selain itu, terdapat juga ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap
golongan remaja apabila berlakunya pembuangan bayi. Pada pandangan mereka,
remaja merupakan pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana remaja sering
kali mengamalkan pergaulan bebas. Lebih teruk lagi, masyarakat menganggap
remaja

yang

suka

mengamalkan

pergaulan

bebas

ini

sebagai

sampah

masyarakat dan tidak berguna untuk negara. Persepsi seperti ini sedikit
sebanyak boleh melunturkan keyakinan dan kewibawaan remaja untuk terus
berbakti kepada negara. Masyarakat perlu menukar persepsi mereka supaya
remaja seperti ini tidak terus hanyut dibawa arus pemodenan. Pepatah melayu
ada menyebut, buang yang keruh, ambil yang jernih .

Secara

realitinya,

perbuatan

membunuh

anak

mengatasi

nilai

hidup

kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan,


tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan). Tetapi bagi
manusia,

mereka

sudah

hilang

nilai

kemanusiaan

kerana

mereka hidup

bertuhankan nafsu. Menurut pandangan Amran Kasimin (1945), kedudukan


manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh
menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang
jika hidup bertunjangkan nafsu.

2 | Page

2.0

DEFINISI

Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di


dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan
saja

dibuang,

malah

dibakar.

Menurut

pandangan

Anitayahya

(2007),

pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses


kehamilan

sebelum

cukup

bulan

(sembilan

bulan

untuk

manusia)

yang

mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari


Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu
jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi
dari saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya
proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah yang betul.

Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud


mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan
bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna
pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan
anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat
berperikemanusiaan. Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus
ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas. Maksud yang
diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk
mengetahui lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini.

Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanakkanak 2001 (Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan
Kebajikan

Kanak

Kanak.

Seksyen

31

iaitu

penganiayaan,

pengabaian,

pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Di Malaysia, kes pembuangan bayi


dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah
memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan
membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima
hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
(Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes
percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman
penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat
3 | Page

mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda


maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit
kesalahan.

4 | Page

3.0

SEJARAH PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA

Sejak kebelakangan ini, masyarakat kita telah digemparkan dengan isu


pembuangan bayi. Badan yang masih bertali pusat, wajah comel yang dihurung
semut, malah cebisan anggota yang digonggong anjing antara paparan yang
digambarkan oleh pihak media tentang nasib yang menimpa bayi-bayi yang
dibuang oleh manusia yang berhati binatang. Ada juga yang dibuang kemudian
dibakar dalam cubaan menghapuskan bahan bukti. Malah ada yang hancur digilis
oleh lori sampah apabila bayi itu dibuang di kawasan pembuangan sampah.
Adakah begitu murah nilai si kecil semurah sampah yang dibuang? Apakah yang
ada dalam fikiran dan hati sipelaku tersebut tatkala melakukan perbuatan
terkutuk tersebut.

Isu pembuangan bayi ini bukanlah suatu yang baru berlaku di negara kita. Awal
tahun 1990-an dulu pun kes ini pernah menggemparkan masyarakat kita.
Bayangkan, jika bayi yang dibunuh dan dibuang ketika itu ditakdirkan hidup
hingga sekarang, usianya sudah pun menjangkau 19 atau 20 tahun. Sudah cukup
dewasa menjadi aset negara yang berpotensi dalam membangunkan negara.

Namun jika kita soroti dalam sejarah dan ketamadunan manusia, isu-isu
'pembuangan' atau pembunuhan bayi-bayi ini sudah pun berlaku sejak sebelum
masihi lagi. Ada dua era yang dicatatkan dalam al-Quran tentang nasib malang
yang menimpa para bayi ini. Pertama, pada era kegemilangan tamadun piramid
di Mesir, iaitu semasa pemerintahan Firaun pada masa kelahiran nabi Musa a.s.
Kerana terlalu percaya dengan ramalan ahli sihir yang mengatakan akan lahir
seorang bayi lelaki yang bakal menggoncang kerajaan Firaun apabila ia dewasa
nanti, menyebabkan Firaun bertindak kejam ke atas bayi-bayi lelaki yang
dilahirkan oleh wanita-wanita daripada kalangan kaum bani Israel di Mesir.
Digambarkan seramai 12 ribu bayi-bayi yang telah dilahirkan telah dibunuh oleh
askar-askar Firaun atas perintah Firaun.
Firman Allah (maksud):
"Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari (Firaun) dan pengikutpengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya,
5 | Page

mereka menyembelih anakmu yang lelaki dan membiarkan hidup anakmu yang
perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cubaan-cubaan yang besar
dari Tuhanmu."
(al-Baqarah : 49)

Bayangkan bagaimana tragisnya kematian para bayi lelaki dalam kalangan bani
Israel ketika itu. Mereka telah disembelih. Yang pasti para bayi ini dibunuh
dengan kejam sekali, semata-mata ingin menjaga dan mengekalkan status quo
politik Firaun agar tiada seorangpun berani mencabarnya nanti. Itulah yang
digambarkan dalam al-Quran tentang sejarah kes pembunuhan bayi.

Kedua, pada zaman masyarakat Arab Jahiliah (sekitar abad ke-7 Masihi). Kali ini,
golongan bayi perempuan pula yang menjadi mangsa kekejaman manusia
dewasa. Gambaran ini telah direkodkan dalam al-Quran dengan firman Allah
(maksud);

"Dan apabila seseorang daripada mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak
perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Dia
menyembunyikan dirinya daripada orang banyak disebabkan buruknya berita
yang

disampaikan

kepadanya.

Apakah

dia

akan

memeliharanya

dengan

menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hiduphidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu."
(an-Nahl: 58-59)

Namun, pada era ketinggian tamadun manusia moden hari ini yang mampu
menggapai angkasa raya, nasib malang para bayi ini bertambah tragis. Bukan
sahaja bayi lelaki, malah bayi perempuan pun menjadi mangsa kekejaman
manusia. Jika kita kata seorang Firaun yang gah di atas tahtanya begitu kejam
membunuh para bayi ini, namun seorang manusia yang hanya seorang pelayan
kedai makan (merujuk kes yang telah dilaporkan) pun sanggup bertindak kejam
dan tidak berperikemanusiaan ini. Kita kata seorang bangsawan dalam kalangan
kabilah Arab zaman jahiliah itu kejam membunuh zuriatnya sendiri, namun
6 | Page

seorang manusia yang berpendidikan tingggi (juga merujuk kes yang telah
dilaporkan) pun sanggup bertindak kejam membunuh benih zuriatnya sendiri.

7 | Page

4.0

PERMASALAHAN PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA


4.1

Faktor-faktor Pembuangan Bayi

Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang


pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan
globalisasi. Kini, nama Malaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun begitu, di
sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit
sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat Malaysia, iaitu
masalah pembuangan bayi. Biasanya, golongan remajalah yang sering terlibat
dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Beberapa faktor yang mendorong
kepada masalah pembuangan bayi adalah seperti :

4.1.1 Kurang Didikan dan Kefahaman Agama


Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan
remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu
bapa di rumah serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja tidak
mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan
hawa nafsu mereka. Tanpa didikan agama yang teguh, mereka tidak dapat
membezakan sesuatu perbuatan mereka itu betul atau salah dan tidak dapat
membezakan antara hak dengan batil. Hal ini dapat dilihat apabila remaja
perempuan mudah terlibat dalam kancah penzinaan sedangkan berzina itu
haram di sisi agama. Kesannya, banyak anak luar nikah yang lahir dan akhirnya
bayi yang tidak berdosa itu dibuang demi menutup malu perbuatan remaja yang
goyah imannya. Jadi, didikan agama yang kurang mantap menyebabkan masalah
ini kian meruncing.

