Anda di halaman 1dari 6

3.

3 Peruncit Besar-besaran

Pasar Raya

MAKSUD
Sebuah kedai runcit besar yg menjual pelbagai jenis barang keperluan harian di bawah satu
bumbung

MAKLUMAT
1. Lokasi di kawasan bandar.
2. Mempunyai ruang lantai yang luas, stok barang yg banyak dan dihias dengan menarik.
3. Pasar raya biasanya terletak di tingkat bawah kompleks membeli belah untuk memudahkan
pelanggan membawa barang.
4. Memerlukan modal yang besar untuk ditubuhkan. Biasanya ditubuhkan sebagai syarikat berhad
untuk membolehkannya mengumpul modal yang banyak.
5. Pasar raya dikawal oleh lembaga pengarah dan dibahagikan kepada beberapa jabatan atau
bahagian yg menjual barang berlainan. Setiap jabatan dipantau seorang penyelia.
6. Menjual barang makanan, pakaian, peralatan rumah, alat tulis dan sebagainya.
7. Barang jualan dilekatkan tanda harga dan dipamerkan dengan kemas.
8. Harga barang adalah tetap dan biasanya lebih murah dari kedai runcit.
9. Urus niaga secara tunai atau menggunakan kad kredit.
10. Mengamalkan sistem layan diri di mana pelanggan bebas memilih sendiri barang dan
membawanya ke kaunter untuk pembayaran.
11. Biasanya menyediakan kemudahan penghawa dingin, troli, tempat letak kereta, lif, surau,
tangga bergerak dan tandas.
12. Menggunakan peralatan moden seperti pengimbas kod bar, alat pengesan kecurian elektronik
dan kamera CCTV.
13. Mempunyai ramai pekerja dan terpaksa menanggung kos overhed yang tinggi untuk membayar
gaji pekerja, sewa dan kos pengendalian lain.
14. Contoh: Jaya Jusco, Billion dan Aneka.
AKTIVITI PELAJAR
1. Tiada gangguan jurujual.
2. Tidak boleh tawar menawar.
3. Lokasi jauh dari rumah pelanggan.
4. Tiada khidmat selepas jualan.
5. Dapat membuat perbandingan harga.
6. Menikmati pelbagai kemudahan.
7. Terpengaruh dengan iklan.
8. Menikmati diskaun niaga yang tinggi.
9. Kawalan dan pengurusan yang rumit.
10. Tiada risiko hutang lapuk.
11. Dapat menawarkan pelbagai kemudahan dan pilihan barang.
3.3 Peruncit Besar-besaran

2. Gedung Aneka Jabatan

MAKSUD
Perniagaan runcit besar yg dibahagikan kepada beberapa jabatan atau bahagian dalam satu
bangunan dan diuruskan oleh pemilik yang sama.

MAKLUMAT
1. Lokasi di kawasan bandar.
2. Mempunyai ruang lantai yang luas, stok barang yg banyak dan dihias dengan menarik.
3. Memerlukan modal yang besar untuk ditubuhkan. Biasanya ditubuhkan sebagai syarikat berhad
untuk mengumpul modal yang banyak.
4. Gedung aneka jabatan dikawal oleh lembaga pengarah dan dibahagikan kepada beberapa
jabatan yg menjual barang berlainan. Setiap jabatan dipantau seorang pengurus jabatan.
5. Setiap jabatan menjual sejenis barang atau sekumpulan barang yang sama jenis. Contohnya:
a. Jabatan lelaki: Menjual pakaian, kasut dan keluaran khusus untuk lelaki
b. Jabatan alat tulis: Menjual alat tulis dan peralatan sekolah
c. Jabatan bayi dan kanak-kanak: Menjual pakaian dan kelengkapan khusus untuk bayi dan
kanak-kanak
6. Tidak menjual barang makanan.
7. Barang jualan dilekatkan tanda harga dan dipamerkan dengan kemas.
8. Harga barang adalah tetap dan biasanya lebih murah dari kedai runcit.
9. Urus niaga secara tunai atau menggunakan kad kredit.
10. Mengamalkan sistem layan diri di mana pelanggan bebas memilih sendiri barang dan
membawanya ke kaunter untuk pembayaran.
11. Biasanya menyediakan kemudahan penghawa dingin, troli, tempat letak kereta, surau, lorong
bayaran ekspress, pintu masuk automatic, tangga bergerak dan tandas.
12. Menggunakan peralatan moden seperti pengimbas kod bar, alat pengesan kecurian elektronik
dan kamera CCTV.
13. Mempunyai ramai pekerja dan terpaksa menanggung kos overhed yang tinggi untuk membayar
gaji pekerja, sewa dan kos pengendalian lain.
14. Contoh: Metro Jaya, Parkson Grand dan Globe Silk Store

_______________________________________________________________________________
Tugasan pelajar:
1. Buat nota kelebihan dan kekurangan Gedung Aneka Jabatan kepada peniagan dan pelanggan
3.3 Peruncit Besar-besaran

3. Kedai Sejaras

MAKSUD
Perniagaan runcit besar yg mempunyai sekurang-kurangnya 10 cawangan dan dimiliki oleh pemilik
yang sama.

-Juga dikenali kedai rantaian atau kedai berangkai

MAKLUMAT
1. Lokasi di kawasan bandar.
2. Semua cawangan mempunyai nama, logo, hiasan, susunan dan peragaan barang yang sama.
3. Memerlukan modal yang besar untuk ditubuhkan. Biasanya ditubuhkan sebagai syarikat berhad
untuk mengumpul modal yang banyak dan mempunyai lembaga pengarah.
4. Kedai sejaras dikawal ibu pejabat dan setiap cawangan diurus seorang pengurus cawangan.
5. Ibu pejabat akan menentukan dasar syarikat dan memantau semua cawangan.
6. Pengurus cawangan akan mengawal dan memesan stok barang kepada ibu pejabat dan juga
menyampaikan semua maklumat cawangan.
7. Ibu pejabat akan membuat belian stok secara pukal daripada pengeluar, disimpan di gudang
sebelum diedarkan ke semua cawangan.
8. Harga barang ditetapkan ibu pejabat. Barang jualan dilekatkan tanda harga.
9. Biasanya menjual satu jenis barang dan barang-barang yang berkaitan.
10. Urus niaga secara tunai atau menggunakan kad kredit.
11. Mengamalkan sistem layan diri di mana pelanggan bebas memilih sendiri barang dan
membawanya ke kaunter untuk pembayaran.
12. Biasanya menyediakan kemudahan penghawa dingin dan muzik.
13. Menggunakan peralatan moden seperti pengimbas kod bar, alat pengesan kecurian elektronik
dan kamera CCTV.
14. Menanggung kos overhed yang tinggi kerana terpaksa untuk membayar sewa di kawasan yang
strategic dan kos pengendalian lain.
15. Contoh: Kedai Bata

_______________________________________________________________________________
Tugasan pelajar:
1. Buat nota kelebihan dan kekurangan Kedai sejaras kepada peniagan dan pelanggan
Perbandingan Antara Pasar Raya, Kedai Sejaras, Gedung Aneka Jabatan dan Francais
Ciri-ciri Pasar Raya Kedai Sejaras Gedung Aneka Jabatan Francais
Memerlukan modal
1. Modal Memerlukan modal besar Memerlukan modal besar -Memerlukan modal besar
besar
Dimiliki secara syarikat -Dimiliki secara syarikat Dimiliki secara syarikat
2. Milikan Dimiliki secara syarikat berhad.
berhad. berhad. berhad.
Membeli secara pukal daripada Membeli secara pukal drpd
-Membeli secara pukal Membeli secara pukal
pengilang atau pengeluar pengilang atau pengeluar
daripada pengilang atau daripada pengilang atau
Menjalankan pembahagian kerja Menjalankan pembahagian
pengeluar pengeluar
Menyediakan pelbagai kerja
-Menjalankan Menjalankan
3. Pengurusan kemudahan kpd pelanggan Menyediakan pelbagai
pembahagian kerja pembahagian kerja
Setiap jabatan dikendalikan kemudahan kpd pelanggan
-Menyediakan pelbagai Menyediakan pelbagai
berasingan oleh penyelia jabatan Francaisi membayar royalty
kemudahan kpd kemudahan kpd
Diuruskan oleh pentadbiran yang kpd francaisor mengikut
pelanggan pelanggan
sama perjanjian
4. Kos Kos overhed yang tinggi Kos overhed yang tinggi -Kos overhed yang tinggi -Kos overhed yang tinggi
Jualan secara tunai Jualan secara tunai Jualan secara tunai -Jualan secara tunai
5. Kaedah jualan
Mengamalkan layan diri Mengamalkan layan diri Mengamalkan layan diri -Mengamalkan layan diri
-Terletak di bandar atau Terletak di bandar atau Terletak di bandar atau pinggir Terletak di bandar atau
6. Lokasi
pinggir bandar pinggir Bandar bandar pinggir bandar

Anda mungkin juga menyukai