Anda di halaman 1dari 21

*

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS (BTPSE)

SEMESTER MEI / TAHUN 2021

HBMT2203_V2

PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

NO. MATRIKULASI : 780725025986001


NO. KAD PENGNEALAN : 780725025986
NO. TELEFON : 019-5779925
E-MEL : g-86431065@moe-dl.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI,


LEARNING CENTRE
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

SENARAI KANDUNGAN
Bil Butiran Muka surat

1 Pengenalan 2–3
2 Bincangkan kepentingan dan cabaran pengajaran pecahan di peringkat 4–6
sekolah rendah.
3 Ringkaskan maklumat dari pelbagai sumber mengenai cara 7 – 11
menggunakan alat pengajaran (manipulatif) untuk mengajar pecahan.
4 Cadangkan dua aktiviti kreatif dengan manipulatif yang sesuai untuk 12 – 16
membantu kanak-kanak memahami konsep setara dalam pecahan pada
peringkat sekolah rendah.
5 Kesimpulan 17 - 18
6 Rujukan 19

1
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

1.0 PENGENALAN

Menurut kajian yang dijalankan oleh Wong (1987), penguasaan matematik yang lebih
tinggi sangat bergantung kepada penguasaan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hierarki
memandangkan ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah matematik kerana tiada
penguasaan ke atas konsep yang sebenar atau berlakunya kesalah fahaman konsep di
peringkat awal. Hal ini penting di mana kita harus sedar bahawa pemikiran pelajar-pelajar di
peringkat awal lebih mudah untuk dibentuk berbanding pemikiran pelajar dewasa. Jadi,
apabila kita dapat menanam konsep yang betul kepada pelajar dari peringkat awal, maka
pelajar tersebut tidak akan mempunyai masalah untuk konsep matematik yang seterusnya.
Kajian Gagne (1970) mengatakan bahawa adalah amat sukar untuk membentuk konsep pada
minda pelajar dan seandainya ia telah berlaku, maka mudahlah pembelajaran itu dilakukan.

Menurut Ridos et. al (2018), pecahan merupakan salah satu topik dalam bidang
Nombor dan Operasi yang diajar di sekolah rendah. Pada akhir pembelajaran pecahan selama
6 tahun, pelajar diharapkan mampu memahami konsep asas pecahan dan operasi pecahan
secara konseptual dan prosedural dengan baik serta mampu mengaplikasikan ilmu pecahan
dalam kehidupan seharian kerana sekiranya pelajar mempunyai masalah dalam memahami
secara konseptual konsep pecahan yang melibatkan operasi asas, mereka akan mengalami
kesukaran dan masalah pembelajaran di dalam memahami bidang matematik yang berkaitan.

Menurut Fazilawati (2014), pengetahuan pelajar yang dibatasi oleh persekitaran


kehidupan mereka boleh menjadi punca mereka sukar mempelajari pecahan dan ianya
perlulah dikenal pasti bagi mengelak miskonsepsi di kalangan pelajar dengan cara
mengemukakan beberapa kaedah atau pendekatan yang sesuai dengan tahap pemahaman
pelajar bagi mengatasi miskosnsepsi ini. Menurut Ridos et. al (2018) lagi, guru boleh
membuat perkaitan dalam kehidupan seharian pelajar seperti menimbang jisim semasa
membeli buah manga, menyukat isipadu semasa membeli air coklat ais, mengukur saiz
semasa membeli kasut baharu, mengukur panjang stokin sekolah baharu dan mengira semasa
membakar kek coklat kegemaran.

Kajian Ridos et. al (2018) menyatakan penekanan terhadap proses menaakul,


membuat perkaitan dan kemahiran matematik merupakan salah satu fokus utama dalam

2
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

bidang matematik dan untuk itu, pelajar sewajarnya mempunyai penguasaan konsep asas
pecahan yang kukuh untuk menyelesaikan operasi penambahan dan penolakan dalam
matematik. Amatlah penting untuk pelajar berkebolehan memahami konsep penyelesaian
operasi penambahan dan penolakan pecahan kerana ianya sama penting dengan pemahaman
prosedural pelajar dalam menyelesaikan operasi penambahan dan penolakan pecahan.

