Anda di halaman 1dari 36

ISI KANDUNGAN

 BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN

 BORANG PEMARKAHAN PROJEK

 BORANG REKOD KOLABORASI

 PEMEROLEHAN ILMU, PENGUASAAN ILMU DAN KEMAHIRAN


- Pembelajaran dan prestasi motor
- Pemprosesan maklumat
- Kawalan motor lingkaran terbuka
- Perbezaan individu dan kebolehan
- Praktis
- Maklum balas (KR dan KP)
- Contoh borang pelaksanaan amali

 PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
- Pelaksanaan amali berserta gambar
- Jadual skor amali
- Graf keputusan
- Laporan lengkap
- Refleksi kendiri

 RUJUKAN

 LAMPIRAN
- Borang skor amali murid
- Lain-lain yang berkaitan
PEMEROLEHAN
ILMU,PENGUASAAN
ILMU DAN
KEMAHIRAN
Pembelajaran dan prestasi motor

Bidang pengajian tentang pergerakan manusia berfokus kepada perubahan


daripada segi keupayaan kawalan dan prestasi motor hasil daripada praktis dan latihan.
Menurut Magill (1989), pembelajaran motor ialah kemampuan individu untuk
mempamerkan perubahan dan peningkatan yang kekal dalam kemahiran motor hasil
daripada praktis atau pengalaman. Terdapat dua ciri perubahan tingkah laku iaitu
penguasaan kemahiran perlu ada peningkatan mengikut masa dan penguasaan
kemahiran perlu meningkat dengan konsisten dan kekal. Perubahan prestasi
pembelajaran digambarkan melalui Lengkok lurus, Lengkok cembung, Lengkok cekung,
dan Lengkok bentuk S (Ogive). Lengkok lurus (linear) ialah Peningkatan kemahiran
yang berkadar terus dengan masa. Semakin kerap atlet menjalani latihan, semakin
meningkat kemahiran motornya. Contoh yang diberi adalah seperti seorang pemain
hoki akan melakukan penalti ke gol. Semakin banyak latihan, semakin tepat pemain
tersebut dapat melakukan penalti. Lengkok cembung (pemecutan negatif) pula ialah
Peningkatan kemahiran secara mendadak diawal pembelajaran tetapi beransur kurang
pada penghujung proses pembelajaran. Contohnya kemahiran asas memukul dalam
badminton sangat mudah dipelajari. Kemahiran memukul dengan laju, tepat dan
terkawal sukar dipelajari. Kadar penguasaan kemahiran berlaku dengan perlahan.
Lengkok cekung (pemecutan positif) adalah peningkatan berlaku dalam kadar perlahan
di awal pembelajaran tetapi mendadak naik di akhir proses pembelajaran. Contohnya
kemahiran asas berenang seperti teknik pernafasan dan apungan, mengambil masa
yang lama untuk dipelajari. Selepas menguasai kemahiran asas, atlet boleh
mempelajari gaya renang yang lain manakala Lengkok “S” (Ogive) pula adalah
gabungan daripada ciri-ciri lengkok lurus, cekung dan cembung. Lengkok S
menggambarkan pembelajaran kemahiran bersiri. Contohnya mempelajari satu rutin
tarian dalam gimnastik. Terdapat pergerakan yang mudah dan cepat dipelajari.
Terdapat juga pergerakan yang sukar dan perlahan untuk dipelajari.

Ciri-ciri Keupayaan Persepsi Motor adalah koordinasi pelbagai anggota,


ketepatan kawalan, orientasi respons, masa reaksi, kelajuan pergerakan tangan, kadar
kawalan, ketangkasan manual, kecekapan jari, ketegapan tangan, kelajuan jari dan
pergelangan tangan serta membidik atau mensasar. Koordinasi pelbagai anggota ialah
kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan dalam satu pergerakan pada masa
yang sama. Contohnya menggelecek bola hoki sambil berlari memerlukan koordinasi
mata-tangan dan koordinasi tangan kaki. Ketepatan kawalan adalah kebolehan
mengawal kualiti pergerakan agar hasil pergerakan adalah kemas dan tepat.
Pergerakan melibatkan otot besar. Contohnya atlet terjun papan anjal dapat mengawal
pergerakan postur semasa terjunan. Orientasi Respons pula ialah keupayaan tentukan
respon yang sesuai dihasilkan mengikut keperluan persekitaran. Contohnya keupayaan
penjaga gol untuk mengecilkan sudut bagi pihak lawan menjaringkan gol. Masa reaksi
ialah kebolehan melakukan tindak balas segera terhadap rangsangan dalam tempoh
masa yang singkat. Contohnya masa yang diambil oleh seorang pelari 100m utk
memulakan larian selepas mendengar bunyi tembakan permulaan. Kelajuan
pergerakan tangan adalah keupaayaan mengubah tangan daripada kedudukan asal ke
kedudukan lain dengan pantas. Contoh, penjaga gol dengan spontan bertindak
menepis keluar bola yang datang ke arahnya dalam keadaan tidak bersedia. Kadar
kawalan pula adalah kebolehan mengubahsuai kelajuan tangan dan kaki supaya
selaras dengan respons persekitaran. Contoh, pemain badminton menukar rentak
permainan dengan pukulan laju secara tiba-tiba untuk mengelirukan pihak lawan.
Ketangkasan manual ialah keupayaan menggerakkan keseluruhan bahagian tangan
dengan memanipulasikan alatan yang bergerak laju. Contohnya seorang pemain bola
jaring dapat menerima hantaran bola yang bergerak laju. Kecekapan jari merupakan
keupayaan jari memanipulasi objek-objek kecil. Contoh, penggunaan jari-jari dalam
permainan dart dan pitching dalam sofbol. Ketegapan tangan ialah keupayaan untuk
mengubah kedudukan tangan dengan tepat supaya dapat meminimakan kekuatan dan
kelajuan. Contohnya ialah pemain tenis yang melakukan hantaran kilas, kedudukan
tangan yang tegap membantu meminimakan tenaga yang digunakan. Kelajuan jari dan
pergelangan tangan merupakan keupayaan jari dan pergelangan tangan melakukan
pergerakan alternatif dengan pantas. Contoh, seorang pemain badminton yang boleh
melakukan pukulan kilas dengan laju dan tepat dan Membidik atau mensasar pula
merupakan kebolehan membidik atau mensasar sesuatu objek dengan tepat menerusi
pergerakan pantas. Contohnya, dalam acara menembak, memanah dan menjaringkan
bola jaring atau bola keranjang.

