Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT JK KECEMERLANGAN UPSR BIL.

3 / 2016

SK. KUNDOR , NEGERI SEMBILAN

TARIKH : 08. 08.16

HARI : ISNIN

MASA : 2.30 Petang

TEMPAT : Bilik Gerakan SK.Kundor.

KEHADIRAN

1. Tn. Hj Nordin bin Hj. Bharom GB SK. Kundor/ Pengerusi Majlis


2. Puan Hjh Sarimah bt Daud GPK 1
3. Puan Norawaty bt Narawi GPK HEM
4. En. Norazmi bin Ab. Latip GPK KO
5. En. Mohamad Rosli bin Udin Penyelaras UPSR
6. En. Johan bin Ab Lajis
7. Tn. Hj. Zulkifli bin Kanan
8. Pn. Syarilah bt Mohd Sidek
9. Pn. Siti Fatimah binti Karim
10. Pn. Hjh Mairozi bt Mohd Jan.
11. En.Muhammad Amar bin Ali

1. Ucapan Guru Besar SK. Kundor.


1.1 Mengucapkan terima kasih kerana dapat hadir menjayakan mesyuarat.
1.2 Perlu membuat persiapan terakhir sebelum murid menduduki UPSR. Ada
27 hari lagi sebelum menduduki UPSR.
1.3 Strategi dan pendekatan terakhir penting untuk membantu murid.
1.4 Perlu meningkatkan motivasi murid memandang sambutan hari raya
masih diraikan. Semua guru harus membantu khususnya daripada aspek
motivasi dan mental.

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat.


2.1 Pn. Syarilah mencadangkan minit mesyuarat disahkan.
2.2 Encik Muhd Amar menyokong minit disahkan.
1
3. Perkara-Perkara Berbangkit
3.1 Kelas tambahan akan terus berjalan sehingga 5 September 2016.

3.2 Program Pecutan UPSR seperti Program Gempur untuk


mempertingkatkan latih tubi menjawab soalan peperiksaan akan
diteruskan sehingga hari peperiksaan.
3.3 Mensasarkan juga membantu mengatasi zon kelemahan murid sebelum
hari peperiksaan sebenar.
3.4 Murid elit, sederhana dan Harlus harus dikenalpasti zon kelemahan.

Tindakan : Semua guru UPSR / JK Program


Kecemerlangan UPSR

4. Penetapan Aktiviti Pecutan Akhir UPSR 2016

4.1 Menjawab soalan UPSR di akhbar DIDIK. Amalan membaca akhbar akan
menambah ilmu dan kemahiran berbahasa.
4.2 Kelas malam pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat melibat subjek
UPSR dalam bulan Ogos melalui Program Mencapai Bintang UPSR.
4.3 Peperiksaan Gempur 1 dan 2 di Dewan Ibnu Khaldun peringkat sekolah
bagi melatih murid mengurus masa menjawab kertas soalan dan
membiasakan dengan situasi pepriksaan .
4.4 Program Sentuhan Mithali melibatkan tambahan guru untuk membantu
secara fokus murid sederhana dan murid harlus. Kelas tahun 6 A
dikurangkan jumlah murid manakala kelas 6 B dikhususkan untuk murid-
murid pencapaian D dan E.
4.5 Kelas Hari Sabtu pada minggu akhir sebelum minggu peperiksaan pada 3
September juga akan diadakan kelas untuk membantu murid di saat-saat
akhir membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
4.6 Latihan menjawab soalan-soalan Pra UPSR dari negeri-negeri lain
diteruskan sehingga akhir Ogos 2016.
4.7 Majlis bacaan Yasin UPSR pada 1 September 2016 di Masjid Kundor Ulu
anjuran PIBG bermula jam 3.00 petang.

Tindakan : Semua guru UPSR / AJK PK UPSR/PIBG

5. Hal-hal lain
5.1 Semua guru tahun 6 subjek UPSR akan bertugas secara bergilir pada
minggu peperiksaan untuk menjaga kebajikan dan memotivasikan murid.
5.2 Murid boleh mengambil sarapan pagi jika perlu di kantin sekolah secara
percuma pada pagi hari sebelum peperiksaan bermula.
2
5.3 Program Redha Ilmu pada 2 September 2016 adalah untuk memohon
restu, doa dan keampunan daripada semua warga SK. Kundor sebelum
peperiksaan.
5.4 Mohon diingatkan semua calon UPSR agar menjaga kesihatan, aspek
pemakanan dan keselamatan sehingga peperiksaan selesai.
5.5 Program Selepas UPSR 2016 akan dilaksanakan selepas peperiksaan
UPSR selesai.
5.6 Hari Graduasi dan Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6 dijangka pada 24
November 2016 hari Khamis.

Tindakan : Pentadbir / Semua guru SKK/ PIB

6. Ucapan Penangguhan
6.1 Mengucapkan terima kasih kerana menyempurnakan mesyuarat.
Semoga usaha guru-guru diberkati dan dirahmati Allah.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.20 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………………........ ………………..............

( Mohamad Rosli bin Udin)

Setiausaha/ Penyelaras UPSR,

SK. Kundor.

Anda mungkin juga menyukai