Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU. Nama Pelajar No. KP Opsyen No.

Kad Matrik Kerja Kursus Nama Pensyarah : Rubini A/P Muniandy : 860328-38-6884 : 2 PPISMP RBT/ BI/ BT : 2012121310086 : Pendidikan Jasmani Asas : Encik Syed Kamal

______________________________________________________________________________ KECERGASAN Kecergasan (Kamus Dewan Bahasa) Aktiviti yang mencergaskan (tubuh, otak, dan sebagainya) Ayat: senaman boleh mencergaskan otak. Kecergasan (Laman Web) Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Kecergasan (WHO) Menurut Organisasi Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO) kecergasan adalah kebolehan melakukan sebarang kerja tanpa rasa penat, serta mempunyai cukup tenaga untuk berekreasi dan mempunyai lebihan tenaga untuk melalui peristiwa kecemasan.

1.0 PENGENALAN KECERGASAN 1

1.1 PENDAHULUAN Kecergasan adalah untuk hidup dalam keadaan seimbang dan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi, rohani, sosial serta berkeupayaan melakukan kerja-kerja harian tanpa cepat atau mudah mengalami keletihan dan kelesuan. Di samping itu masih bertenaga untuk melakukan aktiviti riadah dan bertindak jika berlaku kecemasan. Kepentingan kecergasan kapada manusia adalah membentuk keperibadian, kepimpinan dan disiplin diri, membantu melibatkan diri dalam aktiviti sosial dengan lebih cergas, meningkatkan kesedaran individu terhadap diri, masyarakat dan negara serta mencapai kehidupan yang sihat dan cerdas. 1.2 KOMPONEN UTAMA KECERGASAN 1.2.1 Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. 1.2.2 Kecergasan Mental Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal. 1.2.3 Kecergasan Sosial Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini. 1.2.4 Kecergasan Emosi Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.

1.2.5 Kecergasan Rohani Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif

1.3 KECERGASAN FIZIKAL Kecergasan fizikal ialah kerja fizikal harian dan dapat berfungsi secara berkesan. Seseorang individu juga dapat mengatasi hal-hal kecemasan dengan efisien dan meluangkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Kecergasan fizikal sering kali dikaitkan dengan keupayaan seseorang individu untuk menggunakan masa senggang, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecergasan. 1.3.1 Definasi Kecergasan Fizikal Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan daripada ancaman penyakit-penyakit hipokenetik seperti penyakit jantung, obesiti (kegemukan) dan tulang. Kecergasan untuk kemahiran pula merujuk fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan seseorang bertanding dalan aktivit sukan dengan lebih tenaga, mempunyai daya kuasa, kuat, berdaya tahan, berkemahiran dan sebagainya. FALLS (1980) Kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mengcukupi untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul. CLARKE (1979)

1.3.2

KECERGASAN FIZIKAL

Berasaskan Kesihatan

Berasaskan Kemahiran Motor

Daya Tahan Kardiovaskular Daya Tahan Otot Kekuatan Otot Fleksibiliti Komposisi Tubuh Badan

Kelajuan Ketangkasan Kuasa Otot Imbangan Koordinasi Masa Tindak Balas

1.3.4 Kecergasan Fizikal berlandaskan Kesihatan Daya Tahan Kardiovaskular i) ii) iii) Merujuk keupayaan kardiovaskular mengedar sistem darah beroksigen ke otototot yang bekerja dengan efisien. Seseorang bergantung kepada kombinasi jantung, paru-paru dan saluran darah yang efisien. Sistem respirasi dan sistem peredaran darah membekalkan oksigen kepada selsel dan organ-organ di dalam badan untuk melakukan aktiviti fizikal bagi jangka masa yang panjang. iv) v) Aktiviti-aktiviti daya tahan kardiovaskular melancarkan lagi sistem peredaran darah dan meningkatkan kebolehan paru-paru berfungsi secara optimum. Contoh aktiviti daya tahan kardiovaskular ialah latihan aerobik seperti berjalan kaki, berenang, larian bendera, merentas desa, latihan jeda latihan fartlek dan banyak lagi.

Daya Tahan Otot i) ii) iii) Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya berulang-ulang dalam jangka masa yang panjang tanpa cepat berasa lesu. Membantu seseorang melakukan kegiatan yang membebankan anggota badan secara berterusan. Contoh aktiviti daya tahn otot ialah naik dan turun tanga, bench press dan latihan jeda serta sebagainya yang berkaitan.