Ciri-ciri kecekapan fizikal adalah seperti kekuatan statik, kekuatan dinamik,


kekuatan eksplosif, kekuatan bahagian anggota atas, kelenturan statik, kelenturan
dinamik, koordinasi asas, keseimbangan asas serta daya tahan. Kekuatan statik
merupakan daya maksimum yang dikenakan ke atas objek luaran yang statik (pegun).
Contoh: menolak dinding. Kekuatan dinamik pula ialah kekuatan otot menghasilkan
daya pergerakan yang berulang-ulang. Contohnya, mengangkat dan menurunkan
beban berulang kali dalam latihan angkat berat. Kekuatan eksplosif ialah keupayaan
memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Contoh: melakukan lonjakan
dalam lompat jauh.Kekuatan tubuh bahagian atas badan pula adalah kekuatan otot
pada bahagian badan. Contohnya otot bahagian abdomen dan ektoralis major.
Kelenturan statik ialah kebolehan melentur atau meregang bahagian badan dan
belakang badan. Contoh: melentik badan ke belakang. Kelenturan dinamik merupakan
kebolehan melentur otot bahagian badan secara berulang-ulang. Contoh: duduk
melunjur dan sentuh hujung jari kaki. Koordinasi asas adalah kebolehan menyelaras
pelbagai anggota badan semasa pergerakan. Contohnya semasa menerima servis,
melibatkan koordinasi mata-tangan dan tangan-kaki. Keseimbangan asas ialah
keupayaan mengekalkan imbangan badan semasa bergerak tanpa bantuan
penglihatan. Contohnya melakukan dirian tangan. Daya tahan merupakan keupayaan
melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dalam jangka masa yang lama. Contoh:
berlari jarak jauh manakala Pemindahan Pembelajaran pula ialah pemindahan
pembelajaran ialah pengaruh kemahiran sedia ada ke atas pembelajaran kemahiran
yang baru.
Pemprosesan maklumat

Prosesan maklumat amat penting dalam bidang pembelajaran motor. Melalui


model ini, jurulatih atau guru dapat melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan terhadap atlit dan pelajarnya. Apabila mengikuti model ini, jelaslah sekali
bahawa ianya amat berkait rapat dengan memori jangka pendek dan memori jangka
panjang. Tumpuan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah bagi
mengekalkan ingatan pelajar kepada tahap yang paling maksimum iaitu ingatan jangka
masa panjang. Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat.
Pertama, Pengkodan ('Encoding'). Pengkodan ialah proses yang menentukan cara
maklumat dienkod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan
ingatan jangka panjang. Proses ini bermula dengan hasil pendengaran dan
pemerhatian apabila sesuatu maklumat itu disampaikan oleh jurulatih ataupun guru
melalui cara demonstrasi di hadapan atlit atau pelajar. Kedua, Penyimpanan ('Storage').
Penyimpanan pula ialah proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan
dalam ketiga-tiga stor memori. Biasanya, proses ini berlaku selepas daripada proses
pengkodan telah berlaku kepada atlit atau pelajar itu. Ketiga, Mengingat Kembali
('Retrieval'). Mengingat kembali ialah proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan
daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini berlaku setelah
proses pengkodan dan proses penyimpanan telah berlaku pada sebelumnya. Keadaan
mengingat kembali boleh berlaku dalam masa sejam, seminggu, sebulan, setahun
malahan bertahun-tahun lamanya. Ianya bergantung kepada kekuatan seseorang itu
dapat mengenkod dan menyimpan data dengan berkesan. Keempat pula adalah
Lupaan ('forgetting'). Lupaan ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau
sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. Proses
lupaan sering kali berlaku dalam kehidupan seseorang. Keadaan berlaku mungkin
kerana data yang telah tersimpan lama tidak digunakan atau diaplikasikan sepanjang
masa. Akibatnya, apabila data ini ingin dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat
dengan baik.

Working Memory’. Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working
Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak
diulang. Contoh: seorang kawan telah memberikan nombor telefon dan sementara
mencari kertas untuk menulisnya kita mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses
ini dipanggil ulangan berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kita tidak ulang
nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. Komponen fungsi dalam struktur
memori yang beroperasi untuk menyimpan sementara dan menggunakan info yang
baru diterima. Ia juga memberikan ruang kerja sementara untuk mengintergrasikan info
yang baru dengan info yang dipulihkan daripada ‘long term memory’ untuk selesaikan
masalah, buat keputusan dan aktiviti persediaan tindakan. Ingatan Jangka Pendek
('Short Term Memory') adalah pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila
kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka
pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention'). Maklumat yang pada asalnya
tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke
ingatan jangka pendek. Kapasiti ingatan jangka pendek menurut Miller (1956) ialah 7 +
2 (7 campur-tolak 2) 'chunks' dan kemudian dicadangkan oleh Simon (1974) sebagai 5
+ 2 (5 campur-tolak 2) 'chunks'. Sesuatu 'chunk' tidak mempunyai unit tertentu dan
boleh merupakan satu huruf /angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu
perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan oleh
itu berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek
secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak).

Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory') pula ialah satu komponen dalam
struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala
maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya.
William James (1980) mengatakan bahawa memori jangka panjang sebagai
kesempurnaan memori. Ia adalah komponen memori yang mengandungi info tentang
peristiwa lepas yang spesifik termasuk pengetahuan am tentang dunia. Ingatan Jangka
Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dikod,
disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan
bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama
sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali. Ingatan
jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang otak semasa sesuatu proses
kemasukan maklumat itu berlaku. Bagaimana atlit dapat menyimpan memori dalam
jangka masa panjang? Seseorang atlit itu perlu memahami mengenai gelombang otak.
Terdapat empat jenis gelombang otak. Pertama, Beta (β) iaitu gelombang otak sedar
berlaku semasa jaga, menumpu perhatian, alert, berfikir dan aktif belajar. Kedua, Alfa
(α) iaitu gelombang ini berlaku semasa otak relax tetapi ‘alert’, berzikir (meditation),
berkhayal (day-dream). Ketiga pula adalah Teta (θ) gelombang otak ini berlaku semasa
awal tidur (twilight zone), dimana otak memproses maklumat hari itu dan terbayang
sesuatu inspirasi. Terakhir, Delta (δ) gelombang otak ini berlaku semasa tidur nyenyak
(deep sleep,dreamless Sleep).

Seseorang atlit itu juga perlu menyedari bahawa proses ingatan sentiasa
dikukuhkan melalui pembinaan sinaps yang baru. Apabila sinaps berhubungan ia
menjadi lebih kompleks seumpama hutan rimba. Jalinan atau rangkaian neurons ini
dibentuk hasil pengalaman yang dialami oleh pelajar. Perhubungan antara sel neuron
membina struktur pemahaman (skema). Skema ini sentiasa berubah kerana sifat
‘plasticity’ otak kita. Apabila kukuh ia menjadi ingatan iaitu memori. Kepentingan
pendekatan pemprosesan maklumat bagi menentukan tindakan dalam aktiviti sukan.
Dalam aktiviti sukan, setiap pergerakkan didorong oleh persoalan tentang apa yang
akan dilakukan dalam keadaan tertentu dan seterusnya menjurus kepada keputusan
yang perlu dibuat. Keputusan ini perlu dibuat segera. Pengumpulan maklumat prestasi
sukan pada peringkat awal melibatkan tiga proses penting, iaitu mengenal pasti
rangsangan, memilih tindakan dan memprogramkan tindakan. Pertama, Mengenal pasti
rangsangan. Pada peringkat ini, berbagai-bagai deria iaitu penglihatan, pendengaran,
bau, sentuhan dan kinestesis digunakan untuk mengesan sesuatu rangsangan.
Rangsangan ini akan wujud dalam keadaan pelbagai dimensi seperti bentuk (bulat,
bujur), arah dan kelajuan (static atau bergerak. Contohnya seorang pemain hoki ingin
menahan bola hoki. Dia akan melihat dari mana arah bola hoki itu dating, anggaran
kelajuan. Yang kedua, memilih tindakan. Selepas menerima maklumat, pemain hoki itu
akan menilai dan membuat keputusan untuk bertindak. Kepantasan pergerakan pemain
menahan bola hoki adalah bergantung kepada maklumat yang diterima olehnya. Ketiga,
Memprogramkan tindakan. Selepas menerima rangsanagn itu, satu program tindakan
akan diwujudkan. Pemain hoki mungkin merendahkan badanya untuk mencari
kesesuaian untuk menahan bola hoki yang yang bergerak berdasarkan kelajuan,
ketinggian dan kedudukan bola hoki itu. Program ini membolehkan otot dikerah dan
digerakan mengikut urutan bagi menghasilkan tindakan yang diingini.

Pengkodan Maklumat dalam Ingatan Jangka Panjang (Encoding Information in


Long Term Memory) Apakah yang dimaksudkan dengan 'pengkodan'? Pengkodan ialah
proses memori yang melibatkan transformasi (pembentukan) maklumat untuk diingat
kepada bentuk yang boleh disimpan dalam memori. Pengkodan ialah cara maklumat
dikenal pasti, dikod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti
dan kemudian dikod. Pelbagai eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana
manusia mengkod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah
kerana maklumat itu tidak dikod dengan baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu
berada diingatan jangka pendek, selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti
pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat itu tidak akan dipindahkan ke
ingatan jangka panjang. Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang mengkod
maklumat pada peringkat MAKSUD ('meaning level') berjaya memindahkan maklumat
itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu proses
mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan eksperimen yang
dijalankan oleh Craik & Lockhart pada 1972. Prinsip penentuan pengkodan (encoding)
ialah prinsip memori yang menunjukan perkaitan rapat antara encoding dan proses
pemulihan memori yang menetapkan bahawa pencapaian dalam ujian memori secara
tidak langsung berkait dengan jumlah persamaan antara praktis dan konteks ujian.
Contohnya, lebih banyak persamaan, lebih baik pencapaian dalam ujian tersebut.
Penyimpanan (atau 'Perwakilan')adalah pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang
(Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory). Maklumat yang kita
simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman
beberapa minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti
memori kita semasa kita kanak-kanak lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini,
maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama
iaitu Pengetahuan Deklarat yang terbahagi kepada Memori Semantik dan Memori
Episodik. Kedua, Pengetahuan procedural serta yang ketiga ialah mageri. Pengetahuan
Deklaratif ialah semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori,
hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku
kepada diri kita dipanggil Memori Episodik. Contoh Memori semantik ialah ciri-ciri hari
akan hujan dan tidak sesuai untuk meneruskan permainan. Memori episodic contohnya
saya tercedera semasa bermain hoki semalam. Collins & Quillian (1969)
mencadangkan Model TLC yang menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau
mewakili maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa
kita menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan ('network hierarchy
structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding
dengan maklumat yang terletak jauh. Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat
berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesuatu. Contoh: Saya tahu
menukarkan mentol yang terbakar. Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan
jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan bola yang
ada dalam simpanan? Secara tidak langsung seseorang itu akan cuba membayangkan
dirinya berada di stor peralatan sukan dan melihat kea rah bola tersebut. Ini bermakna
kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan stor sukan yang disimpan dalam
ingatan jangka panjang. Mengingat Kembali apabila kita cuba mengingat kembali
maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, beberapa perkara berlaku
seperti kita ‘menambahkan maklumat’ dan ‘kita meninggalkan maklumat.’