Terdapat juga pelajar yang mempunyai kefahaman konseptual yang sangat rendah
dalam bahasa yang digunakan dalam soalan pecahan yang diberi dan menurut Jamil (2008),
ini mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri serta pendekatan pengajaran guru
yang kurang menekankan pembinaan konsep. Penggunaan bahan manipulatif matematik yang
tepat dapat membantu pemahaman pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
seronok dan tekal diingatan.

3
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

2.0 BINCANGKAN KEPENTINGAN DAN CABARAN PENGAJARAN


PECAHAN DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH.

Ridos et. al (2018) menyatakan pecahan adalah ilmu matematik yang memiliki sifat
yang unik untuk dipelajari berbanding dengan nombor bulat dan keunikan ini menjadikannya
salah satu konsep yang mencabar. Pembelajaran tajuk pecahan boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian seperti menimbang jisim, menyukat isipadu, mengukur panjang, mengira
masa dan membahagi makanan seperti kek dan buah.

Ridos et. al (2018) juga berpendapat bagi mewujudkan kefahaman konsep yang
kukuh, pendekatan pembelajaran terutama konsep pecahan harus bermula dengan kefahaman
konseptual. Memandang pecahan merupakan ilmu matematik yang memerlukan pemikiran
abstrak, maka asas pengetahuan konseptual yang kukuh harus dibina. Piaget (1962)
mengatakan pelajar mampu membina pengetahuan secara abstrak melalui pembinaan
pengetahuan konkrit yang kukuh dan pengetahuan konkrit dapat diwujudkan melalui suasana
pembelajaran yang aktif. Maka, untuk mewujudkan pembelajaran yang aktif, aktiviti
pembelajaran harus berpusatkan kepada pelajar dan melibatkan aktiviti hands-on.
Penggunaan bahan manipulatif yang menarik mampu merangsang pembinaan ilmu konkrit
pelajar yang kukuh sekaligus menjana pemikiran abstrak mereka dalam memahami konsep
pecahan.

Pengajaran topik pecahan juga menemukan guru dengan beberapa cabaran dalam
menyampaikan kandungan pengajaran agar difahami. Bentuk penulisan nombor pecahan
yang ada nombor di atas dan ada nombor di bawah itu sendiri mencabar untuk difahami oleh
pelajar, apatah lagi untuk dilakukan operasi penambahan atau penolakan ke atas nombor
pecahan tersebut. Bentuk nombor pecahan berbeza dari nombor bulat yang telah dipelajari.
Menurut Fazilawati (2014), cabaran miskonsepsi dalam pecahan sering dihadapi oleh
pelajar serta menjadi penghalang dalam memahami konsep yang disampaikan Masalah
miskonsepsi lebih sukar diatasi oleh guru berbanding dengan masalah kecuaian dalam
pengiraan operasi pecahan. Pengenalan awal dalam topik pecahan perlu diperhalusi dan
dibantu dengan bahan manipulatif matematik yang sesuai supaya pelajar faham apa yang
diwakili oleh nombor pengangka dan apa pula yang dimaksudkan oleh nombor penyebut.

4
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

Pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan dan ianya tidak terpisah dan
bukannya dua nombor bulat yang berasingan dan boleh dioperasi secara berasingan. Pelajar
yang tidak memahami konsep operasi pecahan biasanya terdorong melaksanakan operasi
nombor pecahan sebagaimana pengoperasian nombor bulat. Pelajar akan menyelesaikan
penambahan pecahan dengan menambah nombor penyebut sebagaimana menambah nombor
pengangka. Kesalahan ini boleh dibetulkan dengan cara menggunakan contoh yang hampir
dengan pelajar seperti Ali mempunyai dua biji epal dan Ani mempunyai empat biji epal.
Guru bertanya, apakah jumlah pecahan bagi kesemua buah epal tersebut? Adakah pecahan

2
diwakili buah epal Ali iaitu yang lebih kecil, apabila ditambah dengan pecahan diwakili
6

