Anda di halaman 1dari 18

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

SEMESTER MEI / TAHUN 2020

HBMT 1203_V2

PENGAJARAN MATEMATIK PRA-SEKOLAH

NO. MATRIKULASI : 960601016007001


NO. KAD PENGENALAN : 960601016007
NO. TELEFON : 0197048996
E-MEL : nazrulsalleh@oum.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PENGERTIAN NOMBOR 4-5

3.0 PENJELASAN MENGENAI KESUKARAN DALAM MENENTUKAN 6-7


PENGERTIAN NOMBOR

4.0 KONSEP PRA NOMBOR 8-12

5.0 KEPENTINGAN DAN KEKUATAN PENGERTIAN NOMBOR 13-15


MENGENAI PEMBELAJARAN NOMBOR DAN OPERASI AWAL
MATEMATIK

6.0 KESIMPULAN 16-17

7.0 RUJUKAN 18

2
1.0 PENGENALAN

Memahami dan menguasai ilmu matematik di peringkat prasekolah dan sekolah rendah
adalah amat penting kerana ia dapat berfungsi sebagai satu asas untuk murid lebih memahami
mengenai matematik. Secara tidak langsung apabila mereka berada di peringkat yang lebih
tinggi, murid lebih mudah faham mengenai apa yang diajarkan oleh guru. Pembelajaran
matematik awal yang diperolehi melalui pengalaman yang menyeronokkan akan mendorong
minat murid untuk belajar matematik. Pembelajaran matematik awal nombor perlulah diajar
bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid kerana ianya perkara yang penting sebelum
melangkah ke aras yang lebih tinggi. Asas perkembangan matematik bermula daripada
pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kualiti dan kuantiti
seperti saiz, warna dan bentuk sebelum peringkat simbolik.
Menurut kajian yang dilakukan oleh NCTM pada tahun 1989 menyatakan bahawa
matlamat yang perlu difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran
matematik terhadap kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan ialah membentuk
pemahaman konseptual awal matematik, kebolehan berkomunikasi mengenai matematik dan
penggunaan matematik dalam menyelesaikan masalah.
Oleh yang demikian, pengenalan awal matematik yang perlu diberi pendedahan kepada
murid prasekolah adalah merangkumi pengetahuan mengenai konsep pra nombor, operasi
nombor, konsep waktu, nilai wang, bentuk dan ruang. Perkara ini dapat memudahkan tugas guru
bagi melaksanakan aktiviti secara tersusun dan kemas bagi mencapai Kurikulum Standart
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang diinginkan.
Tuntasnya, asbab saya menulis penulisan ini adalah untuk mencari maklumat mengenai
pengertian nombor serta ingin menjelaskan kesukaran dalam menentukan pengertian nombor
dalam matematik prasekolah. Selain itu, saya juga akan menghuraikan mengenai konsep pra-
nombor utama yang telah dikenal pasti dalam pembelajaran awal matematik dan juga kaedah
yang dapat membantu murid prasekolah untuk mengembangkan pengertian nombor. Seterusnya,
saya juga akan menghuraikan mengenai kepentingan pengertian nombor dalam mempromosikan
pembelajaran matematik berkenaan dalam pembelajaran nombor dan operasi.

3
2.0 PENGERTIAN NOMBOR

Nombor memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran matematik. Konsep


nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang
dilihat. Konsep nombor mengambarkan bilangan, jumlah atau banyaknya benda bagi sesuatu
kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka ialah simbol atau tanda yang
mewakili serta mengambarkan konsep nombor. Konsep asas yang perlu dipelajari adalah
kesedaran kepada bunyi nombor dan turutan nombor, mengira dan padanan satu dengan satu.
Memahami nombor adalah kemahiran yang penting yang perlu diusahakan oleh kanak-kanak.
Mereka menghadapi dan memerhatikan pelbagai konsep matematik sejak kecil, seperti
perbandingan kuantiti dan pengiktirafan corak.
Selain itu juga nombor mempunyai peranan yang penting dalam pembelajaran
matematik. Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan
konsep dari mudah ke kompleks. Nombor boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu
membilang, konsep nombor dan operasi nombor. Huraian bagi 3 bahagian tersebut ialah :

2.1 Membilang
Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-
murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang yang
perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara
hafalan. Empat prinsip itu adalah yang pertama, prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid
dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor. Yang kedua ialah prinsip susunan
nombor mengikut urutan iaitu bermula dari 1,2,3,4,5 dan seterusnya. Yang ketiga ialah prinsip
cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang. Yang keempat
ialah prinsip order irrelevance (ke tak berkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-
mana kedudukan. Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-
empat prinsip ini.

