Anda di halaman 1dari 5

Teori Perkembangan Rohani Imam Ghazali

http://amaljaya.com/guru/2010/03/13/teori-perkembangan-rohani-imam-al-ghazali-1058-
%E2%80%93-1111/

Menurut Al-Ghazali, terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi pembentukan personaliti. Ketiga-tiga faktor

tersebut ialah hati, nafs, dan akal.

Hati

Hati secara lahiriah dikatakan sebagai seketul daging yang berfungsi untuk pengedaran darah. Pengertian kedua

merujuk hati sebagai rohaniah manusia yang berpusat kepada naluri rasional. Sejauh mana hati manusia itu

dapat menghayati risalah Allah menentukan kualiti hati individu. Individu yang hatinya belum kukuh dengan

tuntutan agama memerlukan akalnya untuk memandu ia bertindak. Hati individu ini dikatakan hati “qalbun”.

Hal ini berbeza dengan individu yang hatinya berkualiti tinggi, iaitu hati “lubbun” di mana lahirnya cetusan

hati (intuition)yang rasional dan ikhlas membimbing akal. Di antara dua jenis hati ini ialah hati “fuaadun” di

mana hati individu itu sudah ada keyakinan terhadap risalah Allah.

Nafs

Apakah yang dimaksudkan dengan nafs? Menurut Al-Ghazali, nafs dirujuk sebagai tabii keinginan. Untuk

memahami nafs, lihat individu di sekeliling anda. Anda akan dapati adanya individu yang bertindak mengikut

runtunan hawa nafsu hingga dia memperoleh sifat kejahatan dan kerosakan. Individu sedemikian dikatakan

berfungsi pada nafs yang terendah, iatu nafs ammarah. Pernahkah anda bertemu dengan individu yang lemah

lembut tutur kata, menerima dengan sepenuh hati (redha) atas ketentuan Allah ke atas dirinya, berterima kasih

kepada sesama manusia, bersyukur di atas nikmat pemberian Allah, dan merasai cukup dengan apa yang ada

(qanaah)? Individu sedemikian dikatakan sebagai “malaikat hidup” di mana ia berfungsi pada nafs mardiah,

nafs yang arasnya yang kedua tertinggi. Nafs kamilah hanya dicapai oleh para rasul yang mempunyai sifat diri

yang sempurna.

Nafs terbahagi kepada tujuh tahap. Susunan nafs dari nafs terendah hingga tertinggi ialah nafs ammarah,

diikuti oleh nafs lawwamah, nafs mulhamah, nafs mutmainnah, nafs radiah, nafs mardiah dan tertinggi ialah nafs

kamilah. Bagaimana pun, manusia biasa boleh mencapai tahap nafs mutmainnah di mana jiwa manusia itu dapat

menahan runtunan nafsu syahwat lalu mencapai ketenangan. Kualiti nafs ini mencorakkan personaliti individu

itu menjadi manusia yang rasional dan aman.

Akal

Akal merupakan anugerah Allah yang khusus untuk manusia. Ia dikatakan sebagai intelek yang membolehkan

manusia membentuk konsep, generalisasi, dan berdaya rasional. Jelasnya, kehadiran akal membolehkan
manusia berfikir secara rasional. Adakah semua manusia bertindak berpandukan akal yang rasional? Tegasnya,

kualiti akal manusia berbeza hingga dikatakan terdapat tiga jenis akal. Kanak-kanak berumur dua tahun

contohnya bertindak mengikut apa yang dilihat. Jika bola ditutup dengan kain, kanak-kanak akan mengalihkan

perhatian kepada objek lain kerana bola itu telah “tiada”. Tegasnya, akal kanak-kanak ini berfungsi kepada apa

yang dilihat sahaja. Terdapatkah tahap pemikiran orang dewasa sedemikian?

Pemikiran individu ini dicorakkan oleh apa yang dapat dilihat lalu menolak perkara yang abstrak contohnya dosa

dan pahala. Akal ini dirujuk sebagai akal biasa, kategori akal yang terendah.

Pernahkah anda melihat keupayaan rakan menganalisis sesuatu perkara berdasarkan sebab-musabab.

Contohnya, individu itu akan mencari faktor penghurai kepada perlakuannya. Akal di peringkat ini dikatakan

akal taakul, kategori akal yang sederhana. Bagi mereka yang boleh berfikir secara ikhlas dan rasional berpandu

kepada kekuatan keimanannya, akal mereka diklasifikasikan berkualiti tinggi (akal tadabbur). Manusia yang

mencapai akal sedemikian dapat bertindak berpandukan fikiran rasional yang dicorakkan oleh keyakinan diri

dan keikhlasan tindakan kerana Allah.

Interaksi antara Akal, Nafs dan Hati Dalam Mempengaruhi Pembentukan Personaliti

Pilih seorang individu yang personalitinya anda kagumi. Cuba anda kenalpasti kualiti akal, nafs, dan hati

individu itu. Rajah 2 di bawah menggambarkan interaksi antara akal, nafs, dan hati dalam mencorakkan

personaliti manusia contohnya dari segi tingkah laku, kawalan kendiri, nilai, emosi, dan pemikiran.

Individu yang mempunyai dua personaliti dalam dirinya, iaitu dirinya yang sebenar dan diri pesona, dikatakan

mempunyai personaliti celaru. Nafsu ammarah merupakan faktor penentu mempengaruhi pembentukan

personaliti individu tersebut hinggakan membataskan kemampuan akal untuk berfikir dan hati untuk membuat

pertimbangan.

Personaliti seimbang menggambarkan individu yang tindakan nafsu dan hatinya dikawal oleh akal. Individu ini

dapat mengimbang dan menyepadukan tuntutan dunia dan akhirat juga jasmani dan rohani. Faktor penentu
yang mempengaruhi pembentukan personaliti ini ialah akal yang rasional. Akal inilah pencorak kualiti hati dan

nafs.

Manusia yang memenuhi semua kriteria insan yang sempurna (insan kamil). Akal dan hati merupakan faktor

penentu dalam mencorak personaliti. Nafs individu ini terkawal sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai