Anda di halaman 1dari 19

Pentaksiran formal Pentaksiran merupakan satu proses mentaksir untuk menghasilkan pencapaian murid atau perubahan tingkah laku

berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Menjalankan pentaksiran tentang pencapaian murid adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, pentaksiran, dan membina dan instrument membuat pentaksiran, menganalisis maklumat melapor

tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan Di dalam pentaksiran formal ianya merangkumi penilaian secara formatif dan juga sumatif. Pentaksiran formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah murid selesai mengikuti sesuatu unit muridan yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan murid dalam bilik darjah. Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan murid, maka penilaian formatif adalah lebih sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai isi sesuatu unit muridan. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang manakala program pemulihan akan diadakan bagi murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran . Tujuan-tujuan Pentaksiran Antara tujuan mengadakan pentaksiran adalah sebagai alat pelaporan pencapaian di mana ianya menentukan setakat mana pencapaian seseorang murid dalam penguasaan dan pemahaman setiap tajuk dan kemahiran yang di ajar.Selain sebagai alat pelaporan ianya berfungsi sebagai alat Diagnostik untuk menentukan pembelajaran

punca

masalah

pembelajaran.Ini Membantu

guru

menentukan

strategi

pengajaran pemulihan yang perlu digunakan.Seterusnya ianya merupakan alat Penempatan murid ke dalam sesuatu bilik darjah. Ujian penempatan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pada murid sebelum pengajaran. Bertujuan untuk menentukan aras bahan muridan yang sesuai untuk digunakan sebagai :

Pemilihan---Ujian pemilihan bertujuan memilih calon-calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan.

Penggerak-----berperanan sebagai alat motivasi bagi murid-murid.

Maklum balas-----Hasil ujian akan memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pensijilan----Sijil-sijil prestasi akan diberikan setelah murid Berjaya lulus ujian atau peperiksaan.

Membuat pengumpulan----Di dalam bilik darjah, hasil ujian sering digunakan untuk mengumpulkan murid murid mengikut kebolehan mereka.

Pentaksiran Secara Formal

Penilaian secara formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi.Ianya melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon. Memerlukan perancangan atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan.Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian akan dilaksanakan.

Jenis-jenis Penilaian formal

Terdapat dua jenis penilaian formal di sekolah iaitu : Penilaian Formatif Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa penilaian formatif ialah penilaian yang melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau satu bab dalam bab yang berkaitan. Ciri-ciri Penilaian Formatif Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat pencapaian murid dalam sesuatu bab pembelajaran. Ia bersifat formatif kerana ada unsur pembentukan semula selepas pelaksanaan sesuatu ujian. Hasil yang diperolehi adalah digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk member gred.

Objektif utama adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan. Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Guru

juga

boleh

menilai

kemajuan

murid

dalam

pelbagai

aspek

termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian Sumatif Manakala Ee Ah Meng dalam buku Pendidikan Moral untuk Bakal Guru menjelaskan bahawa penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus.

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.

Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan Malaysia.

Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

Pentaksiran tidak formal

Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil murid dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan murid. Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan murid. Ianya juga d ijalankan pada bila - bila masa mengikut keperluan Ianya dijalankan secara individu atau kumpulan secara melibatkan kemahiran atau unit tertentu lisan atau tidak. Ia juga tidak Dibina oleh guru di mana ianya pentaksiran

tersebut tidak mempunyai arahan atau prosedur. Pentaksiran jenis ini adalah lebih

kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian serta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif.

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan pentaksiran tidak formal iaitu :

Grafik menunjukkan jenis pentaksiran tidak formal

Rekod anekdot

pemerhatian Pentaksiran tidak formal

Hasil kerja murid

Senarai semak dan skala pemeringkat an

temubual

Refleksi masalah - masalah dalam yang ujud dalam pentaksiran formal dan tidak formal

Pentaksiran formatif di sekolah bertujuan untuk mengesan perkembangan murid secara menyeluruh di samping mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa untuk mengetahui keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek moral supaya memudahkan guru untuk merancang dan mengubah suai pengajaran bentuk pengajaran mereka. Ini memudahkan guru menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta. Dalam menjalankan pentaksiran formal dan tidak formal kita dapat memerhatikan terdapat berbagai masalah yang timbul dari pelbagai sudut. Pendidikan Moral pelbagai masalah. Apabila kita meninjau kembali sukatan pelajaran Pendidikan Moral kita akan mendapati di Tahap 1,tumpuan sukatan memberi penekanan kepada pembentukan sikap dan tabiat yang baik manakala di Tahap 2, di samping menekankan pembentukan sikap dan tabiat pemikiran rasional juga dititikberatkan.Masalah yang timbul bagaimanakah kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran.Jadi bagaimanakah kita dapat menilai sikap dan nilai yang dipentingkan oleh murid murid dengan tepat. Tambahan pula proses penilaian memerlukan masa yang amat menitikberatkan domain afektif, iaitu mengenai

pembentukan sikap nilai dan emosi, maka penilaian akan menimbulkan

panjang.Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadankan gambar dan kenyataan.Penilaian tidak formal seperti senarai semak ,skala pemeringkatan serta rekod anekdot juga digunakan.Skala pemeringkatan merupakan alat yang menilai sikap bekerjasama, kerajinan, inisiatif dan kawalan kendiri seseorang murid.Murid yang selalu ingin bekerjasama akan di beri angka 1.Penilaian seperti ini seharusnya dilakukan oleh guru yang ingin mengenali murid

lebih rapat.Ini memakan masa yang lama ,jika lain akan menjejaskan penilaian.

murid bertukar sekolah

Penilaian Pendidikan Moral juga bersikap subjektif.Sesetengah alatan yang digunakan dalam penilaian banyak mempengaruhi perasaan penilai. Contoh : Nama pelajar : Ah Loy
item 1. 2. 3. 4. Contoh perlakuan Mematuhi peraturan Bersikap bertanggung jawab Sanggup bergilir Bersikap jujur Memuaskan Sederhana Tidak memuaskan

Perhatikan item pertama. Ah Loy dinilai sebagai memuaskan dari segi mematuhi peraturan.Apakah sebenarnya tingkah laku yang memuaskan? Adakah ini bermakna murid selalu mematuhi peraturan ataupun kadangkadang sahaja mematuhi peraturan.Bagaimana hendak menilai jika daripada lapan pmerhatian didapati tingkah laku Ah Loy itu sebagai memuaskan ataupun sederhana? Jadi memang sukar untuk guru menilai tingkah laku seperti ini kerana ia adlah subjektif, kerana penilai yang lain akan memberikan tafsiran yang lain. Begitu juga apabila penilaian hasil kerja seperti sajak, puisi, lukisan dan hasil tangan amat sukar dinilai.Tulisan yang cantik boleh diberi 75 markah, 80 ataupun 90 markah oleh pemeriksa yang berlainan.Bagi sesetengah pemeriksa yang agak ketat gaya pemarkahan , 75 sudah menunjukkan prestasi cemerlang tetapi bagi sesetengah penilai yang murah hati akan memberikan markah setinggi 95 ayau 98.Nyatalah penilaian seperti adalah amat subjektif.keadaan emosi seseorang penilai juga mempengaruhi pemarkahan, sekali lagi unsur subjektiviti memainkan peranan.

Tanggapan juga memainkan peranan dalam penilaian yang dibuat melalui pemerhatian skala pemeringkatan atau hasil kerja murid.Tanggapan mengenai tingkah laku murid dipindah kepada situasi berlainan. Ianya boleh memberikan kesan positif atau sebaliknya.Contohnya, apabila guru mendapai Ah Loy bersikap bertanggung jawab di dalam bilik darjah, guru akan mengandaikan dia seorang murid yang bertanggungjawab dalam apa jua program yang disertainya.jadi , apabila Ah Loy mendapat markah yang tinggi aspek bertanggungjawab , maka guru cenderung untuk memberikannya markah yang tinggi juga dari aspek kerajinan, kerjasama, toleransi dan bertimbang rasa. Bagi pentaksiran formal , pembinaan ujian formatif selepas sesuatu

kemahiran yang telah disediakan memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi. Pentaksiran tersebut tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi. Ini menggalakkan murid meneka jawapan dan bermakna guru tidak dapat mengenal pasti samada murid tersebut faham atau tidak kemahiran yang diajar oleh guru.Murid kurang membuat persiapan rapi. Unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian. ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad. pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak. urid boleh membuat ramalan terhadap soalansoalan yang dikemukakan.

