Anda di halaman 1dari 13

Konsep dan Tujuan Pendidikan Pemulihan Matematik

Pengenalan
Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang
harus dipelajari oleh semua orang. Cara dan teknik matematik itu
sendiri haruslah dikuasai jika kita hendak mendalami bahasa bidang
tersebut.
Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian
perhubungan, satu seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat
dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.
Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang
diambil untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang
lemah dalam mata pelajaran matematik di sekolah rendah amnya.
Pendidikan Pemulihan ini lebih menumpukan kepada kemahirankemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, operasi tolak,
operasi darab dan operasi bahagi.Biasanya program ini dikendalikan
oleh guru-guru yang telah menjalani latihan khas (matematik).
Kalau kita perhatikan dalam diri murid-murid, proses kognitif dan
pengetahuan telah berkembang sejak permulaan persekolahan lagi.
Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi pengetahuan tentang matematik
guru perlu memperkenalkannya dengan menggunakan kaedah dan
strategi yang dapat menarik minat murid tersebut meneroka bahasa
itu. Proses untuk memahami konsep memerlukan masa yang agak
panjang. Murid-murid perlu mempunyai persediaan yang mencukupi
sebelum membina dan melanjutkan sesuatu konsep itu. Bagi tujuan
ini, proses itu perlu dimajukan mengikut suatu susunan yang
tertentu dalam 3 fasa :1.

Memajukan kefahaman prasyarat bermaksud membuat


persediaan untuk mempelajari sesuatu konsep. Kemahiran yang
diperlukan dalam fasa ini mungkin berupa kesediaan terhadap
sesuatu yang hendak dipelajari atau idea yang telah dipelajari

bolehlah dihubungkaitkan dalam pembentukan konsep yang


hendak dikaji.
2.

Membina konsep dan generalisasi ialah membentuk idea dengan


menghubungkan pengalaman yang telah dipelajari dengan
pengalaman yang baru. Proses ini melibatkan sesuatu
kesimpulan yang telah dibuat yakni generalisasi yang diperolehi
dari contoh yang dikaji atau yang telah dipelajari lebih awal
melalui proses pembelajaran. Di sini murid-murid perlu
menghasilkan sesuatu contoh dan mengkajinya untuk
menunjukkan bahawa sesuatu idea atau pengetahuan itu telah
diperolehi.

3.

Melanjutkan dan mengukuhkan pengetahuanan ialah murid


melanjutkan kefahaman dengan cara mengkaji kandungan
pengetahuan yang baru dibina dan mengukuhkan pengetahuan
itu dengan memeriksa kembali dan mengulanginya supaya
pengetahuan yang betul dapat difahami dan dikekalkan dalam
pemikiran mereka.

Tujuan pendidikan pemulihan matematik


Dalam mata pelajaran matematik, masalah ini wujud dalam dua
keadaan iaitu murid-murid salah dalam mempelajari dan memahami
konsep dan kemahiran matematik serta murid-murid memang
lemah dari segi mental. Oleh yang demikian, tujuan untuk
mengadakan pemulihan matematik adalah perlu bagi murid-murid
yang sukar menguasai pembelajaran matematik ini. Antara
tujuannya adalah seperti berikut :

Menolong dan membantu murid-murid yang lambat dalam


menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik seperti
mengenal nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab
dan operasi bahagi seterusnya dapat digunakan dalam
kehidupan seharian.

Melatih murid-murid menggunakan kemahiran asas yang telah


dipelajari seperti menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan
dalam kehidupan seharian dan membantu murid-murid membina
keyakinan dalam diri mereka.Sebagai contohnya, apabila
seorang murid berjaya menyelesaikan masalah dan faham
tentang apa yang telah dipelajari, mereka akan berasa yakin
dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari matematik.

Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dikuasai oleh muridmurid.

Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajari kemahiran


matematik mengikut kadar kebolehan mereka sendiri. Ini dilakukan untuk
mengelak mereka daripada terus tercicir dan seterusnya dapat memupuk minat
mereka untuk mempelajari mata pelajaran matematik.