4 6 6
buah epal Ani iaitu akan menjadi lebih kecil iaitu atau menjadi ?
6 12 6

2 4 6
Pelajar difahamkan bahawa nilai ditambah akan terus menjadi kerana
6 6 6
pecahan ini mempunyai penyebut yang sama dan harus dikekalkan dan bukannya menjadi

6 6 6
. Pelajar juga hendaklah faham bahawa nilai pecahan adalah lebih besar dari nilai
12 6 12
dengan menggunakan bahan manipulatif matematik seperti sebiji kek dipotong kepada enam
dan sebiji kek lagi dipotong kepada 12. Melihat kepada saiz potongan kek tersebut boleh
memahamkan pelajar bahawa pecahan yang mana lebih kecil dan pecahan yang mana pula
lebih besar.

Guru juga berhadapan dengan cabaran apabila pelajar gagal untuk membuat
perbandingan kepada nilai pecahan dimana pelajar tidak mampu membayangkan nilai
pecahan yang diberi secara abstrak dan melibatkan dua pecahan yang memiliki penyebut
berbeza. Selain itu, permasalahan dalam pengiraan pecahan dikenalpasti apabila soalan yang
diberi melibatkan pecahan yang berlainan penyebut. Kajian Haseman (2001) menunjukkan
pelajar yang berusia 12 tahun sehingga 15 tahun menyelesaikan masalah pecahan melalui
teknik mengingat, mengakibatkan mereka tidak mampu untuk menjelaskan konsep tambah
dan tolak dalam pecahan melalui gambarajah dan akhirnya mereka hanya sekadar mengingat
langkah pengiraan sahaja. Pelajar juga didapati tidak memahami makna sebenar pecahan
tetapi mampu menyelesaikan masalah yang melibatkan pecahan dengan mengingati jalan
pengiraan masalah pecahan.

5
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

Ridos et. al (2018) turut berpendapat kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sering diamalkan dalam bilik darjah lebih berpusatkan guru dimana hanya guru bersikap aktif
disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan pelajar hanya menjadi pendengar dalam
menerima ilmu lalu, bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu konsep,
latih tubi diberikan secara berkala. Akhirnya, pelajar hanya menguasai sesuatu konsep dan
mampu menyelesaikan suatu permasalah tetapi tidak mampu memberi justifikasi kepada
setiap langkah pengiraan yang dilakukan dalam proses penyelesaian masalah. Ini kerana
pelajar tidak memahami logik di sebalik operasi pecahan (Mack, 1990).

Berlaku juga cabaran yang dihadapi guru dalam membentuk pengetahuan


konseptual dan pengetahuan prosedural dalam pecahan. Kajian Ridos et. al (2018)
menyatakan kefahaman konsep yang tepat boleh jadi tidak terbentuk jika terdapat
ketidakjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran lalu mengakibatkan pelajar akan
berkemungkinan menyalah tafsir konsep serta melakukan kesalahan dalam menyelesaikan
masalah matematik terutamanya operasi penambahan dan penolakan pecahan. Justeru itu,
penguasaan pemahaman konsep asas pecahan yang kukuh wajar diberi penekanan terlebih
dahulu dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar pengetahuan konseptual telah terbina
dalam minda pelajar dan berkembang kepada pengetahuan prosedural pecahan yang
seimbang agar pelajar berjaya menyelesaikan operasi penambahan dan penolakan tanpa
sebarang kesalahan konsep. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan rapi
adalah sesuatu yang sangat penting.

6
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

3.0 RINGKASKAN MAKLUMAT DARI PELBAGAI SUMBER MENGENAI


CARA MENGGUNAKAN ALAT PENGAJARAN (MANIPULATIF) UNTUK
MENGAJAR PECAHAN.