Selain daripada masalah diatas faktor calon diuji juga boleh menimbulkan masalah .Kebolehpercayaan ujian juga dipengaruhi oleh ciri murid atau calon ujian dan situasi calon semasa mengambil ujian. Bagi membantu meningkatkan kebolehpercayaan ujian, guru-guru dan murid sendiri mestilah mengambil tindakan seperti motivasi calon terhadap ujian. Bagi memastikan skor yang diperolehi murid dalam sesuatu ujian menggambarkan kebolehan sebenar murid berkenaan, murid mestilah memberikan sepenuh perhatian kepada ujian itu. Guru-guru perlu membantu murid supaya bermotivasi terhadap ujian yang diduduki. Pengetahuan tentang prosedur ujian juga boleh menimbulkan masalah dimana murid-murid yang kurang pendedahan kepada cara dan prosedur ujian itu akan menyebabkan skor markah calon akan terjejas disebabkan oleh aspek-aspek

teknikal ujian itu dan bukannya disebabkan oleh pengetahuan dan keupayaan calon berkenaan dalam bidang yang diuji.

Kumpulan calon ujian yang lebih seragam ( homogeneous) dari segi keupayaannya akan menghasilkan varian skor yang lebih kecil berbanding dengan kumpulan calon yang heterogenus, Justeru, indeks kebolehpercayaan ujian yang ditadbirkan kepada kumpulan yang heterogenus akan menjadi lebih tinggi berdasarkan nilai varian skor ujian berkenaan.Oleh itu sebagai seorang guru Pendidikan Moral mestilah mengetahui kumpulan kita sepaya masalah tersebut tidak timbul.
Respons jawapan ujian objektif memerlukan murid memberikan respons yang pendek atau dipilih daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah ujian aneka pilihan, salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan. Ini bermakna murid hanya boleh meneka jawapan bagi soalan yang disediakan jika mereka tidak boleh memberikan jawapan ataupun tidak mengetahui jawapan yang tepat. Manakala ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis..Jika murid tersebut tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis akan menimbulkan masalah memberikan jawapan berdasarkan soalan.Murid berkemungkinan besar menyalin semula soalan ataupun apa sahaja perkataan tertulis pada soalan yang di beri. Pembinaan instrumen tentang pengukuran dan penilaian bertujuan

mendapatkan maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian murid-murid. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur, kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya.Domain pencapaian murid hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk..Bagi murid yang berjaya menguasai standard kemahiran jelaslah bahawa dijalankan. Pentaksiran tidak formal secara pemerhatian tingkah laku dan sampel kerja merupakan sumber maklumat sedia ada . Ini berkaitan dengan sampel-sampel kerja yang dihasilkan instrumen tersebut memang sesuai

murid berikut dalam mata muridan murid.Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru perlu membuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid mereka. Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu

atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh yang murid terperinci akan ini dicatat biasanya sepanjang dijalankan tempoh dalam pemerhatian. Pemerhatian

tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsepkonsep moral yang perlu ada pada setiap individu.Permasalahan tetap akan ujud melalui proses pemerhatian jika murid tersebut mengetahui mereka di perhatikan mereka akan berlakon dan tidak menonjolkan keburukan yang ada dalam pada tingkah laku mereka.

Penggunaan senarai semak yang dijalankan oleh Guru Pendidikan Moral akan mengujudkan masalah keesahan .Peranan guru memerhatikan tingkah laku murid di dalam dan di luar bilik darjah akan menimbulkan masalah jika guru tidak cukup masa dan ruang bagi guru tersebut. Pemerhatian ini memerlukan jangka masa yang panjang dan pemantauan yang berterusan.Masalah akan timbul jika guru tidak mempunyai cukup masa ataupun murid tersebut suka ponteng sekolah. Ini bermakna keputusan senarai semak berdasarkan pemerhatian terhadap tingkah laku murid tidak mempunyai keesahannya.

Guru boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain, atau rakan sebaya murid , tetapi masalah akan ujud jika maklumat yang diperolehi tidak sah. Kadang-kadang pihak ibu bapa juga tidak memberikan kerjasama dengan guru mengenai maklumat mereka dari semua segi.Pemerhatian dijalankan oleh para guru untuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian. Temubual juga merupakan pentaksiran tidak formal berdasarkan yang direka oleh guru moral untuk menilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu.Kelemahan yang timbul kerana kemahiran yang diuji biasanya hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja dan hanya akan dijalankan

selepas satu-satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang tertentu serta mengenai tingkah laku murid tersebut. Berdasarkan rekod dan laporan mengenai maklumat murid dan persepsi pembelajaran boleh digunakan oleh guru pemulihan khas untuk mendapat satu gambaran yang menyeluruh berkaitan murid tersebut.Akan tetapi masalah yang akan timbul ialah jika rekod dan laporan tersebut adalah palsu dan di reka oleh pihak yang membuat laporan.