4.1.2 Pengaruh Rakan Sebaya


Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi
berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja amat mudah
dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka
hergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Rakan-rakan yang negatif ini akan
mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma
maysarakat, conohnya seperti pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap
dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam kancah8 | Page

kancah negatif tersebut akan mudah terdorong untuk melakukan seks rambang
dan

akhirnya

menemui

jalan

buntu

apabila

mendapati

bahawa

dirinya

mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, takut, malu dan tertekan, mereka
mengambil jalan mudah dengan membuang bayi mereka.

4.1.3 Sikap Masyarakat


Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab
pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap bahawa wanita yang
mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang
keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Mungkin ada antara mereka yang
mengandung disebabkan tindakan manusia yang durjana sehingga sanggup
merogol gadis yang tidak berdosa. Dalam hal ini, wajarkah remaja itu
dipersalahkan

oleh

perbuatan

manusia

yang

tidak

berhati

perut

itu?

Sememangnya kita harus bersimpati terhadap mereka tetapi keadaan menjadi


lebih rumit apabila terdapat segelintir daripada ahli masyarakat kita yang lebih
suka menunding jari kepada sesetengah remaja tanpa meneliti punca yang
menjadi permasalahan ini. Malangnya, masih terdapat pemikiran masyarakat
yang kolot lalu menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu
masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka berada di tempat
yang tidak sepatutnya daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Tegasnya, sikap
masyarakat seumpama ini secara tidak langsung menjadi pemangkin gejala ini.

4.1.4 Sikap Ingin Tahu


Sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu.
Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya,
mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah
yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi
lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain.
Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut
berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara terkutuk seperti seks
bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak
mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi
remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai

9 | Page

sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

4.1.5Arus Pemodenan
Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan
masalah ini. Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan
telah menyebabkan remaja mudah terpengaruh. Kehidupan moden sering
dikaitkan dengan hubungan seksual yang bebas. Remaja yang masih mentah dan
masih mencari hala tuju dan identiti diri sering dikuasai oleh perasaan ingin
mencuba pasti akan meniru aksi-aksi atau adegan-adegan panas yang terdapat
dalam filem Barat bagi memuaskan nafsu mereka. Mereka tidak lagi berasa takut
ketika melakukan perkara yang terkutuk itu asalkan nafsu berahi mereka dapat
dipenuhi. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah
dan menjadi darah daging dalam hidup mereka. Sebagai akibatnya, lahirlah anak
luar nikah dan masalah pembuangan bayi semakin sukar dikawal lantaran ingin
menutup rasa aib atas perbuatan ibu bapa yang masih remaja itu.

1.4.6 Keruntuhan Institusi Kekeluargaan


Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai
fungsi sebenar ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan
tanggungjawab mendidik anak tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi
dengan baik. Menurut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa 50 peratus
masalah sosial remaja berpunca daripada keluarga yang porak peranda. Ibu atau
bapa yang tunggal sering sibuk mencari tuntutan nafkah untuk menyara
kehidupan keluarganya. Lantaran itu, mereka telah mengabaikan tanggungjawab
hakiki mereka dalam mendidik dan memantau setiap perlakuan anak mereka.
Pengabaian ini akhirnya mengundang padah apabila anak mereka terlibat dalam
perbuatan yang sumbang. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan
masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.

10 | P a g e

4.2

Kesan-Kesan Masalah Pembuangan Bayi Dalam Kalangan Remaja

Di Malaysia.
Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah
memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja
merupakan aset utama dan penting negara pada masa hadapan yang
memainkan peranan yang besar dalam pembangunan negara. Kesan jangka
panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak
tahu cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesankesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti
kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang
terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan
kepada negara itu sendiri.

4.2.1 Kesan kepada Bayi


Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan
suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan
kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di
usia yang masih mentah sewaktu remaja. Akibat daripada hilangnya sifat
kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya, semua
bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa
kandung mereka. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah
sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam
masalah ini. Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa
yang sedang berlaku kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang
tempat-tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat
sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia.
Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam
keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarang utusan
Malaysia, Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran
Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu
Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak kepada
pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun. Siasatan polis mendapati
11 | P a g e

bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat
beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas
membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu
menghargai pemberian dari Tuhan.

4.2.2 Kesan kepada Ibu Bayi


Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih
tepat lagi remaja hamil. Hal ini kerana, sewaktu mereka melahirkan anak, mereka
tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa
persediaan yang rapi, mereka ini pastinya mengalami pelbagai masalah
kesihatan seperti jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan
anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan
anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak
hospital dan pihak lain. Selain itu, mereka juga sudah semestinya mengalami
pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga
masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang
sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara.

4.2.3 Kesan kepada Institusi Kekeluargaan


Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya
keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh,
keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini
disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah
lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka
mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang
pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan
masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja
yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan
menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak
sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu
bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan
memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.
12 | P a g e

4.2.4 Kesan kepada Masyarakat


Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi
yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya
berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja
dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan
terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. Kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini.
Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini
dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang
kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada
berlaku.

4.2.5 Kesan kepada Negara


Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat
besar kepada negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah negara itu
bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu
sekarang. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan
terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya
gejala sosial ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk
menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana,
bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat
sebagai penempatan sementara. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut
dicari dan sekiranya tidak menjumpai, rumah kebajikan masyarakat pastinya
menjadi penempatan kekal mereka. Perkara seperti ini pastinya membebankan
pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan.

13 | P a g e

4.3

Langkah-Langkah Mengatasi
Sebelum kudis menjadi tokak, kemelut remaja ini haruslah diatasi segera.

Kita tidak seharusnya memeluk tubuh dan menuding jari semata mata tetapi
semua pihak perlu berusaha merancang pelbagai pendekatan yang proaktif demi
menangani masalah ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

4.3.1 Pendidikan Keibubapaan


Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan
masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program.
Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang
sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati
supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan
kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai contohnya,
program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang
perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang
ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.

4.3.2 Kempen Kesedaran


Pihak kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah
berganding bahu mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah
mahupun peringkat setempat. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi
kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes
pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai
suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri
daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk
baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan
secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Kempen murni ini
haruslah dilakukan secara proaktif dan bukannya hangat-hangat tahi ayam.
Sesungguhnya, usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk
membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landasan yang betul dalam
kehidupan.

4.3.3 Perkhidmatan Kaunseling


14 | P a g e

Langkah

yang

seterusnya

ialah

pihak

kebajikan

masyarakat

perlu

menyediakan perkhidmatan kaunseling. Khidmat nasihat hendaklah diberikan


kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini
disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba
mencederakan

diri

sendiri.

Sebagai

contohnya,

mangsa

rogol

sanggup

membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Penubuhan


Rumah Sri Puteri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memberikan
perlindungan dan khidmat nasihat kepada mereka yang telah terlanjur ini. Oleh
hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk
membantu mangsa-mangsa tersebut daripada terus melakukan perkara yang
terkutuk.

4.3.4 Mengetatkan Hukuman


Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol
perlu dikenakan hukuman yang berat. Perogol atau orang yang mencabul
kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka
perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini
menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung
malu sepanjang hayatnya. Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke
muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu
dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau
takut untuk melakukan perkara tersebut yang salah di sisi agama. Sebagai
contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara
dan hukuman sebat. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan jenayah
pembuangan bayi yang tidak berdosa itu di negara kita.

4.3.5 Peranan Ibu Bapa


Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk
menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa
hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan
proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur
dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan
dalam sanubari rakyat. Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu
adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini menunjukkan peri
15 | P a g e

pentingnya didikan agama dan moral dalam kehidupan kita supaya kehidupan
tidak

menjadi

terumbang-ambing

seperti

kapal

tanpa

nakhoda.