Menurut Heddens (2005), bahan manipulatif merujuk kepada model konkrit yang
melibatkan konsep matematik yang melibatkan penggunaan beberapa deria serta boleh
disentuh dan digerakkan oleh pelajar dan ianya digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran matematik sebagai satu kaedah dalam membantu pelajar belajar matematik
dengan lebih bermakna. Menurut Weiss (2006) pula, penggunaan bahan manipulatif juga
membantu dalam pembinaan imej mental yang lebih jelas dalam memahami idea-idea dan
konsep-konsep matematik. Kajian dari Swan dan Marshall (2010) pula mendapati bahan
manipulatif matematik merupakan objek yang dikendalikan individu melalui deria lalu
pemikiran matematik akan terbentuk dalam keadaan individu itu sedar atau tidak. Deria yang
terlibat semasa penggunaan bahan manipulatif ini ialah deria penglihatan dan deria sentuhan
lalu ianya memberi ilham dan kesedaran yang mencetuskan idea dan konsep dalam
matematik. Bahan manipulatif sebahagiannya dicipta untuk fungsi-fungsi tertentu bagi
memenuhi konsep matematik yang berbeza-beza seperti Attribute Blocks, Base Ten blocks,
Cuisenaire rods, Multi Links cubes, Pattern Blocks, Polydron/Geoshapes, square tiles dan
Unifix cubes.

Gambar 1: Attribute Blocks

(Sumber: https://www.learningresources.com/attribute-blocks-desk-set)

7
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

Gambar 2: Base Blocks

(Sumber: https://www.amazon.com/Torlam-Magnetic-Base-Blocks-
Manipulatives/dp/B08HZ6G7J9

Gambar 3: Cuisenaire rods

(Sumber: https://www.amazon.com/Learning-Resources-Cuisenaire-Small-
Group/dp/B000F8R5N2)

Gambar 4: Multi Links cubes

(Sumber: https://www.funlearning.co.uk/toys/for-3-year-olds/math-link-cubes/)

8
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

Gambar 5: Pattern Blocks

(Sumber: https://www.bellalunatoys.com/products/geometric-pattern-blocks)

Gambar 6: Polydron

(Sumber: https://www.polydron.co.uk/construction/polydron-50-large-equilateral-
triangles.html)

Gambar 7: Square tiles

9
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

(Sumber: https://www.amazon.com/edx-education-Color-Tiles-
Manipulative/dp/B07MM6D4QN)

ALAT PENGAJARAN (MANIPULATIF) 1: PIZZA

Pizza sesuai untuk mengajar pecahan Tahun 2 kerana ianya merupakan makanan
kegemaran kanak-kanak sekolah rendah dan popularitinya dapat mencungkil rasa ingin tahun
di kalangan pelajar. Pizza membantu meningkatkan tumpuan pelajar terhadap pengajaran
guru. Pizza juga membantu pelajar mengingat kembali konsep pecahan setengah dan suku
serta bagaimana untuk menamakannya dalam bahasa Matematik. Malah, penggunaan bahan
bantu mengajar tersebut juga membantu pelajar-pelajar untuk memahami dan mengekalkan
konsep atau fakta matematik yang diajar dalam ingatan mereka

ALAT PENGAJARAN (MANIPULATIF) 2: PERMAIDANI PECAHAN

Permaidani pecahan sesuai untuk mengajar pecahan kerana ia membantu pelajar


untuk memahami konsep pecahan wajar pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya sehingga
10. Permaidani pecahan membolehkan pelajar faham bahawa jika terdapat sepuluh bahagian
dan salah satu bahagian tersebut diisikan maka ia dinamakan sebagai satu per sepuluh di
mana sepuluh bahagian itu adalah penyebut dan satu bahagian yang diisikan ialah pengangka.
Ini secara tidak langsung, menjadikan pelajar menumpukan perhatian dan memperolehi
pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh dan
deria pendengaran. Permaidani pecahan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif
dan menyeronokkan.