Terdapat 3 fenomena yang mendorong kita berbuat demikian. Pertama, Inferens.


Contohnya, seseorang penjaga gol cedera di kepala semasa perlawanan bola sepak.
Dalam pada masa yang sama tidak pula dinyatakan bagaimana kepala penjaga itu
boleh tercedera. Mungkin terkena kaki pemain lawan, mungkin juga terhantuk pada
tiang gol atau sebagainya. Kedua, Stereotaip. Stereotaip ialah butir maklumat /
pengetahuan berkenaan ciri-ciri personaliti atau atribut fizikal yang kita andaikan
sebagai benar bagi suatu kumpulan orang. Bermaksud kita hanya mengandaikan
sahaja mengenai orang itu. Ketiga, Skema. Skema ialah struktur kognitif dalam ingatan
jangka panjang yang merupakan perwakilan abstrak mengenai sesuatu objek, perkara
atau peristiwa yang kita telah mengalami dalam dunia sebenar. Lupaan ialah kegagalan
mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakan bagi
menerangkan lupaan. Pertama adalah Teori Reputan ('Decay Theory') iaitu maklumat
menjadi pudar atau reput disebabkan oleh masa. Kedua, Teori Ingat Kembali ('Retrieval
Theory') dimana maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapat dicari kerana kiu ('cue')
yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan maklumat itu dan yang ketiga ialah Teori
Gangguan ('Interference Theory') iaitu maklumat lain menggangu maklumat yang
hendak diingat.
Kawalan motor lingkaran terbuka

Klasifikasi kemahiran ini dicadangkan oleh Poulton (1957) dan Knapp (1964).
Kemahiran ini berasaskan kepada penyesuaian dengan persekitaran. Kawalan motor
merupakan kefahaman tentang proses sistem dalam badan yang terlibat dalam
pembelajaran/penguasaan kemahiran motor. Kemahiran motor terbuka merupakan
perubahan persekitaran yang sukar diduga dan ianya tidak stabil. Contoh yang diberi
ialah pukulan rali dalam tenis, menembak pada sasaran yang bergerak. Sistem kawalan
motor lingkaran terbuka merupakan pusat kawalan eksekutif. Ianya merancang terlebih
dahulu dan beri semua arahan untuk memulakan pergerakan. Sebaik sahaja perlakuan
dimulakan, akan ikut arahan asal, dan tiada perubahan yang berlaku. Maklum balas
ada, tetapi tidak perlu digunakan/tidak sempat digunakan. Kapasiti dalam memori
jangka pendek akan digunakan untuk tumpuan strategi dan lain-lain.
Perbezaan individu dan kebolehan

Perbezaan Individu ialah prestasi di antara seseorang individu dengan individu


yang lain adalah berbeza. Perbezaan yang sangat nyata adalah pada umur dan jantina.
Contohnya, golongan lelaki boleh melakukan sesuatu aktiviti lebih baik daripada
golongan wanita dan sebaliknya. Keupayaan memproses maklumat, menyimpan dan
mengingat adalah rendah di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Perbezaaan lain yang  membezakan prestasi individu adalah seperti perbezaan
kebolehan yang melibatkan kebolehan fizikal seperti kordinasi, keseimbangan,
kinestesis dan masa tindakan serta kebolehan mental seperti tumpuan, persepsi,
membuat keputusan dan kepintaran. Selain itu juga, faktor baka juga adalah salah satu
pengaruh yang penting dalam perbezaan seseorang individu tersebut. Di samping itu,
ciri-ciri fizikal seperti tinggi, rasa, berat, susuk tubuh, kekuatan, pendengaran dan
kelembutan juga merupakan salah satu faktor perbezaan individu seseorang itu.
Kestabilan  emosi juga turut melibatkan prestasi seseorang terjejas dengan tahap
tekanan dan kebimbangan  yang tinggi. Kematangan adalah pada kadar yang berbeza
samada fizikal atau mental seseorang. Umur kronologi tidak menunjukan kematangan
seseorang. Pembelajaran dan Pengalaman Lepas. Contoh, pelajar baru mempunyai
tahap prestasi yang rendah berbanding pelajar lama. Melalui motivasi pula, setiap
individu mempunyai tahap motivasi dan pendorong yang berbeza terhadap sesuatu
aktiviti.

Menerusi keadaan Persekitaran pula, persekitaran banyak mempengaruhi


pengalaman seseorang  seperti alatan, bentuk arahan dan keadaan cuaca. Melalui
pengaruh Sosiobudaya pula ianya melibatkan keadaan sosial seseorang termasuklah
pengaruh budaya seperti latar belakang keluarga, ekonomi dan tradisi kebangsaan.
Contohnya kurang perenang dan pemain tenis Amerika  dari orang orang berkulit hitam.

 
Praktis

Praktis adalah aktiviti yang dilakukan dengan kadar ulangan yang tinggi. Praktis
juga merupakan satu usaha merancang dalam pembelajaran kemahiran motor dan
ianya perlu dipertimbangkan dalam beberapa perkara yang merangkumi seperti jenis
praktis, kaedah praktis dan taburan praktis. Kaedah praktis boleh diaplikasikan secara
fizikal dan mental. Kaedah praktis yang lazim dijalankan dalam sesi-sesi pembelajaran
motor dikenali sebagai secara fizikal manakala mental pula adalah pelengkap kepada
kaedah praktis fizikal.

Taburan praktis ialah jangkamasa pelaksanaan sesuatu sesi praktis. Ianya


terdapat dua jenis taburan praktis iaitu taburan massa dan taburan agihan. Taburan
massa adalah satu pelaksanaan yang memakan masa yang lama dengan kadar rehat
yang sedikit manakala taburan agihan pula pelaksanaannya melibatkan masa rehat
yang kerap sepanjang sesi praktis.
Maklum balas (KR dan KP)

Selepas melakukan pergerakan atau kemahiran, atlet biasanya akan ada 2 jenis
maklum balas ialah Maklum Balas Keputusan (Knowledge of Results) dan juga Maklum
Balas Perlakuan ( Knowledge of Performance). Biasanya ada perbandingan dengan
maklum balas-maklum balas yang di terima selepas tindakan atau pelaksanaan iaitu
matlamat harapan dan pencapaian serta perlakuan harapan dan pencapaian. Jika
perbandingan ini tidak ada perbezaan, maka ini bermakna atlet sudah mendapat idea
pergerakan dan boleh terus ke peringkat kedua iaitu penentuan dan kepelbagaian. Bagi
respons atau tindakan yang seterusnya, jika perbandingan dalam proses membuat
keputusan menunjukkan perbezaan, maka atlet seharusnya berusaha cuba
memperbaiki dan mengatasi kelemahan untuk mencapai matlamatnya.

Pada peringkat kedua, iaitu peringkat penentuan dan kepelbagaian, atlet


berusaha mencapai aras kemahiran yang tinggi. Kemahiran pula adalah konsisten
dalam mencapai matlamat. Bagi Kemahiran Tertutup fokusnya adalah menetapkan
pergerakan agar pergerakan yang unggul dapat diulangi dalam situasi pertandingan.
Bagi Kemahiran Terbuka, dimana rangsangan persekirannya sentiasa berubah-ubah,
atlet perlu memadankan pergerakannya dengan situasi-situasi yang berubah-ubah itu
untuk mencapai matlamatnya
CONTOH BORANG
PELAKSANAAN
AMALI
PEMINDAHAN
PEMBELAJARAN
PELAKSANAAN
AMALI BESERTA
GAMBAR
AMALI PEMBELAJARAN MOTOR DAN PRESTASI MOTOR

Tajuk amali : Melontar dan melantun bola tenis dengan tangan bukan

dominan.

Hipotesis nol : Semakin banyak praktis dilakukan, semakin tepat bola mengenai

sasaran.

Peralatan : Bola tenis – 3 biji

Pita / penanda untuk sasaran

Prosedur amali:

1. Sediakan tapak amali yang sesuai dan selamat seperti


berikut:

2. Pelaku berdiri di belakang garisan A.


3. Pelaku memegang sebiji bola tenis dengan tangan bukan
dominan.

4. Pelaku perlu melontar bola tenis ke atas lantai di antara garisan A


dan B supaya bola tersebut melantun melepasi garisan B dan
mengena sasaran dan melantun balik ke lantai di antara garisan B
dan A.

5. Pelaku diberi 10 percubaan tetapi perlu mengikut urutan senarai


nama dalam borang.
6. Semasa menunggu giliran untuk melakukan percubaan
seterusnya, pelaku tidak dibenarkan membuat praktis.
7. Setelah semua pelaku telah melakukan 10 percubaan, mereka
dibenarkan membuat 20 praktis sebelum 10 lagi percubaan
dilaksanakan (10 percubaan -- 20 praktis – 10 percubaan).
JADUAL SKOR AMALI

Jadual skor amali sebelum dan selepas praktis ( lelaki )

Bil Nama Responden Responden Sebelum Selepas


Praktis Praktis
1. Muhd Azim b Mohd Yusop A 4 6

2. Farell Dymas Mcdonald Jumpo B 2 6

3. Muhd Farith Zalfan b Ahmad C 3 7


Saufe
4. Muhd Alif Imran b Anuar D 4 7

5. Mohd Syafiq b Mohd Habib E 3 6

6. Muhamad Ridzuan B Sanudin F 3 7

7. Israf Najwan b Ramli G 5 7

8 Muhammad Anas Farid b Misri H 3 6

9. Muhammad Fareez b I 4 7
Mohammad
10. Mohd Ilyas b Mohd Yunus J 3 8
Jadual skor amali sebelum dan selepas praktis ( perempuan )