Analisis soalan Pendidikan Moral sebenar. Guru boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbir ujian sumatif kepada murid.Tujuan ujian ini adalah untuk mengumpul sama ada kemahiran yang telah diajar telah dikuasai oleh murid dan membandingkan prestasi murid dalam dengan pencapaian murid-murid lain yang telah mengambil ujian yang sama. Kebaikan terdapatnya soalan berbentuk objektif antaranya ialah merangkumi

bidang kemahiran mata pelajaran murid dan masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat. Objektivitinya juga adalah pemarkahan Manakala Kebaikan soalan subjektif pula adalah ianya senang dibina dan dapat menyatakan tinggi. Markah yang sama diberi oleh mempengaruhi sistem pemeriksa yang berbeza.Emosi pemeriksa tidak

ditadbir.Fungsinya juga menguji sejauh mana seorang murid

ideanya dalam memberikan jawapan.Ia juga boleh digunakan dalam kebanyakan soalan dan peluang untuk murid meneka jawapan dapat dikurangkan.

Contoh item-item ujian soalan sumatif yang saya pilih di sekolah saya adalah seperti berikut :

1. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan Panjang)


A.Berdasarkan pernyataan di bawah , senaraikan perbuatan yang diperlu dipatuhi dan perbuatan yang dilarang semasa berada di tempat ibadat.

Meletakkan kasut sesuka hati Menyusun semula kitab setelah dibaca Senyap semasa di tempat ibadat Membuat bising di tempat ibadat Membuang sampah ke dalam longkang

Menurut peraturan di tempat ibadat Membersihkan kawasan tempat ibadat Kasut disimpan di rak yang disediakan Berbual-bual dengan suara yang kuat Meninggalkan kitab setelah dibaca

Perbuatan yang perlu dipatuhi di tempat ibadat

1._______________________________________ 2._______________________________________ 3._______________________________________

4._______________________________________ 5.______________________________________

Perbuatan yang dilarang di tempat ibadat

1._______________________________________ 2._______________________________________ 3._______________________________________ 4._______________________________________ 5._______________________________________

Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan Ayat ) B.Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul. 11. Penganut agama Buddha akan bersembahyang dan melakukan aktiviti keagamaan di _________________.

Soalan jenis iaitu (di atas dan di bawah) ini merupakan satu struktur ayat yang tidak lengkap. Murid dikehendaki mengisi tempat kosong seperti disediakan. C. Isi Tempat Kosong Dengan Jawapan Yang Betul . jawapan yang

*kotor *bersih * ubat kuman *berus tandas *busuk

*lantai dan dinding *wangi *cecair pencuci *bilik air *mandi

Selepas pulang daripada bermain bola, Nazrin hendak (16)_____________. ..........

Contoh Soalan Objektif (Jawapan Terbaik) D. Bulatkan jawapan yang betul . 26. Jika kita ingin berjaya kita mesti pandai ___________________masa. A mencuri B. menghargai C. Membeli

Contoh Soalan Betul / Salah E. Tuliskan (BETUL) atau (SALAH) pada pernyataan di bawah. 31. Balan mengucapkan tahniah kepada Amir kerana dia lulus dalam peperiksaan dengan cemerlang. ( )

Contoh Soalan Gariskan Jawapan Yang Betul F. Gariskan jawapan yang betul. 36. Anuar (memimpin/melepaskan) tangan adiknya semasa melintas jalan. Contoh Soalan Objektif (Jawapan Panjang)

G. Pilih jawapan yang menunjukkan sikap yang baik berdasarkan ayat-ayat yang diberi. 46. Ibu menyediakan makan malam yang enak. A. Terima kasih , ibu. B.Saya tidak mahu makan !