ALAT PENGAJARAN (MANIPULATIF) 3: KAD PECAHAN DAN TOPENG

Kad pecahan digunakan dalam satu aktiviti yang direka seperti Lompat Si Katak
Lompat dan guru turut menggunakan topeng sebagai alat pengajaran tambahan. Dalam
aktiviti ini guru mengambil bahagian bermain bersama pelajar agar ianya mendatangkan
keseronokan dan hiburan di samping merangsang pelajar mempelajari sesuatu dengan cara
yang aktif. Guru akan main peranan sebagai ibu katak dan menamakan sesuatu nilai pecahan
dalam lingkungan lima per sepuluh hingga sepuluh per sepuluh, anak-anak katak iaitu pelajar

10
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

yang mempunyai kad pecahan tersebut perlu lompat dengan pantas seperti katak untuk
mendapatkan ganjaran guru. Kad pecahan yang diberikan kepada pelajar dapat
mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang akan diberi oleh
pelajar apabila guru menamakan sesuatu pecahan secara serta-merta akan mengukuhkan lagi
pembentukan konsep pecahan dalam minda pelajar. Kombinasi bahan bantu mengajar ini
memberi peluang kepada semua pelajar untuk mengambil bahagian dalam proses
pembelajaran, menambahkan pengetahuan baharu terhadap konsep pecahan, menggalakan
interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan pelajar tidak
akan berasa takut atau malu dengan rakan lain sebaliknya akan lebih berani mencuba segala
aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Pelajar
akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar.

ALAT PENGAJARAN (MANIPULATIF) 4: SAMPUL SURAT PECAHAN

Sampul ini digunakan dalam aktiviti secara berkumpulan iaitu empat kumpulan.
Setiap kumpulan menerima sampul surat yang mengandungi potongan kertas pecahan
daripada satu per sepuluh hingga sepuluh per sepuluh. Kemudian, guru akan memberi kertas
manila yang mengandungi gambar rajah kepada setiap kumpulan dan pelajar akan berbincang
dalam kumpulan mereka serta mereka perlu melorekkan gambarajah yang terdapat dalam kad
manila berdasarkan pecahan yang terdapat dalam sampul surat. Bahan bantu mengajar ini
secara tidak langsung, membolehkan ahli kumpulan berinteraksi di antara satu sama lain
secara bersemuka saling membantu, menggalak dan seterusnya meningkatkan usaha di antara
satu sama lain untuk menunjukkan kefahaman konsep pecahan mereka melalui aktiviti
lorekkan. Semangat kerjasama di kalangan ahli dapat dipupuk yang memberikan impak
terhadap suasana pembelajaran. Umpamanya semasa pelajar-pelajar berbincang dalam
kumpulan, ini membolehkan pelajar-pelajar yang agak mahir dalam tajuk pecahan boleh
membantu rakan-rakannya yang masih lemah dengan penguasaan konsep pecahan melalui
bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh guru. Justeru itu, penggunaan bahan bantu
mengajar yang dinyatakan memberikan pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran
sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah serta
kemahiran sosial.

11
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

Di sini dapat difahami bahawa bahan manipulatif ialah bahan yang merapatkan jurang
idea matematik abstrak dengan idea matematik konkrit supaya pelajar mahir atau matang
dalam ilmu matematik. (Frank, 2012).

12
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

4.0 CADANGKAN DUA AKTIVITI KREATIF DENGAN MANIPULATIF YANG


SESUAI UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK MEMAHAMI KONSEP SETARA
DALAM PECAHAN PADA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH.

Wong C.Y. (2011) berpendapat topik pecahan setara perlu diajar dalam bentuk visual
dengan aktiviti yang mudah kerana ia merupakan konsep yang sukar bagi pelajar Matematik
(Harrietcat, 2009). Menurut Parsons (2009), pelajar memerlukan banyak pengalaman pada
aktiviti “hands-on” semasa mempelajari pecahan. Adalah dengan itu, saya mencadangkan
bagi membantu pelajar menguasai konsep pecahan setara, lipatan kertas digunakan. Guru
menyediakan jalur kertas yang bersaiz 15cm X 2cm kepada semua pelajar. Guru
menggunakan Teori Konstruktivisme dan akan mengarahkan pelajar untuk sama-sama
melaksanakan aktiviti lipatan kertas. Arahan diberi berbantukan tayangan slaid. Dengan ini,
guru tidak terikat untuk berada di hadapan kelas sahaja.

