Anda di halaman 1dari 2

2.

Apakah perkaitan ketiga-tiga elemen ini ( prestasi fizikal, aktiviti fizikal dan pembelajaran motor) dalam perkembangan pergerakan motor seorang individu? Definisi Prestasi fizikal adalah kemampuan nyata (actual ability) yang dicapai individu dari satu kegiatan atau usaha melakukan sesuatu aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekrasi, bersenam dan bersukan. Pembelajaran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang fokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Manusia dapat menanggani alam sekitar yang tidak menentu dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari.Kejayaan ini bergantung kepada keupayaan organisma mengadaptasi & mengatasi ciri-ciri persekitaran yang tidak menentu.

Faedah aktiviti fizikal Membina daya tahan - Membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat - Memberikan kita lebih tenaga (contoh: berjalan laju, berlari-lari anak, berbasikal, berenang, sekat berakit dan aerobik)

Membina Kelenturan - Membantu pergerakan badan - Merelakskan otot-otot - Memudahkan pergerakan sendi (contoh: mop lantai, senaman regangan, tai-chi dan yoga)

Membina Kekuatan - Membantu tulang dan otot kita kekal kuat - Memperbaiki postur - Mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis (contoh: berkebun seperti manyangkul, memotong kayu dan menebas, mengangkat dan membawa barang-barang harian yang dibeli, naik tangga, senaman seperti tekan tubi dan bangun tubi

Perkaitan antara prestasi fizikal, aktiviti fizikal dan pembelajaran motor dalam perkembangan pergerakan motor seorang individu Terdapat perkaitan yang rapat antara prestasi fizikal, aktiviti fizikal dan pembelajaran motor. Pembelajaran motor akan mengajar seseorang untuk menguasai cara melakukan sesuatu aktiviti fizikal dengan cara yang betul melalui penguasaan motor. Melalui pembelajaran motor, seseorang individu akan dapat mengaplikasikan sesuatu aktiviti fizikal dengan baik. Jika seseorang individu dapat melalukan sesuatu aktiviti fizikal dengan baik, maka ia menunjukkan prestasi fizikal yang tinggi. Contohnya, seorang pemain badminton yang telah menguasai pembelajaran motor terhadap bahagian tangan boleh melalukan smash yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai