Anda di halaman 1dari 9

1.

0) TAJUK
Kemahiran Mengelecek dalam Sukan Hoki ( Lengkuk Ogif )

2.0) TARIKH DAN MASA


22 April 2022
4.30 – 5.30 Petang

3.0) PROFIL PESERTA


Nama Atlet : AZMAN
Umur : 12 Tahun

4.0) TUJUAN LATIHAN

Terdapat beberapa tujuan latihan ini dijalankan antaranya adalah untuk


meningkatkan kemahiran mengelecek bola hoki untuk menambah ketajaman serangan
yang akan dilakukan oleh Azman dengan teknik Latihan graf Ogif . Selain itu, tujuan
latihan ini dijalankan juga untuk menganalisis dan membuat refleksi berkenaan
kemahiran yang dilakukan dari permulaan hinggalah ke akhir sesi latihan ini dijalankan.

5.0) OBJEKTIF LATIHAN


Antara objektif latihan ini dijalankan adalah atlet dapat :
 Meningkatkan kemahiran mengelecek dalam sukan hoki.
 Melakukan gelecekan dengan baik ketika berhadapan lawan.
 Mengurangkan kesilapan sewaktu perlawanan sebenar.

6.0) FOKUS KEMAHIRAN

Kemahiran ini memfokuskan tentang teknik gelecekan dalam sukan hoki. Kunci
kejayaan sesebuah pasukan terletak pada bahagian penyerang. Kemahiran mengelecek
adalah penting bagi memastikan ketajaman pemain penyerang untuk mengelirukan
pihak alwan sebelum menjaringkan gol. Kemahiran ini juga perlu dilatih supaya
kesilapan ketika perlawanan sebenar dapat diminimakan.
7.0) PROSEDUR
 Atlet memakai pakaian sukan yang betul seperti ditunjukkan dalam video.
 Tangan kanan memegang bahagian bawan kayu dan tangan kiri
memegang bahagian atas kayu hoki sebagai teknik memegang kayu hoki
yang betul..
 Tangan kanan hendaklah diletakkan di bawah sebagai indikator dan
tangan kiri akan bergerak sebagai pengubah arah kayu.
 Ketika melakukan gelecekan atlet perlu bersedia dengan melakukan
gelecekan asas secara statik.
 Kemudian atlet akan melakukan secara dinamik dengan menggunakan
kon atau skittle sebagai halangan
 Atlet akan melakukan gelecekan secara dinamik dengan menggunakan
rakan sepasukan sebagai halangan untuk adaptasi situasi sebenar.
 Jarak yang digunakan dalam Latihan ini adalah di dalam kawan kuarter
keempat lawan dan di dalam kotak D ( kotak penalti )
 Percubaan dilakukan sebanyak beberapa kali sehingga atlet dapat
membuat gelecekan yang sempurna.
 Video perlakuan direkod dan jumlah balingan sempurna dan tidak
sempurna diambil untuk tujuan analisis dan refleksi.

8.0) ANALISIS DATA

Berdasarkan video yang dilampirkan, dapat dilihat bahawa pada permulaan


latihan, atlet melakukan kemahiran gelecekan secara statik untuk mendapatkan
momentum dan juga menyesuaikan diri. Pada awalnya atlete kelihatan sedikit tidak
selesa dengan kemahiran tersebut selepas beberapa kali percubaan atlet dilihat selesa
dengan kemahiran gelecekan yang dilakukan. Atlet melakukan gelecekan secara statik
untuk mendapatkan keselesaan dan memberikan keyakinan untuk mengawal bola hoki
tersebut. Pada fasa ini atlet melakukan gelecekan secara dinamik dengan menggunakan
kod kecil dan skittle untuk menambahkan lagi ketajaman kemahiran gelecekan. Pada
minit ke ___ kita dapat lihat atlet telah dapat menerapkan kemahiran gelecakan secara
statik kepada gelecekan dinamik. Di sini kita dapat lihat lakuan motor atlet bertambah
baik dengan melakukan kemahiran ini secera berulang – ulang bagi membiasakan diri
dengan teknik pengawalan bola.
Pada saat ke 30 teknik balingan gelecekan statik dilakukan untuk mendapatkan
teknik yang sesuai untuk melakukann gelecekan. Selepas itu saat ke 49 teknik
gelecekan statik diubah menjadi dinamik dengan menggunakan skittle sebagai
halangan, perkara ini bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada atlet untuk
melakukan gelecekan secara bebas supaya dapat di adaptasikan dengan permainan
sebenar. Setelah selesai melakukan melakukan gelecekan bola hoki secara bebas
jurulatih meletakan rakan sepasukan sebagai halangan pada minit ke 1.35. Melalui cara
ini kita dapat melihat bagaimana atlet mengadaptasi kemahiran yang diajar daripada
statik ke dinamik. Kita dapat lihat atlet agak gementar apabila jurulatih meletakan
halangan dengan menggunakan permain sebenar. Pada fasa ini atlet perlu
menggunakan pengetahuan sedia ada dan kreativiti untuk melepasi halangan tersebut.
Kita dapat lihat pada minit ke 1.46 atlet dilihat sukar untuk melepasi pihak lawannya
kerana ini adalah perkara yang baru untuk atlet tersebut.

Pada minit ke 2.09 dalam video kita dapat lihat atlet berjaya melepasi pihak
lawan dengan melakukan ulangan latihan yang kerap. Perkara ini sejajar dengan ciri
umum perlakuan pembelajaran motor iaitu ciri kemajuan. Kemajuan perlakuan sesuatu
kemahiran akan bertambah baik berdasarkan sebuah tempoh. Perkara ini bermaksud
semakin lama atlet tersebut menjalani latihan semakin bertambah baik kemahiran yang
dilakukan oleh atlet tersebut.

9.0) DOKUMENTASI VIDEO

Berikut merupakan pautan video sesi latihan membaling dalam sukan Baseball
yang dijalankan .:

https://drive.google.com/file/d/1fzbtMji-vOquTRNXTqMnPG0-ui9pwNCr/view?
usp=sharing
10.0 REFLEKSI

Setelah melihat bagaimana latihan dilakukan oleh atlet, jelas bahawa kemahiran
membaling dalam sukan Baseball dapat dipertingkatkan dengan adanya masa dan
pengulangan latihan yang mencukupi. Perkara ini selaras dengan lengkuk pembelajaran
lurus dimana lengkuk pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang
seimbang sepanjang proses pembelajaran. Semakin banyak latihan yang dijalankan,
semakin tinggi kesan pembelajaran yang diperolehi. Rajah di bawah menunjukkan graf
lengkuk pembelajaran S ( Ogif ).

Rajah 1 : Graf Lengkuk Pembelajaran Ogif (S)

Prestasi dipamerkan menggunakan ketiga-tiga jenis lengkuk

Prestasi bagi graf lengkuk pembelajaran ogif bermula apabila seorang atlet yang
mempunyai kemahiran asas di dalam sesuatu permainan kemudian diberikan latihan
kepadanya, pada fasa pertama atlet berjaya melakukan latihan yang diberikan dengan
melakukan ansur maju yang mudah. Atlet mempunyai kesukaran apabila jurulatih
memberikan halangan ketika latihan akan tetapi pada akhirnya atlet boleh melakukan
kemahiran tersebut.
Berdasarkan latihan ini juga, pembelajaran motor didefinisikan dalam pelbagai
takrifan oleh penulis yang berlainan, ( Schmidt, 1988 ). Empat ciri yang jelas telah
digunakan dalam mendefinisikan pembelajaran motor dipaparkan dalam Jadual 1 berikut
:

Ciri-Ciri
Pembelajaran merupakan satu proses penguasaan kebolehan untuk
menghasilkan aksi kemahiran yang dikuasai.

Pembelajaran berlaku hasil secara langsung daripada latihan yang berulang –


ulang kali.

Pembelajaran tidak dapat diperhatikan secara terus

Pembelajaran dianggap untuk menghasilkan satu perubahan relatif yang kekal


dalam kebolehan tingkah laku yang mahir

Jadual 1 : Empat Ciri dalam Mendefinisikan Pembelajaran Motor


10.1 KEKUATAN

Setelah meneliti video latihan kita dapat meilhat bahawa atlet dapat
melakukan kemahiran mengelecek bola hoki dengan baik selepas melakukan
latihan yang berulang – ulang kali bagi memastikan latihan yang diberikan
memberikan impak yang positif kepada atlet dalam sukan hoki.

Pada tahap petama iaitu tahap permulaan, Atllet mula tahu cara
menjalankan latihan yang lebih efektif. Atlet mula membuat penyesuaian atau
pindaan. pergerakkan atau tindakan lebih memfokuskan kepada cara
meningkatkan prestasi kemahiran lalu atlet akan cuba menghubungkan bahagian
tertentu dalam kemahiran agar matlamat tercapai seperti di akhir video. Oleh itu,
atlet berlatih dengan melakukan latihan asas untuk memastikan kemahiran asas
menggelecek hoki itu dapat dikukuhkan.

Pada tahap kedua pula iaitu tahap graf yang positif , atlet telah
menguasai tahap kemahiran tertinggi tanpa sebarang masalah. Malah atlet boleh
dan mampu menyelesaikan dengan menggunakan kemahiran secara automatik.
Sebagai contoh, setelah atlet mahir melakukan gelecekan bola hoki bersama
skittle, atlet boleh melakukan gelecekan yang lebih kreatif tanpa halangan. .

Pada tahap ketiga iaitu tahap graf yang negatif, atlet telah mula
mengalami masalah terhadap kemahiran yang ingin dilakukanya, kerana pada
fasa ini prestasi atlet akan menurun. Penurunan prestasi ini berlaku apabila
jurulatih memberikan kesukaran yang lebih tinggi di dalam latihan. Contohnya,
selepas atlet berjaya melakukan gelecekan yang kreatif jurulatih meletakkan
halangan iaitu pihak lawan sebagai beban di dalam latihan ini.

Pada tahap keempat iaitu graf yang linear, atlet telah berjaya meningkat
prestasi dengan melepasi tahap graf yang negatif. Perkara ini terjadi apabila atlet
terus tekal dalam melakukan latihan dengan kemahiran yang dilakukan. Pada
tahap ini atlet telah berjaya menguasai kemahiran gelecekan bola hoki secara
keseluruhan.
10.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan dalam memastikan atlet


dapat menguasai kemahiran menggelecek bola hoki. Antaranya, kita perlu
memastikan atlet mempunyai kemahiran asas atau pengalaman lampau
mengenai sukan hoki supaya ia dapat membantu penerapan latihan yang efektif
kepada atlet. Kemudian penyediaan latihan yang lebih komprihensif dan menarik
perlu dilakukan untuk memberikan atlet sebuah pengalamn yang lebih baik.
Latihan yang tidak menarik akan menyababkan pretasi atlet menurun kerana
latihan yang sama akan menyebabkan atlet tidak bersemangat untuk
memberikan usaha yang berterusan. .

11.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kemahiran yang dipilih sememangnya mempunyai


perkaitan dengan lengkuk pembelajaran ogif. Kemahiran motor adalah kebolehan atlet
mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan berhubung dengan persekitaran tertentu
( Maier, 1980 ) . Kemahiran garis pembelajaran lengkuk ogif mempunya pretasi yang
positif dan negatif bergantung pada latihan yang diberikan oleh jurulatih. Perbezaan
individu juga memberikan impak dalam latihan kerana setiap individu mempunyai
penguasaan yang berbeza – beza . Perbezaan yang stabil dan berkekalan dalam
kalangan individu akan menyumbang kepada perbezaan dalam pretasi ( Schmidt &
Wrisberg, 2000 ) . Oleh itu, lengkuk pembelajaran ogif merangkumi semua graf lengkuk
pembelajaran kerana kuputusannya yang didapati dipengaruhi oleh latihan yang
diberikan oleh jurulatih.
RUJUKAN

Schmidt, R.A, (1988) Motor Control and Learning: A Behavioral Emphasis. 2nd ed.
Champaign, IL: Human Kinetics.

Seeley's, 2014, Anatomy & Physiology, Ed. Ke-10

Arasoo, V.T. (1989). Pembelajaran Kemahiran Motor Dalam Pendidikan Jasmani dan
Sukan. Malaysia: Siri Pendidikan Fajar Bakti

Carl P.Gabbard (2004). Lifelong Motor Development 4 th Ed. New York:

Gallhue, L. D. dan Ozmun, (2006). Understanding Motor Development 6 th Ed. New


York. Mc Graw Hill Companies

H. Van Waelvelde (2004). Aspects of the validity of the Movement Assessment Battery
for Children. Jurnal of Science Direct, Volume 23, Issue 1 June2004, Pages 49-
60
LAMPIRAN

LAMPIRAN A : PAUTAN VIDEO LATIHAN KEMAHIRAN

https://drive.google.com/file/d/1fzbtMji-vOquTRNXTqMnPG0-ui9pwNCr/view?
usp=sharing

LAMPIRAN B : GRAF PENINGKATAN

Anda mungkin juga menyukai