4
2.2 Konsep Nombor
Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau
kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor mengambarkan bilangan, jumlah atau banyaknya
benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka ialah simbol atau
tanda yang mewakili serta mengambarkan konsep nombor. Sistem nombor yang digunakan hari
ini mempunyai empat ciri penting iaitu yang pertama adalah nilai tempat iaitu kedudukan digit
mewakili nilai tertentu. Yang kedua adalah asas sepuluh iaitu bermaksud koleksi sepuluh yang
mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan. Yang ketiga adalah penggunaan sifar iaitu simbol
untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud. Yang keempat adalah mempunyai nilai
tambah iaitu nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.

2.3 Operasi Nombor


Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah dan tolak. Konsep asas bagi
operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu.
Manakala konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya.
Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah ; membilang berdasarkan 4 prinsip
membilang secara rasional, pengalaman konkrit iaitu operasi yang dimulakan dengan bahan
maujud secara bergambar atau simbol serta konteks penyelesaian masalah iaitu satu situasi
penyelesaian masalah diberi, penggunaan bahasa yang betul dan bahasa yang betul perlu
digunakan supaya operasi itu lebih bermakna.
Operasi nombor terbahagi kepada 2 bahagian iaitu operasi tambah dan tolak. Operasi
tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan
experience, language, picture and symbol (ELPS) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman
konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk
bergambar atau bentuk simbol. Bagi operasi tolak pula, ia mempunyai beberapa makna atau
pengertian seperti memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan
dan melibatkan baki yang tinggal dan membandingkan dan mencari perbezaan. Ia melibatkan
dua kuantiti dan melibatkan perbezaan.

5
3.0 PENJELASAN MENGENAI KESUKARAN DALAM MENENTUKAN
PENGERTIAN NOMBOR

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Rohani pada tahun 2004 menyatakan bahawa
konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak
prasekolah. Nombor memainkan peranan yang amat penting dalam menguasai pembelajaran
matematik prasekolah. Namun begitu, didapati terdapat segelintir guru yang tidak memahami
tentang perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan matematik dengan terus
mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3, 4 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-
nombor ini dengan objek di sekeliling. Perkara ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat
mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.
Selain itu, kanak-kanak mengenali nombor secara sendirinya melalui pengalaman di
dalam kehidupan seharian mereka seperti melakukan aktiviti dan permainan yang menarik di
mana ia mampu memberikan kesan tentang pemahaman matematik yang lebih baik. Sebagai
contoh, menurut satu kajian yang dilakukan oleh Roszazi dan Nani pada tahun 2004 menyatakan
pembelajaran yang berkaitan dengan nombor kebiasaannya diperolehi melalui masa, interaksi
sosial, pengalaman, kefahaman dan bahasa. Tugas dan tanggungjawab guru dalam mendalami
konsep matematik pada peringkat prasekolah adalah sangat penting agar kanak-kanak dapat
belajar dan memahami konsep matematik dengan betul dan baik.
Hal ini disebabkan sekiranya ada kesilapan pada tafsiran dan kefahaman di dalam konsep
matematik, maka ia akan memberikan gambaran yang berbeza terhadap makna yang sebenar.
Akibatnya, ia akan menyebabkan kanak-kanak sering melakukan melakukan kesilapan
terutamanya dalam pemahaman matematik dan kaedah untuk menyelesaikan masalah matematik.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Mohd Salleh Abu pada tahun 1991 menyatakan bahawa
murid yang tidak dapat menguasai konsep dan kemahiran matematik, mereka akan menghadapi
masalah pemahaman di dalam matematik. Kefahaman konsep merupakan satu perkara yang
penting dan tidak boleh dianggap remeh di dalam pembelajaran matematik. Murid yang tidak
dapat mengusai konsepnya beranggapan matapelajaran itu sangat sukar dan susah.

6
Banyak perkara di dalam kehidupan ini memerlukan kemahiran matematik bagi
menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, menentukan jumlah barang, menentukan masa
dan waktu, urusan jual beli seharian dan sebagainya. Oleh yang demikian, adalah sangat penting
bagi seorang kanak-kanak itu didedahkan dan diajar mengenai kemahiran-kemahiran asas
matematik agar mereka menjalani kehidupan seharian dengan lebih tersusun dan selesa.

