Anda di halaman 1dari 16

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION)

(BTPSE)

MEI/2023

HBMT3103_V2

PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH


RENDAH BAHAGIAN III

NO. MATRIKULASI : 971202036303001


NO. KAD PENGNEALAN : 971202036303
NO. TELEFON : 0186657166
E-MEL : mohdizzat367@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUALA TERENGGANU
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


i Isi Kandungan i

1 Pengenalan 1

2 Miskonsepsi 4

3 Kesukaran Dalam Pecahan 6

4 Kesukaran Dalam Perpuluhan 7

5 Mengatasi Masalah Miskonsepsi Dan Kesukaran


Mengatasi Miskonsepsi Pecahan 8
Mengatasi Kesukaran Dalam Pecahan 8
Mengatasi Miskonsepsi Perpuluhan 10
Mengatasi Kesukaran Dalam Perpuluhan 11
6 Rumusan 12

Rujukan 14

i
PENGENALAN

Belajar adalah suatu proses usaha yang dilakukan seseorang untuk memperoleh suatu
perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan sebagai hasil pengalamannya sendiri
dalam interaksi dengan lingkungannya (Slameto, 2003:2).Menurut Gulo, W (2004:8) belajar
adalah suatu proses yang berlangsung di dalam diri seseorang yang mengubah tingkah laku
dalam berfikir, bersikap dan berbuat. Hal ini senada dengan pendapat Sardiman A.M.
(2005:21) belajar akan membawa suatu perubahan pada individu-individu yang belajar.
Perubahan tidak hanya berkaitan penambahan ilmu pengetahuan, tetapi juga berbentuk
kecekapan, keterampilan, sikap, pengertian, harga diri, minat, watak, dan penyesuaian diri.

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik di sekolah rendah pula perlu
di bina atas pengetahuan sedia ada murid. Keadaan ini berikutan murid perlu mempelajari
konsep dan kemahiran nombor bulat dalam subjek ini. Ilmu sesuatu konsep mudah diterap
dengan pengalaman mereka dalam kehidupan seharian. Senario-senario kesukaran dan salah
anggap murid terhadap tajuk pecahan dan perpuluhan bagi Tahun Empat ditunjukkan dalam
tugasan ini. Justeru, tugasan ini membincangkan tentang kesukaran yang dihadapi murid
dalam menguasai tajuk “pecahan” dan “perpuluhan”.

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik adalah berbeza dengan subjek lain
kerana memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh. Kefahaman
sebegini memerlukan murid memberi tumpuan kepada kemahiran mengira yang melibatkan
daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Keadaan yang terikat dengan prosedur tertentu
membolehkan murid hilang minat akan subjek matematik. Dewey (1993), menjelaskan proses
yang berorientasikan murid adalah untuk memastikan murid-murid menganalisa pengalaman-
pengalaman mereka dan menggalakkan murid-murid menjadi lebih bertanggung jawab pada
diri sendiri dan terarah.

Murid perlu menguasai sesuatu kemahiran sebelum menguasai sesuatu kemahiran


yang lebih tinggi. Apabila merujuk pengetahuan sedia ada murid, murid perlu menguasai
kemahiran pecahan sebelum mempelajari kemahiran dalam tajuk perpuluhan. Perkaitan dua
tajuk ini pula memberi murid lebih kreatif dalam penghasilan ilmu yang baharu. Masalah ini
sering dihadapi oleh murid sekolah rendah. murid biasanya didapati kurang berminat untuk

2
mencuba soalan yang dianggap susah. Sikap negatif ini sering menjadi penghalang kepada
murid untuk mencapai kejayaan dalam matematik. Pengajaran matematik di sekolah lebih
menekankan kepada kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Murid-murid yang
berpencapaian rendah menunjukkan perkembangan yang lambat dalam mendapat dan
menggunakan pelbagai kemahiran matematik. Mereka juga mempunyai keupayaan yang
terhad dalam pencapaian jika di bandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya dengan mereka.
Montague (1993) melaporkan bahawa murid yang berpencapaian rendah menghadapi
kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalam pencapaian masalah.
Selain itu, murid yang berpencapaian rendah dalam matematik juga menghadapi kesukaran
mengingat. Ini merupakan ketidakupayaan murid dalam menguruskan maklumat untuk
penyimpanan. Kesukaran mengingat menghalang murid daripada menyimpan fakta dengan
lama. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran juga menunjukkan kesukaran dalam
keupayaan visual-ruang. Mereka menghadapi masalah menulis dalam garis lurus,
menggunakan garis nombor dan menentukan arah (Miller dan Mercer, 1997).

3
MISKONSEPSI

Miskonsepsi ialah pemahaman konsep matematik oleh murid secara salah atau tidak
tepat tetapi berlaku secara sistematik. Sistematik yang dinyatakan bermaksud kesalahan
berlaku adalah sama bagi sesuatu konsep dalam pelbagai soalan. Murid merasakan bahawa
mereka tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun sebenarnya kesalahan tersebut berlaku.
Pelbagai kesukaran timbul akibat miskonsepsi yang berlaku ini. Dengan itu, matematik adalah
mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah
kerja, algoritma dan teori-teori yang kerap digunakan (Short & Spanos 1989). Mata pelajaran
matematik ini mempunyai bahasa yang tersendiri yang khusus walaupun kerap dikatakan
bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi
mempelajari matematik. Hubung kait antara matematik dan kehidupan seharian murid adalah
sangat jelas dan konkrit. Sebagai contoh, murid menggunakan mental arithmetics untuk
memilih makanan apa yang boleh dibeli dengan jumlah duit yang mereka ada dan mereka pelu
menambah dan menolak sebelum membeli. Ini ialah konsep matematik dan mereka sendiri
tidak menyedarinya. Sekiranya mereka sedar konsep ini, pasti semua murid beranggapan
bahawa matematik itu mudah dan menyeronokkan. Keseronokan matematik dalam kehidupan
seharian membantu kanak-kanak memperoleh konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti
padanan, penjenisan dan susun atur melalui minda dengan persekitaran mereka. Dengan itu,
guru-guru sepatutnya perlu membuat hubung kait antara aktiviti asas dengan proses
pengajaran dan pembelajaran mereka supaya kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan
bahagi dapat difahami dengan lebih tepat dan mudah.

Tambahan pula, matematik adalah subjek universal yang murid boleh lihat di
sekeliling mereka bermula dari rumah. Mereka perlu mengetahui bahawa semua disekeliling
mereka ialah matematik yang menyeronokkan. Sebagai contoh, mengira kelopak bunga,
bilangan tayar kenderaan mainan dan beberapa lagi contoh di sekeliling mereka yang dilihat
sangat cantik dan mudah ini ialah berasaskan nombor Fibonacci. Jadi matematik merupakan
kajian dan pembelajaran tentang semua benda yang tiada batasnya dan disinilah kata kunci
yang ramai guru-guru terlepas pandang dan membataskan pembelajaran matematik sekadar
nombor, tambah dan tolak sahaja. Dalam kurikulum Matematik, peluang untuk membuat
perkaitan mestilah dihasilkan agar murid boleh mengaitkan pengetahuan konseptual kepada
proses dan mengaitkan tajuk dalam Matematik dengan lain-lain bidang pembelajaran secara

4
umum. Kurikulum Matematik mengandungi beberapa bidang seperti aritmetik, geometri,
pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa hubungan bidang tersebut, murid terpaksa
belajar dan perlu mengingat terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan. Dengan
membuat perkaitan, murid dapat melihat Matematik sebagai satu penyatuan secara
keseluruhan dan bukan idea yang berasingan. Guru boleh menggalakkan hubungan dalam
kelas yang berpusatkan masalah dengan menyuruh murid berkomunikasi, memberi sebab dan
menyatakan pendapat mereka. Apabila idea-idea Matematik dikaitkan dengan situasi
kehidupan sebenar dan kurikulum, murid akan menjadi lebih sedar dalam mengaplikasikan
Matematik. Mereka juga boleh menggunakan Matematik mengikut konteksnya dalam bidang
pembelajaran yang berbeza dalam kehidupan harian.

