Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL PERLAKSANAAN PEER COACHING

14 Jun 2016 hingga 22 Jun 2016


Tarikh Perlaksanaan
Salamiah binti Ibrahim
Nama Coach
Ziratul Ashikin binti Daud
Nama Coachee

Refleksi Pra Konferensi

Tajuk : PECAHAN

Matlamat : Murid berupaya membandingkan nilai dua


pecahan wajar

Fokus : Membandingkan nilai dua pecahan wajar yang


pengangkanya 1 dan penyebutnya sehingga sepuluh
dengan menggunakan bahan konkrit, gambarajah dan
lipatan kertas

Data : 42 orang murid

Rumusan:

Pemerhatian 1 (menggunakan bahan konkrit:plastisin)


(a) Masa yang diperuntukkan tidak mencukupi kerana
murid masih memerlukan bimbingan daripada guru
untuk melakukan sesuatu aktiviti berorientasikan
bahan konkrit. Tambahan pula, murid belum tahu
bagaimana teknik memotong plastisin dengan tepat
untuk menghasilkan bahagian yang sama besar
walaupun aktiviti tunjuk cara telah dilakukan oleh
guru di hadapan kelas.
(b) Guru membantu murid memahami konsep pecahan
dengan tepat dan menegaskan secara berulang kali
bahawa dalam pecahan; (i) setiap bahagian mestilah
sama besar, (ii) separuh atau setengah maksud satu
daripada dua manakala (iii) satu perempat pula
bermakna satu daripada empat. Ini adaah penting
untuk memastikan semua murid membuat potongan
yang tepat iaitu sama besar.
(c) Guru membimbing untuk memperbetulkan kesilapan
5 orang murid yang masih tidak dapat memotong
plastisin kepada bahagian-bahagian yang sama besar
Pemerhatian 2 (menggunakan bahan konkrit:lipatan
kertas)
(a) Tunjuk cara guru bagaimana teknik melipat kertas
dengan tepat untuk menghasilkan bahagian yang
sama besar.
(b) Guru memastikan semua murid membuat lipatan yang
tepat iaitu sama besar dan mewarna satu bahagian
sahaja bagi setiap kepingan kertas tadi.
(c) Untuk menjimatkan masa, murid hanya perlu
membina tiga sample lipatan sahaja.

Pasca Konferensi
Rancangan Pelajaran Harian ditambah baik dengan
memasukkan elemen TMK (video dan latihan di VLE Frog)
supaya murid lebih seronok belajar dan jelas tentang konsep
asas pecahan serta berupaya membuat kesimpulan:
(a) Pecahan adalah nombor yang mewakili satu atau
beberapa bahagian daripada satu keseluruhan yang
telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang
sama besar. Setiap pecahan mempunyai pengangka
dan penyebut
(b) Apabila membandingkan dua pecahan dengan
penyebut yang sama,pecahan dengan pengangka yang
lebih besar mempunyai nilai lebih besar
(c) Apabila membandingkan dua pecahan dengan
pengangka yang sama,pecahan dengan penyebut yang
lebih kecil mempunyai nilai yang lebih besar

Anda mungkin juga menyukai