Soalan Pendidikan Moral yang saya ambil untuk dianalisa merupakan soalan Moral Tahun 2 .Ianya mempunyai lima jenis bentuk item-item uijian sumatif yang digunakan dan semua soalan adalah 50 soalan. Kandungan soalan terdiri daripada jenis 10 soalan objektif dan 25 soalan struktur, 10 aneka pilihan, dan 5 soalan betul atau salah .
Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.
Bidang agama Pengetahuan 10 Kefahaman 5 Aras Aplikasi Bentuk/Catatan Sintensis Penilaian Struktur pernyataan panjang Struktur mengisi Kebersihan diri Amalan mulia 5 5 10 kosong Struktur jawapan dengan tempat dengan yang dengan yang

pendek Objektif dengan 3 plihan jawapan

10 Amalan mulia (hubungan

Gariskan jawapan yang betul

dengan rakan dan keluarga) Sikap 5

Jumlah

25

10

15

50

Sebagai

analisis

kepada

ujian

objektif

yang

dibina

memerlukan

murid

memberikan respons yang pendek atau memilih jawapan yang betul daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah ujian membulatkan jawapan dan memilih jawapan yang sesuai.Ujian objektif yang memerlukan jawapan yang pendek mempunyai tiga pilihan jawapan manakala untuk item soalan dengan jawapan yang panjang memberi hanya dua pilihan jawapan.

Bentuk soalan ini sesuai dengan murid Tahun dua di sekolah saya kerana mereka masih kurang mahir dengan Bahasa Melayu kerana bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Tamil.Penguasaan pemahaman konsep mereka yang terhad menyebabkan guru membina aras soalan mengikut keupayaan mereka tetapi tidak lari daripada JSU soalan yang di tetapkan. Ujian struktur terdiri daripada soalan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis dengan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang panjang dan ada juga yang memerlukan jawapan yang pendek. Keseluruhannya skop kemahiran soalan yang dibina meliputi amalan baik seharian murid, amalan peribadatan, budi pekerti yang mulia serta amalan pendidikan moral secara am yang biasa murid lakukan dalam kehidupan seharian di sekolah , rumah mahupun di mana sahaja berada.

Soalan yang dibina bertujuan mengukur satu kemahiran yang tepat dan khusus. Ianya menentukan sama ada soalan itu boleh dijawab dengan tidak melebihi dua ayat pendek sahaja. Ianya juga memastikan bahawa sama ada satu jawapan sahaja yang betul. Bagi mengelakkan terdapat beberapa jawapan yang boleh diterima maka binaan soalan di mana jawapan yang betul adalah terhad kepada satu atau

dua jawapan sahaja. Apabila guru telah menentukan format soalan , maka tujuan nya adalah untuk membenarkan pemeriksa memberi markah yang tepat. Selain daripada itu guru juga mesti memastikan ruang yang mencukupi untuk murid mengisi tempat kosong atau menulis di tempat yang dikosongkan Pada prinsipnya, soalan ujian objektif perlu dibina dengan sistematik . Sekarang ini saya akan membincangkan soalan jenis salah-benar. Soalan jenis salah-benar menghendaki murid menyatakan sama ada sesuatu kenyataan yang dikemukakan benar atau salah. Di antara kelebihan soalan jenis ini adalah ia boleh menguji beberapa kandungan, bahan pengajaran dan pembelajaran. Soalan jenis ini juga memerlukan masa yang singkat untuk pembinaannya. Teknik Pembinaan soalan jawapan dipilih ialah soalan yang menghendaki murid memilih jawapan yang paling tepat dari senarai pilihan-pilihan jawapan. Guru bukan sahaja perlu mengemukakan soalan malah perlu menyediakan jawapan yang betul berserta pilihan-pilihan jawapan yang bertindak sebagai distractors. Soalan jawapan dipilih boleh juga dalam bentuk sumbangan murid seperti jenis mengisi tempat kosong. Soalan jenis jawapan dipilih mempunyai aras objektif yang tinggi kerana soalan ini memerlukan murid memberi jawapan yang tepat dan ringkas yang dapat diperiksa dengan tepat, mudah dan serupa.

Rumusan Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pentaksiran yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pentaksiran amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Secara amnya pembinaan instrumen pentaksiran bertujuan mendapatkan maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian murid-murid. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur, kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Domain pencapaian murid hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk. Namun begitu, jenis pentaksiran perlulah disesuaikan dengan latar belakang , keupayaan dan tahap penguasaan murid supaya mendapat maklumat yang tepat dan jelas mengenai perkembangan murid.

Anda mungkin juga menyukai