Tajuk pecahan diperkenalkan kepada murid bermula tahun dua lagi. Justeru,
pemahaman murid terhadap konsep pecahan akan lebih mudah apabila mereka belajar konsep
pecahan di tahun tiga hingga tahun enam kerana telah memiliki pengetahuan sedia ada.
Walaupun begitu, konsep pecahan akan diulang kembali agar murid dapat mengingat kembali
dan memperkukuhkan konsep pecahan yang telah dipelajari. Menurut Wikipedia pecahan
bermaksud pecahan kepada nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau
sekumpulan benda. Pecahan ditulis dalam bentuk pasangan nombor dengan nombor di atas
ialah pengangka dan nombor di bawah adalah penyebut. Lazimnya nombor ini dipisahkan
dengan garisan yang melintang atau mencondong. Bagi murid tahun empat yang masih berada
di sekolah rendah, garisan melintang digunakan supaya murid tidak terkeliru.

Tajuk perpuluhan pula bermula dengan subtajuk memahami nombor perpuluhan.


Murid akan menamakan dan menulis nombor perpuluhan dengan satu tempat perpuluhan dan
dua tempat perpuluhan. Segala operasi yang berkaitan dengan perpuluhan hanya sehingga dua
tempat perpuluhan. Selain itu, tajuk perpuluhan adalah antara tajuk yang dimasukkan dalam
sukatan subjek matematik Tahun Empat bagi KBSR. Tajuk ini diperkenalkan kepada murid
bermula Tahun Empat dan berterusan ke Tahu Enam. KSSR pula, tajuk perpuluhan diajari
kepada murid bermula Tahun Dua lagi. Murid diberi peluang mempelajari tajuk ini kerana
membolehkan murid menguasai nilai tempat dan nilai digit persepuluh, perseratus dan
perseribu. Dengan itu, murid dapat membuat perkaitan dengan pecahan dan peratus.
Wikipedia telah memberi maksud perpuluhan merupakan sistem angka yang menggunakan
sepuluh sebagai asas. Ia merupakan system angka yang paling banyak digunakan, mungkin
kerana manusia mempunyai sepuluh jari di tangan.

5
KESUKARAN DALAM PECAHAN

Tajuk pecahan melibatkan konsep yang gramatis dimana murid perlu memahami ayat
matematiknya dengan betul kerana ia menggunakan simbol dalam penulisan nombor pecahan.
Antara miskonsepsi yang sering berlaku dalam tajuk pecahan ialah menukar nombor
bercampur kepada pecahan tak wajar. Contoh soalan :-

Tukarkan kepada pecahan tak wajar.

Dalam menghadapi soalan begini, murid perlu membuat pengiraan operasi bercampur.

Sedangkan murid tidak dapat membezakan nombor bulat (1) dan nombor pecahan ( ).

Akibatnya, murid menganggap nombor 1 adalah pecahan per 2 juga. Tentunya murid akan
memperoleh jawapan yang salah.

Murid pada mulanya perlu mengetahui bahawa pecahan tak wajar ialah pecahan yang
pengangkanya adalah lebih besar daripada penyebut. Konsep ini akan mudah dipelajari murid
dengan berbantukan gambarajah. Diantara kesukaran yang murid hadapi dalam pecahan ialah
menukar pecahan kepada pecahan setara. Pecahan setara ialah nombor yang mempunyai nilai
yang sama walau pun kelihatan berbeza. Ketidakfahaman konsep pecahan menyebabkan
murid tidak menjawab soalan. Contohnya;

Apakah pecahan setara bagi ?

A.

6
B.

C.

Murid akan cenderung untuk membuat pilihan rambang dalam menghadapi soalan
begini yang lazimnya pada soalan kertas satu. Ketidakfahaman ini juga membolehkan murid
mengabaikan soalan mudah sebegini. Bagi menghadapi masalah ini, guru perlu mengajar
konsep pecahan setara dengan berbantukan gambarajah atau benda maujud

KESUKARAN DALAM PERPULUHAN

Perkaitan pecahan dengan nombor perpuluhan amat ketara sekali. Nombor perpuluhan
boleh diwakilkan dengan nombor pecahan yang penyebutnya 10, 100 dan 1000. Terdapat
beberapa kesukaran dan kesilapan yang sering dilakukan olehmurid yang akhirnya membawa
masalah kepada kemahiran dalam tajukperpuluhan. Antara kesilapannya ialah menyatakan
nilai tempat bagi nombor perpuluhan. Contohnya murid diberi nombor 32.49 dan nyatakan
nilai tempat bagi digit 4 dalam nombor tersebut. Bagi murid yang mempunyai masalah
menguasai kemahiran perpuluhan tentunya murid akan menjawab “puluh” walaupun jawapan
yang betul adalah “persepuluh”. Murid mengenal nombor bulat, tetapi menganggap semua
digit yang dilihat sebagai nombor bulat sedangkan setiap digit itu membawa nilai yang
tertentu berdasarkan kedudukannya di dalam setiap nombor. Hakikatnya, digit 4 di atas
membawa nilai 0.4 atau 4/10. Murid tidak merasakan mereka membuat kesalahan dengan
memberi jawapan sedemikian kerana beranggapan setiap digit adalah nombor, sedangkan digit
adalah nombor secara tunggal.

Masalah yang dikenal pasti dalam tajuk menambah unit dalam perpuluhan ialah
apabila nombor bulat dan nombor dalam bentuk perpuluhan digabungkan. Contohnya, 37.23 +
6. Apabila murid tidak menguasai nilai tempat, jawapan yang diperoleh berkemungkinan
salah. Contoh pengiraan yang salah ditunjukkan seperti berikut :

3 7 . 2 3

+ 6

7
3 7 . 2 9

MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI DAN KESUKARAN

MENGATASI MISKONSEPSI PECAHAN


Merujuk permasalahan yang telah diutarakan, guru perlu menekankan kepada murid bahawa
nombor pecahan tak wajar adalah nombor pengangkanya lebih besar daripada penyebut.

Selepas itu, guru perlu membuktikan konsep ini berserta contoh. Dalam miskonsepsi yang

perlu ditukarkan kepada pecahan tak wajar, guru perlu menberitahu bahawa nombor 1 didepan

adalah nombor bulat yang mewakili dan ialah pecahan. Gambarajah akan membantu

murid lebih memahami.

Gambarajah nombor bulat 1 adalah sama bahagiannya dengan kerana pecahan

mempunyai bahagian yang sama. Oleh itu, bahagian yang berlorek adalah jawapannya yang

menunjukkan nilai pengangka iaitu 3. Jawapan yang diperoleh ialah .

MENGATASI KESUKARAN DALAM PECAHAN


Petikan Wikipedia menyebut bahawa pecahan setara wujud dengan mendarab pengangka dan
penyebut dengan nombor yang sama (bukan sifar), hasil pecahan yang baru itu adalah setara
dengan pecahan yang asal. Justeru setara ialah perimbangan dan perkadaran yang sama antara

dua pecahan tersebut. Penyataan ini disokong dengan contoh : apabila pengangka dan

8
penyebut didarab dengan 2, maka hasilnya , yang mempunyai nilai sama apabila dibahagi

iaitu 0.5 apabila dibahagi.

Selain daripada itu, pengajaran pecahan setara juga boleh menggunakan kad manila yang
sama besar potongannya untuk menunjukkan pecahan itu adalah setara dengan pecahan yang
lain nombornya. Langkah-langkah yang perlu untuk dilakukan ialah :-

Langkah 1: kad manila dibahagi 2 bahagian.

Langkah 2: kad manila tadi dipotong untuk dapatkan 1 bahagian mewakkili .

Langkah 3: kad manila lain dibahagi 4 bahagian.

Langkah 4: kad manila tadi dipotong 2 bahagian mewakili .

9
Langkah 5: kedua-dua kad manila yang dipotong tadi diukur.

Langkah 6: hasilnya =

Inkuiri penemuan yang murid jalankan mengikut arahan guru ini membuktikan
bahawa pecahan setara adalah pecahan yang sama nilainya walaupun pengangka dan
penyebutnya berlainan nombornya. Dengan itu, guru boleh menunjukkan carta pecahan setara
kepada murid setelah mempelajari konsep pecahan setara.

MENGATASI MISKONSEPSI PERPULUHAN


Melalui pengalaman saya mengajar unit ini kepada murid, saya akan menegaskan kepada
murid tentang kedudukan digit menentukan nilainya yang tersendiri dan rumahnya itu
mempunyai nama yang tersendiri. Bagi menentukan nilai tempat dan nilai digit di dalam
perpuluhan, saya akan menggunakan jadual nilai tempat dan nilai digit nombor perpuluhan
sewaktu pengajaran pertama unit ini setelah murid diajar tentang konsep asas perpuluhan
menggunakan gambarajah petak sepuluh dan seratus.

Murid akan dibimbing melihat pebezaan antara nilai tempat bagi nombor bulat dan
nombor perpuluhan. Di dalam satu nombor perpuluhan, titik itu umpama sempadan. Sebelum
titik perpuluhan adalah nombor bulat yang murid akan dibimbing membaca nilai tempatnya
sebagai sa, puluh, ratus dan seterusnya. Saya mengaitkan nilai digit selepas titik perpuluhan
dengan menggalakkan murid membuat perkaitan bahawa satu tempat selepas titik perpuluhan
mewakili satu ”0” pada pecahan yang diwakili iaitu per 10. Tempat kedua selepas titik
perpuluhan pula mewakili dua sifar ”00” bagi pecahan yang diwakili iaitu per 100.
Berikutnya, tempat ketiga selepas titik perpuluhan mewakili tiga sifar ”000” bagi pecahan
yang mewakilinya iaitu per 1000. Bagi nombor 32.49 - nilai tempatnya ialah persepuluh iaitu
per 10 berdasarkan kedudukannya satu tempat selepas titik perpuluhan mewakili satu

10
sifar.Setelah murid dibimbing mengenai nilai tempat, barulah murid diajar menulis nilai
digitnya iaitu dalam bentuk perpuluhan sebagai 0.40 atau 0.4 di mana semua digit yang lain
selain daripada digit 4 ditukar kepada 0. Apabila murid telah mahir dan menguasai nilai
tempat bagi setiap nombor murid akan menyelesaikan soalan melibatkan nombor perpuluhan
dengan mudah. Setelah murid dapat memahami konsep dan kemahiran ini jadual diatas
diabaikan dan dijadikan sebagai rujukan sahaja.

MENGATASI KESUKARAN DALAM PERPULUHAN


Bagi mengatasi masalah ini, guru perlu menegaskan bahawa nombor perpuluhan perlu
ditambah dengan nombor perpuluhan sahaja. Dengan itu, jika nombor bulat ingin
digabungkan dengan nombor perpuluhan, nombor bulat itu perlu ditukar menjadi nombor
perpuluhan. Selain itu, guru perlu menekan dan menyatakan bahawa kedudukan titik
perpuluhan dalam apa juga operasi perlulah berada selari dengan titik perpuluhan yang
terdapat dalam soalan yang diberi. Operasi tambah nombor perpuluhan akan lebih mudah
sekiranya membuat jadual nilai tempat (rumah nombor) seperti di bawah:

Tempat Tempat Titik Tempat Tempat


Puluh Sa Perpuluhan Persepuluh Perseratus
1 2 • 8 5
2 • 0 0

1 4 • 8 5

1. Buat jadual nilai tempat seperti di atas.


2. Nombor bulat ditukar menjadi nombor perpuluhan.
3. Nombor disusun menegak dalam satu turus mengikut titik perpuluhan.
4. Letakkan digit 0 pada tempat persepuluh dan perseratus.
5. Tambah nombor seperti nombor bulat, bermula dari digit yang paling kanan.
6. Tandakan titik perpuluhan dalam jawapan mengikut turus yang sama dengan soalan.

