Anda di halaman 1dari 3

PENGERTIAN PERTUMBUHAN MANUSIA Pertumbuhan menunjukkan aspek perubahan pada badan seseorang yang boleh diukur secara kuantitatif.

Perubahan pada badan kanak-kanak yang boleh diukur secara kuantitatif adalah seperti berat dan tinggi. Perubahan terebut dapat diukur dalam unit gram dan sentimeter. Menurut Atan Long (1982) pertumbuhan adalah perubahan yang dapat diukur daripada satu peringkat yang lain dan dari satu masa kepada satu masa yang lain. Pertumbuhan yang biasa akan terhenti apabila orgasma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa.

PENGERTIAN PERKEMBANGAN MANUSIA Atan Long (1990) Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif.Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan denganperingkat yang lebih awal. Paul Eggan dan Don Kauchak Berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalamdiri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Salvin (1997) Berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran danberubah melalui peredaran masa. Beliau juga berpendapat individu akanmengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal,personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa. Crow dan Crow (1980) Perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Kesimpulan Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif,tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa.Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehinggaakhir hayat organism.

PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN Aspek Proses Pertumbuhan (perubahan kuantitatif) Jasmani tinggi, saiz berat dan bilangan gigi bertambah Proses Perkembangan (perubahan kualitatif) Bertambah kemahiran menggunakan anggota spt mengangkat, berjalan, berlari dan melompat Mental Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa,angka, pemikiran, penaakulan,pembentukan konsep dan ingatan Sosial Mula berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga spt jiran,rakan sebaya dan guru Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplin kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya Emosi Tumbuhnya perasaan suka,duka, marah, sayang dan sebagainya Berupaya menguasai perasaan dan perasaan ketika marah atau cemburu

PENGERTIAN PROSES KEMATANGAN Kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor intrinsik, terutamanya gen, iaitu bahan kimia terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Walau bagaimanapun proses mekanisme ringkas dimana gen tidak bekerja secara berasingan dan mereka menerima isyarat daripada cytoplasm, iaitu bahan sel di luar nukleus (Gesell, 1952, rajah 2.1) oleh sebab cytoplasm) ialah persekitaran gen, maka sukar bagi kit a menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran. Mereka dapat memberhentikan mata mereka dan melihat at will kerana satu bentuk perkaitan baru telah terbentuk antara dedenyut saraf dalam otak dan otototot kecil yang menggerakkan mata. Dalam waktu sebulan, bayi biasanya boleh mengikutinya melalui sebuah organisasi baru iaitu antara otot mata dan otot yang memusingkan

kepala.Pembentukan berterusan dalam proses perkembangan ialah apabila bayi dapat mengorganisasikan pergerakan mata mereka dengan pergerakan tangan mereka apabila melihat apa yang mereka pegang. Dalam usia empat bulan, bayi iasanya boleh memegang sebuah alat permainan dan memerhatikannya dalam masa yang sama. This is significant growth gain. It means that eyes and hand are doing team work, coming into more effective coordination. Mental growth cannot be measured in inches and pounds. So it is appraised by patterns (Gesell, 1952).

Anda mungkin juga menyukai