Anda di halaman 1dari 29

TUNJANG 4 :

LAKUAN MOTOR DAN


BIOMEKANIK
Definisi kawalan motor
Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisme sistem biologi menghasilkan lakuan motor.
Bidang kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-
duanya.
Jenis lakuan motor
(i) Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari)
Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan
secara luar kawalan.Contohnya: 1) Pantulan lutut 2) Tarik tangan atau kaki bila terkena benda panas
(ii) Lakuan motor berkemahiran (voluntari)
Lakuan motor berkemahiran merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam
kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan. Contohnya :
(a) Badminton
Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang gelanggang, pemain berkemahiran tinggi mungkin
membuat smesy, manakala pemain yang berkemahiran rendah mungkin membalas dengan hantaran lob.
(b) Bola tampar
Ketika menerima servis, pemain pasukan yang kurang berkemahiran akan menghantar semula bola ke
gelanggang lawan, manakala pasukan yang berkemahiran akan membuat strategi menyangga, mengumpan
dan merejam.
Jenis pergerakan berkemahiran (voluntari)
Terdapat dua jenis pergerakan berkemahiran iaitu :
(i) Kemahiran generik
Kemahiran generik ialah kemahiran pergerakan yang diwarisi manusia.
Manusia dilahirkan dengan potensi untuk melakukan pergerakan asas seperti
berjalan.
Kemahiran generik berkembang melalui proses semula jadi seperti
tumbesaran, kematangan dan penuaan.
(ii) Kemahiran berobjektif
Kemahiran berobjektif ialah kemahiran yang dipelajari dan mempunyai
objektif khusus.
Contohnya, modifikasi teknik berjalan untuk memperolehi kelajuan di tahap
optimum. Kemahiran berobjektif berkembang melalui proses fizikal seperti
praktis (pembolehubah pembelajaran) dan latihan (pembolehubah prestasi).
Pengelasan kemahiran motor
Terdapat tiga jenis klasifikasi kemahiran motor yang asas berdasarkan
kriteria yang berbeza iaitu :
(i) Kriteria ketepatan lakuan
Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan ketepatan lakuan.
Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini dibahagikan kepada :
(a) Kemahiran motor kasar
Kemahiran motor kasar melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai otot
utama seperti menendang bola, berlari dan angkat berat.
(b) Kemahiran motor halus
- Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot-otot kecil sebagai
otot utama seperti dart, memanah, boling padang dan menembak.
(ii) Kriteria ciri pergerakan
Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berpandukan kepada cara sesuatu
kemahiran itu dimulakan dan diakhirkan. Permulaan dan pengakhiran kemahiran dikawal
oleh pelaku atau di luar kawalan pelaku. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini
adalah seperti berikut:
(a) Kemahiran diskrit
Kemahiran diskrit ialah kemahiran yang permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh
kemahiran yang terlibat, seperti menangkap bola, menendang dan memanah. Bagi kemahiran
diskrit, permulaan dan pengakhiran lakuan adalah nyata.
(b) Kemahiran berterusan
Kemahiran berterusan ialah kemahiran yang permulaan dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku
seperti berlari dan berenang. Bagi kemahiran berterusan, permulaan dan akhir lakuan adalah tidak
nyata.
(c) Kemahiran siri
Kemahiran siri ialah gabungan beberapa kemahiran diskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri
seperti gimnastik, memandu kereta dan menunggang motosikal.
(iii) Kriteria stabiliti persekitaran
Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan keadaan
persekitaran kemahirannya dihasilkan dalam suasana yang dinamik
(berubah-ubah) atau stabil (tidak berubah-ubah). Kelas kemahiran
berdasarkan kriteria ini terdiri daripada:
(a) Kemahiran luar kawal (open skill).
Kemahiran luar kawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam suasana
yang berubah-ubah dan dipengaruhi oleh faktor luaran (persekitaran)
seperti bermain badminton, berlayar dan menjaga gol.
(b) Kemahiran terkawal (close skill).
Kemahiran terkawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam suasana
stabil dan dipengaruhi oleh faktor dalaman (faktor pelaku) seperti
bermain bowling dan melontar peluru.
Unit 2 Perkembangan Motor
Definisi perkembangan motor
Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus
kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan
dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat.
Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses
semula jadi yang dialami oleh sistem biologi seperti proses
perkembangan, tumbesaran, kematangan dan penuaan.
Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek:
(i) Peningkatan keupayaan (dari bayi hingga dewasa)
(ii) Penurunan keupayaan (dari dewasa hingga tua)
Peringkat perkembangan kemahiran motor
(i) Prinsip I Prinsip cephalo-caudal
Prinsip ini berteraskan perkembangan dari kepala ke
bawah contohnya dari keupayaan fleksi tengkok
sehingga duduk tanpa sokongan.
(ii) Prinsip II Prinsip proksimo-distal
Prinsip ini berteraskan perkembangan daripada aksis
tubuh ke arah luar, contohnya daripada keupayaan
menghulur tangan ke keupayaan mencapai sasaran.
Tingkat/ Tahap pencapaian motor
Tahap pencapaian motor berfokus kepada
perkembangan yang berlaku selepas 2 tahun kelahiran
iaitu apabila keupayaan untuk bergerak tanpa sokongan
dicapai. Tahap pencapaian motor dilihat dalam tiga
aspek perkembangan yang utama :
(i) Perkembangan kawalan postur
Pencapaian motor dalam aspek kawalan postur adalah
seperti berikut (mengikut urutan).
Kawalan kepala Duduk tanpa sokongan Diri tanpa sokongan
(ii) Perkembangan keupayaan lokomotor
Tahap pencapaian lokomotor dalam aspek keupayaan motor adalah seperti
yang berikut (mengikut urutan)
Mengguling Merangkak Diri tanpa sokongan

