Anda di halaman 1dari 1

A sedang bersair-siar di taman. Tiba-tiba, Ibu A memanggilnya balik ke rumah untuk menolong membuat kerja di rumah.

Pada masa yang sama, dia terjumpa dengan 2 orang rakannya dan rakannya telah mengajaknya bermain bersama-sama. A telah menjelaskan bahawa dia perlu balik ke rumah untuk menolong ibunya membuat kerja tetapi rakan-rakannya tetap ingin dia bermain bersama-sama. Apakah yang A perlu buat untuk menyelesaikan situasi ini? A merupakan murid cemerlang di dalam kelas. Pada satu hari, guru matematik ingin membahagikan murid-murid kepada kumpulan untuk membuat kerja berpasanagan. 2 orang rakan terbaik A telah mengajaknya untuk membuat kerja tersebut bersama-sama. Apakah yang perlu dibuat oleh A untuk menyelesaikan situasi ini untuk mengelakkan pertelingkahan yang mungkin akan berlaku? A sedang bermain dengan B dan C. Tiba-tiba, D datang mengacau mereka yang sedang bermain atas sebab perasaan cemburu. Apabila D diajak bermain bersamasama, D pula merajuk dan tidak ingin bermain bersama mereka. Apakah yang boleh dibuat oleh A, B dan C untuk menghadapi situasi ini? A merupakan murid cemerlang di dalam kelas. Pada masa ujian dijalankan, 3 orang rakannya yang duduk berdekatan ingin menyalin jawapannya dan permintaan tersebut telah ditolak. Selepas tamat ujian, 2 orang rakannya tersebut enggan berinteraksi dengan A atas sebab permintaan mereka telah ditolak tadi. Apakah yang boleh dibuat oleh A untuk menangani situasi ini? A sedang berbasikal dengan 3 orang rakannya di kawasan perumahan. Mereka telah sampai ke sebuah rumah yang mempunyai sepohon pokok rambutan yang berbuah lebat di tepi pagar rumah. Antara seorang daripada rakannya mencadang untuk memanjat pokok untuk mencuri rambutan. Dua orang rakannya yang lain juga bersetuju tetapi A membantah. A menyatakan bahawa perbuatan mencuri adalah salah tetapi 3 orang rakannya mengejek A merupakan pengecut yang takut mati. Apakah yang harus dibuat oleh A apabila menghadapi situasi ini?

Anda mungkin juga menyukai