Anda di halaman 1dari 7

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION)

(BTPSE)

MEI/2022

HBIS2203_V2

AKIDAH

NO. MATRIKULASI : 971202036303001


NO. KAD PENGNEALAN : 971202036303
NO. TELEFON : 0186657166
E-MEL : mohdizzat367@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUALA TERENGGANU
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


i Isi Kandungan i

1 Tugasan 1
(a) 2
(b) 2
(c) 3
6 Rumusan 5

Rujukan 6

i
Tugasan 1

a) Guru : Assalamualaikum Aisyah dan Afrina. Boleh cikgu tanya satu soalan
pada kamu berdua ?
Aisyah : Waalaikumussalam cikgu, boleh.
Afrina : Waalaikumussalam cikgu, boleh juga.
Guru : Baik terima kasih, apakah gambaran syaitan dan alam ghaib
menurut kamu berdua ?
Aisyah : Hantu menakutkan lah cikgu sebab muka dia buruk sangat.
Afrina : Hantu suka kacau orang tau cikgu masa waktu malam. Takutttt.

Berdasarkan dialog dalam temubual yang dijalankan terhadap dua orang kanak-
kanak diatas, gambaran syaitan dan makhuk ghaib terhadap mereka dapat digambarkan
syaitan itu menakutkan bagi mereka. Sebagai contoh, sifat yang keji dan rupa yang
menakutkan menyebabkan mereka telah mentafsir syaitan itu menakutkan. Selain itu,
mereka menggambarkan bahawa syaitan itu suka mengganggu manusia pada waktu
malam. Gambaran ini terbukti dapat dinyatakan kerana masyarakat kita sering
dihidangkan oleh filem-filem atau drama-drama hantu seram yang menunjukkan
syaitan atau hantu sering menggangu manusia pada waktu malam. Ini menyebabkan
perasaan takut dan trauma telah melekat di dalam jiwa kanak-kanak terhadap syaitan.

b) Syaitan adalah sebutan untuk makhluk yang memiliki sifat jahat. syaitan itu termasuk
bangsa jin dan ada pula yang berasal dari jenis manusia. Syaitan yang berasal dari
golongan jin termasuk makhluk ghaib. Allah SWT berfirman :-

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh, iatu syaitan-
syaitan (dari ¡enis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan
kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indaih-indah untuk menipu
(manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya,
Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada- adakan." (QS. Al-An'am : 112)

2
Golongan jin yang ingkar kepada Allah di sebut syaitan. Mereka itu memusuhi
para Nabi dan manusia agar tidak mengikuti jejak para Nabi. Demikian juga syaitan
dari manusia. Di samping orang yang ingkar kepada Allah, ia juga dapat memujuk
manusia lain untuk berbuat kejahatan dan meninggalkan perintah Allah SWT. Oleh
kerana itu, syaitan dari golongan manusia mahupun syaitan dari golongan jin sangat
berbahaya. Kita perlu sentiasa hati-hati terhadap kedua golongan syaitan tersebut.
Selain itu, kerana syaitan membenci nabi Adam dan kaumnya, sejak nabi Adam dibuat
dari tanah oleh Allah SWT, syaitan membangkang kepada Allah SWT dengan tidak
sujud kepada nabi Adam. Kemudian Allah SWT pun menghalau syaitan dari syurga
dan syaitan pun telah berjanji kepada Allah SWT bahawa mereka akan terus
menggoda kaum manusia yang akan menemani mereka di neraka sehingga hari kiamat
kelak.

c) Kita wajib percaya mengenai perkara sam’iyyat walaupun kita tidak mampu
melihat melalui mata kita. Perkara sam’iyyat bermaksud segala perkara ghaib yang
diketahui hanya melalui penjelasan daripada al-Quran dan hadis Nabi. Contoh perkara
sam’iyyat ialah alam barzakh, padang mahsyar, mizan (timbangan amal), syurga,
neraka dan sebagainya.Syurga sudah semestinya menjadi destinasi terakhir yang
diinginkan seluruh manusia. Firman Allah SWT :-