Punca Dan Jenis Masalah Matematik


Faktor-faktor yang menghalang Penguasaan Kemahiran Matematik
ialah pihak pentadbir tidak memberi pehatian pada pelaksanaan
kelas pemulihan. Ia juga tidak memberikan peruntukan yang
sewajarnya serta Panitia kurang memberikan perhatian serius
kepada murid pemulihan sebaliknyamenumpu kepada murid UPSR
Kelas Pemulihan pula terletak ditempat yang tidak sesuai seperti di
bawah tangga. Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak
bersesuaian. Kebersihan dan keceriaan kelas juga kurang
memuaskan.
Selain daripada itu guru menggunakan strategi dan kaedah
mengajar yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-peringkat,
tidak menggunakan pengetahuan sedia ada murid, tiada aktiviti
pengukuhan. Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan
sesuai. Ada juga diantara guru yang beremosi. Mereka garang dan
tidak sabar. Selain daripada itu terdapat juga guru yang kurang
prihatin. Ini menyebabkan guru tersebut tidak dapat menjalankan
ujian diagnostik dengan betul. Ada juga guru kurang yang tidak
berminat untuk mengajar. Mereka tidak memberikan tumpuan

kepada murid yang memerlukan pengajaran dan pembelajaran


secara individu. Ini mengambarkan tentang pengurusan tingkah
laku yang kurang berkesan
Selain daripada guru, ibu bapa juga memainkan peranan dalam
masalah ini. Mereka tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti
pensel, buku, dan sebagainya. Mereka juga tidak memberi dorongan
serta tidak meninjau perkembangan pelajaran anak. Ibu bapa ini
sentiasa sibuk dengan hal sosioekonomi. Ini menyebabkan mereka
juga tidak meninjau rakan-rakan sebaya anak.
Disampaing itu, murid-murid pemulihan ini juga mempunyai
masalah yang berpunca daripada diri mereka sendiri. Diantaranya
adalah:
1. Masalah kurang kecerdasan @ mental
Warisan daripada genetik ibu bapa. Ia berpunca daripada
sebelum, semasa, dan selepas kelahiran. Ia juga mungkin
disebabkan oleh kecederaan otak kerana penyakit atau
kemalangan. Kekurangan makanan yang berzatjuga menjadi
penyebab.
2. Faktor sikap
Murid menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk
dikuasai. Oleh yang demikian mereka tidak akan berminat untuk
belajar.
3. Faktor Masalah pengamatan
Murid juga mungkin mengalami masalah pendengaran,
penglihatan, dan psikomtor
4. Faktor fizikal
Terdapat juga murid yang mempunyai masalah fazikal yang
disebabkan oleh makanan yang tidak berzat. Ia menyebabkan
murid cepat letih dan tidak mampu menumpukan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan
di sekolah atau kerja rumah. Murid juga mengalami keletihan
kerana menolong keluarga menambah pendapatan atau menjaga
adik. Terdapat juga masalah fizikal yang berkaitan dengn
penyakit. Ini menyebabkan pelajar kerap tidak hadir ke sekolah.
Ini menyebabkan dia akan ketinggalan dalam pelajaran.
5. Terdapat juga pelajar yang tidak boleh membaca, memahami,
dan menguasai Bahasa Inggeris
6. Penempatan murid yang tidak sesuai
7. Disleksia, slow learner dan sebagainya

FAKTOR LAIN
Terdapat juga sebab lain seperti kurikulum yang tidak sesuai dengan
IQ pelajar, buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar, sukatan
Pelajaran yang terlalu umum dan persekitaran P & P yang tidak
ceria
Terdapat juga jenis-jenis dan ciri-ciri masalah lain seperti Anxiety,
Disleksia, Mathophopia, Diskalkulia, Masalah ruang, dan lain-lain
2.2.1 Anxiety ( Kerisauan )
v Merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatan perasaan
trauma mahupun risau disebabkan oleh pengalaman masa lampau.
Ciri-ciri gangguan masalah Anxiety
v Kognitif
Rasa takut terhadap perkara yang tidak pasti
v Somatik
Menjadi terlalu berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang
dirasakan boleh mengancam keselamatannya.
Mengalami gejala-gejala seperti tekanan darah tinggi, berpeluh
serta sistem pencernaan terganggu
v Emosi
Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci
v Tingkah Laku
Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca anxiety
o Tidak dapat mengawal diri
2.2.2 Disleksia (Dyslexia)
v Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan
menulis matematik
Ciri-ciri gangguan masalah Disleksia
v Pendengaran

Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan


Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf
Payah menyebut huruf m dengan n
v Pertuturan / Penulisan
Kesalahan mengeja perkataan
Contohnya mengeja magic sebagai mjc
Susunan huruf terbalik
Contohnya mengeja does sebagai dose
Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama
Contohnya mengeja should sebagai shud
o Kesalahan/ kurang tepat sebutan
o Tidak lancar, tersekat atau gagap
2.2.3 Mathophopia
v Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh
dibantu lagi dari segi keupayaannya dalam matematik.
Ciri-ciri gangguan masalah Mathophopia
Tidak suka matematik
Berasa tidak pasti / kurang yakin
Pencapaian lemah
Kekurangan minat
Sikap tidak ambil peduli
2.2.4 Diskalkulia
v Kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat
satu kawasan yang tertentu dalam otak yang tidak berfungsi secara
normal

Ciri-ciri gangguan masalah Diskalkulia


v Pengiraan
Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor
Sukar memahami konsep nombor
v Membaca dan Menulis nombor
Terkeliru nombor 12 dengan 21
Salah membaca nombor 5004 dibaca
lima ratus empat
v Arah
Sukar memahami arah kiri atau kanan
Sukar mematuhi arahan semasa membaca peta
2.3 Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh murid.
2.3.1 Pra nombor
a) Tidak dapat membezakan kumpulan benda yang seakan-akan
sama banyak seperti tidak sama banyak , kurang dan lebih.
2.3.2 Disleksia (Dyslexia)
a) Tidak boleh menulis angka dengan tepat nombor seperti
clip_image001
2.3.3 Mathophopia
a) Tidak dapat mengasingkan kumpulan-kumpulan mengikut bentuk,
saiz, warna dan jenis benda seperti empat segi sama dan tepat,
warna merah dan jingga
2.3.4 Diskalkulia
a) Tidak memahami dan keliru nilai tempat nombor
Lima ratus tujuh ditulis 57

http://treebuilder.blogspot.com/search/label/Pemulihan
SBEM3203 Pemulihan Dlm Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
BAHAGIAN A
Soalan 1.
Keperluan Merancang Program Pemulihan .
Program Pemulihan adalah satu aktiviti pengajaran yang berusaha
menolong pelajar pelajar yang lembap untuk menguasai
kemahiran kemahiran asas matematik tertentu yang dihadapi
semasa aktiviti pengajaran di dalam kelas. Program ini akan
membantu memperbaiki kekurangan atau salah faham konsep dan
kemahiran matematik pelajar kepada peringkat pelajaran yang
dikehendaki. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar
kemampuan pelajar menguasai sesuatu kemahiran serta
berperingkat peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.
Ada banyak keperluan - keperluan dalam merancang program
pemulihan pengajaran matematik antaranya :
i. Kematangan mental pelajar rendah.
Pelajar yang di kesan untuk pemulihan adalah terdiri daripada
pelajar Pelajar yang lembap di mana mereka kurang berkebolehan
dalam memahami pelajaran dan membina konsep matematik.
Mereka ini juga tidak mahir membaca dan kelemahan inilah yang
menyebabkan pencapaian matematik mereka menjadi lemah.
ii. Kematangan emosi yang berkurangan.
Kawalan dan seliaan guru amat penting bagi pelajar pemulihan di
mana mereka perlukan perhatian yang lebih untuk berjaya.
Kedatangan mereka kesekolah adalah kerana ada tekanan dan
kecewa oleh sikap ibubapa. Pelajar ini akan keliru dan tidak tahu
apakah punca masalah mereka.
iii. Pergaulan Sosial yang tidak matang.
Pelajar pemulihan kurang bergaul di sekolah dan j uga di rumah
sehingga menjadikan mereka kurang berpengalaman dalam
pengurusan
hidup dan tidak suka berkerjasama dalam aktiviti kumpulan.
iv. Kecacatan fizikal tubuh badan.
Tubuh badan pelajar pelajar pemulihan biasanya mempunyai
masalah kesihatan, mereka memiliki mata yang rabun, kabur, tidak
dapat mendengar dengan jelas dan yang lebih teruknya cacat
anggota tubuh badan.
v. Psikologi yang lemah.
Keupayaan pelajar pemulihan amat terbatas dari segi tumpuan dan
ingatan, keadaan ini turut melemahkan tahap proses
menggambarkan dan pengamatan. Mereka juga tiada kreativiti dan
kemahiran di dalam menyelesaikan masalah.
Soalan 2.