Kombinasi penggunaan multimedia ini membolehkan guru bergerak sekeliling kelas


bagi memantau pelaksanaan aktiviti di kalangan pelajar agar pelajar melaksanakan aktiviti
dengan betul dan jika seandainya ada pelajar yang tersasar, mereka dapat dibetulkan dengan
segera. Pembinaan konsep yang betul dalam minda pelajar amatlah penting. Menurut Azura
(2009), penggunaan gambar, animasi dan bunyi boleh membantu pelajar belajar dengan lebih
seronok tentang domain pengetahuan yang baharu dan pelajar lebih bermotivasi dalam
pembelajarannya.

Berikut adalah langkah aktiviti menggunakan lipatan kertas.


Langkah Aktiviti
1 Pelajar diarahkan untuk melipat jalur kertas 1 kepada 2 bahagian yang sama
besar.

2 1
Kemudian, pelajar diarahkan untuk warnakan daripada jalur kertas.
2

13
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

Langkah Aktiviti
3 Pelajar diarahkan pula untuk melipat jalur kertas 2 kepada 4 bahagian yang
sama besar.

4 2
Kemudian, pelajar diarahkan untuk warnakan daripada jalur kertas.
4

5 Seterusnya, pelajar diarahkan untuk melipat jalur kertas 3 kepada 8 bahagian


yang sama besar.

6 4
Pelajar diarahkan untuk warnakan daripada jalur kertas tersebut
8

7 -Guru mengarahkan pelajar untuk membandingkan ketiga-tiga jalur kertas


tersebut.
Jalur kertas 1

Jalur kertas 2

Jalur kertas 3

8 -Pelajar diarahkan menyatakan pecahan yang diwakili ketiga-tiga jalur kertas


tersebut.
1
2
2
4
4
8
1 2 4
-Guru bertanya, “Adakah , dan adalah pecahan setara?”
2 4 8

14
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

Langkah Aktiviti
9 1 2 4
-Guru menerangkan pecahan , dan adalah pecahan yang setara kerana
2 4 8
kesemuanya mempunyai nilai yang sama. Ia dibuktikan melalui jalur kertas
yang telah diwarnakan.

Kajian Brady (2008) mendapati aktiviti lipatan kertas ini dapat membantu
mengukuhkan konsep Matematik dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Pecahan
merupakan satu topik yang mencabar untuk diajar. Pelajar biasanya mengalami banyak
masalah semasa mempelajari konsep pecahan setara kerana konsep pecahan adalah sangat
abstrak. Penggunaan alat bantu mengajar yang konkrit dan cara pengajaran yang menarik dan
sesuai seperti lipatan kertas ini dapat membantu memberi pendedahan konsep pecahan setara.
Penggunaan lipatan kertas seperti ini bukan sahaja dapat melibatkan diri pelajar dalam proses
pembelajaran tetapi juga mereka dapat mempelajari konsep pecahan setara melalui aktiviti
“hands-on” dan melibatkan penglihatan visual.

Kajian Wong C.Y. (2011) mendapati antara aktiviti pembelajaran yang berkesan ialah
yang memelihara cara-cara pembelajaran yang pelbagai dalam kelas. Aktiviti lipatan kertas
ini melibatkan deria-deria seperti melihat (pelajar melihat animasi pada slaid PowerPoint),
mendengar (pelajar mendengar arahan serta penerangan guru) serta menyentuh (pelajar
melipat jalur kertas masing-masing). Pelajar belajar dengan menggunakan deria-deria yang
berlainan pada masa yang sama dan aktiviti ini amat sesuai dan penglibatan pelajar yang
berlaku secara aktif boleh membantu pelajar mengkonstruk idea atau konsep melalui aktiviti
tersebut.

Pecahan adalah satu konsep dalam matematik yang bersifat abstrak dan
pengajarannya memerlukan model sebagai ilustrasi. Kajian Nia Kania (2018) merumuskan
bahawa pelajar yang menerima pembelajaran pecahan menggunakan objek manipulatif
adalah lebih baik daripada pelajar yang mendapati pembelajaran matematik dengan
pembelajaran konvensional. Justeru itu, aktiviti kedua yang saya cadangkan ialah
pembelajaran melalui permainan melalui penggunaan kad pecahan seperti berikut:

15
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

Langkah Aktiviti
1 Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan iaitu pelajar A dan B.
Setiap pasangan diberikan sekeping sampul surat yang mengandungi pelbagai
kad pecahan, kad soalan serta pensil warna

2 Dalam setiap pasangan, pelajar A dikehendaki mewarnakan petak-petak


untuk mewakili sesuatu nilai pecahan dan menuliskan pecahan tersebut pada
kad soalan.

3 Pelajar B dikehendaki mempermudahkan pecahan itu kepada bentuk


termudah

16
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

Langkah Aktiviti
4 Guru mengemukakan soalan kepada pelajar untuk dibincang secara
berpasangan:
• Mengapakah pengangka dan penyebut harus dibahagi dengan nombor
yang sama?
• Apa akan terjadi jika pengangka dan penyebut dibahagi dengan nombor
yang berbeza?

5 Pelajar A menunjukkan kad pecahan yang diwarnakan dan berbincang dengan


pelajar B sama ada jawapan itu adalah betul.

6 Pelajar A dan B bertukar peranan dan cuba kad pecahan lain.

17
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

5.0 KESIMPULAN

Kajian Frank (2012) menyatakan bahan manipulatif ialah bahan yang merapatkan
jurang idea matematik abstrak dengan idea matematik konkrit supaya pelajar mahir atau
matang dalam ilmu matematik. Justeru, bahan manipulatif dapat diangkat sebagai alat atau
bahan yang bersifat konkrit atau maujud yang melibatkan penggunaan tangan pelajar-pelajar
dengan cekap terhadap objek yang dapat dipegang dan dimanipulasi untuk membantu pelajar-
pelajar peringkat pra operasi membina pengetahuan dan konsep matematik secara langsung
atau tidak langsung, (Anizan, 2014). Maka, pelajar-pelajar boleh dilepaskan dalam meneroka
pembelajaran mereka menggunakan bahan manipulatif secara langsung dengan bermain,
membina, menguji dan membilang dengan harapan pelajar-pelajar tersebut dapat menguasai
konsep matematik dengan lebih baik dan pilihan bahan manipulatif mudah dari persekitaran
ialah seperti kayu ais krim, penutup botol plastik, dan cengkerang.

Banyak peranan dimainkan bahan manipulatif matematik dalam mengukuhkan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran serta menjadikan kandungan pengajaran yang disampaikan
guru dapat dicerna oleh pelajar dengan baik dan berkesan serta menyeronokkan.
Pembelajaran yang menyeronokkan ini memberi pengalaman yang bermakna dalam diri
pelajar dan mengukuhkan kognitif yang dibina. Perkembangan teknologi membolehkan
bahan-bahan manipulatif ini diubah ke dalam bentuk maya menjadikannya boleh diakses
tanpa sempadan.

Perkembangan ini menawarkan kepada dunia pendidikan satu kaedah alternatif yang
boleh digunakan lalu menjadikan bahan manipulatif maya sebagai salah satu kaedah
pengajaran matematik masa kini. Bahan manipulatif maya adalah sama dengan bahan
manipulatif fizikal seperti Attribute Blocks, Base Ten blocks, dan square tiles tetapi direka
dalam bentuk maya ke dalam bentuk perisian komputer. Bahan manipulatif maya diakui
dapat memberi kesan yang sama kepada pelajar iaitu pengajaran dan pembelajaran yang lebih
bermakna. Bahan manipulatif maya boleh didefinisikan sebagai satu interaktif, berasaskan
laman sesawang yang menunjukkan visual objek yang dinamik yang digunakan untuk
membina pengetahuan matematik. (Moyer et al., 2002, p.373).