َ‫ت َوٱَأۡل ۡرضُ ُأ ِع َّد ۡت لِ ۡل ُمتَّقِين‬ ُ ‫ارع ُٓو ْا ِإلَ ٰى َم ۡغفِ َر ٖة ِّمن َّربِّ ُكمۡ َو َجنَّ ٍة ع َۡر‬
ُ ‫ضهَا ٱل َّس ٰ َم ٰ َو‬ ِ ‫َو َس‬

Maksudnya : “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk
mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya
seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Ali-‘Imran 3:133)

Apabila menyebut tentang neraka, walau tidak pernah melihatnya, namun kita sentiasa
berdoa kepada Allah agar tidak dimasukkan ke dalamnya. Firman Allah SWT :-

َ‫وا ٱلنَّا َر ٱلَّتِي َوقُو ُدهَا ٱلنَّاسُ َو ۡٱل ِح َجا َر ۖةُ ُأ ِع َّد ۡت لِ ۡل ٰ َكفِ ِرين‬ ْ ُ‫وا َولَن ت َۡف َعل‬
ْ ُ‫وا فَٱتَّق‬ ْ ُ‫فَِإن لَّمۡ ت َۡف َعل‬

3
Maksudnya : “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak
dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk
orang-orang kafir.” (surah al-Baqarah 2:24)
Kepentingan memberi kefahaman yang betul dan tepat kepada kanak-kanak
khususnya berkaitan dengan persoalan akidah dan perkara sam’iyyat ialah :-

 Dapat menjadi manusia yang bertaqwa

 Mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya

 Menjadikan redha Allah sebagai matlamat hidup

 Mendorong kanak-kanak melakukan kebaikan sebanyak yang mungkin

 Melahirkan masyarakat yang sukakan kebaikan dan menghindari kemungkaran

4
Rumusan

Dalam dunia ini tidak semua benda atau perkara dapat dilihat dan dirasa oleh manusia
dengan pancaindera di anggota badannya. Ada juga ilmu-ilmu yang menjadi rahsia sehingga
tidak dapat diketahui oleh manusia secara jelas. Untuk menjelaskan kenyataan ini, ia dikenali
sebagai perkara-perkara ghaybiyyat dan sam’iyyat. Ghaybiyyat secara umumnya membawa
erti perkara-perkara yang ghaib dan terhijab untuk diperlihatkan kepada manusia. Atau dengan
kata lain, manusia tidak dapat melihat dan merasakannya melalui mata kasar atau
menyentuhnya dengan kulit. Contoh mudah adalah kewujudan jin dan syaitan yang ada di
sekeliling manusia. Walaupun menyedari akan adanya makhluk-makhluk berkenaan, ia masih
tidak dapat dilihat oleh manusia. Manakala sam’iyyat pula membawa erti perkara-perkara
yang menjadi pengetahuan hanya melalui pendengaran atau didengarinya tanpa dapat dilihat
perkara-perkara berkenaan. Contohnya adalah berkenaan dengan syurga dan neraka yang
hanya diketahui oleh manusia melalui al-Quran atau Hadis Nabi SAW.

Sebagai seorang muslim, kita dituntut untuk yakin dan beriman dengan perkara-
perkara ghaybiyyat dan sam’iyyat dan tidak boleh mempertikaikannya walaupun tidak dapat
dilihat secara nyata melalui penglihatan mata. Sekiranya kita mengingkari tentang wujudnya
perkara-perkara ghaib berkenaan akan membawa kepada kerapuhan iman dan boleh
menyebabkan berlaku kekufuran. Jangan pula kita mempersoalkan mengapa perkara-perkara
ghaib itu tidak didedahkan oleh Allah SWT untuk pengetahuan manusia. Sudah tentu ada
hikmat tersembunyi yang sengaja Allah SWT rahsiakan dari pengetahuan dan penglihatan
manusia.

5
Rujukan

i. Noor Lizza Mohamed Said, Mohd Zamro Muda, Mohamed Zaini Yahaya. (2012),
HBIS 2203 Akidah Edisi kedua, Open University Malaysia.

ii. https://app.pandai.org/note/read/kssr-pi-06-03/kssr-y6-pi-03-07/bab-3-akidah

iii. https://iluvislam.com/kepentingan-perkara-samiyyat-dalam-kehidupan-manusia/

iv. file:///C:/Users/Admin/Downloads/8823.pdf

Anda mungkin juga menyukai