Beberapa kaedah di mana guru mendapat maklumat tentang


pelajar yang bermasalah dalam matematik.
Sebelum merancang aktiviti pemulihan seterusnya menilai
pencapaian dan membuat keputusan, pelajar pelajar yang
bermasalah dalam pembelajaran matematik dapat di kesan melalui
Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik. Melalui kedua dua ujian inilah
guru mendapat maklumat awal tentang masalah pembelajaran
pelajar.
Ujian Saringan adalah merupakan peringkat permulaan dalam
merancang aktiviti pemulihan. Ujian ini boleh dilakukan secara tidak
formal dengan bersoal jawab lisan, pemerhatian aktiviti
pembelajaran serta meneliti latihan daripada buku latihan pelajar.
Ujian Saringan bertujuan mengesan dan mendapat maklumat murid
yang perlu mengikuti program pemulihan.
Ujian Diagnostik diberikan setelah selesai Ujian Saringan dilakukan.
Ujian ini menguji semua kemahiran asas dalam sesuatu topik
ataupun sesuatu unit pelajaran matematik. Di dalam ujian ini,
kemahiran kemahiran matematik yang belum dikuasai dapat
dikesan dari pelajar yang lemah selepas guru memeriksa kertas
jawapan dan membuat analisa keputusan. Apabila kelemahan telah
dikenal pasti perancangan aktiviti pemulihan kepada pelajar yang
tercicir kemahiran boleh dilakukan supaya mereka berpeluang untuk
mempelajari matematik mengikut kadar kebolehan mereka.
Soalan 3.
Strategi strategi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar
pemulihan.
Dalam melaksanakan aktiviti pemulihan, guru mempunyai banyak
pilihan keadah pengajaran kepada pelajar yang menghadapi
masalah dalam aktiviti pembelajaranya.
i. Pengajaran secara individu.
Pengajaran secara individu ini dilakukan semasa pelajar pelajar
sedang membuat latihan bertulis dalam kelas ataupun semasa
mereka menjalankan aktiviti kumpulan. Guru dapat mengenal pasti
pelajar yang bermasalah dalam kerja kumpulanya dan mengajarnya
secara perseorangan. Melalui cara ini pelajar dapat dibantu untuk
mengatasi kelemahanya bagi mencapai peringkat yang setara
dengan pelajar - pelajar yang lain.
ii. Pengajaran secara kumpulan kecil dan keseluruhan kelas.
Melalui keadah pengajaran ini pelajar pelajar di bahagikan
mengikut kumpulan kecil atau keseluruhan kelas berdasarkan
kemahiran yang kurang dikuasai. Arahan diberikan dengan jelas
bersama sama peraturan yang akan di lakukan. Seorang ketua
dilantik dari murid yang pandai dalam matematik untuk membantu
pelajar yang lemah. Pengajaran juga boleh diserap permainan
matematik, penggunaan kalkulator serta latihan penyamaran untuk
meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih memahami konsep asas
yang mereka lemah.
iii. Projek Pelajar .

Projek pelajar boleh memperkembangkan aktiviti yang


membolehkan pelajar menggunakan kemahiran mereka dalam
pelbagai cara menarik dan memberangsangkan. Pelajar dapat
merancang dan melaksanakan aktiviti seperti abakus, sudut, sejarah
matematik, segiempat ajaib, pai, jam, komputer dan bermacam
macam lagi. Melalui projek inilah pelajar pemulihan dapat
menkayakan pemahaman asas mereka di dalam bidang matematik.
iv. Permainan dan teka teki matematik.
Aktiviti permainan dan teka teki matematik adalah aktiviti
pembelajaran yang memerlukan proses analisis, sentesis dan
penilaian.(Mok Song Sang.1993 ). Kepada pelajar pemulihan aktiviti
ini menjadi berguna dan bermakna kerana mereka melibatkan diri
secara langsung dalam aktiviti permainan tersebut.
Antara permainan yang menggunakan kemahiran proses adalah
seperti petak ajaib, permainan dan kuiz matematik, corak dan
teselesi dan tangram.
v. Bimbingan rakan sebaya.
Rakan sebaya boleh mempengaruhi pelajar pemulihan dengan
begitu berkesan sekali jika dibandingkan dengan guru. Pembimbing
rakan boleh digunakan untuk menerapkan kemahiran asas yang
belum dikuasai lagi oleh pelajar yang lemah ini.
Soalan 4
Matematik Literasi.
Literasi matematik ialah keupayaan atau kebolehan untuk membaca
dan menulis dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian
sehingga membolehkan manusia dapat mengkaji pola, mengkaji
masalah social seterusnya mereka boleh membentuk kehidupan
yang menarik dan seimbang ( Tengku Zawawi 2000 )
Selain itu, matlamat pendidikan negara adalah untuk menyediakan
warganegara dengan kemahiran membaca dan menulis serta
memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis dan bersistem,
kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan
pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian supaya pelajar
dapat berfungsi dengan berkesan dan penuh bertanggungjawab
serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik (KPM
1988).
. Membaca dan menulis jugalah yang menjadikan matematik alat
yang berguna untuk membantu ahli sains mencari kebenaran yang
berkaitan dengan fenomena fizikal di alam sekeliling. Bennett and
Biggs (2000) juga merujuk perkara ini sebagai literasi kuantitatif.
Mereka menerangkan bahawa literasi kuantitatif melibatkan
kebolehan menginterprestasi dan memberi alasan dengan
maklumat kuantitatif. Literasi matematik pada tahap tinggi pula
adalah membabitkan aktiviti yang bersifat konstruktif dan bukan
pasif, membabitkan pembinaan skim matematik yang canggih dan
bukan hafalan maklumat matematik yang tidak bermakna (Nik Azis
1996).
Matematik amat berkait rapat dengan kehidupan manusia dan
peristiwa yang berlaku pada setiap hari tidak dapat terpisah

daripada matematik. Kita menggunakan matematik untuk aktiviti


urus niaga, perjalanan, makanan, pembelajaran, rancangan,
membuat kerja sehingga hampir semua aktiviti sosial manusia ada
hubungan dengan matematik.
Beberapa kajian dalam bidang pendidikan menunjukkan bahawa
pembelajaran berlaku apabila pelajar pelajar mengasimilasikan
maklumat baru dengan aktif serta mengalami dan membina skim
matematik mereka sendiri (Wang, S. Y. P. et. al 1999; Steffe, Cobb, &
Von Glasersfeld 1988; Schoenfeld 1987). Konsepsi ini merupakan
satu perubahan besar daripada pembelajaran matematik sebagai
himpunan fakta dan prosedur yang tertentu kepada pembelajaran
matematik sebagai pembinaan skim-skim tindakan dan operasi
yang tertentu (Nik Azis 1996).
Kemajuan sesebuah negara amat bergantung kepada
perkembangan ilmu sains dan teknologi. Melalui ilmu sains dan
teknologi yang tinggi dapat melatih rakyat dengan kemahiran
matematik yang berupaya menjalankan tugas yang kompleks
dengan cekap dan berkesan khasnya dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran yang sanggup merancang dasar dan mengambil
tindakan yang sistematik dan rasional.
Soalan 5
Salah faham / konsep biasa dalam matematik.
Pelajar pelajar sekolah ramai yang tidak suka, benci dan takut
apabila berhadapan dengan situasi matematik. Mereka
mengambarkan matematik adalah sesuatu yang amat
membosankan dan tidak penting dalam kehidupan. Tanggapan salah
yang selalu mereka alami adalah :
i. Matematik perlu kepada otak yang bergeliga.
Untuk mempelajari matematik, seseorang itu haruslah mempunyai
otak yang bergeliga. Sekiranya mereka lembap, maka tidak ada
peluanglah untuk mereka maju dalam bidang ilmu matematik. Pada
hal metematik adalah ilmu yang terdapat dalam semua diri manusia
semenjak azali lagi. Pembinaan kemahiran dan konsep matematik
adalah melalui latihan dan keyakinan diri.
ii. Matematik memperkatakan isu isu komplex.
Matematik moden lebih berkisarkan kepada konsep matematik yang
lebih mencabar. Hanya orang orang tertentu sahaja sampai
pemikiran mereka untuk mengkaji isu isu yang komplek.
iii. Matematik membuatkan kita rasa kurang sensitif.
Sesetengah orang percaya bahawa mempelajari matematik akan
membuatkan seseorang itu kurang cakna akan nilai dan kesenian
dalam kehidupan. Matematik tidak dapat menghuraikan keindahan
suria pagi atau menilai kehalusan hasil seni. Mereka tidak sedar
bahawa matematik adalah seni, iaitu kesenian berfikir.
iv. Matematik memerlukan jawapan yang tepat.
Ramai orang percaya matematik perlukan jawapan yang tepat
kepada semua penyelesaian masalah. Mereka tidak sedar bahawa
kemahiran matematik juga mangajar kita untuk menganggar,
manjarak dan mengseimbangkan sesuatu.