Sebagai

contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya dengan menyuruh anak-anak tidak mengabaikan
solat kerana bersolat itu dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran.
Cara ini adalah efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes
pembuangan bayi.

4.3.6 Pencegahan Sebelum Berlaku


Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah
seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan
bebas lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula
dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan
yang

mendalam

kepada

keseluruhan

masyarakat

sekitarnya.

Masalah

pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling
kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama
dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.

Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat


setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin
meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan
perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan
memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpinpemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu
kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan
bebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan
kesedaran

kepada

semua

lapisan

masyarakat

bahawa

pergaulan

bebas

membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

4.3.7 Peranan Sekolah


Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak
sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut pandangan
Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk masalah sosial tiada
16 | P a g e

penghujungnya, pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas


Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui
kurikulum

dan

ko-kurikulum

di

sekolah/IPT,

intervensi,

latihan

guru

dan

penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi


pencegahan

dan

sekolah

merupakan

institusi

penting

bagi

melahirkan

masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah
diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala
program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan
masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk
mewujudkan

pemikiran

generasi

muda

supaya

menjauhi

gejala

sosial,

menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada


terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan
masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed 1937).

4.3.8 Bantuan Kepada Ibu-Ibu Yang Hamil Luar Nikah


Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi
menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika
mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta
rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang
bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi
mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Semua pihak digesa
agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki
dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan
terhadap wanita.

17 | P a g e

4.4

Statistik Pembuangan Bayi

Statistik pembungan bayi juga menunjukkan peningkatan yang ketara dari


tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia
sebagai sebuah negara islam. Statistik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu di negara ini sepanjang
2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes. Pengarah Institut Sosial Malaysia
(ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itu mungkin lebih tinggi
kerana ia yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM.

Kemudian, Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia


(PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia
menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak
67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada
2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009). Sebilangan besar individu yang terbabit
dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes
membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun
ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka.
Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102
bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina.

Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008
pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih
menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak
mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430
kanak-kanak yang didaftarkan. Dalam perkembangan berkaitan Ketua Jabatan
Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL, Datuk Dr J Ravindran,
berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan
peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lalu. Tahun lalu 392 wanita
melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun.
Pada tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301
kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun,.

18 | P a g e

4.5

Kesimpulan

Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi


dalam kalangan remaja di Malaysia ini, saya mendapati terdapat banyak aspek
yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-punca masalah, kesankesan daripada masalah, dan langkah-langkah mengatasi. Antara punca-punca
masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah kurangnya didikan
agama dalam diri, terpengaruh dengan rakan sebaya yang mempunyai moral
yang negatif, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum individu
yang terlibat tanpa usul periksa, dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu
yang baru. Semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang
dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.

Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Hal
ini kerana, melihat kepada kesan-kesan yang dikaji, pastinya negara Malaysia
tidak mampu untuk terus bersaing dengan negara lain disebabkan golongan
remaja terus hanyut dengan masalah sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka
pendek pasti berlaku sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu cara untuk
membentuk dan memuliakan akhlak mereka sendiri. Antara kesan-kesan
pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah seperti kesan kepada bayi yang
dibuang,

kesan

kepada

ibu

yang

melahirkan,

kesan

kepada

institusi

kekeluargaan, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu.

Walaubagaimanapun, saya telah berjaya mencari langkah-langkah terbaik bagi


mengatasi masalah pembuangan bayi ini. Antara langkah-langkahnya adalah
peranan ibubapa itu sendiri, peranan sekolah, pencegahan yang dilakukan
sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini, dan memberi bantuan kepada
remaja perempuan yang hamil luar nikah. Saya yakin dengan langkah-langkah
yang diperolehi ini mampu mengurangkan masalah pembuangan bayi dalam
kalangan remaja ini. Justeru itu, semua pihak perlulah berganding bahu dalam

19 | P a g e

membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang
dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

20 | P a g e

5.0

KAJIAN LEPAS TENTANG MASALAH PEMBUANGAN BAYI.

Mohd Izzuddin Bin Mohd Romli (2011) : Kaedah Penyelesaian Isu


Pembuangan Bayi : Kajian Di Johor Bahru
Kajian dijalankan bagi mengetahui pengetahuan mahasiswa/i berkenaan
isu pembuangan bayi. Selain itu, kajian juga bertujuan mengenalpasti persepsi
mahasiswa/i terhadap peranan pelbagai golongan dalam usaha menangani isu
pembuangan

bayi

serta

langkah-langkah

penyelesaian

melalui

kaedah

pencegahan dan kaedah pemulihan bagi menanganinya. Populasi kajian ini


adalah seramai 1,963 orang yang terdiri daripada kalangan mahasiswa/i yang
sedang menuntut di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, Kolej Islam Johor, dan
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Manakala sampel bagi kajian ini adalah
seramai 203 orang yang dipilih secara rawak mudah. Kajian dilakukan secara
kuantitatif menerusi borang soal selidik yang mengandungi 44 item. Analisis
statistik diskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus, dan
min dengan menggunakan perisian Satistical Package of Social Scienses (SPSS)
versi 15.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah = 0.839. Hasil kajian
yang telah dijalankan mencatatkan nilai purata min berkaitan objektif untuk
mengetahui pengetahuan mahasiswa/i ialah 3.26. Ini menunjukkan bahawa
sebahagian responden kurang mengetahui beberapa perkara berkenaan isu
pembuangan bayi terutamanya berkenaan hukuman terhadap pesalah jenayah
pembuangan bayi menurut perundangan sivil dan menurut perundangan Islam.
Selain itu, majoriti responden bersetuju berkenaan betapa pentingnya peranan
pelbagai golongan dalam usaha menangani isu pembuangan bayi kerana
berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan purata min sebanyak 3.72.
Seterusnya,

majoriti

responden

juga

bersetuju

terhadap

langkah-langkah

penyelesaian melalui aspek pencegahan bagi mengatasi isu pembuangan bayi


kerana mencatatkan purata min sebanyak 3.64. Kemudian, sebahagian besar
responden kurang bersetuju terhadap sebahagian langkah-langkah penyelesaian
melalui aspek pemulihan bagi mengatasi isu pembuangan bayi kerana nilai
purata min mencatatkan sekadar 3.43.

Makiah Tussaripah Jamil (2012) : Pengguguran Bayi Menurut Perspektif


Islam dan Perundangan di Malaysia.

21 | P a g e

Pengguguran bayi di kalangan wanita Islam adalah fenomena semasa yang


menjadi permasalahan bersifat domestik dan antarabangsa. Artikel ini bertujuan
memahami definisi dan konsep pengguguran secara teknikal dengan merujuk
kepada pengertian menurut ilmu perubatan dan perspektif Islam. Artikel yang
dibuat bukan sahaja melihat konsep pengguguran tetapi juga mengkaji dan
melihat apakah kaedah yang biasa digunakan bagi menggugurkan kandungan. Di
samping itu juga, perbincangan dibuat bagi menjelaskan secara terperinci akan
sebab dan punca-punca yang menyebabkan pengguguran berlaku di kalangan
masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya. Artikel ini mendapati bahawa
gejala perzinaan dan persetubuhan haram telah menjadi satu kesalahan jenayah
syariah yang mencatatkan angka tertinggi berbanding kesalahan jenayah yang
lain. Kajian ini turut melihat kesan atau akibat daripada amalan pengguguran
janin sama ada dari sudut dan kesihatan si ibu, sosial dan juga bidang perubatan.
Selain itu, kita akan turut melihat sejauh mana peruntukan dan hukuman
berkaitan pengguguran di bawah Kanun Keseksaan Malaysia dan perspektif
Islam. Akhirnya, artikel ini akan membuat analisa secara kritikal melalui
metodologi perbandingan dengan sistem Islam untuk melahirkan beberapa
saranan,

cadangan

serta

mekanisme

yang

difikirkan

paling

tepat

bagi

memperbaiki sistem yang sedia ada agar masalah pengguguran bayi yang
menjadi-jadi dewasa ini dapat dibendung dan diselesaikan.

22 | P a g e

6.0
BIL.

RINGKASAN KAJIAN TERDAHULU


PENYELIDIK/PENULIS

KAJIAN

TAHUN

Mohd Izzuddin Bin Mohd

Kaedah Penyelesaian Isu Pembuangan

2011

Romli
Makiah Tussaripah Jamil

Bayi : Kajian Di Johor Bahru


Pengguguran Bayi Menurut Perspektif

2012

Mohammad Ismail Hj

Islam Dan Perundangan Di Malaysia.


The Concept, Application And

2006

Yunus

Development In Law Relating To Concent


And Accountability In Sexual Crimes: A

Sohaimi Daud

Comparative Legal Appraisal


Proses Dan Prosedur Sistem Pengadilan

2004

Jenayah Di Malaysia Terhadap Jenayah


5

Zulfakar Ramlee

Rogol
Incest: Its Legal Implication From Islamic

2004

Jas Laile Suzana Jaafar

Perspective
The Relationship Religiosity And Youth

2004

Culture To Premarital Sex Among


7

Ahmad Hassan

Malaysian And Indonesian Adolescents


Wanita Kelantan Dan Pelacuran: Satu Kes

2004

Manique Apsara

Kajian Di Kota Bharu, 1950an-1970an


Child Pornography On The Internet

2006

Ephranella
Husin Bin Junoh

Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam

2011

Di Luar Bandar Di Daerah Kota Tinggi


10

Hans Abd. Wahab

Johor
Penerimaan Keluarga Dan Masyarakat

11

Azizah Othman

Terhadap Mangsa Rogol


Fenomena Sumbang Mahram Di Kalangan

12

Azelin Aziz
Mohd Dahlan A. Malek, Phd

Masyarakat Islam Di Malaysia.


Jenayah Dan Masalah Sosial Di Kalangan

Ida Shafinaz Mohamed

Remaja: Cabaran Dan Realiti Dunia Siber

Kamil, MA
Fizwani Binti M Sarkawi,

Mengenal Pasti Puncapunca Dan Kaedah

Suhana Binti Sarmadan,

Menangani

13

2008

Mohammed Sharif Bin


Mustaffa,
Sulaiman Shakib Bin Mohd
14

Noor
Farahwahida Mohd. Yusof,

Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Norazila Binti Sugiman

Awam Terhadap Amalan Seks

2011

23 | P a g e

15

16

17

18

Zainudin Sharif &

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja

Norazmah Mohamad

Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah

Roslan
Surammah Ramanaidoo

Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka


Sikap Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Balan Rathakrishnan

Terhadap Hubungan Seks Sebelum

Salina Nen, Fauziah

Kahwin: Satu Tinjauan Di Sabah.


Kajian Kes Inses Bapa-Anak Perempuan:

Ibrahim, Suzana Mohd

Memahami Pengalaman Dari Perspektif

Hoesni & Zaizul Abdul

Mangsa

Rahman
Sarnon, N., Mohamad, M.

Hamil Luar Nikah: Memahami Remaja

S, Fauziah, I, Alavi, K.,

Sebagai Asas Intervensi Keluarga

2011

2012

2012

Nen, S., Hoesni, S.M,


Zaizul, R., Wan Azreena, J.

24 | P a g e

7.0

ANALISIS ISU
7.1

Kaitan Isu Dengan Teori Keperibadian Mulia

Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang
insan moral. Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut saya jadi?" dan
bukan "Apakah yang patut saya lakukan?" Konsep keperibadian mulia bermula
dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya
ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau
istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu keperibadian
mulia

intelektual

dan

keperibadian

mulia

moral. Aristotle

berpendapat

keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti


kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap
bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru.
Aristotle juga menganggap, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam
seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan
sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita
bertingkah laku baik. Sifat-sfat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru
tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi
satu

kebiasaan,

menyenangkan

serta

menyeronokkan.Oleh

itu

seseorang

dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

Menyedari

moral

adalah

satu

kewajipan

yang

tidak

boleh

dipersoalkan

Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai

Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan


mengelakkan keburukan

Berpegang kepada prinsip

Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan

Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan


dan

kesengsaraan

Teori yang dianjurkan oleh Aristotle (384 BC 322 BC) ini telah meletakkan moral
sebagai sesuatu yang sederhana. Ini bermakna sesuatu yang bermoral adalah
sesuatu yang tidak keterlaluan dan mengambil jalan tengah. Bagi pandangan
Aristotle, melakukan sesuatu dengan berlebihan atau berkurangan adalah jahat

25 | P a g e

dan tercela. Islam dalam pada masa yang sama juga telah menegaskan bahawa
umat Islam yang baik adalah umat Islam yang sederhana. Seperti firman Allah:
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah
kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang
melampaui batas.
(alBaqarah:190).
Selain itu, firmanNya lagi :
Dan demikianlah (seperti mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang
lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan
(pilihan lagi adil), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia
(tentang benar dan salah) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke
atas kamu.
(alBaqarah:143).
Dalam isu-isu berkaitan dengan akal dan wahyu, dunia dan akhirat, material dan
spiritual atau individu dan masyarakat, Islam telah menggariskan sesuatu yang
sederhana dan hikmah. Walau bagaimanapun, Islam tetap menyokong kritikan
terhadap teori ini yang menyatakan bahawa kadar sederhana itu tidak boleh
diaplikasikan dalam semua keadaan terutama sekali bagi kelakuan yang memang
jelas tidak baik dan tercela.
Kajian menunjukkan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati
kehidupan beragama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang
merupakan resepi kepada kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta
ketinggian budaya. Kemunculan tamadun Islam yang telah mencapai tahap
golden agenya itu misalnya adalah dipengaruhi oleh ransangan nilai dan
penghayatan cara hidup Islam bersumberkan risalah wahyu. Dengan berasaskan
prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu tersebut, sesebuah masyarakat akan
mampu melahirkan sebuah tamadun atau peradaban oleh kerana penghayatan
moral dan akhlak yang terpuji yang termasuk di dalamnya kecintaan kepada
ilmu, ketekunan, kerajinan, semangat disiplin dan kekreatifan.
26 | P a g e

Nilai yang mana teori kajian nilai atau aksiologi ialah satu cabangan dalam ilmu
falsafah yang meneliti, menganalisis dan menghuraikan prinsip dan kaedah
pengukuran segala ilmu pengetahuan serta segala objek yang didukungi oleh
ilmu pengetahuan dari segi harga, kegunaan dan manfaatnya. Segala sesuatu
yang dianggap benar, patut, baik dan indah adalah amat diingini dan disanjung
tinggi oleh masyarakat dan dengan demikian memperolehi nilai dan harga yang
tinggi. Sebaliknya perkara dan benda yang palsu, tidak berguna, buruk dan
merosakkan akan dibenci, disisih dan dibuang oleh masyarakat dan dengan
demikian mempunyai nilai yang rendah ataupun tidak ada nilai langsung.
Tindakan dan amalan yang berkaitan dengan nilai ini sama ada nilai tinggi dan
disanjung ataupun rendah dan dibenci, dijelmakan dalam tingkah laku, tindaktanduk, percakapan dan perbuatan yang dicakupi oleh konsep moral, etika dan
akhlak.