Bil. Nama Responden Sebelum Selepas


Praktis Praktis
1. Nur Azura bt Zamrus Zaman A 4 7

2. Nur Farisha Izzati bt Saiful B 3 6


Anuar
3. Sasya Alya bt Iskandar Tan C 0 4

4. Nur Alya Athirah bt Yusman D 3 7

5. Nurinsyirah Affan bt Md Fanny E 5 6

6. Siti Normaisara bt Mohd Sharif F 2 6

7. Nurul Amira bt Anuar G 3 7

8. Nur Wahidah bt Azma H 2 4

9. Lily Asria bt Jumri I 1 4

10. Mas Aida bt Saripuddin J 3 5


GRAF KEPUTUSAN AMALI
Sebelum praktis

Bil.percubaan Responden Perempuan Lelaki


1 A 4 4
2 B 3 2
3 C 0 3
4 D 3 4
5 E 5 3
6 F 2 3
7 G 3 5
8 H 2 3
9 I 1 4
10 J 3 3

Selepas praktis

Bil.percubaan Responden Perempuan Lelaki


1 A 7 6
2 B 6 6
3 C 4 7
4 D 7 7
5 E 6 6
6 F 6 7
7 G 7 7
8 H 4 6
9 I 4 7
10 J 5 8

1.1 Rajah di atas menunjukkan sebelum praktis ketepatan lantunan bola tenis tepat
pada sasaran bagi pelajar tahun 5 Dedikasi
1.2 Rajah di atas menunjukkan selepas praktis ketepatan lantunan bola tenis tepat
pada sasaran bagi pelajar tahun 5 Dedikasi

LAPORAN LENGKAP

Berdasarkan graf dan jadual di atas ,hasil kajian menunjukkan tentang bilangan
ketepatan lantunan bola tepat pada sasaran dengan menggunakan tangan bukan
dominan murid tahun 5 Dedikasi .Hasil kajian diambil berdasarkan daripada sebelum
praktis dan selepas praktis bagi murid lelaki dan juga murid perempuan. Hasil kajian
menunjukkan perbezaan prestasi murid dalam lantunan bola tepat pada sasaran
dengan menggunakan tangan bukan dominan amat ketara dapat dilihat menerusi
praktis yang dilakukan sebelum latihan dan selepas latihan tersebut. Hal ini jelas
terbukti bahawa prestasi murid-murid tahun 5 Dedikasi semakin bertambah baik apabila
banyak praktis dilakukan sama ada oleh murid-murid perempuan mahupun murid-
murid lelaki.

Hal ini sangat bertepatan dengan hipotesis nol yang dibuat iaitu semakin banyak
praktis dilakukan, semakin tepat bola mengenai ke arah sasaran yang dituju. Namun
begitu, graf peratusan bilangan bola yang mengenai sasaran yang ditunjukkan bagi
murid-murid lelaki lebih tinggi berbanding murid-murid perempuan terutamanya sekali
semasa praktis selepas latihan dengan menggunakan balingan tangan yang bukan
dominan. Hal ini disebabkan oleh kerana kemahiran motor halus dan motor kasar
murid-murid lelaki lebih tinggi dan lebih baik berbanding murid-murid perempuan.
Justeru itu, peningkatan prestasi bagi murid lelaki dan perempuan amat
memberansangkan hasil daripada sesi latihan yang kerap dilakukan oleh guru kepada
murid-murid. Melalui graf dan jadual di atas,bilangan bola yang mengenai sasaran yang
ditunjukkan oleh murid-murid lelaki lebih banyak berbanding murid-murid perempuan
walaupun selepas praktis.Hal ini membuktikan bahawa murid-murid lelaki lebih
menguasai daripada perkembangan motor halus dan juga motor kasar.Namun
begitu,bilangan bola yang mengenai sasaran selepas praktis adalah lebih meningkat
berbanding sebelum praktis.Hal ini adalah bersesuaian dengan hipotesis nol yang
dibuat.Setiap responden samaada murid-murid lelaki mahupun murid-murid perempuan
menunjukkan prestasi yang baik kerana telah meningkat dari segi bilangan lantunan
bola yang mengenai sasaran selepas praktis dilakukan.

Seperti yang kita sedia maklum, praktis merupakan aktiviti yang dilakukan
dengan kadar ulangan yang tinggi dan juga salah satu daripada usaha merancang
dalam pembelajaran kemahiran motor serta ianya perlu dipertimbangkan dalam
beberapa perkara yang merangkumi seperti jenis praktis, kaedah praktis dan taburan
praktis. Kaedah praktis boleh diaplikasikan secara fizikal dan mental. Oleh itu, saya
telah membuat satu kaedah praktis berbentuk fizikal yang mana mengadakan satu ujian
ke atas murid mengenai cara lontaran atau lantunan bola tenis bagi menepati sasaran
dengan menggunakan tangan yang bukan dominan. Hasilnya adalah seperti yang
ditunjukkan dalam graf di atas.Saya juga memberi peluang kepada murid-murid untuk
membuat percubaan lantunan bola sebanyak 20 percubaan sebelum mengulangi 10
lantunan untuk bacaan selepas praktis.

Melalui ujian ini dan melalui hasil kajian yang diperolehi,dapat dilihat bahawa
setiap individu mempunyai perbezaan daripada pembelajaran motor dan juga
perkembangan motor.Hal ini jelas ditunjukkan melalui jadual dan juga graf
diatas.Responden J menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam bilangan lantunan
bola mengenai sasaran selepas praktis berbanding responden A dan B bagi murid
lelaki.Manakala,bagi murid perempuan,responden A,D dan G menunjukkan prestasi
motor yang tinggi selepas praktis dilakukan bagi melakukan lantunan bola mengenai
sasaran.Perbezaan individu ini adalah disebabkan faktor-faktor yang tertentu.Antaranya
ialah disebabkan faktor perbezaan saiz fizikal,kematangan seseorang
individu,pemakanan dan lain-lain.