7
4.0 KONSEP PRA NOMBOR

Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal yang perlu diperkenalkan
kepada kanak-kanak sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Pendedahan awal
konsep pra nombor adalah seawal usia kanak-kanak adalah penting bagi membina sikap positif
terhadap matematik. Pendekatan yang dirancang rapi sesuai untuk membantu kanak-kanak untuk
membina kemahiran numerasi. Kanak-kanak memerlukan banyak pengalaman “hands-on” dan
“menyebut” sebelum kemahiran menulis nombor. Seawal umur 2 tahun, kanak-kanak akan mula
mengajuk patah-patah kata yang didengar di sekelilingnya. Contohnya ialah “satu”, “dua”, “tiga”
dan seterusnya. Konsep pranombor terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
i. Pengelasan
ii. Perbandingan
iii. Seriasi
iv. Padanan satu dengan satu
v. Pola
vi. Keabdian

3.1 Pengelasan
Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi konkrit berdasarkan
daripada ciri-ciri yang jelas. Tujuannya adalah bagi memastikan murid mendapat membezakan
dan mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaaan. Klasifikasi objek tersebut boleh
dilakukan berdasarkan kepada :
 Satu ciri (contohnya : bentuk, saiz, warna)
 Dua ciri (contohnya : warna dan saiz, warna dan bentuk)
 Tiga ciri (contohnya : warna, bentuk dan saiz)
 Negatif (contohnya : objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)

Aktiviti pengelasan adalah proses yang penting bagi membentuk konsep nombor. Justeru itu,
proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :
 Memilih dan membanding
 Mengumpul

8
 Memilih semula
 Mengasingkan kumpulan
 Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep

Dalam kaedah ini, murid prasekolah akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut
mengikut susunan mudah dan megumpulkan mengikut saiz, warna, corak dan fungsi. Aktiviti
yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama-sama. Oleh
yang demikian, kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut didalam kumpulan atau
set yang berbeza.

3.2 Perbandingan
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Gibbs dan Castadena pada tahun 1975
menyatakan bahawa perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri
yang tertentu sebagai asas perbandingan. Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan
ciri-ciri kuantitatif dan kuantitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid
dapat menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti banyak, lebih kurang
dan lebih tinggi. Contoh perbandingan yang digunakan ialah :
 Ukuran
Panjang : Pendek
Tinggi : Rendah
Tebal : Nipis
 Saiz
Besar : Kecil
 Berat
Berat : Ringan
 Bilangan
Banyak : Sikit

9
Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti :
i. Mengasingkan kumpulan
 yang banyak atau lebih
 yang sedikit atau kurang
 yang sama banyak
 yang tidak sama banyak

ii. Mewarnakan kumpulan


 yang banyak atau lebih
 yang sedikit atau kurang
 yang sama banyak
 yang tidak sama banyak

iii. Menamakan kumpulan


 yang banyak atau lebih
 yang sedikit atau kurang
 yang sama banyak
 yang tidak sama banyak

10
3.3 Seriasi
Seriasi adalah susunan yang lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan
kriteria yang jelas. Tujuannya ialah untuk membolehkan murid mencari pertalian antara satu
objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik yang lain. Kebolehan menyusun dan
menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan. Ini menjadikan proses
pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna. Contoh seriasi yang biasa dilakukan
adalah seperti :
 Menyusun mengikut pola urutan
Kecil – Besar
Nipis – Tebal
Rendah – Tinggi
Pendek – Panjang
Sempit – Luas
 Menyusun objek mengikut ciri bentuk, saiz, warna dan sebagainya.

3.4 Padanan Satu Dengan Satu


Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang
sama atau berbeza. Proses memadankan bermula daripada :
 Konsep memadankan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan,
pasangan dan sebagainya.
 Konsep objek dengan nombor.
 Konsep nombor dengan nombor.

Contoh padanan satu dengan satu adalah seperti :


 Memadankan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
 Memadankan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti sudu dan garpu.
 Memadankan bilangan yang sama.
 Memadankan bilangan objek dengan simbol nombor.

11
3.5 Pola
Salah satu aspek di dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya dalam kehidupan
seharian kita, ada waktu siang dan ada waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep
pola boleh diperkembangkan di dalam diri murid seperti :
 Meniru pola.
 Menyambung pola.
 Melengkapkan pola.
 Membina pola sendiri.