v. Matematik tidak sesuai dalam kehidupan.


Ilmu matematik dikatakan tidak bersangkut dengan alam kehidupan
seseorang, ilmu matematik juga tidak menjadikan hidup ini indah
dan menarik. Selagi penerokan ilmu ilmu matematik tidak di
tingkatkan maka semakin lambatlah perkembangnya kepada orang
lain
BAHAGIAN B
Soalan 1.
Kenal pasti kemahiran matematik yang sukar untuk pelajar
memahaminya. Binakan satu program pemulihan untuk memulihkan
kemahiran itu.
Kemahiran matematik : Tahun 1.
Operasi tolak melibatkan nombor gandaan 10.
Punca kelemahan :
Murid tidak dapat menyelesaikan soalan operasi tolak yang
melibatkan nombor gandaan 10.
Bahan Bantu Mengajar :
Laptop, LCD, Skrin, Lidi, dan Getah gelang.
Aktiviti Pemulihan :
1. Set Induksi :
o Gunakan MS Power Poin untuk murid menyebut hasil tolak secara
sepontan pada screen.
o Guru meminta murid menyebut hasil tolak bersama sama dan
secara individu.
o Untuk mengukuhkan lagi konsep, murid menggunakan lidi yang
disediakan untuk membuat penolakan secara maujud.
162538
-10-10-20
4756
-40-50
2. Langkah Pertama.
o Mengunakan lidi yang diikat sepuluh - sepuluh untuk mengangar
operasi tolak dengan mengemukakan soalan soalan.
a. 10 batang lidi dikeluarkan daripada 20 batang lidi, berapa batang
lidi yang tinggal?
b. 10 batang lidi dikeluarkan daripada 30 batang lidi, berapa batang
lidi yang tinggal?
c. 10 batang lidi dikeluarkan daripada 40 batang lidi, berapa batang
lidi yang tinggal?
d. 10 batang lidi dikeluarkan daripada 50 batang lidi, berapa batang
lidi yang tinggal?
e. 10 batang lidi dikeluarkan daripada 60 batang lidi, berapa batang
lidi yang tinggal?
o Membimbing murid menyelesaikan masalah ini dalam bentuk
lazim dengan menunjukkan proses tolak pada skrin yang disediakan
terlebih dahulu.

20
////////// ////////// - 10
10
o Ulang aktiviti di atas pada skrin dengan contoh - contoh yang
berikut :
203040506070
-20-20-10-10-30-40
3. Langkah Kedua.
o Membimbing murid menjawab soalan tanpa menggunakan alat
bantu mengajar. Murid disuruh menjawab soalan - soalan di atas
lima kertas A4.
4. Penilaian.
o Menilai pencapaian murid dengan mengedarkan lembaran kerja
mengandungi soalan soalan operasi tolak yang melibatkan nombor
gandaan 10 untuk diselesaikan oleh murid secara
http://suffi-sufi.blogspot.com/2009/08/sbem3203.html

Anda mungkin juga menyukai