(iii) Perkembangan keupayaan bukan lokomotor


Pencapaian motor dalam aspek keupayaan bukan lokomotor adalah berciri
seperti berikut (mengikut sekuen)
Keupayaan menggenggam tangan tanpa objek

Keupayaan mencapai sasaran

Keupayaan menggenggam objek


Unit 3 Pembelajaran Kemahiran Motor
Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian
pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi
keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil
proses fizikal seperti praktis dan latihan.
Perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor
boleh digambarkan melalui lengkok pembelajaran kemahiran
dan prestasi motor. Ciri-ciri lengkok pembelajaran kemahiran
dan prestasi motor seperti berikut:
(a) Lengkok lurus (linear)
Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan
prestasi yang seimbang sepanjang proses pembelajaran
(a) Lengkok lurus (linear)

Pembelajaran

Praktis

Maksudnya, semakin banyak praktis yang dijalani,


semakin tinggi kesan pembelajaran yang
diperolehi.Contohnya, dalam kemahiran menjaring
bola keranjang, semakin banyak latihan yang
dilakukan, semakin tinggi kecekapan menjaring.
(b) Lengkok cembung (negatively accelerated)

Pembelajaran

Praktis

Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang tinggi di awal proses pembelajaran
dan kadar peningkatan yang beransur kurang pada penghujung proses tersebut.
Maksudnya, ketika awal praktis, pelatih mengalami peningkatan pembelajaran yang mendadak sehingga
kemahiran asas dicapai dan selepas tahap ini pelatih mengalami kadar peningkatan yang berkurangan.
Contohnya dalam permainan tenis, kemahiran memukul boleh diperolehi dengan kadar yang cepat.
Selepas tahap ini, penguasaan kemahiran memukul (stroke) dengan laju dan terkawal berlaku dengan
kadar yang perlahan.
(c) Lengkok cengkung (positively accelerated)

Pembelajaran

Praktis

Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang sedikit di


awal pembelajaran dan peningkatan mendadak dialami pada penghujung proses
tersebut. Contohnya berenang Untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas
berenang seperti teknik pernafasan mengambil masa yang lama. Apabila
kemahiran-kemahiran ini telah dikuasai keupayaan menguasai gaya-gaya renang
seperti kuak dada boleh berlaku dengan kadar yang cepat.
(d) Lengkok S(Ogive)

Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan


prestasi yang berlaku melibatkan kombinasi ciri-ciri lengkok
linear, cembung dan cekung sepanjang proses
pembelajaran. Contohnya memandu kereta (kemahiran siri).
Pembolehubah-pembolehubah pembelajaran kemahiran
motor
Pembelajaran kemahiran motor dipengaruhi oleh beberapa
pembolehubah iaitu :
(a) Perbezaan individu
Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yang
dikemukakan oleh Fleishman (1972).
Dalam aspek kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua
taksonomi keupayaan motor yang dikemukakan oleh Fleishman iaitu:
(i) Keupayaan persepsi motor
(ii) Kecekapan fizikal
(i) Keupayaan persepsi motor
(a) Koordinasi pelbagai anggota
(b) Ketepatan kawalan
(c) Orientasi respons
(d) Masa reaksi
(e) Kelajuan respons
(f) Keupayaan manipulasi jari
(g) Keupayaan manual
(h) Integrasi respons
(ii) Kecekapan fizikal
Ciri-ciri kecekapan fizikal adalah :
(i) Kekuatan statik
(ii) Kekuatan dinamik
(iii) Kekuatan eksplosif
(iv) Kekuatan bahagian anggota atas
(v) Kelenturan statik
(vi) Kelenturan dinamik
(vii) Koordinasi asas
(viii) Keseimbangan asas
(ix) Daya tahan
(b) Pemindahan pembelajaran
Pembolehubah pemindahan pembelajaran merujuk kepada kesan
kemahiran sedia ada ke atas kemahiran baru yang hendak dipelajari.
Situasi pemindahan pembelajaran boleh dilihat apabila
pembolehubah pengalaman pembelajaran lepas mempengaruhi
proses pembelajaran yang sedang berlangsung.
Jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang umum ialah:
(i) Pemindahan positif
Pemindahan positif ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi
di mana kemahiran sedia ada membantu pembelajaran kemahiran
yang baru. Contohnya seorang yang mempunyai kemahiran
gimnastik akan lebih mudah mempelajari kemahiran acara terjun.
(ii) Pemindahan negatif
Pemindahan negatif merujuk kepada situasi di mana kemahiran
sedia ada mengganggu proses pembelajaran kemahiran baru.
Contohnya badminton dan tenis di mana kemahiran pukulan
pepat dalam permainan badminton boleh mengganggu
pembelajaran kemahiran pukulan kilas dalam tenis.
(iii) Pemindahan sifar
Pemindahan sifar ialah pemindahan yang merujuk kepada
situasi di mana kemahiran sedia ada tidak memberi sebarang
kesan ke atas proses pembelajaran kemahiran yang baru.
Contohnya kemahiran bola sepak tidak mempengaruhi
keupayaan untuk mempelajari kemahiran golf.
Unit 4 Asas Biomekanik
Biomekanik adalah sintesis bidang-bidang
biologi dan mekanik yang bertujuan untuk
memahami dan menjelaskan pergerakan
manusia. Biomekanik merupakan bidang yang
mengkaji pertalian di antara struktur dan
fungsi manusia serta interaksinya dalam
konteks penghasilan pergerakan.
Sistem tuas rangka
Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap.
Tuas terdiri daripada fulkrum, beban dan daya. Tempat paksi tetap dinamakan
fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar dinamakan daya dan
rintangan yang bertindak dinamakan beban. Tuas jasad manusia terdiri daripada:
(a) Tulang sebagai palang
(b) Sendi sebagai fulkrum
(c) Penguncupan otot sebagai penghasilan daya
(d) Rintangan atau kerja sebagai beban
Tuas boleh dikelaskan kepada:
(i) Kelas pertama
(ii) Kelas kedua
(iii) Kelas ketiga
Tuas kelas pertama Tuas kelas kedua Tuas kelas ketiga

Beban terletak antara daya Daya terletak antara beban


dan Fulkrum dan fulkrum
Fulkrum terletak antara
daya dan beban

Tuas kelas pertama Tuas kelas kedua Tuas kelas ketiga


menggunakan daya yang menggunakan daya yang menggunakan daya yang
kecil untuk mengatasi keciluntuk mengatasi lebih besar tetapi
beban yang besar tetapi beban yangbesar tetapi pergerakan pantas
pergerakan perlahan pergerakanperlahan pada
julat yang kecil
Diskripsi pergerakan asas

Abduksi

Aduksi

Fleksi Ekstensi Hiperektensi

Rotasi Elevasi Depresi


Supinasi

Eversi Inversi

Pronasi

Dorsi- fleksi

Sirkumduksi

Plantar - fleksi
Dalam sukan, pergerakan-pergerakan asas seperti yang disenaraikan
bergabung untuk menghasilkan pergerakan yang melibatkan
penghasilan daya maksimum. Pergerakanpergerakan seumpama ini
melibatkan interaksi segmen jasad untu menghasilkan daya. Untuk
menghasilkan daya maksimum, strategi pergerakan adalah untuk
menggunakan seberapa banyak sendi yang relevan kepada
pergerakan tersebut. Sendi-sendi tersebut digunakan mengikut
urutan dari penggunaan otot besar kepada otot kecil dan pergerakan
ini berlaku dalam arah yang sama.
Dua jenis pergerakan yang melibatkan penghasilan daya maksimum ini
adalah seperti yang berikut:
(a) Pergerakan linear
(b) Pergerakan bersudut
(a) Pergerakan linear
Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sesaran
menegak, mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan yang
sama. Pergerakan ini terbahagi kepada dua iaitu pergerakan rektilinear
dan kurvelinear.
(i) Pergerakan rektilinear
pergerakan melibatkan sesaran menegak atau mendatar.
Contoh pergerakan rektilinear
(ii) Pergerakan kurvelinear
Pergerakan melibatkan sesaran melengkung.
Pergerakan rektilinear adalah jenis pergerakan linear yang
melibatkan sesaran mengikut landasan yang lurus.
Pergerakan kurvelinear pula adalah jenis pergerakan yang
melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung.
(b) Pergerakan rotasi/bersudut
Pergerakan bersudut adalah pergerakan yang
melibatkan rotasi bahagian badan yang
bersentuhan dengan tapak sokongan

Anda mungkin juga menyukai