Kekuatan Otot i) ii) iii) Kebolehan kumpulan otot menghasilkan daya untuk mengatasi rintangan. Kekutan sesuatu otot boleh menghasilkan kuasa kontraksi atau pengucupan otot yang maksimum. Contoh aktiviti kekuatan otot ialah tekan tubi, bangkit tubi dan latihan litar.

Fleksibiliti i) ii) iii) Keupayaan otot, sendi tendon dan ligamen melakukan pergerakan dengan licin pada julat pergerakan yang maksimum. Hasil sesuatu pergerakan ditentukan oleh panjang otot-otot, ligamen, tendon dan struktur sendi. Contoh aktiviti fleksibiliti ialah gimnastik dan kelenturan.

Komposisi Tubuh Badan i) Merujuk peratus kandungan badab berbanding dengan berat badan yang terdiri daripada tulang dan otot-otot badan ii) Pada amnya, berat badan seseorang individu merangkumi 70 hingga 80 peratus otot dan tulang manakala 20 hingga 25 peratus adalah lemak. iii) Bentuk badan manusia dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu Endomof (gemuk), Ektomof (kurus) dan Mesomof (sasa).

1.3.5 Kecergasan Fizikal berlandaskan Kemahiran Motor Koordinasi (KOD) i) Koordinasi ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. Koordinasi melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan ii) Individu yang mempunyai koordinasi mata dan tangan berbakat dalam bidang sukan seperti badminton dan tenis. Individu yang mempunyai koordinasi mata dan kaki yang baik pula cemerlang dalam bidang sukan seperti bola sepak. iii) Contoh aktiviti koordinasi ialah burpees.

Imbangan i) Imbangan merujuk kebolehan seseorang mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti dan dasar atau tapak yang menyokongnya diubah atau statik. Imbangan terbahagi kepada dua jenis iaitu imbangan statik dan imbangan dinamik. ii) Imbangan statik merujuk kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti berada setempat iii) Imbangan dinamik pula merujuk kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. iv) Contoh aktiviti imbangan ialah berdiri dengan sebelah kaki.

Ketangkasan i) ii) iii) Kuasa 7 Ketangkasan ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan berturutan atau mengubah kedudukan dengan pantas dan tepat. Kepantasan melibatkan aspek-aspek koordinasi gerak badan. Contoh aktiviti ketangkasan ialah lari ulang-alik.

i) ii) iii) Kelajuan i) ii) iii)

Kuasa ialah keupayaan otot untuk menghasilakan daya yang maksimum dalam masa yang singkat. Kuasa melibatkan kekuatan dan kelajuan otot. Contoh aktiviti kuasa ialah melontar peluru, melompat tinggi dan lempar cakera .

Kelajuan adalah keupayaan untuk melekukan pergerakan dari suatu kedudukan yang baru dalam masa yang singkat. Kelajuan ditentukan oleh hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. Contoh aktiviti kelajuan ialah lari pecut 100 meter.

Masa Tindak Balas i) ii) Masa tindak balas adalah satu jangka masa yang diambil untuk bergerak selepas menerima rangsangan untuk membuat demikian. Contoh aktiviti masa tindak balas ialah berlari pecut.

RUMUSAN 8

Definisi komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kemahiran lakuan motor ini di huraikan bagi membantu seseorang individu memahami serta dapat melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kemampuan fizikal individu tersebut. Malahan, mereka dapat mengelakkan kecederaan dan kecemasan ketika melakukan sesuatu aktiviti. Definisi Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Definisi kecergasan ini juga membantu individu untuk berfikir menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal, berinteraksi dengan lebih berkesan,menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.

LAMPIRAN

Gambar 1: Contoh Aktiviti Daya Tahan Kardiovaskular

Gambar 2: Contoh Aktiviti Daya Tahan Otot

Gambar 3: Contoh Aktiviti Kekuatan Otot

Gambar 4: Contoh Aktiviti Fleksibiliti

10

Gambar 5: Contoh Komposisi Tubuh Badan

Gambar 6: Contoh Aktiviti Koordinasi

Gambar 7: Contoh Imbangan

11 Gambar 8: Contoh Aktiviti ketangkasan ( ulang- alik)

Gambar 9: Contoh Aktiviti Kuasa

12

Gambar 10: Contoh Aktiviti Kelajuan dan Masa Tindak Balas

RUJUKAN AAHPERD. (1980) Health Related Physical FitnessnTest Manual. Reston, VA AAHPERD. Kementerian pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. K. Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihaan. K. Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Internet Scribd.com : Kecergasan fizikal pelbagai. Definisi Komponen Kecergasan Fizikal. Google image: Gambar-gambar latihan sukan berdasarka tajuk.

13

Anda mungkin juga menyukai