Melalui graf dan jadual di atas,bagi murid-murid perempuan,responden A


membuat telah membuat 4 lantunan bola tenis yang mengenai sasaran sebelum praktis
dan 7 lantunan bola tenis yang mengenai sasaran selepas praktis.Bagi responden B
pula,murid tersebut telah membuat 3 lantunan bola mengenai sasaran sebelum praktis
dan juga 6 lantunan bola tenis yang mengenai sasaran selepas praktis
dilakukan.Responden C tidak dapat membuat lantunan bola tenis yang mengenai
sasaran sebelum praktis tetapi 4 lantunan bola tenis yang mengenai sasaran.Bagi
responden D pula,responden telah membuat 3 lantunan bola tenis yang mengenai
sasaran sebelum praktis dan 7 lantunan yang mengenai sasaran selepas
praktis.Responden E telah membuat 5 lantunan bola tenis yang mengenai sasaran
sebelum praktis dan lantunan bola tenis yang mengenai sasaran selepas praktis.Bagi
responden F pula,responden telah membuat 2 lantunan bola yang mengenai sasaran
sebelum praktis dan 6 lantunan selepas praktis.Responden G pula telah membuat 3
lantunan bola tenis yang mengenai sasaran sebelum praktis dan 7 lantunan selepas
praktis.Bagi responden H pula,responden melakukan 2 lantunan bola tenis yang
mengenai sasaran sebelum praktis dan 4 lantunan selepas praktis.Bagi responden
I,responden telah melakukan hanya satu lantunan yang mengenai sasaran sebelum
praktis dan 4 lantunan selepas praktis.Responden J telah melakukan 3 lantunan bola
tenis yang menegenai sasaran sebelum praktis dan 5 lantunan selepas praktis.

Berdasarkan graf di atas, bagi murid-murid lelaki pula,bagi responden


A,responden telah melakukan 4 lantunan bola tenis yang mengenai sasaran sebelum
praktis dan 6 lantunan selepas praktis.Responden B pula telah melakukan 2 lantunan
bola tenis sebelum praktis dan 6 lantunan selepas praktis.Bagi responden C,responden
melakukan 3 lantunan sebelum praktis dan 7 lantunan selepas praktis.Responden D
pula telah melakukan 4 lantunan bola tenis yang mengenai sasaran sebelum praktis
dan 7 lantunan selepas praktis.Responden E telah melakukan 3 lantunan bola yang
mengenai sasaran sebelum praktis dan 6 lantunan selepas praktis.Untuk responden F
pula,responden telah membuat 3 lantunan mengenai sasaran sebelum praktis dan 7
lantunan selepas praktis.Responden G pula telah melakukan 5 lantunan bola yang
mengenai sasaran sebelum praktis dan 7 lantunan selepas praktis.Responden H telah
melakukan 3 lantunan bola yang mengenai sasaran sebelum praktis dan 6 lantunan
selepas praktis mengenai sasaran yang dituju.Bagi responden I pula,responden telah
melakukan 4 lantunan mengenai sasaran sebelum praktis dan 7 lantunan selepas
praktis.Manakala responden J melakukan 3 lantunan bola yang mengenai sasaran
sebelum praktis dan 8 lantunan selepas praktis.

Pada mulanya praktis sebelum latihan, murid-murid lelaki mahupun perempuan


sukar untuk melakukan lantunan bola tenis tersebut untuk menepati sasaran dengan
menggunakan tangan yang bukan dominan tetapi setelah diberi praktis yang kerap
selama 20 percubaan kepada murid-murid dan hasilnya murid-murid dapat
menunjukkan peningkatan dalam prestasi motor.Hal ini dapat ditunjukkan melalui
borang skor yang telah saya sediakan bagi menanda peningkatan prestasi mereka
dalam 10 percubaan yang berikutnya selepas praktis dilakukan. Oleh itu, di sini dapat
saya jelaskan bahawa semakin banyak praktis dilakukan ke atas murid, semakin tepat
bola menuju sasaran yang ditujui setelah melakukan kajian ke atas mereka. Dengan ini,
membolehkan mereka melakukan lantunan bola tersebut dengan menggunakan kedua-
dua belah tangan sama ada tangan dominan mahupun bukan dominan. Hal ini kerana
mereka tidak akan menghadapi masalah lagi setelah banyak praktis telah di buat bagi
murid untuk menguasai kemahiran melantun bola dengan menggunakan tangan yang
bukan dominan.Murid-murid juga dapat mengembangkan prestasi motor mereka
dengan menggandakan praktis bagi menghasilkan prestasi yang tinggi.Dalam masa
yang sama,murid-murid juga dapat membiasakan diri dengan tangan bukan dominan
mereka.Bagi murid-murid yang tidak biasa menggunakan tangan bukan dominan
mereka,melalui ujian ini,murid-murid dapat memperkembangan pembelajaran motor
dan prestasi motor melalui latihan lantunan bola untuk mengenai sasaran dengan
menggunakan tangan bukan dominan mereka.
REFLEKSI KENDIRI

Pada keseluruhannya saya telah dapati tugasan kami pada kali ini telah memberi
saya pelbagai pengalaman dan juga ilmu dalam menguruskan murid-murid dalam
melakukan ujian berdasarkan perkembangan dan juga prestasi motor sebelum dan
selepas praktis.Pertama sekali, tugasan ini telah banyak membantu diri saya agar
menjadi lebih bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu dan lebih peka terhadap
tugasan yang telah diberikan kepada saya.Hal ini kerana saya perlu menyediakan
pelbagai bahan dan merancang prosedur perlaksanaan sebelum menjalankan tugasan
projek ini. Penyediaan awal akan memastikan aktiviti yang dilakukan itu berjalan
dengan lancar tanpa sebarang masalah. Saya juga berkesempatan berkongsi idea
bersama rakan saya iaitu Nor Ramy binti Mohd Lazim dan Nurul Nabihah bt Azmi
dalam melaksanakan tugasan ini. Kami mebuat perbincangan bagi hal-hal yang
berkaitan dengan tugasan ini agar dapat melaksanakan tugasan ini dengan lancar.
Setelah perbincangan yang dilakukan bersama mentor kami iaitu Encik Latif ,kami
boleh terus melakukan kajian projek setelah meminta kebenaran daripada pihak Guru
Besar. Perancangan dan persiapan awal akan membantu untuk menjimatkan masa dan
memastikan tugasan ini dapat diselesaikan dengan baik.Melalui hasil ujian yang
dilakukan kepada murid-murid Tahun 5 Dedikasi,saya dapati murid-murid mendapat
skor yang berbeza sebelum dan selepas praktis. Ada pelajar yang mempunyai
kemahiran motor yang sangat bagus dan sebaliknya. Sewaktu ujian tersebut dijalankan,
para pelajar memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap penerangan yang
diberikan oleh saya.Murid-murid dikehendaki untuk melantunkan bola dan mengenai
sasaran di dinding dengan menggunakan tangan bukan dominan.Hasil ujian mendapati
murid-murid lelaki menunjukkan prestasi yang lebih baik samaada sebelum dan selepas
praktis berbanding dengan murid-murid perempuan.

Sebelum ini, saya kurang faham tentang konsep pembelajaran motor dan
perkaitannya tentang perbezaan individu.Oleh itu,saya telah mengambil inisiatif untuk
mencari dan membaca bahan rujukan yang telah disediakan.Di samping itu,saya juga
merujuk kepada nota ynag telah diberikan oleh pensyarah saya.Melalui perbincangan
dengan rakan-rakan,saya semakin jelas terhadap tugasan ini. Tugasan ini telah
menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan saya tentang pembelajaran motor dan juga
perkembangan motor. Di sebabkan itu saya terpaksa merujuk pelbagai sumber dalam
mendapatkan maklumat sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dalam
proses yang sama, saya terpaksa membaca bagi memahami konsep-konsep yang
penting bagi menjalani tugasan yang diberikan ini. Oleh yang demikian, tugasan ini juga
telah meningkatkan lagi pengetahuan saya di samping memberi saya motivasi dalam
menambahkan ilmu dan pengetahuan saya tentang konsep pembelajaran motor dan
perkembangan motor dan juga praktis yang dilakukan.Melalui ujian ini saya dapati
setiap individu mempunyai perbezaan dari segi pembelajaran dan juga prestasi motor.

Melalui ujian ini,terdapat juga kekangan yang saya hadapi.Antaranya ialah


kekurangan kefahaman terhadap tugasan ini pada mulanya.Setelah diteliti soalan
tugasan in,saya mengambil insiatif untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin
bagi menghasilkan hasil ujian yang baik.Selain itu,masalah lain yang saya hadapi ialah
masalah dalam mencari sumber bagi mendapatkan maklumat tentang tugasan ini.Di
sebabkan itu,saya mengambil inisiatif lain dengan membuat perbincangan dengan
rakan-rakan lain bagi mendapatkan maklumat yang betul tentang konsep pembelajaran
dan perkembangan motor.Di sebabkan masa Pendidikan Jasmani di sekolah adalah 30
minit,kami mendapat kesukaran untuk melakukan ujian tersebut kerana ujian ini
melibatkan 20 orang murid iaitu murid perempuan dan juga murid lelaki.Ujian ini
mengambil masa yang lama bagi mendapatkan hasil ujian yang baik kerana ianya juga
melibatkan 10 percubaan sebelum praktis dan 10 percubaan selepas praktis di samping
murid mendapat 20 percubaan untuk praktis.Selain itu juga,kami mendapat kekangan
untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk melakukan ujian ini.Hal ini di sebabkan
terdapat longkang berhampiran dinding di sekolah tersebut.Namun begitu,kami
mengambil inisiatif dengan mentup longkag tersebut dengan papan yang terdapt di
sekolah tersebut.Jadi,keadaan dapat di kawal dengan baik.Walaupun ujian ini dilakukan
pada bulan ramadhan,murid-murid telah memberikan kerjasama yang sangat baik.

Cadangan saya pada masa yang akan datang,pihak sekolah dapat memberikan
kerjasama yang sepenuhnya kepada guru-guru pelatih dengan memberikan peluang
kepada guru-guru pelatih untuk menjalankan aktiviti di sekolah.Selain itu juga,cadangan
saya untuk menambahbaikkan tugasan ini adalah dengan melibatkan lebih ramai murid
untuk menghasilkan hasil ujian yang berkesan dan baik.Saya harap dengan
pengalaman yang saya perolehi semasa melakukan ujian ini,saya dapat gunakan pada
masa akan datang.Sebagai bakal guru,saya perlu tahu untuk membuat perancangan
awal agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Oleh
itu,tugasan ini akan menjadi lebih baik pada masa yang akan datang.Dengan
kefahaman dan ilmu tentang pembelajaran dan perkembangan motor,hasil tugasan ini
akan bertambah baik.

Akhir sekali, saya ingin memberi penghargaan kepada semua pihak yang telah
banyak membantu diri saya serta rakan-rakan saya yang lain sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung semasa menyiapkan tugasan ini.Saya juga berharap
dapat menggunakan setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan yang ada pada masa
akan datang sebagai seorang bakal guru.
RUJUKAN

http://pjk.ipti.edu.my/pembelajaranmotor/Teori%20Pembelajaran%20Motor.pdf.

Dilayari pada 3 Ogos 2010.

http://www.google.com.my/#hl=en&q=kawalan+motor+lingkaran+terbuka
%28pembelajaran+motor%29&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=9c816dee80b58854

Dilayari pada 14 september 2010

http://zarin58.tripod.com/pmotor.htm

Dilayari pada 18 september 2010

http://www.google.com.my/#hl=en&q=tunjang+4%3Apraktis&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_
rfai=&fp=9c816dee80b58854
Dilayari pada 19 september 2010

Edaran nota Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor (PJM 3105)

(Edisi 2009)

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai