Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS MISKONSEPSI DAN ARTIKEL YANG BERKAITAN

Hasil daripada pemerhatian terhadap hasil kerja murid yang dIterima daripada
lembaran kerja Pra-ujian, kebanyakan soalan dijawab salah oleh murid-murid tersebut.
Begitu juga hasil daripada pemerhatian berterusan semasa sesi pengajaran bersama guru
pembimbing dan saya sendiri. Kesalahan yang dibuat oleh ketiga-tiga murid tersebut hampir
sama dengan satu sama lain. Murid-murid tersebut mengalami kesukaran untuk
mengenalpasti bentangan yang betul bagi bentuk tiga dimensi yang berkaitan. Keadaan ini
juga turut berlaku dalam membezakan gambar bentangan yang betul di antara bongkah
kuboid dan kubus. Sebagai contoh, mereka hanya melukiskan 5 permukaan bagi bentangan
bentuk kubus. Keadaan ini jelas sekali menunjukkan pelajar gagal untuk membayangkan
bentuk bentangan yang betul.

Adakala murid menukar padanan dengan bentangan yang lain hasil daripada
kekeliruan. Misalnya, apabila ditanya untuk memadankan bentangan kubus, mereka telah
memadankannya dengan bentangan kuboid. Murid-murid juga didapati keliru mengenal
pasti sesuatu bentangan apabila diuji dengan gambar bentuk yang mempunyai orientasi
yang berbeza. Daripada semua respons yang diterima sepanjang pemerhatian dan ujian ini,
dapat disimpulkan bahawa murid-murid ini menghadapi masalah miskonsepsi sebagai
masalah pembelajaran utama dalam mengenal pasti bentangan yang betul bagi bongkah
tiga dimensi walaupun ada juga masalah pembelajaran yang lain seperti masalah bahasa
yang menyukarkan pemahaman mereka.

Miskonsepsi merupakan kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang. Kanak-


kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan mengikut
kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-ulang sehingga
guru yang memperbetulkan konsep mereka. Artikel ‘Young Children’s Developing
Understanding of Geometric Shapes’, hasil penulisan Mary Anne Hannibal membincangkan
pemahaman kanak-kanak terhadap elemen-elemen geometri khususnya bagi bentangan
dalam bentuk tiga dimensi. Artikel ini ditulis bertunjangkan kajian dan analisis penulis dan
turut mengutarakan masalah yang wujud dalam mengenal pasti bentangan dan implikasinya
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut hasil kajian artikel, murid-murid
mengkategorikan sesuatu berdasarkan jenis rangsangan yang diberi. Apabila mereka diberi
pilihan yang berbagai terdiri daripada pelbagai bentangan, mereka dapat mengenalpasti
bentangan bagi sesuatu bongkah tiga dimensi berdasarkan pemahaman konsep individu
tersebut.

Contohnya, jika seseorang murid diberi satu gambar kubus, seterusnya diberi pilihan
bentangan kuboid dan piramid tapak segi empat sama, murid yang bermiskonsepsi ini akan
keliru. Walaubagaimanapun, setelah kedua-dua pilihan bentangan ini diambil keluar lalu
diganti dengan bentuk-bentuk yang lain yang lebih kompleks seperti dodekahedron dan
prisma, maka idea tentang bentangan kiub akan dikembangkan lebih luas oleh murid-murid.
Hal ini berkait rapat dengan masalah miskonsepsi yang saya temui kerana ketika mereka
disoal tentang bentangan kubus dahulu, mereka berupaya menjawab dengan betul. Namun
ketika disoal menggunakan gambar gabungan pelbagai bentuk mereka tidak berupaya
mengenalpasti semua gambar bentangan bagi satu kubus. Seperti yang diutarakan dalam
artikel, hal ini kerana murid-murid ini gagal memperkembangkan konsep atau idea tentang
bentangan sesuatu bongkah tiga dimensi malah masih berpegang kepada idea asas tentang
bongkah tersebut.

Di samping itu, satu lagi hasil kajian daripada Alice Hansen (2011) menerusi
bukunya “Children's errors in mathematics: Understanding common misconceptions in
primary schools” juga menerangkan bahawa kanak-kanak yang mengalami miskonsepsi ini
perlu lebih didedahkan kepada aktiviti-aktiviti hands-on seperti melukis dan memberikan
murid bentangan untuk dicantum menjadikan satu bongkah yang lengkap. Ini adalah kerana
pemikiran geometri dan tiga dimensi bagi seseorang murid adalah berkait rapat di antara
kurikulum yang dipelajari dan kehidupan seharian (Jones & Mooney, 2004). Menurut beliau
juga, pemahaman terhadap konsep bentangan tiga dimensi adalah sangat berguna bagi
memahami luas permukaan sesebuah bongkah tiga dimensi. Walaubagaimanapun, beliau
telah menekankan bahawa guru perlu bermula daripada bentangan bentuk asas sebelum
bergerak kepada mengenali bentangan yang mempunyai skala tertentu.

Idea seterusnya yang dikemukakan oleh artikel ialah tanpa kehadiran pembimbing
dan soalan yang mencungkil pemikiran, kanak-kanak tersebut akan gagal mengenalpasti
bentangan dengan betul dengan miskonsepsi mengaburi mata mereka. Hal sedemikian jelas
dilihat dalam sesi ujian saringan saya, iaitu dengan adanya soalan-soalan inkuiri murid-
murid dapat memperkembangkan konsepnya lalu dapat menjawabnya dengan betul. Satu
lagi idea yang dikemukakan dalam artikel ialah murid perlu belajar melalui kaedah transisi
(transitional method). Penggunaan kaedah ini dalam pengajaran pembentangan bentuk
geometri akan membolehkan murid berupaya untuk membina pemahaman mereka dari
bentuk dua dimensi ke tiga dimensi dan sebaliknya.

Secara keseluruhannya, setelah melakukan analisis dan kajian melalui hasil kerja
murid dalam ujian saringan Pre-test dan juga berpandukan daripada idea-idea dalam artikel-
artikel saya telah mendapat satu gambaran yang jelas mengenai cara mengatasi
miskonsepsi ini. Maka, seterusnya saya telah merancang satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk dilaksanakan khas bagi ketiga-tiga murid tersebut.

Anda mungkin juga menyukai