Nilai ialah standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk
mempertimbangkan harga (worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkah
laku, kejadian dan keadaan sama ada benar, baik, berguna, diingini, ataupun
sebaliknya palsu, buruk, tidak diingini, tidak berguna dan dibenci. Nilai dapat
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, nilai estetik yang berkaitan dengan ukuran
rasa keindahan dan kecantikan. Manakala nilai instrumental pula yang secara
tersendiri tidak penting tetapi membantu dalam pencapaian sesuatu matlamat
tertentu. Contohnya nilai-nilai diam dalam kelas membantu pencapaian
matlamat belajar dengan berkesan. Oleh itu diam secara tersendiri tidak ada
nilai, tetapi ianya bernilai apabila dikaitkan keperluan belajar dalam kelas.

Moral dan etika boleh dikaitkan dengan istilah akhlak tetapi terdapat perbezaan
yang nyata. Istilah akhlak daripada bahasa Arab ada kaitan dengan dua istilah
yang lain iaitu istilah Khalik (Tuhan Pencipta) dan makhluk (ciptaan) daripada
kata akar yang sama iaitu khalaka (mencipta). (Hashim Musa, 2001: 61)

Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik,
halus, benar dan patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan
kepada dirinya dan juga kepada orang lain. Tetapi konsep akhlak melebihi makna
moral dan etika dalam ertikata bahawa segala sifat dan perbuatan yang baik
27 | P a g e

yang memanfaatkan itu, harus dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan


Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan
daripada manusia. Akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkah laku
yang baik adalah untuk memanfaatkan makhluk tetapi bertujuan semata-mata
untuk mendapatkan keredhaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta segala makhluk. Oleh
itu konsep akhlak mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan
sebagai Khalik Pencipta segala makhluk.Untuk memperolehi akhlak mulia,
Miskawayh menegaskan kita mesti terlebih dahulu mengetahui hakikat diri insan
sebagai makhluk yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani. Tempat bagi
terbentuk dan tersemainya etika ialah dalam unsur rohani yang membuahkannya
dalam pelakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani.

Miskawayh membahagikan fakulti atau anggota rohani kepada tiga aspek yang
berkaitan dengan sifat insan yang membuahkan akhlak yang mulia, iaitu fakulti
akal yang boleh membuahkan sifat ilmu dan bijaksana, fakulti syahwah yang
boleh membuahkan sifat kemurahan hati (dermawan) dan fakulti kebengisan
(irascible) yang boleh membuahkan sifat keberanian dan ketabahan.Namun
ketiga-tiga fakulti itu hanya boleh membuahkan akhlak yang mulia apabila
tercapainya keadaan keseimbangan (itidal) antara ketiga-tiga yang dengan itu
akan menzahirkan keadaan keadilan/justice. Miskawayh mentakrifkan keadilan
sebagai pencapaian keseimbangan (itidal) yang sempurna antara ketiga-tiga
akhlak mulia itu sehingga terbitlah adil dalam pelakuan manusia itu. (Hashim
Musa, 2005: hal 73)

Pembangunan insan ini juga merujuk kepada akhlak atau peribadi seseorang,
akhlak

adalah

sifat

yang

sebati

dalam

diri

yang

mengarah

seseorang

menzahirkannya melalui perbuatan, sama ada kelakuan baik atau kelakuan


buruk. Ia juga disebut sebagai tingkah laku yang menjadi adat kebiasaan pada
seseorang. Akhlak yang mulia sebagai buah kepada usaha pembangunan insan
keseluruhannya. Akhlak yang mulia adalah perhiasan diri dan pandangan luar
Islam pada seseorang, kerana ia dapat dilihat secara jelas. Ia menjadi matlamat
yang penting kepada pembangunan insan.

Mengikut agama Islam, akhlak sangat penting dalam agama Islam, kerana Islam
28 | P a g e

mementingkan kelakuan yang baik yang terpancar dari keimanan seseorang.


Akhlak dan iman seperti pokok dan buah. Antara kedua-duanya selaras. Akhlak
yang

baik

menunjukkan

iman

yang

baik

manakala

akhlak

yang

buruk

menunjukkan iman yang buruk. Antara Islam dan akhlak tiada pemisahan. Keduaduanya menunjukkan antara satu sama lain.Akhlak boleh dibangunkan melalui
cara-cara

seperti

meninggalkan

melalui

keburukan.

latihan,

iaitu

Penambahan

latihan
ilmu

melakukan

kebaikan

dan kefahaman,

iaitu

dan
untuk

menambah dan memantapkan ilmu supaya dapat dibezakan antara baik dan
buruk dan kesan melakukan kedua-duanya. Pembinaan akidah, iaitu membina
akidah supaya lebih mantap sehingga ia meninggalkan kesan pada seseorang.

Kawalan masyarakat, iaitu peranan masyarakat mengawal anggotanya supaya


melakukan kebaikan dan tertegah melakukan keburukan. Melalui pendedahan
kepada suasana yang baik, iaitu mendedahkan seseorang kepada keadaankeadaan yang baik untuk membentuk akhlak baik. Penutupan pintu-pintu dan
dorongan-dorongan keburukan, iaitu supaya tiada peluang kearah itu. Pemberian
nilai baik dan galakan kepada orang yang melakukan kebaikan.Melalui hukuman
yang sesuai dan cukup iaitu mengenakan hukuman yang sesuai sebagai
halangan.

(Ab. Aziz Mohd Zain, t.t: 62)

Selain itu juga terdapat dua perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam
pembinaan akhlak; menjaga kepentingan akidah, terutamanya yang berkait
dengan Allah, yang melihat segala sesuatu, manusia dibawah pengawasan para
malaikat manusia akan dibalas di akhirat nanti dan dunia tempat ujian manusia.
Membina fitrah supaya kekal semula jadi seseorang. Namun begitu perlu
dihindari tentang masalah pembangunan akhlak iaitu pendidikan dari rumah atau
keluarga yang tidak mengambil berat tentang perihal anak-anak ia menjurus
kepada ibubapa yang tidak membimbing anak-anak mereka dengan sepatutnya.
(Ab.

Aziz

Mohd

Zain,

t.t:

62)

Meluasnya pusat-pusat hiburan yang boleh menjejaskan akhlak orang ramai.


Pusat-pusat hiburan yang melekakan telah menjadi suatu tempat pilihan ramai
untuk berhibur sehingga melupakan adat resam, agama dan budaya dengan
senang dilanggari etika moral tersebut.

29 | P a g e

Nilai-nilai baik yang kurang diberikan perhatian oleh masyarakat. Masyarakat


kurang mengambil peranan dalam membangunkan akhlak insan persekitaran
mereka dan lebih bersifat individualistik dalam menjalani kehidupan harian ini
kerana sibuk dengan kerja rutin harian dan lupa tanggungjawab kepada
masyarakat

sekeliling.Semangat

kebendaan

yang

kuat.

Dorongan

untuk

mendapatkan sesuatu benda dan sanggup berbuat apa sahaja walaupun


bertentangan dengan perintah agama. Akhlak yang baik dilupakan dan material
yang dikejar adalah menjadi matlamat utama. Akhlak sangat penting untuk
dibangunkan kerana ia menjadi fokus kepada pembangunan insan. Kejayaan
pembangunan akhlak menjadi kejayaan terbesar kepada pembangunan insan.
Akhlak mercu kepada kelahiran manusia untuk menjadi khalifah di bumi ini dan
seterusnya membina tamadun manusia.

