Anda di halaman 1dari 2

NAMA : SULIANI BINTI MUSBA KHAPA

SEKOLAH : SK GUNTONG, SETIU, TERENGGANU

KENANGAN MENAIKI KERETA API KTMB

Pada cuti sekolah yang lalu saya menaiki kereta api untuk ke rumah nenek saya di
Tanah Merah, Kelantan. Pengalaman menaiki kereta api ini merupakan
pengalaman pertama saya. Perasaan saya pada masa itu sukar untuk
digambarkan. Saya berasa teruja dan dalam masa yang sama juga saya berasa
takut sekiranya berlaku kemalangan ataupun saya tidak selesa sepanjang
perjalanan.

Sebelum memulakan perjalanan, ayah telah membuat tempahan tiket secara


dalam talian supaya kami tidak perlu beratur untuk mendapatkan tiket perjalanan.
Perjalanan kali ini ayah telah memilih untuk pulang ke rumah nenek dengan
menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Menurut ayah
KTMB telah memulakan perkhidmatan sejak tahun 1885 lagi dan telah menginjak
maju sehinggalah sekarang. Perkhidmatan yang diberikan sentiasa ditambah baik
dan pelbagai termasuklah ETS, KTM Intercity, KTM Komuter, KTM Kargo, DMU dan
Skypark Link.

Kami memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi menuju ke Tumpat, Kelantan.


Ayah memilih kereta api ETS iaitu kereta api laju untuk berjumpa nenek. Perjalanan
dijangka memakan masa 5 jam. Kami menaiki kereta api ini di KL Central. Lima
belas minit sebelum memulakan perjalanan, petugas di kaunter KTM yang memakai
seragam berwarna kuning terang telah membuat pengumuman ketibaan tren menuju
ke Tumpat, Kelantan. Ayah telah beratur paling awal supaya dapat meletakkan beg
kami dekat dengan tempat kami duduk nanti.
Kami telah turun ke platform melalui pintu pelepasan dan apabila tiba di bawah, saya
dapat melihat tren telah tersedia. Kami menaiki tren mengikut nombor yang tertera
pada tiket kami. Ayah memilih gerabak yang tengah kerana berdekatan dengan
tandas dan kafeteria. Sebelum memulakan perjalanan, seorang petugas datang dan
memeriksa tiket kami. Pertama kali menaiki ETS, pada pandangan saya sangat
menyeronokkan. Selain itu, dapat menjimatkan masa, ayah juga dapat berehat
daripada memandu dan kami dapat menikmati pemandangan menarik sepanjang
perjalanan dengan selesa.

Sepanjang perjalanan, tren ini berhenti untuk menaikkan dan menurunkan


penumpang . Kami disajikan dengan pelbagai pemandangan iaitu hutan yang
menghijau, ladang kelapa sawit, sawah padi, gua yang besar dan bukit bukau yang
menghijau. Apabila penat duduk sahaja, saya meminta izin dengan ayah untuk
berjalan-jalan di dalam kereta api itu. Kafeteria nya agak kecil namum masih boleh
menampung penumpang yang menaiki kereta api itu. Setelah kembali ke tempat
duduk, mata saya mulai berasa berat dan seketika saya telah tertidur.

Akhirnya kami tiba di destinasi dengan selamat. Saya sangat gembira


berpengalaman menaiki kereta api yang canggih dan laju. Pengalaman ini akan
saya kongsikan bersama kawan-kawan di sekolah nanti. Harapan saya agar suatu
hari nanti saya akan dapat menaiki lagi kereta api ini untuk ke destinasi yang lain
pula. Terima kasih KTM. Terima kasih petugas kerana memberi layanan yang
sangat istimewa ini.

Anda mungkin juga menyukai