18
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

Ramai penyelidik percaya yang bahan manipulatif maya mempunyai keupayaan dan
potensi untuk menangani kebanyakan kelemahan utama dalam menggunakan bahan
manipulatif fizikal, (Clemets & Sarama, 2005; Moyer, Niezgoda, & Stanley, 2005; Yuan Lee,
& Wang, 2010) terutamanya di kala negara dilanda wabak Covid-19 ini yang mengakibatkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dijalankan secara bersemuka tetapi berlaku di
alam maya. Justeru, pemilihan bahan manipulatif maya yang mempunyai keupayaan
interaktiviti, pengubahan, perwakilan yang fleksibel serta sumber yang tidak terhad disokong
dengan hasil kajian Wright (1994); Clements & Sarama (1998); Suh & Moyer (2007)
menunjukkan bahan manipulatif maya menyediakan kelebihan yang unik dan boleh menjadi
lebih efektif berbanding bahan manipulatif fizikal dalam menyokong pembelajaran.

Golongan guru perlu bijaksana dan kreatif dalam mengklasifikasi serta menyaring
bahan manipulatif fizikal serta bahan manipulatif maya kerana kedua-duanya punyai
kelebihan tersendiri. Bahan manipulatif maya menjadi pelengkap kepada kekurangan bahan
manipulatif fizikal yang adakalanya terbatas penggunaannya dan juga kurang fleksibel.
Namun begitu, bahan manipulatif maya pula tidak dapat menyediakan pengalaman yang
hands-on kepada pelajar dan perkara ini adalah salah satu kekuatan bahan manipulatif fizikal.
Semoga dengan penawaran pilihan yang pelbagai dalam bahan bantu mengajar ini dapat
meneguhkan konsep matematik dalam minda pelajar dan mengelakkan serta memperbetulkan
sebarang miskonsepsi di kalangan pelajar dalam memahami kandungan topik pecahan.

19
HBMT2203 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

RUJUKAN

Anizan Che Mat. (2014). Pengajaran Matematik Sekolah Menengah. Kelantan: Universiti
Terbuka Malaysia.
Azura Ishak. (2009). Perbandingan Pengajaran Berasaskan “Multimedia” Dan Tradisional
Ke Atas Pencapaian Matematik Dan Sikap Matematik Di Kalangan Pelajar Berisiko.
http://journalarticle.ukm.my/3510/
Christine Jane Ridos, Jessica Janet Ahi, Kasthuri Devi, Nurul Farhana Jumaat, Nor Fadila
Amin. (2018). Penggunaan M-Fracto Kit Dalam Meningkatkan Pengetahuan
Konseptual Dan Prosedural Matematik Untuk Topik Asas Pecahan. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
D’Angelo, Frank & Nevin Iliev. (2012). Teaching Mathematics to Young Children Through
the Use of Concrete and Virtual Manipulatives. Pennsylvania: Bloomsburg University
of Pennsylvania.
Fazilawati Daud. (2014). Miskonsepsi Yang Dihadapi Oleh Pelajar Dalam Pembelajaran
Matematik Dan Cara Mengatasinya. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Harrietcat. (2009). Teaching Equivalent Fractions.
http://www.bukisa.com/articles/25392_teaching-equivalent-fractions
Hasemann, K. (2001). Mathematical Learning Difficulties in Secondary School (Edisi ke 4).
Philadelphia: Open University Press.
Nia Kania. (2018). Props untuk Memahami Konsep Pecahan. Jurnal Theorems (Penyelidikan
Matematik Asal) Jld 2 No. 2 Januari 2018 hlm 1-12. Indonesia: Universiti
Majalengka.
Parsons, J. (2009). Teaching Young Children About Fractions. http://jackie-
parsons.suite101.com/teaching-young-children-frac tions-a134352
Piaget, J., & Inhelder, B. (1962). The Psychology of the Child. New York: Basic Books.
Schoenfeld, A.H. (1998). Toward A Theory Of Teaching-In-Context. University of California.
Swan, P & Marshall, L. (2010). Revisiting Mathematics Manipulative Materials. Australian
Primary Mathematics Classroom vol. 15 no. 2
Wong Chu Yew. (2011). Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Pelajar Tahun
Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara. Sarawak: Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang.
Wong K. Y. (1987). Kemahiran Matematik Asas. Berita Matematik. 32. 2-6.

20

Anda mungkin juga menyukai