7.2

Kaitan Isu Pembuangan Bayi Dengan Teori Moral Dan Agama

Dalam

bahagian

ini,

kita

akan

membincangkan

kewajaran

sikap

pembuangan bayi dari sudut teori moral dan agama. Kita juga akan mengaitan
pembuangan bayi dengan punca utamanya iaitu kebebasan seks dan berzina.
Dari sudut teori eksistensialisme, di mana manusia dipandang sebagai suatu
makluk

bereksistensi

yang

mengkaji

situasi

sekeliling

dengan

kesadaran

tersendiri. Oleh itu, isu tersebut merupakan sesuatu yang wajar. Tindakan seks ini
merupakan keinginan remaja atau sesiapa golongan masyarakat untuk mencapai
kepuasan hidup. Kelakuan penguguran dan pembuangan bayi juga merupakan
suatu langkah bagi meneruskan hidup remaja yang tidak berkemampuan.
Dengan adanya situasi yang menjadikan pihak pertama mengalami masalah,
alternatif yang terbaik adalah mengurangkan tekanan secara menghapuskan
kandungan mereka. Seseorang remaja itu bertanggungjawab memilih cara
penyelesaian masalah kerana mengetahui cara menempatkan dirinya. Peraturan
dan hukum agama tidak boleh menjadi halangan kebebasan pilihan remaja sekira
pilihan itu pilihan remaja sendiri. Perbuatan seperti yang berada pada isu
tersebut dikatakan bermoral sekiranya waktu itu adalah sesuai di mana ia tidak
menyusahkan remaja. Teori eksitensialisme mengatakan remaja itu ketua kepada
pilihannya sendiri di mana pilihannya haruslah berdasarkan situasi mereka
sendiri dan moral itu ditetapkan sendiri.

30 | P a g e

Selain daripada teori-teori tersebut, kes pembuangan bayi juga dikatakan wajar
dari sudut teori moral, egoisme. Teori egoisme ini membawa maksud seseorang
itu mestilah melakukan sesuatu perbuatan yang bermatlamat memberikan
faedah kepada diri sendiri. Setiap perbuatan yang berkesannya memberi
keuntungan dan faedah kepada diri sendiri adalah satu perbuatan yang baik dan
perbuatan yang buruk jika merugikan diri sendiri. Oleh itu, seseorang itu yang
membuang bayinya adalah cara yang mudah dan dapat menghilangkan
bebannya dengan cepat. Mereka tidak lagi memikirkan bagaimana untuk
menyayangi anak mereka tetapi hanya mahu dapat melarikan diri daripada
pandangan masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum mereka.

Sebaliknya, dari sudut teori kemoralan sosial, kelakuan pembuangan bayi adalah
tidak wajar. Teori kemoralan sosial ini dipengaruhi oleh pegangan agama
masyarakat tersebut. Teori ini merupakan suatu teori etika yang berkaitan
dengan apa-apa peraturan dalam sesuatu masyarakat, bangsa atau kaum.
Peraturan ini pula biasanya merujuk kepada agama, adab sopan, adat tradisi,
susila, undang-undang dan apa jua perbuatan yang dianggap baik oleh kumpulan
masyarakat tersebut. Maksudnya, dalam sesebuah masyarakat akan ada perkara
yang diizinkan dan dilarang perbuatan yang betul dan salah, baik dan buruk dan
sebagainya. Oleh itu, pembuangan bayi akan menjejaskan masyarakat sekeliling.
Mereka pasti berasa malu dan kecewa dengan apa yang telah berlaku.
Masyarakat memandangkan pembuangan bayi sebagai satu kelakuan yang keji
dan perbuatan ini telah melanggar undang-undang masyarakat.

Lebih-lebih lagi, kes pembuangan bayi adalah tidak wajar dari pandangan teori
moral kategorikal imperatif. Teori ini memperkatakan bahawa sesuatu tindakan
itu dianggap sebagai tidak bermoral sekiranya peraturan yang membenarkan itu
tidak dapat digunakan secara umum sebagai satu peraturan universal kepada
semua manusia untuk munuruti atau mematuhi. Jikalau kelakuan remaja atau
golongan lain mengatakan pembuangan bayi tersebut adalah perbuatan yang
bermoral dan diterima, apakah yang akan terjadi kepada masyarakat kita pada
masa akn datang. Akibatnya kes pembuangan bayi akan meningkat secara tibatiba

dan remaja dapat mencari alasan dengan mengatakan bahawa bayi

tersebut bukan tanggungjawab mereka dan menolak tanggungjawab tersebut.

31 | P a g e

Dari pandangan agama iaitu agam Islam, pembuangan bayi dan perbuatan seks
bebas adalah diharamkan. Menurut ajaran agama Islam, salah satu asas utama
agama Islam ialah Akhlak yang bermaksud tingkah laku. Akhlak yang baik akan
lahir apabila kita melakukan sesuatu perbuatan seolah-olah Tuhan melihat dan
mengawasi setiap perbuatan, maka akhlak yang baik mestilah dipupuk dan
dipelihara oleh setiap insan. Salah satu ciri akhlak seorang muslim adalah
mencontohi akhlak yang baik dan meninggalkan akhlak yang tercela atau keji.
Oleh sebab itu, perbuatan seks bebas dan pembuangan bayi jelas bertentangan
dengan ajaran Islam.

Dalam isu yang dibincangkan ini, salah satu punca kepada berlakunya gejala
sosial ini mungkin bersangkut paut dengan kegagalan golongan remaja dalam
mengawal hawa nafsu dan godaan. Dalam ajaran Islam, bagi mereka yang tidak
dapat

menahan

keinginan

syahwatnya,

Islam

menggalakkan

umatnya

menggunakan saluran lain seperti berkahwin atau berpuasa. Hubungan seks


bebas tanpa perlindungan membawa kepada peningkatan risiko pengguguran di
kalangan

remaja

yang

masih

mentah

dan

juga

kes pembuangan

bayi.

Pengguguran mengakibatkan kematian janin. Peringkat terakhir iaitu sesudah


ditiup roh ke dalamnya. Pada peringkat ini, pengguguran kandungan adalah
haram dan berdosa besar kerana pengguguran dianggap satu jenayah bunuh ke
atas

janin

yang

telah

ditiupkan

roh

iaitu

sebagai

makhluk

bernyawa.

Walaubagaimanapun, pengguguran adalah dibenarkan pada pandangan agama


Islam dalam keadaan tertentu. Contohnya untuk menyelamatkan nyawa ibu atas
sebab-sebab yang bersangatan.

Sebaliknya, bagi agama Buddha, perlakuan seks bebas iaitu segala hubungan
antara lelaki dan perpuan yang tidak diakui oleh undang-undang negara dan
kemoralan social, kecuali hubungan isteri dan suami adalah perbuatan yang tidak
dibenarkan. Peraturan ini dipercayai dapat membawa kebaikan dalam kehidupan
bermasyarakat dan amat membantu dalam budinya sendiri. Mengikuti konsep
Karma, perbuatan yang baik akan membawa kesan baik manakala perbuatan
yang jahat akan membawa padah. Sekiranya hendak mendapat karma yang baik,
maka perlulah mematuhi 5 rukun moral agama Buddha iaitu jangan membunuh,
32 | P a g e

mencuri, berzina, berbohong dan mengambil dadah atau arak yang boleh
mengelirukan akal. Perlakuan seks dengan sesiapa yang bukan isteri atau suami
juga tidak dibenarkan kerana itulah bersamaan dengan perbuatan berzina.
Penganut agama Buddha mempercayai patuh kepada rukun jangan berzina akan
membawa keteteraman minda dan menjernihkan hati, jika selalu mematuhi
rukun ini akan mendapat Bodhi yang benar dan akhirnya individu tersebut tiada
hubungan lagi dengan dunia ini dan mencapai nirvana. Terdapat juga empat
kebenaran mulia dalam ajaran Buddha, iaitu Dukkha, Dukkha-Samudaya, Nirodha
dan

Dukkha-Nirodha.

Antaranya

Dukkha-Samudaya

bermaksud

punca

penderitaan adalah keinginan dan nafsu yang kuat. Keinginan dan nafsu ini akan
didorong oleh kejahilan. Nafsu adalah salah satu punca penderitaan manusia
untuk memperolehi kekayaan dan keseronokan yang tiada penghujungnya,
manakala Dukkha-Nirodha bermaksud apabila keinginan dan hawa nafsu
dihapuskan

maka

penderitaan

dapat

diatasikan.