3.6 Keabdian
Ketelakaan adalah merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu dan
keluasan. Tujuan konsep keabdian diperkenalkan adalah bagi memastikan murid-murid
memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun ia diletakkan, disusun atau diatur di tempat
atau keadaan yang berbeza.

12
5.0 KEPENTINGAN DAN KEKUATAN PENGERTIAN NOMBOR MENGENAI
PEMBELAJARAN NOMBOR DAN OPERASI AWAL MATEMATIK

Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur,


ruang dan perubahan, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Menurut
kajian yang dilakukan oleh Nor’aini binti Tahir di dalam bukunya ‘Pembelajaran Kognitif dan
Pembelajaran Kanak-kanak’ menyatakan bahawa matematik adalah satu bidang ilmu yang
melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Sifat matematik adalah menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan
mencabar pemikiran. Berdasarkan NAEYC pula, matematik bermula dengan penerokaan bahan
seperti membuat binaan blok-blok, pasir dan air. Selain itu program matematik seharusnya
membolehkan kanak-kanak menggunakan matemtik sebagai alat untuk meneroka, mencari
penemuan baru dan menyelesaikan masalah. Kebolehan matematik di dalam pembelajaran
nombor dan operasi adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian.
Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak
berkaitan benda-benda yang konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek
seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada
disekeliling mereka. Menurut Jean Piaget, setiap kanak-kanak normal berupaya memahami
matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik perhatian mereka.
Selain itu, matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-
kanak yang memerlukan pengalaman, masa, interaksi sosial, bahasa dan kefahaman berkenaan
pemikiran kanak-kanak.
Awal matematik peringkat prasekolah membekalkan pengalaman awal matematik kepada
kanak-kanak. Pengalaman ini termasuklah konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang
mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa
yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan
kaedah yang menyeronokkan. Dalam pembelajaran awal matematik, kanak-kanak berfikir secara
konkrit. Oleh itu, kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk mengalami perhubungan
matematik melalui manipulasi objektif konkrit. Kanak-kanak juga mesti bermain dengan benda
yang mereka boleh mengira dan menyusun.

13
Selain itu,menurut kajian yang telah dilakukan oleh Ahmad Ismail pada tahun 2009
menyatakan bahawa penguasaan konsep matematik tidak datang daripada buku kerja atau
tugasan atas kerja dan pen. Kanak-kanak membina pengetahuan matematik dan mengembangkan
kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Kanak-kanak perlu
dibiasakan dengan mennggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah
harian yang konkrit bagi membantu membina keyakinan murid dalam kemahiran matematik
yang amat berguna kepada mereka apabila dewasa nanti.
Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka mempelajari
konsep nombor. Konsep ini amat penting untuk membolehkan mereka memperoleh sebahagian
gambaran yang berkesan mengenai nombor keseluruhan. Kebolehan untuk mengelaskan objek
atau benda mengikut warna, bentuk dan saiz. Kebolehan mengenal kuantiti melalui
perbandingan, banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak serta lebih atau kurang.
Sehubungan dengan itu, kekuatan pengertian nombor dalam mengajar matematik bagi
topik nombor dan operasi ialah pengertian nombor yang baik dapat membantu anak-anak
memanipulasi nombor untuk membuat pengiraan lebih mudah dan dapat memberi mereka
keyakinan untuk berikap fleksibel di dalam pendekatan mereka untuk menyelesaikan sesuatu
masalah matematik.
Di samping itu juga, kekuatan pengertian nombor dalam mengajar matematik bagi topik
nombor dan operasi adalah dengan aktiviti bermain. Aktiviti bermain membenarkan kanak-kanak
memenuhi keperluan perasaan ingin tahu, di samping meningkatkan pengalaman, pengetahuan
dan kemahiran kanak-kanak prasekolah. Permainan pilihan kanak-kanak sendiri perlu disokong
oleh seorang guru melalui perbincangan dan sesi soal jawab bagi mengalakkan pencapaian
kognitif yang lebih tinggi. Suatu sistem pembelajaran bagi tajuk konsep nombor dibangunkan
berasaskan pendekatan permainan bagi murid prasekolah. Menurut satu kajian yang dilakukan
oleh Mohd Daud Hamzah pada tahun 1996 menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari
matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Terdapat beberapa aktiviti yang dapat membantu
kanak-kanak memperolehi konsep awal matematik seperti aktiviti penjenisan, padanan dan susur
atur.
Justeru itu, permainan adalah satu kaedah pengajaran yang mampu untuk
memgembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik. Kaedah ini dapat
mengurangkan rasa bosan dan jemu khususnya semasa mereka menyelesaikan pelbagai masalah

