Anda di halaman 1dari 3

Best Practices Interaksi Lisan dalam Perbualan Pagi Prasekolah : Satu Model

Konseptual
Oleh: Normaizam Hamid
Penyelia:
Dr. Norhasyimah Hasyim
Dr. Rohizani Yaakub
Pendahuluan:
Matlamat pendidikan prasekolah, untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan
dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Seterusnya akan menyediakan generasi
yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Matlamat ini digubal berlandaskan dua tunggak
falsafah pendidikan negara iaitu pembinaan insan yang menyeluruh dan sempurna; dan melahirkan rakyat yang
boleh menyumbang kepada pembangunan negara.(Kementerian Pendidikan Malaysia: 1998)
Dalam melaksanakan program prasekolah, guru dan pelaksana tadika harus mengetahui dan memahami
perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur ini. Pengetahuan asas yang perlu dimiliki oleh seseorang
guru (knwlegge base for for teaching) bertujuan agar mereka boleh mengubahsuai kurikulum mengikut
kesesuaian peringkat umur, kebolehan, minat dan persekitaran kanak-kanak. Perkara ini telah dibincang secara
serius oleh ramai tokoh pendidikan sama ada dari dalam (Aini 2001; Lilia 1997; 1998, 1999) atau luar negara
(Feiman-Nemser & Remillard 1996; Shulman 1987; Grouws & Schultz 1996; Borko & Putnam 1996; Borko,
et.al. 1992). Pengetahuan asas untuk pengajaran ini sama ada secara eksplisit atau implisit, membayangkan
pengetahuan dan kemahiran yang seseorang guru perlu tahu dan miliki untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran (Lilia 1999).
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah yang digunakan sekarang dilaksanakan secara bersepadu
dengan aktiviti yang mengabungkan pelbagai bidang pengalaman, teori dan amali, kurikulum, kemahiran dan
nilai murni ( Jamliah Ahmad, 1996).Oleh itu, guru khususnya prasekolah perlu menitikberat elemen best
practices dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran supaya matlamat pendidikan menyuburkan
potensi kanak-kanak dalam semua aspek dapat direalisasikan. Usaha ini, untuk mengatasi masalah yang
dikatakan ramai penduduk Malaysia yang mempunyai ijazah dan diploma masih tidak boleh bertutur dan
menulis dalam bahasa dengan baik (The Star 3.1.2001). Selanjutnya, Simon Si Timbalan Presiden
Pembangunan dan Pemasaran JobStreet.com menyatakan bahawa, lebih 50% graduan baru Institut Pengajian
Tinggi (IPT) tidak memperoleh pekerjaan setaraf dengan bidang dipelajari ketika di universiti, berpunca
daripada tidak memiliki kemahiran berkomunikasi dengan baik, dan tidak mampu menonjolkan diri ketika
berdepan dengan majikan pada sesi temuduga (Berita Harian 25 Jan. 2007). Oleh itu, perhatian yang teliti oleh
semua pihak sangat perlu bagi membantu tabiat kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang mampu
meletakkan diri di persada yang sepatut dirawat seawalnya.
Penyuburan potensi kanak-kanak aspek pertuturan sangat penting diberi tumpuan pada peringkat awal lagi.
Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang kanak-kanak sebelum
menguasai kemahiran lain, kerana penguasaan kemahiran lisan merupakan tapak atau asas binaan kemahiran
berbahasa yang kukuh dan mantap (Kamarudin Husin; 1990). Demikian Simon & Murphy 1986, menyatakan
bahawa penguasaan kemahiran bertutur membolehkan berlakunya komunikasi yang selalunya turut melibatkan
interaksi lisan yang lebih tinggi. Apabila pelajar menyertai masyarakat setelah meninggal alam persekolahan
nanti kemahiran berinteraksi lisan diperlukan untuk memenuhi keperluan kerjaya dan kemasyarakatan pula.
Oleh itu, kemahiran berinteraksi lisan perlu diberikan perhatian khusus pada peringkat prasekolah lagi agar
pelajar dapat menguasai dengan baik dan, seterusnya mampu menggunakannya dengan berkesan untuk pelbagai
tujuan. Di samping itu, keupayaan berinteraksi lisan seringkali menjadi penentu kejayaan dan kegagalan

seseorang dalam kehidupan (Pinnell & Jaggar 1991). Tambahan pula, interaksi lisan merupakan elemen penting
dalam kehidupan kurun melinium ini (Schmuk 1985; Huggins 1990: Edward & Westgate 1994). Sesungguhnya
komunikasi satu aktiviti dan alat yang penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat dan negara . Lebih-lebih
lagi dalam kontek nation-building seperti negara kita, sebagai sistem perhubungan dan interaksi dua hala,
komunikasi membantu proses sosialisasi dan pendidikan, pembentukan nilai dan cara hidup serta kebudayaan,
pencapaian dan penyataan aspirasi dan pergerakan ke arah memenuhi hasrat dan cita-cita kita (Mahathir
Mohamad; 1993). Seterusnya, kemahiran berkomunikasi dan ketrampilan berbahasa amat diperlukan dalam
kehidupan seharian terutamanya sebagai persiapan memasuki alam kerjaya (Rafie Mahat, 2003). Tegasnya,
kemelut ini perlu pihak guru memberi perhatian dan ketelitian dalam mengajar pelajar kemahiran lisan khusus
di peringkat prasekolah dalam segmen perbualan pagi. Pemerhatian yang mendalam perlu kerana bukan semua
interaksi lisan dan kerjasama dalam bilik darjah mempunyai kualiti pembelajaran (Gumperz & Herasimchuk
1973; Mercer 1976).

1.2

PERNYATAAN MASALAH

Interaksi antara kanak-kanak dan guru dalam bilik darjah biasanya bergerak sehala iaitu guru kepada pelajar.
Interaksi antara kanak-kanak diperhatikan berada pada tahap yang paling minimun. Lembaran kerja diberikan
dan dilakukan secara bersendirian walaupun kanak-kanak duduk dalam satu kumpulan. Malahan kadangkala
mereka tidak dibenarkan berinteraksi kerana dianggap sebagai kelakuan negatif yang membuat bising dan
mengganggu kawan. Peranan guru dalam kelas adalah lebih dominan dalam bentuk arahan, memberitahu dan
menguasai percakapan (Jamilah Ahmad; 1996). Malahan didapati juga guru kurang mendorong kanak-kanak
untuk melibatkan diri secara aktif atau membuat refleksi. Pelajar berpotensi untuk mencapai keupayaan kongitif
optimum sekiranya mereka dapat menggunakan interaksi lisan dengan meluas dalam proses pembelajaran
(Vygotsky 1978; Lindfors 1990; Rubin 1990; Pinnel 1991;
Kemahiran komunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997). Melalui
interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang
mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan diri dengan
persekitarannya. Namun dewasa ini kebanyakan majikan mendapati kekurangan keterampilan siswazah
merupakan faktor penyebab pihak majikan berhati-hati mengambil mereka bekerja dalam firma swasta atau
awam. Kegagalan dalam kemahiran komunikasi akan wujud masalah dari segi pergaulan, bekerjasama, cara
komunikasi dan dalam pengurusan konflik. (Rosli Abd, Rahman, 1977).

Anda mungkin juga menyukai