Manusia

haruslah

menghapuskan atau mengatasi nafsunya untuk mengelakkan penderitaan.


Perlakuan seks bebas adalah berpunca daripada hawa nafsu yang tidak terkawal,
maka penganutnya hendaklah mengatasi nafsu untuk mengelakkan penderitaan
seperti pengguguran atau pembuangan bayi.

Pengguguran bayi merupakan salah satu kesalahan yang serius dalam peraturan
atau rukun agama Buddha, kerana salah satu nilai dari 5 rukun agama Buddha
adalah jangan membunuh, dan dalam agama Buddha, pengguguran adalah sama
dengan membunuh. Hal ini disebabkan dosa menggugur bayi setimpal dengan
dosa membunuh. Selain itu, pengguguran adalah salah satu dosa dalam 5 dosa
yang paling berat, iaitu membunuh ibu bapa, membunuh arahar, menggugur
bayi, membunuh suami, dan menghina atau merosakan patung Buddha. Dosa ini
akan mengakibatkan mereka jatuh ke dalam neraka wu jian. Neraka ini
dikelilingi dengan tembok besi yang setinggi 10000 kilometer dan penuh dengan
bara api yang sangat panas. Bagi sesiapa yang jatuh ke dalam neraka ini, mereka
akan mengalami derita yang paling berat dan tiada peluang untuk lahir ke dunia
manusia atau dunia lain lagi.

Di samping itu, salah satu nilai dalam nilai moral agama Buddha ialah baik hati
kepada semua makhluk iaitu menyayangi dan menghormati makhluk lain kerana
semuanya

juga

mempunyai

hak

untuk

hidup,

maka

pengguguran

juga

33 | P a g e

bermaksud telah merampaskan hak bayi itu untuk lahir atau hidup di dalam
dunia ini. Walaupun dosa membuang bayi tidak seberat dengan mengguguran
bayi, tetapi pembuangan bayi tetap membawa penderitaan kepada bayi itu sama
ada bayi itu masih kecil atau masa hadapannya, maka mengikut prinsip karma,
pembuang bayi juga akan menerima karma yang tidak baik. Perbuatan ini akan
meninggalkan kesan yang buruk kepada pelaku, ianya akan mencorakkan
perwatakan atau mengubahkan nasib orang tersebut sama ada dalam hayat ini
atau hayat yang berikutnya. Contoh adalah seperti sering sakit, menghadapi
penyakit aneh, berjumpa dengan perkara yang aneh.

34 | P a g e

8.0

RUMUSAN

Melihat kepada permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang melanda


remaja pada hari ini sememangnya amat mencemaskan. Tindakan untuk
mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya
adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak
kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkah laku
remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada
punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak
punca yang berlaku, tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus.
Meskipun ada cadangan mengenai cara untuk mengatasi masalah ini, namun,
semuanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar sahaja.

Memang ada program yang dirangka untuk remaja tetapi ianya tidak memberi
kesan yang sepenuhnya. Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal
mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang
bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di
negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah
satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara
dalam jangka masa panjang. Justeru itu, setiap warga masyarakat tanpa mengira
kaum

haruslah

bersatu

padu

menggembleng

tenaga

mencegah

dan

membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Bak
kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat .

Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih
peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya
mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar mengenai kesan
dan bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang
dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat
mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di
negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana
setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat.

35 | P a g e

8.0

REFLEKSI
Syukur ke hadrat Ilahi dan Alhamdulillah kerana akhirnya dengan berkat

daripada Allah S.W.T akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ELM 3104
Isu-isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-nilai Murni ini. Terima kasih
diucapkan kepada pensyarah untuk subjek ini kerana banyak membantu saya
sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada kawankawan yang banyak memberi pandangan dan perkongsian idea yang bernas
dalam memastikan kerja kursus yang baik dapat dihasilkan.

Pada mulanya, tugasan ini diterima pada 1 Julai 201. Pensyarah bagi subjek ini
iaitu Encik Ahmad Shidki bin Mat Yusoff telah memberikan taklimat serta
pencerahan mengenai apa yang perlu kami buat bagi menyelesaikan tugasan ini.
Pada awalnya agak sukar bagi saya untuk memahami apa yang tugasan ini
kehendaki. Namun, setelah beberapa kali kolaborasi bersama pensyarah, saya
dapat membayangkan apa yang akan saya lakukan bagi memenuhi kehendak
tugasan ini. Seterusnya, bagi memulakan tugasan ini, saya cuba mencari tesistesis yang telah dibuat oleh individu-individu. Namun, saya menghadapi masalah
apabila saya tidak berjaya menjumpai tesis yang saya perlukan. Jadi, saya
mengambil keputusan untuk bertanya kepada pensyarah saya mengenai tesis
yang perlu saya cari.

Selepas itu, saya cuba memperluaskan pencarian dengan mencari dengan lebih
teliti dan menggunakan kata kunci yang lebih spesifik dan berkaitan dengan
masalah pembuanagan bayi seperti seks bebas,rogol dan sumbang mahra..
Akhirnya saya berjaya menjumpai beberapa tesis yang berkaitan dengan tajuk
tugasan saya. Namun, permasalahannya sekarang ialah tiada tesis yang
berkaitan

dengan

Pendidikan

Moral.

Tesis

yang

telah

saya

jumpai

membincangkan secara umum dan memberi tumpuan kepada sesetengah


tempat kajian sahaja. Jadi, saya mengambil keputusan untuk cuba mengaitkan
tesis yang sedia ada dengan Pendidikan Moral. Oleh itu, saya mengambil sedikit
masa untuk membaca tesis yang telah saya jumpai.

36 | P a g e

Seterusnya, bermula 14 Julai 2013 saya menjalani program praktikum fasa 2.


Pada tempoh masa saya menjalani praktikum ini, saya mengalami masalah
bebanan kerja. Kerja ini bertindih antara tugasan kerja kursus, tugasan praktikum
dan tugasan yang telah diberikan oleh pihak sekolah seperti mengemas bengkel
dan menyiapkan mural sekolah sempena pertandingan yang telah disertai.
Perkara

ini

secara

tidak

langsung

memberikan

bebanan

kepada

saya

memandangkan praktikum fasa 2 kali ini adalah pada bulan Ramadhan. Selain
mengejar urusan dunia semata-mata, kiata sebagai hamba perlu dan ingin
mengecapi kemanisan Ramadhan itu sendiri. Selesai cuti hati raya pula, saya dan
pasangan praktikum saya sibuk dengan persiapan untuk majlis sambutan hari
raya

peringkat

sekolah

memandangkan

kami

telah

diberikan

beberapa

tanggungjawab. Oleh itu pada pendapat saya yang naif ini, sebagai seorang yang
memegang status pensyarah di sebuah institut pendidikan guru yang merupakan
guru kepada guru tidak seharusnya menekan dan membebankan pelajar dengan
kehendak kerja kursus yang agak keterlaluan disamping menetapkan tarikh
penghantaran kerja kursus adalah semasa proses praktikum masih berjalan.
Tidak terfikirkah nasib guru pelatih yang berpraktikum jauh dari Institut, tidak
terfikirkah bebanan kerja yang terpaksa ditanggung oleh guru pelatih. Jika ada
yang mengatakan mengapa tidak menggunakan masa cuti untuk menyiapkan
kerja?, itu adalah sebodoh-bodoh percakapan kerana masa cuti adalah untuk kita
semua cuti dan berehat. Jika masa cuti pun kita masih bekarja, bilakah pula masa
rehat untuk kita.