14
dalam matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah adalah mengikut prinsip bermain sambal belajar.
Penyelesaian bagi bagi beberapa masalah dalam matematik boleh dilakukan menggunakan
aktiviti permainan terutamanya bagi masalah yang melibatkan kehidupan seharian.
Akhir sekali, murid prasekolah perlu didedahkan menggunakan bahan-bahan pelajaran
yang terdiri daripa objek konkrit dan besar yang senang dilihat dan dipegang. Berbagai-bagai
jenis alat bantu mengajar yang diperlukan untuk mengajar kanak-kanak disebabkan
perkembangan kognitif murid-murid yang berbeza. Murid-murid prasekolah masih belum
bersedia untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk ayat dan karangan. Oleh yang demikian,
banyak contoh analogi yang diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid
prasekolah.

15
6.0 KESIMPULAN

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menanamkan semangat sukakan
matematik di kalangan murid terutamanya murid prasekolah. Bagaimana cara murid-murid
menerima sesuatu kemahiran dan konsep itu adalah bergantung kepada pendekatan yang
digunakan oleh guru itu untuk memperkenalkan konsep matematik kepada murid.
Selain itu, guru juga perlu tahu bagaimana hendak membuat seseorang murid itu
berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diberikan. Guru perlu menggunakan cara
dan kaedah yang menyeronokkan dan menarik perhatian murid terhadap kemahiran dan konsep
yang diajar terutamanya yang melibatkan fakta asas seperti operasi nombor. Kaedah dan strategi
yang berpusatkan kepada murid perlu digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran sesuatu
konsep itu berkesan dan menyeronokkan.
Seterusnya, pendekatan yang sesuai ialah pendekatan yang dapat membuatkan murid-
murid seronok dan mudah memahami apa yang diajar serta dapat mengigatinya sampai bila-bila
seperti kaedah main sambil belajar, kaedah main peranan atau lakonan dan aktiviti menggunakan
ict seperti komputer. Kaedah-kaedah ini amat sesuai digunakan semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas kerana ianya berpusatkan kepada murid dan menyeronokkan.
Guru berperanan dalam menanamkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik.
Jika murid tidak berminat, tidak bermotivasi dan susah untuk memahami dengan kemahiran dan
konsep pra nombor, pengertian nombor, konsep nombor dan operasi nombor yang dipelajari
maka guru perlu memainkan peranan untuk menasihatkan mereka dan memberi tunjuk ajar yang
sepatutnya dengan penuh dedikasi dan berhikmah.
Guru pula jangan sesekali membiarkan muridnya patah semangat dalam memahami
konsep pra nombor, pengertian nombor, konsep nombor dan operasi nombor yang dipelajari.
Guru seharusnya sentiasa memastikan prestasi murid dalam matematik sentiasa stabil dan
sentiasa mengambil berat jika ada kemahiran yang murid masih tidak menguasainya. Guru juga
dingatkan supaya jangan mematahkan semangat murid dengan memarahi atau memalukan murid
yang tidak tahu atau tidak mampu menyelesaikan sesuatu masalah yang dipelajari. Gruru
seharusnya memberikan galakan dan bimbingan kepada murid-murid untuk menggunakan daya
kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Disamping itu, guru perlu menggilap kreativiti

16
dalam diri murid walaupun ada sesetengah orang menyatakan bahawa kreativiti wujud secara
semulajadi. (2882 Patah Perkataan)

17
7.0 RUJUKAN

Internet
1. http://sitizaharahisnan.blogspot.com/p/seni-persembahan.html?m=1
2. https://www.slideshare.net/ciklahkiter/konsep-asas-matematik
3. https://www.slideshare.net/ikmalieyana/konsep-pra-nombor
4. https://www.slideshare.net/hernz/kajian-tindakan-15564823
5. https://www.academia.edu/6842986/Jurnal_artikel
6. https://pdfslide.net/documents/awal-matematik-kanak-kanak-prasekolah.html
7. https://mackymike.weebly.com/awal-matematik.html
8. https://coggle.it/diagram/XOZyE5mrdRYZlh1D/t/konsep-asas-matematik
9. https://www.slideshare.net/rashidinbujang/matematik-kspk-full

18

Anda mungkin juga menyukai