11
RUMUSAN

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu bidang yang
sentiasa menjadi bahan kajian para penyelidik. Seseorang bakal pendidik harus memahami
cara mengajar yang berkesan. Mereka mesti belajar cara mengajar. Proses pengajaran dan
pembelajaran dalam matematik agak berbeza dengan subjek-subjek lain. Pengajaran
matematik melibatkan pembinaan konsep disamping penguasaan kemahiran dan penyelesaian
masalah. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan, samada dari dalam atau luar negeri,
yang menyentuh tentang penguasaan konsep matematik di kalangan murid dan guru-guru
dalam beberapa topik seperti pecahan dan perpuluhan. Hampir semua kajian ini menjurus
kepada kesimpulan bahawa masih terdapat kesilapan konsep dan kurang kemahiran dalam
topik-topik tersebut di kalangan para murid dan guru. Pembelajaran konsep matematik yang
lain ialah konsep konkrit dan konsep abstrak (Gagne 1970). Konsep konkrit ialah apa yang
dibentuk melalui pemerhatian secara terus manakala konsep abstrak pula ialah konsep yang
bersandar kepada ciri-ciri yang melibatkan konsep-konsep lain. Sebagai contoh konsep
konkrit seperti konsep bucu meja, bucu pisau cukur atau bucu tebing tinggi. Konsep ini lebih
mudah dilihat dari pemerhatian secara terus daripada memberikan definisi kepada konsep
dalam memahamkan pelajar. Manakala konsep abstrak pula mestilah dipelajari melalui
definisi iaitu pernyataan yang menyatakan ciri-ciri untuk pengkelasan sesuatu benda.

Pemahaman konsep-konsep matematik sudah menjadi sangat penting kepada ramai


orang kerana dewasa ini masyarakat bermaklumat sudah mengarah kepada masyarakat yang
semakin kompleks dengan tenaga kerja berkemahiran rendah semakin tidak diperlukan lagi

12
(Winsconsin 2007). Murid akan merasa matematik adalah susah walaupun sebenarnya ia
mudah kerana mereka tidak faham konsep (Mohd Nor 1995). Sebagai contoh, bila murid
diberi satu operasi yang membabitkan pembahagian pecahan seperti 1½ + ½ , murid yang
pandai akan terfikir untuk menukar pecahan tak wajar 1½ kepada pecahan wajar 3/2 dan
kemudiannya menjalankan operasi dengan ½ menjadikan 3/2 + 1/2 = 4/2 atau 2. Walaupun
pada hakikatnya dari segi konsep ianya sesuatu yang amat mudah di mana murid boleh
melihat sebagai ‘berapa banyak separuh ada dalam satu setengah benda’ dan jawapannya ialah
dua bahagian. Pemahaman konsep akan menjadikan matematik itu sangat mudah kepada
murid.

Justeru, memahami konsep dengan betul akan membantu seseorang menguasai topik
matematik dengan lebih mudah dan akan dapat mengelak daripada salah pengkonsepsian.
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan perlaksanaan aktiviti yang
terancang, kemas dan teratur. Tiada jalan pintas (Short cut) yang akan sampai ke kemuncak
kecemerlangan matematik di kalangan murid. Guru seharusnya berusaha menyiap dan
memperkemaskan diri dengan segala keperluan (Pengetahuan, pedagogi dan psikologi)
sebelum bertemu dengan anak didik masing-masing. Sekolah harus dibina sebagai 'medan
pendidikan' dan bukannya 'medan latihan' (coaching school).

13
RUJUKAN

i. Mahmood Othman & Goh Thian Hee. (2015), HBMT 3103 Teaching Of Elementary
Mathematics Part 3. Edisi Ketiga, Open University Malaysia.

ii. Effandi Zakaria, Norazah M. N. dan Sabri Ahmad. (2007). Trend pengajaran dan
pembelajaran matematik. Kajang: Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd.

iii. Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad .(2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung
Malim: Universiti Perguruan Sultan Idris.

iv. Jamil A, Norlia G, Norhashimah S. (11- 12 Oktober 2008). Seminar Pendidikan Sains
dan Matematik : Miskonsepsi Matematik – Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia.

v. http://www.slideshare.net/salinalina77/miskonsepsi-mte-3111

vi. http://khsee2007.blogspot.com/2008/11/ps-4305-213-misconception-in-maths.html

14
15

Anda mungkin juga menyukai