Seterusnya saya menghadapi masalah dengan rangka bentuk kerja yang perlu
saya buat bagi memenuhi kehendak tugasan. Memandangkan jarak sekolah yang
jauh dari institut, saya tidak dapat melakukan perjumpaan dengan pensyarah.
Seterusnya saya telah membuat sedikit pembacaan untuk menambah isi
disamping memperluaskan sumber pencarian iaitu kenyataan daripada penulispenulis ilmiah.

Seterusnya saya menghadapi masalah apabila antara bahan yang saya gunakan
sebagai sumber adalah dalam bahasa inggeris. Jadi, bagi menyelesaikan masalah
ini, saya menggunakan Google Translator untuk menterjemahkan artikel
bahasa inggeris kepada bahasa melayu. Selepas itu barulah saya meneruskan
penulisan tugasan. Namun begitu, saya menghadapi pula masalah tidak cukup
37 | P a g e

masa untuk menyiapkan tugasan kerana saya mempunyai tugasan lain yang
telah diarahkan oleh pihak sekolah disamping membuat persiapan untuk dinilai
oleh pensyarah penilai. Oleh itu, saya mengambil langkah untuk menyediakan
jadual langkah kerja bagi menguruskan masa dengan lebih baik.

Bagi memastikan kerja projek ini berjalan dengan lancar, saya telah membuat
banyak rujukan selaras dengan tajuk yang diber. Secara tidak langsung, saya
telah membina sifat tidak berputus asa semasa mencari tesis yang saya perlukan
bagi melengkapkan tugasan ini. Melalui tugasan ini juga, saya telah didedahkan
dengan pembelajaran kendiri. Kaedah ini sangat berkesan untuk mempelajari
ilmu yang baru kerana melalui usaha yang kuat, seseorang itu akan dapat
memahami dengan lebih baik apa yang dipelajarinya. Malahan, melalui tugasan
ini juga, saya secara tidak langsung telah mengulangkaji pelajaran bagi tajuktajuk didalam subjek ini semasa tugasan ini dilakukan. Jadi ini akan membantu
saya meningkatkan pengetahuan tentang subjek ini dan seterusnya membuatkan
saya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Selain itu, dengan membuat
kerja kursus ini, saya juga secara tidak langsung mempelajari pengalaman caracara membuat tesis yang akan saya lalui pada semester akhir di institut ini kelak.

Akhir sekali. Sebagai kesimpulan, perjalanan tugasan ini memang banyak


memberi pengalaman baru kepada saya. Walaupun terdapat beberapa masalah
atau kekangan yang mengganggu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini,
namun, ianya tidak sama sekali mengganggu fokus saya dalam menghasilkan
kerja yang bermutu. Di harap agar kerja kursus ini akan memberi manfaat
kepada sesiap yang membaca serta memberikan saya pengetahuan yang amat
berguna untuk digunakan apabila bergelar pendidik di masa hadapan terutama
sebagai seorang guru pendidikan moral. Saya juga berharap agar segala usaha
yang

telah

saya

lakukan

bagi

memenuhi

kehendak

tugasan

berhasil

mendapatkan markah dan hasil ilmiah yang memberangsangkan. Saya akhiri


penulisan refleksi ini dengan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah subjek ini yang telah banyak memberikan ilmu serta bimbingan yang
sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan lain.

38 | P a g e

10.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Md. Aroff. 1999.Pendidikan Moral : Teori Etika Dan Amalan Moral.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Ahmad Azam Abdul Rahman. Media Massa Barat Dan Penghinaan Terhadap Islam.:
Bengkel Peranan Media Massa dan Sastera Untuk Pembangunan Ummah (28
Jan 2003 : Kuala Lumpur) : Paper 2 (6p.)
Ahmad Adnan Mohammad. 1986. Masalah Sosial Belia Bandar. Kuala Lumpur.
Akim Buntat. 1984. Masalah Sosial dan Latihan Dalam Perniagaan Orang Asli di
Malaysia. Kuala Lumpur.
Amran Kasimin. 1993. Masalah Sosial dan Hubungannya dengan Didikan Agama.
Kuala Lumpur : Dinie Publishers.
Arumugam. 2004. Pendidikan Moral : Tingkatan 5 : Buku Teks Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bertens, K. (Kees), 1936-, (2003).Etika Dan Moral : Untuk Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Charles H. McCaghy et. al. 7th ed. 2003. Deviant Behavior : Crime, Conflict, And
Interest Groups. United States of America.
Choong Lean Keow PhD (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala
Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Christina K. C. Lee and Sharon E. Beatty. 2002. Family Structure and Influece In
Family Decision Making. Journal Of Consumer Marketing, Vol 19, No. 1.
United States of America.
Dr. Tam Yeow Kwai. (2006). Pendidikan Moral, Konsep dan Pedagogi Pendidikan
Moral untuk Pelajar-Pelajar KPLI,LBPS dan PISMP Maktab-maktab
Perguruan. Selangor : Kumpulan Budiman SDN BHD.
Ibrahim Mamat. 1997. Memimpin Remaja Sekolah: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
39 | P a g e

Ishak Isjoni. 2002. Masalah Sosial Masyarakat. Indonesia : Unri Press.


Khoo Kay Khim. 1937. Masalah Sosial dan Politik di Malaysia : Kumpulan Esei
Mengenai Isu Semasa. Kuala Lumpur : Gateway Publishing House.
Laurence Steinberg. 1999. Adolescence, Fifth Edition. The McGraw-Hill Companies,
Inc.United States.
Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas kaunseling keluarga. Shah
Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Mc Whirter. 1998. At Risk Youth: A Comprehensive Response, Second Edition. The
Mc Whirters. California.
Mohamed Hatta Shaharom. 2003. Psikologi dan Kaunseling Remaja: Panduan
Remaja Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Nur Munirah Teoh Abdullah. 2002. Pendidikan Moral:Tingkatan 4 : buku teks. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahimin Affandi Abd. Rahim. Krisis Remaja dan Media Massa di Malaysia:Suatu
Tinjauan Dari Perspektif Islam .Jurnal Usuluddin. 1999: 10: 125-134.
Robiah Kulop. 2002. Panduan Membimbing Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Rosmani Binti Ibrahim. (1998). Masalah Amalan Lepak di Kalangan Remaja Melayu:
Kajian Kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Latihan Ilmiah, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Sayed Abd. Rahman Sayed Mohd. 1996. Masalah Sosial Di Kalangan Remaja dan
Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Pelbagai Pihak. Majalah Malaysiana.
Kuala Lumpur.
Siti Hajar Abu Bakar Ah. 2006. Kebajikan Sosial : Aplikasi Dalam Perkhidmatan
Manusia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
40 | P a g e

Vishalache Balakrishnan. (2009).Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej.


Selangor : Arah Pendidikan SDN BHD.

Sumber dari Internet :

http://id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Media_massa_Malaysia Diambil pada 1 Ogos


2013
http://ms.wikipedia.org/wiki/Black_Metal Diambil pada 15 Ogos 2013
www.zappafly.com/kesan+budaya+barat+di+malaysia.html Diambil pada 16 Ogos
2013
www.scribd.com/doc/.../Pengertian-Masalah-Sosial-Remaja diambil pada 18 Ogos
2013
asnahhamid.blogspot.com/ diambil pada 18 Ogos 2013
www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2079 diambil pada 20 September 2010
www.mbnk.org/download/masalah.pdf diambil pada 1 Ogos 2013
mutiaraislam.wordpress.com/.../masalah-sosial-di-kalangan-remaja-punca-danpenyelesaian/ - diambil pada 1 Ogos 201
digg.com/news/offbeat/Masalah_Sosial_Remaja_Malaysia diambil pada 1 Ogos 2013

41 | P a g e

11.0

LAMPIRAN

42 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai