Anda di halaman 1dari 10

PERATURAN PERTANDINGAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 2011-2013

1. NAMA
Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan

2.

PERATURAN AM
2.1. Semua Persatuan Badminton Negeri yang bergabung dengan Persatuan Badminton Malaysia boleh mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan ini akan dipertandingkan dalam 4 kategori bagi lelaki dan wanita seperti berikut : 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.3 Bawah 12 tahun Bawah 14 tahun Bawah 16 tahun Bawah 18 tahun

2.2

Di Peringkat Zon bagi Sirkit pertama dan Sirkit kedua, pertandingan dijalankan secara Kalah Keluar (Knock-Out) Di Peringkat Akhir, pertandingan akan dijalankan secara Liga Berkumpulan diikuti dengan pertandingan kalah keluar pada peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir. Semua Undang-undang pertandingan adalah mengikuti Peraturan Pertandingan Persekutuan Badminton Dunia ((BWF) dan Peraturan Pertandingan Sirkit Remaja Kebangsaan yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Badminton Malaysia (BAM.)

2.4

2.5

3.

PENGURUSAN
3.1 BAM akan mengenalpasti Persatuan Badminton Negeri yang akan menjadi tuan rumah untuk mengelola dan menguruskan kejohanan ini, sama ada untuk Peringkat Zon atau Peringkat Akhir.

4.

KELAYAKAN
4.1 4.2 Kejohanan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Semua pemain yang akan mengambil bahagian hendaklah berumur 12 tahun atau kebawah, 14 tahun atau kebawah, 16 tahun atau kebawah dan 18 tahun atau kebawah. Perkiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan dijalankan. Pemain-pemain dari Pusat Latihan Nasional (PLN) akan menyertai pertandingan di Peringkat Akhir, dan dikecualikan mengambil bahagian dalam peringkat awal.

4.3 4.4

__________________________ Persatuan Badminton Malaysia Kemaskini: 15 Oktober 2011

[NJC 1]

5.

ACARA
5.1 Acara yang akan dipertandingkan di sirkit adalah seperti berikut: 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 Perseorangan Lelaki Beregu Lelaki Perseorangan Wanita Beregu Wanita

6.

PENETAPAN ZON UNTUK PENYERTAAN


6.1 Kesemua 14 negeri, Putrajaya dan Program PLN ditempatkan di dalam 4 zon seperti berikut : 6.1.1. Zon A Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur/Selangor * Zon B Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Kuala Lumpur/Selangor *, Zon C Sarawak dan Sabah Zon D (Pusat Latihan Nasional (PLN))

6.1.2

6.1.3

6.1.4

(*Kuala Lumpur dan *Selangor akan bergilir-gilir setiap tahun untuk mewakili Zon A atau Zon B) Tahun 2011 2012 2013 Kuala Lumpur Zon B Zon A Zon B Selangor Zon A Zon B Zon A

7.

PENYERTAAN
7.1 Pada Peringkat Pertama dan Peringkat Kedua semua Persatuan Badminton Negeri dibenarkan menghantar penyertaan seperti ketetapan berikut: 7.1.1 Tidak lebih daripada 6 orang peserta bagi acara perseorangan lelaki dan wanita dan tidak lebih daripada 4 pasangan bagi acara beregu lelaki atau wanita bagi setiap acara yang dipertandingkan.

7.2

Persatuan Badminton negeri yang menjadi tuan rumah dibenarkan menghantar bilangan penyertaan seperti ketetapan berikut: 7.1.2 Tidak lebih daripada 9 orang peserta bagi acara perseorangan lelaki dan wanita dan tidak lebih daripada 6 pasangan bagi acara beregu lelaki atau wanita bagi setiap acara yang dipertandingkan

__________________________ Persatuan Badminton Malaysia Kemaskini: 15 Oktober 2011

[NJC 2]

7.3

Senarai penyertaan hendaklah di hantar kepada Urusetia BAM mengikut kekuatan (ranking) di negeri masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan. Pemain hanya dibenarkan bertanding dalam satu kumpulan umur sahaja. Pada peringkat Akhir, bilangan penyertaan yang ditetapkan dari setiap zon adalah berdasarkan ranking yang diperolehi di zon masing-masing (sila lihat peraturan 12)

7.4 7.5

8.

UNDIAN & RANKING


8.1 Undian akan diadakan secara berasingan mengikut acara pada tarikh yang ditetapkan oleh JK Pertandingan BAM Undian akan dikelolakan oleh Referi Kejohanan yang dilantik. Semua negeri peserta boleh menghantar wakil untuk menyaksikan undian, atas perbelanjaan sendiri. Pemain bagi setiap negeri hanya akan diasingkan untuk ranking pertama dan kedua sahaja berdasarkan kekuatan (ranking) negeri masing-masing.

8.2 8.3

8.4

9.

PENARIKAN DIRI & PENUKARAN


9.1. Penarikan dan penukaran pemain hendaklah dibuat 1 minggu sebelum daripada tarikh undian dibuat. Penukaran / gantian pemain selepas undian hanya dibenarkan berdasarkan syarat berikut: 9.2.1. Pengurus pasukan hendaklah memaklumkan penarikan penyertaan selewatlewatnya semasa mesyuarat pengurus pasukan, dan surat sokongan perubatan sahaja yang akan diterima untuk penukaran/gantian pemain.

9.2.

10.

PERINGKAT PERTANDINGAN
10.1 Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan ini akan dijalankan dalam 2 peringkat, iaitu: Peringkat Zon yang melibatkan dua (2) Sirkit bagi setiap Zon. Peringkat Akhir.

10.1.1 Peringkat Zon (Sirkit Pertama) Peringkat ini dijalankan untuk Zon A dan Zon B Secara Kalah Keluar (Knock Out). Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pertandingan BAM boleh membuat pindaan kepada cara pertandingan mengikut keadaan. 10.1.2 Peringkat Zon (Sirkit Kedua) a. Peringkat ini akan dijalankan untuk Zon A, Zon B, dan Zon C mengikut format yang dijalankan dalam peringkat pertama. b. Bagi Zon C, Sabah dan Sarawak akan bergilir-gilir setiap tahun untuk menjadi tuan rumah.

__________________________ Persatuan Badminton Malaysia Kemaskini: 15 Oktober 2011

[NJC 3]

10.1.3 Peringkat Akhir 10.1.3.1 Peringkat Akhir akan mengumpulkan semua peserta-peserta yang layak dari semua zon,mengikut bilangan yang ditetapkan, seperti berikut :

Perseorangan Lelaki & Wanita Kategori Bawah 12 tahun Bawah 14 tahun Bawah 16 tahun Bawah 18 tahun Zon A 10 7 7 7 Zon B 10 7 7 7 Zon C 4 2 2 2 Zon D 8 8 8 Jumlah 24 24 24 24

Beregu Lelaki & Wanita [pasangan] Kategori Bawah 12 tahun Bawah 14 tahun Bawah 16 tahun Bawah 18 tahun Zon A 7 5 5 5 Zon B 7 5 5 5 Zon C 2 2 2 2 Zon D 4 4 4 Jumlah 16 16 16 16

11.

PERLAWANAN
11.1 11.2 Kiraan mata bagi setiap acara akan mengikut peraturan BWF. Keputusan setiap perlawanan adalah mengikut perkiraan terbaik daripada tiga Game 21 mata.

12.

PEMBERIAN MATA PADA PERINGKAT PERTAMA DAN KEDUA


12.1 Semua pemain yang berjaya melayakkan diri ke pusingan perlapan hingga menjadi johan bagi setiap acara daripada Sirkit pertama dan Sirkit Kedua akan diberi mata untuk menentukan ranking bagi membolehkan mereka melayakkan diri ke Kejohanan Peringkar Akhir. Pemberian mata adalah seperti berikut : Johan Naib Johan Separuh Akhir Suku Akhir Perlapan 400 200 100 50 25

12.2.

__________________________ Persatuan Badminton Malaysia Kemaskini: 15 Oktober 2011

[NJC 4]

13.

PERATURAN MENENTUKAN RANKING


13.1 Ranking adalah berdasarkan kepada mata yang dipungut selepas dua atau satu kejohanan yang disertai bagi pemain-pemain dalam Zon A, Zon B dan Zon C. Jika terdapat sama jumlah mata yang dipungut, maka ranking akan ditentukan mengikut Kateria berikut : 13.2.1 Pemain/pasangan yang mempunyai jumlah mata tertinggi akan diletakkan sebagai ranking pertama, dan seterusnya. 13.2.2 Jika dua atau lebih pemain / pasangan mempunyai mata yang sama, pemain/ pasangan yang telah menyertai lebih banyak kejohanan diberi ranking yang lebih tinggi di antara mereka. 13.2.3 Jika masih terdapat persamaan di antara mereka, maka ranking akan ditentukan mengikut sistem perkiraan perbezaan jumlah perlawanan (matches), gem (game) atau mata menang berbanding dengan mata kalah.

13.2

14.

FORMAT PERTANDINGAN DI PERINGKAT AKHIR (PERSEORANGAN LELAKI & WANITA)


14.1
Bawah 12 Tahun 14.1.1 Pusingan Awal Pemain-pemain yang layak akan diundi untuk ditempatkan di Kumpulan A, B, C, D, E, F, G, dan H mengikut prosedur berikut: i. ii. iii. Pemain Ranking pertama Zon A, B, C akan diundi mengisi tempat pertama kumpulan A, B, C, atau D Pemain ranking Kedua Zon A & B akan diundi untuk mengisi tempat pertama dalam kumpulan A, B, C, atau D yang masih kosong. Baki pemain ranking kedua Zon A atau B bersama pemain ranking kedua Zon C dan pemain ranking ketiga Zon A & B akan diundi untuk mengisi tempat pertama bagi kumpulan E, F, G, atau H. Pemain ranking keempat Zon A, B, dan pemain ranking ketiga Zon C akan diundi untuk mengisi tempat kedua Kumpulan E, F, G, atau H Pemain ranking Kelima Zon A, dan B akan diundi untuk mengisi tempat kedua dalam kumpulan E, F, G,atau H yang masih kosong. Baki pemain ranking Kelima Zon A atau Zon B bersama Pemain ranking Keempat Zon C dan pemain ranking kelima Zon A & B akan diundi untuk mengisi tempat kedua yang masih kosong. Pemain ranking Ketujuh hingga kesepuluh bagi Zon A & Zon B akan diundi untuk mengisu tempat ketiga Kumpulan A hinga H. Pemain-pemain akan bermain scara liga untuk menentukan Johan Kumpulan.

iv. v. vi.

vii. viii.

14.1.2 Pertandingan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir i. Johan Kumpulan akan bertemu dalam satu pertandingan suku akhir secara kalah keluar (Knock out) seperti berikut:

__________________________ Persatuan Badminton Malaysia Kemaskini: 15 Oktober 2011

[NJC 5]

14.1.2.1 14.1.2.2 14.1.2.3 14.1.2.4

Johan Kumpulan A Johan Kumpulan C Johan Kumpulan D Johan Kumpulan B

lawan lawan lawan lawan

Johan Kumpulan E Johan Kumpulan F Johan Kumpulan G Johan Kumpulan H

ii.

Pemenang bagi pertandingan Suku akhir Akhir akan layak untuk memasuki pertandingan separuh akhir. Pemenang bagi pertandingan Separuh Akhir akan layak untuk memasuki pertandingan akhir untuk menentukan pemenang pingat emas (Johan) dan pingat perak (Naib Johan) Pemain yang kalah pada perlawanan separuh akhir akan mendapat pingat gangsa (ketiga) secara bersama.

iii.

iv.

14.2

Bawah 14, 16 dan 18 tahun 14.2.1 Peringkat Awal Pemain-pemain yang layak akan diundi untuk ditempatkan di Kumpulan A, B, C, D, E, F, G, dan H mengikut prosedur berikut: i. Pemain-pemain dari Program Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), akan mengisi tempat pertama setiap kumpulan mengikut kekuatan ranking. Pemain ranking pertama Zon A, B dan C akan diundi untuk mengisi tempat kedua Kumpulan E, F, G, atau H Pemain ranking kedua C akan akan mengisi tempat kedua dalam Kumpulan E, F, G, H yang masih kosong Pemain ranking kedua dan Ketiga Zon A dan Zon akan diundi untuk mengisi tempat kedua bagi kumpulan A, B, C, atau D Pemain ranking keempat hingga kelima Zon A, dan Zon B akan diundi untuk mengisi tempat ketiga bagi kumpulan E hingga H. Pemain ranking Keenam hingga Ketuhuh Zon A, dan Zon B akan diundi untuk mengisi tempat ketiga bagi kumpulan A hingga D. Pemain-pemain akan bertanding secara liga bagi menentukan Johan Kumpulan. Johan Kumpulan akan bertemu dalam satu pertandingan suku akhir secara kalah keluar (Knock out) seperti berikut: 14.2.1.1 14.2.1.2 14.2.1.3 14.2.1.4 ii. Johan Kumpulan A Johan Kumpulan C Johan Kumpulan D Johan Kumpulan B lawan lawan lawan lawan Johan Kumpulan E Johan Kumpulan F Johan Kumpulan G Johan Kumpulan H

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

vii.

Pemenang bagi pertandingan Suku akhir Akhir akan layak untuk memasuki pertandingan separuh akhir dan akhir

__________________________ Persatuan Badminton Malaysia Kemaskini: 15 Oktober 2011

[NJC 6]

v.

Pemenang bagi pertandingan Separuh Akhir akan layak untuk memasuki pertandingan akhir untuk menentukan pemenang pingat emas (Johan) dan pingat perak (Naib Johan) Pemain yang kalah pada perlawanan separuh akhir akan mendapat pingat gangsa (ketiga) secara bersama.

vi.

15. FORMAT PERTANDINGAN DI PERINGKAT AKHIR (BEREGU LELAKI & WANITA)


15.1 Bawah 12 Tahun 15.1.1 Pusingan Awal Pemain-pemain yang layak akan diundi untuk ditempatkan di Kumpulan A, B, C atau D, mengikut prosedur berikut : i. Pemain-pemain ranking pertama dari zon A,B,dan C ditempatkan dalam Kumpulan A,B,C, atau D secara undian. akan

ii.

Pemain-pemain ranking 2 dari setiap zon akan diundi untuk mengisi tempat pertama dalam kumpulan yang masih kosong. Baki pemain-pemain ranking 2 akan diundi untuk ditempatkan di Kumpulan A,B,C atau D, akan tetapi tidak bersama dalam kumpulan yang diduduki oleh pemain ranking pertama dari zon yang sama. Baki tempat dalam kumpulan-kumpulan akan diisi oleh pemainpemain ranking 3 dari zon A dan zon B, secara undian, tetapi tidak bersama dengan dengan pemain dari zon yang sama. Lain-lain pemain akan diundi untuk memasuki mana-mana kumpulan secara undian. Pemain-pemain akan bermain secara liga untuk menentukan Johan Kumpulan.

iii.

iv.

v.

vi.

15.1.2 Pertandingan Separuh Akhir dan Akhir i. Johan kumpulan akan bertemu dalam satu pertandingan separuh akhir secara kalah keluar seperti berikut : Johan Kumpulan A Vs Johan Kumpulan C Johan Kumpulan B Vs Johan Kumpulan D ii. Pemain-pemain yang kalah dalam pertandingan separuh akhir akan bertanding secara kalah keluar untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat. Pemenang bagi pertandingan Separuh Akhir akan layak untuk memasuki pertandingan akhir untuk menentukan pemenang pingat emas (Johan) dan pingat perak (Naib Johan)

Iii,

__________________________ Persatuan Badminton Malaysia Kemaskini: 15 Oktober 2011

[NJC 7]

15.2

Bawah 14, 16 dan 18 tahun 15.2.1 Peringkat Awal Pemain-pemain yang layak akan diundi untuk ditempatkan ke Kumpulan A, B, C, atau D, mengikut prosedur berikut : i. Pemain-pemain ranking pertama dari keempat-empat zon akan ditempatkan di Kumpulan A, B, C atau D secara undian. Pemain-pemain ranking ke-2 dari setiap zon A, B dan D akan diundi untuk memasuki mana-mana kumpulan yang tidak diduduki oleh pemain dari zon yang sama. Baki satu kumpulan yang belum diisi akan diambil oleh mana-mana pemain ranking ke-3, juga secara undian. Jika terdapat pemain dari zon yang sama dalam kumpulan ini, ia akan diberi kepada pemain dari zon yang lain, juga secara undian. Lain-lain pemain akan dimasukkan ke dalam Kumpulan A, B, C atau D secara undian. Pemain-pemain akan bertanding secara liga bagi menentukahan Kumpulan.

ii.

iii

iv.

v.

15.2.2 Pertandingan Separuh Akhir dan Akhir I Johan setiap kumpulan akan bertemu dalam satu pertandingan separuh akhir, seperti berikut : Johan Kumpulan A Johan Kumpulan B ii. lawan Johan Kumpulan C

lawan Johan Kumpulan D

Pemain-pemain yang kalah dalam pertandingan separuh akhir akan bertanding secara kalah keluar untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat. Pemenang bagi pertandingan Separuh Akhir akan layak untuk memasuki pertandingan akhir untuk menentukan pemenang pingat emas (Johan) dan pingat perak (Naib Johan)

Iii,

16.

RANKING BAGI PERTANDINGAN YANG DIKELOLAKAN SECARA POOL ATAU KUMPULAN


16.1 Sekiranya pada akhir perlawanan berkumpulan terdapat persamaan kiraan mata oleh lebih daripada seorang, maka ranking akan ditentukan seperti berikut:17.1.1 Ranking akan ditentukan oleh bilangan matches yang dimenangi

__________________________ Persatuan Badminton Malaysia Kemaskini: 15 Oktober 2011

[NJC 8]

17.1.2 Sekiranya dua orang memperolehi bilangan matches yang sama, pemain yang mengalahkan lawannya di peringkat awal akan dikira pemenang. 17.1.3 Sekiranya lebih daripada dua orang yang terlibat, pemenang ditentukan dengan kiraan perbezaan (difference) dari jumlah gem menang dan gem kalah Pemenang adalah pemain yang mempunyai perbezaan yang terbesar. 17.1.4 Sekiranya tinggal dua orang yang masih sama, maka keputusan pemenang adalah pemain yang mengalahkan lawannya di peringkat awal 17.1.5 Sekiranya tiga atau lebih pemain memenangi sama banyak matches dan seri dalam perbezaan jumlah gem menang dan jumlah gem kalah, maka ranking akan diputuskan daripada perbezaan antara jumlah mata yang perolehi dengan mata yang kalah. Pemenang adalah pemain yang memperolehi perbezaan yang lebih tinggi 16.1.6 Sekiranya tertinggal dua orang / pasangan yang masih seri, maka pemenang adalah pemain yang mengalahkan lawannya di peringkat awal 16.1.7 Sekiranya tiga atau lebih pemain / pasangan yang masih seri, maka ranking ditentukan secara undian.

17.

PAKAIAN
18.1 Pada peringkat Awal dan peringkat akhir sirkit, pemain digalakkan mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan BAM (Sila rujuk Jadual peraturan Pakaian Pertandingan BAM)

18.

PENGURUS PASUKAN/JURULATIH
18.1. Peringkat Zon. 18.1.1. Pada pertandingan di peringkat zon, semua pasukan mestilah diiringi oleh sekurang-kurangnya 2 orang pegawai, salah seorang hendaklah bertindak sebagai Pengurus Pasukan. 18.2. Peringkat Akhir 18.2.1. Pada pertandingan di peringkat akhir, bilangan pegawai (termasuk jurulatih) yang ditetapkan untuk mengiringi pasukan adalah bergantung kepada bilangan pemain yang layak, seperti berikut: 1 4 pemain yang layak 5 - 8 pemain yang layak Lebih daripada 8 orang pemain 1 orang 2 orang - 3 orang pegawai pegawai pegawai

18.2.2. Setiap pasukan hendaklah melantik seorang Pengurus Pasukan di kalangan pegawai yang mengiringi pasukan.

__________________________ Persatuan Badminton Malaysia Kemaskini: 15 Oktober 2011

[NJC 9]

19.

PERBELANJAAN DAN TANGGUNGAN KEJOHANAN DI PERINGKAT AKHIR


19.1. Setiap perbelanjaan yang ditanggung oleh setiap pasukan berdasarkan syarat-syarat berikut: 19.1.1. Jika perbelanjaan pasukan/negeri tersebut tidak melebihi kelayakan yang diberi oleh MSN, maka perbelanjaan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pasukan/negeri tersebut. 19.1.2. Jika perbelanjaan pasukan/negeri tersebut melebihi kelayakan yang diberi oleh MSN, maka baki perbelanjaan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh BAM berdasarkan pengiraan seperti berikut: - Penginapan seorang pemain : RM40 - Elaun Makan seorang pemain : RM25 - Pengangkutan : Mengikut kadar semasa

20.

HADIAH
20.1. Pingat kemenangan akan diberi hanya kepada pemenang-pemenang tempat pertama hingga ketiga bersama pada kejohanan peringkat awal, hadiah tersebut akan disediakan oleh tuan rumah yang menganjurkan pada tahun tersebut. Hadiah-hadiah akan diberi hanya kepada pemenang-pemenang tempat Pertama hingga Ketiga Bersama pada Kejohanan Peringkat Akhir, hadiah tersebut akan disediakan oleh BAM.

20.2.

21.

RAYUAN.
21.1. Semua rayuan mengenai kuasa akan ditentukan oleh pihak penganjur dan keputusannya adalah muktamat kecuali di batalkan oleh Majlis Tertinggi BAM Segala keputusan mengenai perkara kenyataan adalah tanggungjawab pengadil dan keputusannya adalah muktamad. Seorang pemain hanya boleh buat rayuan dari segi Undang-Undang Permainan sahaja. Keputusan referi adalah muktamad dan rayuan tidak akan diterima

21.2.

21.3.

21.4.

__________________________ Persatuan Badminton Malaysia Kemaskini: 15 Oktober 2011

[NJC 10]

Anda mungkin juga menyukai