Anda di halaman 1dari 38

PENYELESAIAN MASALAH

Pengetahuan dalam matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah matematik merupakan satu kemahiran yang sangat penting dan ianya adalah objektif utama dalam pembelajaran matematik di sekolah rendah.

OBJEKTIF
Pelajar diharapkan agar dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum matematik serta dapat mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza.

Apa Itu Masalah?

Apa Itu Masalah?


Masalah merupakan kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian tetapi penyelesaian itu tidak begitu nyata atau ketara. Ia merupakan cabaran kepada murid yang harus memainkan peranan aktif dalam penyelesaiannya.

Apa Dia Penyelesaian Masalah?

Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik.

Apa itu Heuristik?

Apa itu Heuristik?


Heuristik ialah satu kaedah umum yang mana dapat diapliksikan kepada semua jenis masalah.

Apa Itu Masalah Penyiasatan ( Heuristics) ?


Merupakan latihan penyelesaian masalah yang lebih luas. Ia biasanya berbentuk terbuka dan boleh diintepretasikan atau dikembangkan oleh pelajar dalam banyak cara. Satu penggunaan penting proses penyiasatan ialah membolehkan pelajar meneroka kepentingan konsep matematik dan perhubungannya.

Tahap-tahap utama dalam penyiasatan


mengumpul data analisis data untuk penemuan dan rumusan pembuktian atau penerokaan perkembangan

Apa Dia Penyelesaian Masalah?

Proses yang digunakan untuk menentukan jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan. Murid perlu berfikir, membuat keputusan-keputusan serta menggunakan strategi-strategi untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Jenis-Jenis Masalah

Routine Problem ( masalah rutin) Masalah yang hanya melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannya. Ia hanya memerlukan murid memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari.

Apakah jumlah luas padang yang berukuran 100 meter x 1000 meter? Seorang pekerja dibayar RM8.50 per jam. Berapakah jumlah pendapatannya selepas 40 jam?

Masalah rutin (routine problem) ialah ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan, ianya bertujuan untuk melatih pelajar untuk menguasai kemahiran asas terutamanya kemahiran aritmetik yang melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.

Dan juga aplikasi secara terus (direct) yang menggunakan formula matematik, mengikut prinsip matematik, secara teori dan persamaan. Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam matematik yang paling mudah atau asas ianya bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai konsep algoritma.

Berikan satu contoh soalan bagi masalah rutin.

Non-Routin Problem ( masalah bukan rutin)


Masalah yang memerlukan prosesproses yang lebih tinggi. Kejayaan dalam penyelesaian masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan murid menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik bersama fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan.

Pertandingan tenis melibatkan 25 orang pemain. Setiap pemain akan bertanding antara satu sama lain, berapa jumlah pertandingan semuanya?

masalah bukan rutin (non-routine problem) pula ialah penyelesaian masalah yang unik dimana memerlukan pelajar mangaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai. Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau dicongak tidak sepertimana menjawab soalan yang berbentuk pengiraan.

Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dimana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya. Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya.

Berikan satu contoh soalan bagi masalah bukan rutin.

Model Penyelesaian Masalah

Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985). Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Model Polya adalah model utama yang digunakan dalam kurikulum matematik dimana ianya mempunyai empat langkah yang mudah difahami dan sering digunakan dalam penyelidikan matematik di Malaysia.

Kemahiran Menyelesaikan Masalah Model Polya


Model yang paling biasa digunakan yang dicadangkan oleh George Polya yang memerlukan pelajar melalui 4 peringkat penyelesaian masalah seperti berikut:

memahami masalah

- pelajar perlu mengetahui apa yang diberi& dan apa yang perlu dicari merancang strategi - cuba mengaitkan dengan pengalaman yang telah dialami dalam menyelesaikan masalah. melaksanakan strategi - membuat penyesuaian berdasarkan kepada perancangan yang telah dirancang pada awalnya. menyemak semula - beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya penylesaian masalah yang dilaksanakan pelajar adalah logik walaupun berbezabeza strategi.

Contoh
Persembahan tarian tradisional melibatkan 32 pelajar. 19 pelajar terlibat dalam tarian zapin dan 15 pelajar terlibat dengan tarian wau bulan. Berapa orang pelajar yang terlibat dalam kedua-dua tarian?

Memahami masalah

Apa soalannya? Apa fakta-fakta yang diberikan? Apa hubungan antara fakta?

Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah

Pada peringkat ini, pelajar akan dibimbing untuk mengenal pasti kata-kata kunci dan menerangkan masalah. Pelajar juga hendaklah mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gambarajah dan bertanyakan beberapa soalan.

Merancang Strategi Penyelesaian


Selepas pelajar memahami soalan tersebut, guru membimbing pelajar untuk merancang strategi yang sesuai dengan permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis strategi penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat simulasi, melukis gambarajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya.

Merancang strategi

Lukis gambarajah venn. Letakkan 19 pembilang dalam bulatan zapin. Letakkan15 pembilang dalam bulatan wau bulan. Untuk mencukupi bilangan 32 pembilang, 2 pembilang perlu berada dalam keduadua bulatan. Dengan itu ada 2 pelajar terlibat dalam dua tarian.

Melaksanakan strategi

Melaksanakan Strategi Penyelesaian


Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah dikenal pasti, pelajar akan melaksanakan strategi tersebut dengan menggunakan kemahiran mengira, kemahiran geometri, kemahiran algebra ataupun kemahiran menaakul

Menyemak semula

Adakah jawapan anda munasabah? Bagaimanakah gambarajah venn membantu anda menyelesaikan masalah? Adakah cara lain untuk menyelesaikan masalah ini?

Menyemak Semula Penyelesaian


Akhirnya, pelajar boleh menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, pelajar boleh mencari cara penyelesaian yang lain atau membuat andaian serta membuat jangkaan lanjut kepada masalah tersebut.

Cuba ini!

Apakah nombor 2 digit terbesar yang boleh dibahagi dengan 3 dan digit- digit itu mempunyai perbezaan 2?

MEMAHAMI

MERANCANG

MELAKSANA

MENYEMAK

CARI

Apa yang diminta? Satu nombor. Apa yang kita tahu tentang nombor tersebut? Nombor kurang dari 100. Ianya boleh dibahagi dengan 3. Perbezaan antara digit ialah 2. Apakah strategi yang sesuai? Bekerja secara songsang dari 99senaraikan nombor dan hapuskan yang tidak meneapati syarat-syarat yang dinyatakan. (Nota: kita telah menghapuskan nombor yang lebih besar dari 99)

MERANCANG

MELAKSANA

99, 98, 97, 96, 95, 94, 93, 92, 91, 90, 89, 88, 87, 86, 85, 84, 83, 82, 81, 80, 79, 78, 77, 76, 75, 74, 73, 72, 71, 70, . . .
Hapuskan nombor yang boleh dibahagi dengan 3: 99, 98, 97, 96, 95, 94, 93, 92, 91, 90, 89, 88, 87, 86, 85, 84, 83, 82, 81, 80, 79, 78, 77, 76, 75, 74, 73, 72, 71, 70, . . . Seterusnya, hapuskan semua nombor yang tidak mempunyai perbezaan 2 antara digit: 99, 96, 93, 90, 87, 84, 81, 78, 75, 72, . . . 75 adalah nombor yang terbesar yang masih tinggal.

MENYEMAK

Adakah kita menjawab soalan? Ya. Adakah kita menepati syarat nombor dua digit yang boleh dibahagi dengan 3 dan berbeza 2 antara digit.

Anda mungkin juga menyukai